Dari bercakap lebih baik Karpal diam
Semalam Ketua Dewa Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda PAS mendesak supaya Washington tidak mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan laman web MStar Online:
Beliau berkata sebagai anggota Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.
"Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Dan sehubungan itu Salahuddin mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas diwujudkan untuk menyiasat kes terbaru membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjamin ketelusan dan tiada campur tangan mana-mana pihak yang berkepentingan.
Kita yakin dan percaya kiranya tuduhan terhadap DSAI itu palsu dan berniat jahat, maka insyallah kebenaran akan terserlah jua. Dan saya mengira komen Salahuddin itu sangat baik dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Walaubagaimanapun saya terkejut apabila membaca reaksi Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu campuratangan Amerika ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.
Kata Karpal:
Jika Malaysia boleh memberi komen terhadap Palestin maka tidak salah untuk Amerika Syarikat turut memberikan pandangan terhadap dakwaan liwat yang dihadapi DSAI.
Mengapa Karpal menyamakan kes ini dengan isu Palestin, mengapa perjuangan Palestin diseret dalam hal ini? Saya rasa ianya langsung tidak berkaitan malah Karpal sangat tidak bertanggungjawab apabila membangkitkannya.
Yang kita bincangkan adalah campurtangan AS dalam menyelesaikan masalah dalaman sesama rakyat Malaysia. Isu Palestin adalah isu penaklukan bumi milik rakyat Palestin oleh Tentera Zionis Israel, ianya isu pencabulan kedaulatan sebuah negara oleh sebuah negara asing. Langsung tiada persamaan dan perkaitan melainkan Karpla mempunyai motif lain.
16 comments:
I think Karpal was referring to the US stand on the sodomy case as merely a comment and just that. Nothing more. Its not wrong for one country to have an opinion on another. Face it, we're already culturally "invaded" by the USA anyway. The music we hear, the things we wear, games we play etc. The US do not care what u, me or anybody else think for that matter. Anyway, Anwar has always been a strong ally and friendly to the US...especially from the Clinton Administration. Lets hope when anwar gets to be PM, the USA might help us out financially eh? Our economy stinks now. U surely do not want to be on the bad books of the USA.
Salam,
Saya sangat bersetuju dengan saranan saudara. Bagi saya Karpal ni hanya Racist saja. Bila sebut Negara Islam dia bantah, Bila bela mangsa ISA dia hanya sebut bebas Hindraf 5 saja. Apa nak jadi la Karpal ni.
palestine disentuh oleh karpal bukan kerana palestine tapi kerana analogi bahawa org luar boleh memberi pandangan terhadap negara lain..
jgn laa sensitive sgt bang roslan sms oiii ...
kita tau palestine tu closed to our heart tapi jgn lak over sensitive .
komen karpal adalah fair ...
semua nak bergaduh ajee....
Aku rasa Karpal ni dah nyanyuk kut..
sapa yang sensitive kau (anon 3.57pm) kot yang tak sensitive, mana boleh samakan dgn kes palestine, lagipun malaysia tak iktiraf kewujudan israil..
-melayutara
Apa nak jadi ngan karpal ini, hantaq balik bukit gelugoq baru tau, sebok memanjang mamat ni
Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Semua org ada pendapat masing².
Selalu kita dengar diberita..'Malaysia selar ini,selar itu kt memane negara'
Tak kan negara luar bg pandangan kita semua nk naik hangin..
aku setuju dengan pendapat anonymous tu.tapi bukan nya aku nie penyokong karpal.cuma perkara yg karpal cakap itu maybe berkaitan konsep sesebuah negara memberi komen terhadap ape yg berlaku di negara lain.sama mcm ape max_underwood cakap.
tapi one thing la pasal karpal yg aku tak setuju.ape yg dia cakap itu walaupun dari segi undang2 betul atau dia putar belit supaya nampak mcm betul,dia tak amik hirau sensitiviti masyarakat malaysia yg berbilang kaum dan agama.sama mcm ridzwan cakap.karpal nie racist.kalau ditgk dari semua komen2 dia,semua nye menjurus kepada ketidakpuashatian terhadap bangsa melayu dan islam.
contohnya:
mcm dia cakap sultan perak takde hak dalam kes penukaran pengarah jabatan agama islam perak hari tu.umum tahu sultan perak ada hak dalam bab hal2 agama islam negeri perak,dan umum juga tahu sultan tak boleh masuk campur dalam hal2 pentadbiran kerajaan.cuma yg kurang enak nye ialah cara teguran yg diberikan itu tidak sesuai.mcm takde hormat kat sultan.
sama juga pasal matlamat pas nk perjuangkan islam.apa salah nya pas nk perjuangkan islam,kalau dah majoriti penduduk malaysia nie islam.org nak sedarkan umat agama sendiri apa masalah dia nye.
yg aku heran,takde plak dia kutuk cina ke,india ke singh ke yg buat hal.semua pasal melayu dan islam.
kalau karpal kata perjuangan islam yg dibawa pas tu bukanlah sebahagian dari asas perjuangkan pakatan rakyat,maka aku ingin tekan disini,sikap karpal yg seolah-olah anti islam dan melayu itu juga bukanlah asas perjuangkan pakatan rakyat.
pakatan rakyat berjuang untuk rakyat,tak kira kaum dan agama.jadi karpal janganlah dikau terlalu anti terhadap islam dan juga melayu.biarlah kita nie adil.kalau benar2 jadi wakil rakyat utk seluruh rakyat,biarlah betul2 utk kesemua rakyat.jgn bias ke india,cina atau singh saje.
bg saya apa y Salahuddin ckp Betul
y karpal ulas juga Betul.
y salah cuma Kjaan BN jek. psl kalo negara luar ckp psl mlaysia (x kisah dlm isu apa pn) - bukan main mrh lagi ckp jgn campur urusan..
tp dlm ms sama, Kjaan BN slalu gak bising/komen psl ngara lain.. cth (isu selatan thai/isu myanmar/isu thanan guatanamao)
komen pasal negara lain takda masaalah, yang jadi masalah apa isu yang dikomen kan. Isunya sekrang amarika bercakap seolah kita ni tak boleh urus dan takbir negara sendiri. rasanya tak pernah kerajaan malaysia komen pasal bagaimana negra lain menguruskan pentadbiran dalaman meraka. pasal myammar disuarakan pun melalui ASEAN.
pasal palestin lain sebab malaysia tak iktiraf kewujudan negara israil!!
salam...
Perkara yang paling menyedihkan ialah, orang Melayu dan Islam kebanyakannya tidak sedar bahawa golongan seperti Karpal ni dah banyak.
Macam dalam isu sekarang, yang dituduh Anwar,Melayu. Yang menuduh, Saiful, Melayu. Yang dikaitkan, Najib, melayu.Yang di maki, Abdullah, Melayu.
dalam satu episod je...ramai org melayu cube menjatuhkan sesama sendiri..
Di kemudian hari siapa yang akan naik?
Fikir-fikirkanlah...
karpal dah nyayuk.. banyak sinap2 dan neuron kat otaknya dah terlalu lama bekerja..kena tukar orang lain bagi pendapat pulak bg dap..
Kenapalah sampai sebegitu rendah tahap pemikiran mereka yang menyamakan isu Malaysia mengutuk tindakan Israel dengan isu America yang mengugut Malaysia supaya tidak menyiasat dakwaan terhadap Anwar.
Pertama, Malaysia hanya mengeluarkan kenytaan mengutuk Israel terhadap KEGANASAN YANG JELAS terhadap rakyat Palestine.
Dalam kes Anwar, En Saiful telah membuat lapuran polis bahwa beliau diliwat oleh Anwar. Dalam hal ini Anwar tidak boleh di katakan bersalah sehingglah dibuktikan dan dakwaan Saiful pula hanya boleh diketahui benar atau salah selepas penyiasatan. Jadi disini, Amerika bersikap biadap dengan cubaan untuk menghalangi proses penyiasatan melalui ugutan.
Maaf, terkasar bahasa, bagi saya hanya barua yang akan menyokong tindakan Amerika tersebut
karpal singh ni kata2nya selalu kontroversi. adakah dia ni musuh islam dan melayu khususnya? bacalah sejarah tanah melayu bbrape abad lalu. jgn menafikan negara islam yg diperjuangkan pas dan ketuanan melayu dalam negara tanah melayu.
bodoh jugak si karpal ni ek?.... macam bodola jugak....
ape la karpal ni... mmg la Malaysia tak iktiraf kewujudan Israel sbg negara yg sah, dlm passport Imigresen pun ade tulis "Passport Ini Sah di Mana-mana Negara Kecuali ISRAEL". Dah tu lg nk buat sentimen melawan arus membela US yg turut bersekongkol dgn Israel yg melanyak dan menyembelih rakyat Palestin. Anti sultan karpal ni, lg pulak nk merepublikkan Malaysia. karpal ni seolah-olah mau bahasa kebangsaan kita tukar ke bahasa inggeris sbb dier ni proUS dan dia ni patut ditentang habis-habisan.
Post a Comment