Tuesday, July 22, 2008

Berbaik sangka dan berlapang dada

Baru sahaja Presiden PAS mengakui yang PAS memang ada membuat pertemuan dengan Umno bagi merintis jalan membincangkan hal Islam dan Melayu, terus-terusan pelbagai rekasi diterima samada dari kalangan pimpinan PAS, ahli-ahli, mereka yang mengundi PAS, orang awam, termasuklah mereka yang mengakui dirinya PAS.

Ada yang memberikan rekasi positif ada juga yang tidak bersetuju dan ada yang mahukan penjelasan lanjut. Apa pun ternyata pengakuan berani Tuan Guru Presiden itu telah mendapat tumpuan seluruh rakyat termasuklah pimpinan gerakan Islam sedunia.

Tuan Guru Presiden baru membuat kenyataan ringkas enam perenggan, tetapi sudah ada yang mahu bersilat, mahu menerajang, mahu menjatuhkan hukum malah ada yang tergamak mencabar beliau agar keluar PAS! Itulah politik, kalau semuanya sedap dan mudah, bukan politik namanya.

Saya masih ingat pada akhir 70an dan awal 80an kehadiran beliaulah yang telah menyuntik semangat para pejuang PAS untuk menjulang parti itu kembali bertapak dihati umat Islam. Berpayungkan semangat “Kepimpinan Ulamak” gelombang yang dipelopori beliau dan rakan-rakan pimpinan muda ketika itulah yang telah menarik minat ramai untuk kembali kepada PAS setelah saham PAS jatuh dipenghujung era Asri Muda.

Ketika saya masih menuntut di IPTA majalah yang berpusat di Hong Kong “Asiaweek” telah menobatkan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sebagai “the greatest orator in South East Asia” (pemidato tersohor di Asia Tenggara). Beliau bukan sekadar menjelajah Malaysia malah ke setiap pelusuk dunia, berforum, berdebat mempertahankan Islam disaat ramai kita sudah berputus harap pada kebangkitan semula PAS. Mungkin ada diantara kita yang panas dan bergelojak darah mudanya hari ini masih belum pandai berjalan lagi pun ketika itu.

Kaset-kaset dan rakaman Tuan Guru lah (termasuk kaset pengajiannya dari Rusila dan Masjid Mujahedeen, Damansara Utama) yang telah menambat hati anak-anak muda untuk mendekati gerakan Islam malah ramai pimpinan yang ada pada hari ini samada secara langsung atau tidak telah terpengaruh dengan PAS hasil didikan dan sumbangan beliau ketika itu. Disaat itu PAS terpaksa bersaing dengan gerakan dan badan Islam lain di Malaysia, ABIM, Arqam, Tabligh dan lain-lain sehingga hampir ia tenggelam tetapi Tuan Guru dan rakan-rakan ketika itulah benteng kekuatan PAS.

PRU 1982, melalui kepimpinan beliau PAS telah menembusi kubu kuat BN di Terengganu sehingga akhirnya melontarkan beliau dan 4 orang pimpinan lain masuk ke DUN Terengganu setelah sekian lama ia gersang dari suara PAS (Tuan Guru terus menjadi YB samada ADUN atau ahli Parlimen atau kedua-duanya sejak itu sehingga kini). Anjurlah apa pun ceramah ketika itu tetapi jika dibariskan bersekali dengan kehadiran Tuan Guru pasti melaut bilangan yang hadir.

Lantaran sumbangannya yang terlalu besar itulah maka hari ini setelah perginya seorang mujahid besar, Almarhum Ustaz Fadhil Nor, maka Tuan Guru naik memegang amanah sebagai Presiden PAS atas kesepakatan dan pengiktirafan semua.

Kikislah segala prasangka dan pandangan buruk terhadap beliau. Janganlah kerana marah dan tidak sebenarnya faham akan apa yang berlaku lalu kita mudah meletakkan insan besar ini setaraf dengan musuh-musuh kita yang lain.

Benar Tuan Guru bukannya Fadhil Nor, bukan juga Yusof Rawa atau Asri atau Burhanuddin al Helmy atau Zulkifly Muhammad, tetapi beliau pada hari ini mengetuai PAS dalam keadaan posisinya yang paling hebat dalam sejarah parti yang lebih separuh abad usianya itu. PAS berada ditahap pencapaian itu pada hari ini bukan kerana beliau seorang, tetapi sumbangan seluruh anggota jemaah, walaubagaimanapun hakikatnya PAS hari ini berketuakan beliau.

Berilah ruang dan peluang pada beliau. Berbaik sangka dan berlapang dadalah insyallah kepada Tuan Guru Rusila yang darahnya mengalir pekat dengan kecintaan pada Islam yang tidak pernah kunjung padam itu.

Ubaidah bin al Samit berkata Nabi saw memanggil kami maka kami melakukan mubayaah kepadanya. Nabi menyatakan tentang tanggungjawab kami iaitu:

Hendaklah kami bermubayaah untuk dengar dan patuh dalam keadaan kami suka atau kami benci, dalam keadaan senang atau susah dan juga janganlah kami pentingkan diri sendiri dan janganlah kami mempertikaikan arahan ahlinya (pemimpin) kecuali apabila kamu melihat kekufuran yang nyata sedang berlaku dengan berdasarkan dalil dari Allah swt.

Ya Allah berilah kekuatan kepada pemimpin kami untuk memimpin kami berdasarkan seruan dan tuntutan Mu. Dan berilah kekuatan kepada kami untuk bersama-samanya dalam kedaaan senang atau susah demi memartabtkan agama Mu.

25 comments:

Anonymous said...

Ramaiyg ambil berat sangat hal muzakarah ni sbb bimbang dan takut PAS terperangkap dgn UMNO yg memang kaki putaq alam .Kita tengok cara pak lah komen dlm tv3 pun macam tak ikhlas saja.Kita pakat berdoa kalau ia membawa kebaikan diteruskan dgn izin ALLAH tapi kalau ia membawa keburukan benda ni tak jadi.AMEEN

SiFu said...

Syabas dan terima kasih. saya yakin semua ahli pas bersatu hati dengan pendirian saudara dan teraju kepimpinan ulamak.
Yang berpecah belah dan bagai nak berperang ialah langau langau yg tidak terdidik dgn tarbiah kepimpinan ulamak dan hinggap dimana saja tempat yg boleh menguntungkan diri, tak kira tempat busuk atau hidangan bersih. Jangan masuk perangkap kumpulan langau itu!

mudin001 said...

I think you missed the point here. Tidak ada siapa pun menafikan jasa TG Hj Hadi!

Anonymous said...

Amin ya rabbal alamin.

Abu Qamar.

Anonymous said...

Sedikit pndgn,ketika ini ahli,pendokong dan penyokong gerakan islam sedang diuji wala' mereka kpd pimpinan. Samada kita akan lulus atau fail, belum tau lagi. Saya teringat satu hadis nabi yang mafhumnya, wajib keatas org islam dengar dan patuh kpd pimpinan islam, samada suka @ tidak, slagi mana tidak diarah melakukan maksiat, maka apabila diarah utk melakukan kemaksiatan, maka ketika itu, tidak perlu lagi utk dengar dan patuh.

Cuma, saya bimbang sekiranya 'ada' yg mengambil 'kesempatan' diatas wala' ahli gerakan islam kpd pimpinan islam.

abalong1979@yahoo.com

Anonymous said...

jasa berpuluh tahun TGHA langsung tak dipandang tetapi cadangan bermuzakarah ni lebih diberi perhatian untuk mengutuk tuan presiden.dan selalu memberi bandingan yang berat sebelah dengan bekas2 presiden.adil ke kita?????
kepada TGHA kami berdiri teguh dibelakang anda.kami yakin ada hikmah disebalik perancangan tuan guru itu..
moga Allah sentiasa memberi tuan guru ketabahan hati....takbir x3

aNaK BaPaK said...

saya yakin bahawa pimpinan2 PAS sudah meneliti segala aspek dari segi dakwah, manhaj haraki, fiqh sirah DLL..

ingatlah pesan allah kepada kita...

" jika kamu telah ber'azam, bertawakkallah kepada Allah..."

kita tidak akan melatah jika kita melalui proses tarbiyah dan faham dengan nilaian aqidah syariat dan aklhlak...

wallahu a'lam.

Anonymous said...

sdr
saya amat setuju dengan seruan agar ahli pas berlapang dada dan menerima pendekatan baru agar perjuangan pas sentiasa segar dan relevan.
penyakit ahli pas adalah seperti biasa taksub tak menentu dan prasangka buruk kepada pihak lain ( UMNO).tak serikkah orang pas dengan isu 2 imam,pulau memulau dsb.cakap dalam usrah macam-macam tiori tahaluf siasi,siasah syariyyah,amar makruf dan banyak lagi ,tapi bila nak diterjemahkan dalam poltik sebenar,orang pas jadi tak ketahuan.saya berpendapat ahli pas (kebanyakan ) masih beranggapan bahawa cukuplah kalau pas dapat perintah kelantan sahaja,itu saja perjuangan politk mereka.seolah-olah pas hanya relevan kepada negeri yang majoriti melayu sahaja. kadang-kadang saya pun tak faham,gagalkah tradisi ilmu di kalangan ahli pas
perkara ini perlu difikirkan bersama
sekian.

zulkafali said...

Tahniah kepada Presiden kerana telah berjaya mendidik ahli-ahli PAS supaya menjadi mereka yang berjiwa besar. Di era beliau PAS telah diterima sebagai 'player' penting didalam arena politik tanah air.Walaupun kenyataan 'Mursyidul Am' agak sukar di'fahami' tetapi jika sekiranya segala keputusan yang dibuat berdasarkan 'keputusan syura', Allah akan memberikan keberkatan.

nur said...

Assalamualaikum warahmatullah.

Kegagalan segelintir ahli mengikut proses pentarbiyyahan (usrah, tamrin dsb)menyebabkan begitu ceteknya pengetahuan tentang fiqh jama'ie, fiqh siasah yang mereka miliki.

Lantas, tidak hairanlah jika munculnya 'para penyokong dalaman' yang mudah melatah dengan sesuatu.

Saiyidina Umar pernah berkata:
"Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa pimpinan, dan tiada pimpinan tanpa ketaatan (wala')"

Benar, pimpinan tidak selalunya benar, tetapi bukankah hukum mempertikaikan keputusan yang telah ditetapkan syura adalah maksiat? Bukankah keputusan yang dibuat lebih dirahmati Allah, meskipun keputusan itu tidak begitu tepat?

Nasihat saya, belajarlah memahami adab-adab berjemaah, nescaya lebih mudah buat anda menasihati dan mengkritik mengikut kehendak yang dibenarkan oleh syarak!

Wallahu A'lam.

Samad said...

Bersangka baik dan berlapang dada tidak bermakna tak boleh mengkritik. Mengkritik tidak bermakna tidak hormat atau tidak iktiraf jasa2 atau kehebatan seseorang.
Manusia ni hebat camne pun tetap manusia. Adakala benar adakala salah.
YG penting, kritikan itu BERADAB walaupun kritikan itu terhadap musuh besar sebagai mana beradabnya Musa mengkritik Firaun.
Saya tak kesah ahli berbeza pendapat dengan pimpinan. ITu perkara lumrah. Tapi yg saya meluat ialah bila tengok ADAB mereka. Ada yg sangat kurang ajar.

Sebagai ahli yg ditarbiyah, kadangkala kita rasa bersalah bila bagi pandangan yg bertentangan dengan pimpinan. Ini sikap yg tak betul.
So far, rasanya sdr Roslan belum bagi pandangan terbuka ttg muzakarah ini. Macam2 isu telah saudara ulas, tapi agak pelik bila isu besar gini, sdr hanya mengulas isu cabang dpdnya.

Anonymous said...

Salam. saya tak pernah bagi komen. tapi melihatkan keadaan semasa yang begitu meruncing saya amat bersetuju dengan ust nik abduh. DAP sudah menunjukkan taring sebelum mendapat kuasa, itupun kita blh bekerjasama. So, bagilah ruang kepada TG untuk bermuzakarah dengan UMNO disamping doa daripada ahli sekelian. Wassalam

jaliey-m said...

semacam ada satu usaha terancang untuk memecahbelahkan PAS dgn melaga-lagakan pemimpinnya .. harap mereka2 yang diamanahkan untuk menerajui PAS dapat bertindak bijak.. jangan terjerat dgn perangkap musuh .. setuju dgn To' Guru Nik Aziz.. PAS tetap bersatu sebab kalau PAS berpecah .. UMNO berjaya.. PAS gagal ..

jaliey-m said...

perbezaan pendapat dibenarkan dalam ISLAM.

IbnuQalil said...

Ana setuju dengan penulisan kakanda Roslan SMS. Sedih melihat ada ahli PAS yang memburuk2 kan TGHH. Ya, beliau bukan maksum. Tapi di mana adab dan akhlak kita dalam jemaah. Menegur tidak salah, tapi berhikmahlah. Jangan kita memburukkan Umno/bn kerana sukar bagi ahli nak bagi pendapat, sedang kita lebih teruk dari mereka bila diberi ruang dan peluang memberi pendapat. Teruskan kakanda ku dalam memahamkan ahli umtuk kembali kepada kefahaman yg sebenar. Wallahua'lam.

benHarper said...

aku rasa elok la dgr nasihat TGNA je...

stealth said...

Jika sokongan akar umbi tdk rela ttg pertemuan Umno-Pas, maka parti ini bakal d landa masalah. Saya setuju dgn pendapat Husam Musa bhw Umno berniat utk memecah-belahkan Pas. Bagi saya, kehadiran Umno d saat nyawa d katakan sudah hampir ke kerongkongan, mengingatkan kita pd sakaratul-maut yg mampu memesongkan jika tiada ilmu & iman.

Umno tdk memperlihatkan tanda keikhlasan awal jika d lihat senario yg berlaku pada waktu ini. Apa pun terpulanglah kpd kebijaksanaan pimpinan Pas.

Wallahualam.

Anonymous said...

salam perjuangan..

ustz yang dikasihi..
saya hanya ahli yang biasa diperingkat bawah, tetapi kesetiaan saya pada PAS InsyaAllah tetap berakar dalam jiwa saya.

saya sangat terasa terguris, bukan kerana Muzakarah. Tetapi KENAPA PERTEMUAN TERSEBUT (yang diumumkan oleh PM) diRAHSIAKAN? KENAPA???

Pada saya secara pribadi, inilah 'isu pokok' yang perlu PIMPINAN jelaskan kepada AHLI dan Rakyat. Terima Kasih.


http://unitamalsabah.multiply.com

Andre Irwan said...

Saudara Roslan,
Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru Haji Hadi dari 1982 iaitu di Masjid Rusila dengan beberapa sahabat saya yang bukan Islam. Alhamdulillah, kesemua sahabat saya itu telah memeluk agama Islam dan telah menjadi orang Islam yang baik-baik belaka.
Kepercayaan saya pada Tok Guru Haji Hadi sama saja pada Tok Guru Nik Aziz. Setiap kali mereka berbicarakan sesuatu, janganlah kita cepat melatah seperti puak AMNU. Kalau kita tenung dengan ketelitian yang teramat, maka kita akan dapat rasai kebaikan dan kebenaran di sebalik ucapan mereka itu. Saya setuju dengan muzakarah antara PAS dengan AMNU tetapi mestilah bersyarat iaitu hanya membincangkan perkara-perkara yang memartabatkan agama Islam dan bukan bangsa Melayu semata-mata. Selama ini saya hidup sebagai seorang Melayu, saya dapati orang Melayu bukan ada peraturan hidup sebagai seorang Islam. Dalam kehidupan orang Melayu bukan ada halal dan haram tetapi sebagai seorang Islam, sudah tentu kita tertakluk dalam hukum agama Islam yang telah menentukan halal/haram sesuatu perkara. Jadi kalau kita bincangkan sesuatu perkara atas dasar bangsa Melayu, sudah tentu kita mungkin akan tersasar dari matlamat untuk memartabatkan agama Islam.
Saya selalu berdoa agar kita semua dapat bersatu di bawah payung agama Islam bukan atas dasar bangsa Melayu. Saya tidak pernah berganjak dari prinsip hidup saya iaitu HANYA ISLAM SAHAJA YANG DAPAT MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU. Lihat sahaja sejarah Tanah Melayu (sejak dari Kesultanan Melaka). Kemasyhuran Kerajaan Melayu pada masa itu berkembang selepas pemerintahnya memeluk agama Islam. Fikir-fikirkan saudara-saudaraku yang sebangsa dengan ku.

Khairul H. said...

Mereka yg hairan dan marah ni sebabnya mereka dapat tahu dari Pak Lah dan bukannya dari TH Abdul Hadi. Mengapa Tok Haji tak terus terang awal-awal dulu?, mungkin itulah soalan mereka. Dapat tahu pun dari "musuh" politik dan saya yakin Pak Lah bongkar rahsia tu pun sebab nak cuba mengacau-bilau kan Pakatan Rakyat.

Tu le sebabnya ada yang marah dan ada yang tersinggung. Mereka marah bukannya sebab mereka suka melatah. Mereka marah sebab mereka cintakan PAS dan tidak mahu PAS terperangkap lagi seperti tahun 1974 dulu.

Anonymous said...

Pandangan orang luar dari PAS,

Mereka melihat PAS jual mahal seolah olah sukar untuk diajak berbincang sesama melayu dek kerana dendam kesumat atas sikap goblok UMNO @ BNatang masa tahun 1974 dulu semasa kita belum lahir lagi.

Anda kena ingat kemenangan Pas dlm PRU12 dulu banyak bergantung bukan semata mata atas undi ahli Pas saja malah undi mereka atas pagar dan tidak menjadi ahli mana mana parti pun.

Anda kena bersikap rasional dan jangan gopoh dlm menangani isu ini. Anda kena yakin bahawa pemimpin anda itu tidak sebodoh yang disangkakan dan tidak akan menjual agama demi untuk membuncitkan perut mereka saja malah mereka zuhud...

Kalau itu satu kesilapan, tegur dan berlapang dada bukan dengan cara caci mencaci hingga ugut mengugut mahu keluar PAS dsbnya...walau tidak setuju janganlah jadi biadap!

ME said...

well said...saya sokong Tok Guru 110%

Yanaam said...

Saya setuju, orang yang terjerit-jerit marahkan individu tertentu PAS ialah yang tak mendapat tarbiyah. Atau hanya datang sekali dua dan terus rasa dah bagus.

Saya terbaca di blog lain, ada yang cadangkan supaya tokoh tertentu dalam PAS menentang Ustaz Nasha. Siapa agaknya yang cuba melaga-lagakan tokoh dalam PAS ni ?

Tak salah kalau bertanding untuk mantapkan parti tapi kalau guna isu rundingan baru ni sebagai alasan, tentulah tidak manasabah. Ustaz Nasha hanya wakil yang mendapat mandat Majlis Syura setelah TGHH tidak diizinkan Majlis Syura untuk pergi.

Begitu juga dengan Hassan Ali. Pada masa itu, PAS belum ada pakatan dengan DAP. Saya percaya DAP sendiri pada masa itu ragu-ragu untuk bekerjasama dengan PAS sedangkan kerajaan perlu dibentuk secepat mungkin.

Saya percaya isu ini akan terus digunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan pemimpin PAS dan komponen PR.

Khairi said...

Saya terpanggil untuk memberikan komen. Saya bukan ahli Pas. Menyokong Pas dalam GE yang lalu sebab muak dengan BN terutamanya UMNO. Di kawasan parlimen saya, Pas menang walaupun peratus pengundi islam hanya lebih kurang50%.Pas mendapat sebahagian besar dari pengundi atas pagar. Yang pasti Pas akan kehilangan undi ini sebab pengundi merasa tertipu dengan tidak tanduk Pas. Terpulanglah kepada Pas untuk memperbetulkan keadaan. Abdullah jelas tidak jujur. Dengan satu announcement, Pas jadi kelam kabut,PKR/DAP menjadi sangsi atas keikhlasan Pas dan pengundi atas pagar hilang keyakinan atas Pas. INILAH KENYATAAN.

alBanna jr said...

ahli2 yg dok geger ni sbb join PAS atas pintu kesedaran politik & bukan atas pintu tarbiyyah. mereka masuk dlm keaddan jahil apa itu wala' & ketaatan kpd jamaah serta adab2 serta rukun berjamaah...