Thursday, July 24, 2008

Tarbiyah amali dari kepimpinan ulamak

Salah satu perbezaan ketara antara parti Islam dengan lain-lain parti adalah bahawa urusannya diikat dengan adab dan akhlak berjemaah yang diyakini sentiasa dianungi oleh rahmat Allah swt. Tambahan pula apabila jemaah itu ditunjangi oleh kepimpinan ulamak.

Kita mungkin berbeza pendapat tentang satu-satu isu tetapi apabila kita duduk, diteduhi pula oleh salah satu akhlak kritikal dalam jemaah iaitu ikhlas, maka segala yang kusut dapat dileraikan kerana Allah swt. Dan siapa lagi yang lebih teruji keikhlasannya jika tidak dikalangan para ulamak yang konsisten dan teguh dalam pendirian dan amalannya.



gambar Siasah



Ikhlas ini lahir apabila kita berjaya membersihkan hati dari sifat-sifat yang merosakkan niat seperti ujub dan sum'ah. Allah swt berfirman:

Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.
(al Bayinah: 5)

Saya terpaksa akui memang terdapat kegusaran dalam parti apabila Mursyidul Am cuba dipaparkan seolah tidak sehaluan dengan Presiden dalam isu pertemuan Umno-PAS. Tetapi saya melihat kedua-dua tokoh lebih menyedari apa yang cuba dimainkan dan atas inisiatif mereka, walaupun jadual masing-masing ketat, dan Tuan Guru Presiden pula baru kebah dari keuzuran beliau, diusahakan juga pertemuan antara keduanya. Dan dengan ditemani pimpinan yang duduk dalam Majlis Syura Ulamak PAS, akhirnya kedua-dua terbit duduk berunding, bertukar-tukar pandangan berteraskan ilmu dan pengalaman masing-masing. Akhirnya terbit dengan satu suara dan satu nada.

Alhamdulillah, saya percaya semua yang turut ikhlas, tumpang gembira dan bersyukur.
Sekarang kita tidak perlu memilih samada mahu menyokong Mursyidul Am atau Presiden kerana hari ini terbukti kedua-dua pimpinan terpenting gearakan Islam ini berkongsi satu iltizam. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa menanungi kita dengan rahmat Nya dan terus menempatkan para ulamak sebagai benteng dan teras kepimpinan kita.

13 comments:

Anonymous said...

Hati & keikhlasan adalah pandangan Allah swt. Hanya Allah swt yg berhak membersihkan hati sesiapa yg d sukaiNya & bukannya manusia. Jika d katakan adab & akhlak berjemaah ini adalah milik parti Islam [PAS], saya kurang setuju krn Islam tdk bersandarkan pd politik ttp merangkumi keseluruhannya. Jika d fikir & d perhatikan secara halus bhw mrk yg d aniaya, d hina, d ugut & d halang kemaraannya pun adalah insan yg d uji pendirian & amalannya.

Saya amat gembira jika bertukar-tukar pandangan berteraskan ilmu dan pengalaman masing² adalah utk mencapai satu keputusan muktamad drpd berbalah antara sesama sendiri. Apa² pun saya ucapkan syabas kpd kepimpinan PAS krn menunjukkan satu contoh yg baik.

Anonymous said...

alhamdulillah, smoga PAS akan trus berjaya di masa akan datang. amin

Anonymous said...

MashALlah, teman kagum dengan pimpinan ulamak, betapa mudahnya mereka menyelesaikan kemelut tapi teman rasa hikmahnya besar kerna PKR dan DAP, jangan sembarangan mau pinggir PAS gitu saja seperti apa yang berlaku baru baru ini. PAS ada maruah dan hargadiri serta Islam sebagi wadah! SubhanALlah!

ojo ngono

Anonymous said...

bertambah satu lagi perbendaharaan baru dalam kamus politik/siyasah Islam di Malaysia.

seperti biasa, ia akan membuka lagi minda rakyat dan pada waktu yang sama memberi pendidikan politik yang berguna untuk rakyat. Tambah lagi satu pengajaran besar kepada pihak Umno supaya tidak menyalahgunakan bahasa Arab (seperti disalahguna perkaraan hadari) suatu masa lalu.

Banyak pembaca dan juga para bloggers yang diminati ramai, mula dan masih tercari-cari apakah makna istilah tersebut. Tuan Guru Nik Aziz juga telah memberi 'kerja rumah' kepada para wartawan, bloggers agar mencari sendiri makna tersebut. Satu didikan kpd semua pihak agar mengkaji sesuatu terlebih dahulu dan berusaha mendapatkan hasil yang terbaik dari kajian tersebut.

sebagai seorg antropologis yang juga berminat pada subjek politik terutamanya perkembangan politik di Kelantan, sukalah saya mencadangkan agar interpretasi muqabalah ataupun muzakarah diterjemahkan berdasarkan kamus siyasah Islamiyah tradisi dan terkini, pada masa yang sama, dihimpunkan juga beberapa panduan dari kata akar bahasa Arab itu sendiri. InshaAllah, sedikit demi sedikit, kekusutan makna itu akan terlerai.

mahathirismail said...

Alhamdulillah..
Moga Allah sentiasa bersama pimpinan dan pendokong perjuangan yang ikhlas ini..
Allahuakbar..

Anonymous said...

Syukur, penjelasan pimpinan tertingi banyak meredakan situasi di peringkat grass root, kebijaksanaan pemimpin PAS terserlah, moga kita sentiasa berada di jalan yang lurus!

Anonymous said...

saudara roslan,
bila bc brita psl ketetapan kmpimpian tertinggi PAS ptg semalam,
sy rs lega n hepi.

tp bila bc brita2 selepas itu, rs menyampah.. antaranya berita2 ini
http://www.malaysiakini.com/news/86673
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15978&Itemid=1

kedua2 brita ni kuar pada harini 24 july, y bg knyataan ialah pendokong2 PAS sndiri.. ape ni.. tegor skit diorg ni.. ataupun pihak media harakahdaily/malaysiakini y btangungjwb..

Anonymous said...

Molek dah tu.

Janga ada di kalangan kita yang sengaja mewujudkan berpihak-pihak bila ada hajat tertentu yang dikejarnya.

Deklarasi JKR 10, itu adalah kemenangan kepada sebuah keikhlasan dalam sebuah perjuangan.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Alhamdullillah.
Sdr Roslan, saya percaya sekiranya kita berbuat sesuatu hanyalah kerana Allah, tidak akan ada jalan mudah untuk kita dileraikan oleh segolongan kaum yang memang hatinya sudah dikunci oleh Allah. Golongan ini dikenali sebagai "Munafiqun".

Terimalah islam sepenuhnya..jangan ambil apa yang kamu senang dengannya sambil tolak apa yang kamu merasa susah dengannya.. semoga hidayah Allah turun kepada semua.
Wassallam

Anonymous said...

Alhamdullilah...

Setelah kenyatan rasmi berkenaan isu muzakarah tersebut telah dikeluarkan....lega dan lapang dada dibuatnya...

Takbir.

Anonymous said...

Bismillah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang beriman. Benarlah maksud firman Allah dan sabdaan nabinya s.a.w. kembali kepada alquran dan sunnah adalah jalan penyelesaian yang terbaik. kepada golongan yang rosak hatinya yang cenderung untuk menabur fitnah bertaubatlah, sesungguhnya azab Allah amat pedih. Kita tak akan mampu menghadapinya.
zam

Anonymous said...

baru dengar prkataan tarbiyyah setelah berjuta2 perkataan politik dari pas, hai,,,, lantak hangpa la nanti allah akan gantikan juga.

Anonymous said...

hah! mana pengkomen-pengkomen yg dok meracau dan menghasut selama ini tu? dak menyorok dah?