Tuesday, July 29, 2008

Demokrasi “ala” Malaysia

Menurut laporan, tengahari tadi di Gua Musang MB Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz dalam satu kenyataannya menggesa Pengerusi DAP, Karpla Singh agar menghormati hasrat PAS untuk mengadakan muqabalah dengan Umno. Kata Tok Guru kepada para pemberita di sana:

“Karpal macam saya juga, usianya telah tua, dan kita hormati dia, maka dia pula perlu menghormati kita,”

Sebelum itu semalam Tok Guru dilaporkan berkata:

"Percakapannya (Karpal) bukan orang politik dan cakap macam itu macam orang kampung. Saya tidak hendak komen panjang, tanyalah dia,"

Sementara itu akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan yang MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan Abd Razak sebagai berkata:

“Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil PAS atau meminta PAS merujuk dahulu kepada DAP atau Pakatan Rakyat jika ingin berbincang dengan UMNO. Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan UMNO. PAS sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut).”

Ustaz Azizan menyambung:

“PAS, DAP dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lepas, bukan gabungan macam BN,"

Saya terbaca satu rencana dalam salah sebuah akhbar tempatan hari ini menyatakan betapa rencam politik Malaysia sebenarnya mencerminkan demokrasi “ala” Malaysia yang tidak terdapat di negara-negera lain. Akibat keunikan masyarakat berbilang kaum dalam negara kita, satu-satu kaum sukar berdiri sendiri untuk memegang kekuasaan politik kecuali mungkin di negara-negara majoriti satu-satu kaum. Itu pun contohnya di Pulau Pinang ia memerlukan sekurang-kurangnya gabungan dua parti. Di Kelantan walaupun dominan Melayu tetapi kuasa politik dipegang oleh PAS yang merupakan pembangkang di Pusat.

Semoga apa pun yang direncana serta dilaksanakan, tidak mencetuskan kesusahan kepada rakyat dan huru-hara. Biarlah negara ini terus aman dan makmur dan demokrasi terus subur.

4 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

drpd kata2 TG nik aziz, ternyata beliau sudah 'malas' nak layan si karpal ni...beliau pun ade sebut "dah tutup fail" citer pasal karpal ni...

media saja nak cari isu utk melaga2kan komponen PR ni supaya rakyat dpt di bohongi bahawa PR memang 'tidak stabil' berbanding BN!

apa pun utk pejuang PAS, teruskan perjuangan anda..jgn berpatah semangat dan teruskan usaha menegakkan agama suci islam di muka bumi ini..usaha di tangan kita, kejayaan adalah hak mutlak ALLAH SWT. TAKBIR!!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Salam sdr. Saya terbaca komen mengenai "tone" semasa Harakah. Sebenarnya siapakah yg control Harakah sekarang ini? (Maksud saya PAS atau PKR atau PAS PKR?). Kalau tak dpt jawab dlm ni pun, harap dapat dibincang dlm blog tuan / dengan pimpinan PARTI (No 1 & 2) dlm masa terdekat. Terima kasih.

Anonymous said...

Nasihat saya kpd pemimpin PAS : KURANGKAN BERCAKAP TAPI BANYAKKAN KERJA UTK KUATKAN PARTI DAN KERAJAAN NEGERI YG DIKUASAI ANDA.

BILA BANYAK BERCAKAP TAKUT TERSILAP DAN IA AKAN DIMANIPULASI OLH MEDIA YG JAHAT.

INGAT PESANAN INI BAIK-BAIK.

hotborders said...

Salam...
Maaf seandainya saya mengganggu ruangan ini, pada pandangan saya bukanlah menjadi hasrat media untuk perbesarkan hal Karpal Singh, tetapi lebih untuk memberitahu apa yang berlaku, jika didada2 akhbar pembankang beritanya berkisar kritikan, kutukan dan bermacam lagi, didada akhbar nasional pula penuh dengan info2 dan hal2 semasa yang mana dirasakan wajib untuk disampaikan kepada rakyat. Janganlah kita lupa, media telah pun memainkan peranan penting dalam pembentukan kemerdekaan negara kita yang tercinta. Jadi, apa yang disampaikan oleh media adalah semata2 untuk menyampaikan maklumat dan bukannya memperbesar2kan atau melaga2kan sesapa pun. Maafkan saya kalau ada yang tersilap dan salah. Wallahu aklam......