Tuesday, July 15, 2008

Anda sokong Presiden?




Ada sahabat yang bertanya saya kenapa dia perhatikan kebelakangan ini terdapat kenyataan-kenyataan sokongan terhadap Presiden PAS yang dikeluarkan oleh orang-orang PAS sendiri. Antaranya dari Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Perlis dan terbaru oleh Dewan Muslimat PAS Pusat (yang mengeluarkan pernyataan sokongan terhadap kedua-dua Presiden dan Timbalan). Kesemua kenyataan itu merujuk kepada temuramah eksklusif Presiden PAS yang muncul dalam keluaran Harakah bilangan yang lalu.

Saya sendiri pada awalnya sukar juga mahu menjawab pertanyaan itu. Namun kerana dah ditanya saya menyatakan bahawa apa yang perlu kita lihat sebenarnya adalah isi atau intipati utama kenyataan Presiden PAS dalam temuramah itu. Ternyata apa yang telah beliau tonjolkan adalah agar Pas terus kekal dalam perjuangan memartabatkan Islam (“Kekal dalam orbit Islamnya” kata Almarhum Ustaz Fadzil). PAS adalah parti Islam dan sepatutnya terus kekal demikian, insyallah.

Lalu kerana itulah maka kenyataan-kenyataan sokongan itu keluar, bukannya kerana PAS telah tersasar dari landasannya, tetapi kerana masing-masing mahu menyatakan cinta dan taksub pada Islam, Presiden menyatakan ketegasan itu maka wajarlah yang lain semua menyatakan setuju dan akan pertahankan hakikat tersebut walau apa yang ada di hadapan.

Saya yakin ramai yang lain juga begitu dan saya difahamkan pimpinan peringkat akar umbi telah banyak menyatakan sokongan samada secara langsung kepada Presiden ataupun melalui kiriman email dan surat. Malah tadi semasa ditemuramah oleh pihak media Presiden menyatakan beliau menerima sokongan padu dari seluruh peringkat akar umbi parti.

Allah swt berfirman:

Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya (al Ankaabut:69)

Selagi Pas terus menjunjung slogan “Bersama Kepimpinan Ulamak” saya yakin jalan yang mahu diteroka Presiden akan terus dituruti oleh mereka yang sedemikian.

16 comments:

ANAK BAPAK said...

sami"na wa atho"naa.....

Anonymous said...

sokong2...knapa orang lain bole memperjuangkan agenda mereka? PAS tak boleh?

Anonymous said...

Ketika tiada kuasa, kita merasa begitu perlu pada kuasa untuk melaksanakan Islam. Bila telah diberi kuasa, kita berkata apalah guna kuasa kalau terpaksa gadai prinsip Islam.

Yang sebenarnya kita sendiri yang salah. Kita hanya bersedia untuk berlawan, tapi belum bersedia untuk menang dan memerintah. Kita tiada formula yang jitu untuk mentadbir masyarakat malaysia.

nikrahim said...

Saya sokong. saya masuk pas pun untuk menegakkan Islam. Selagi pas menegakkan Islam selagi itu saya akan sokong. Orang lain yang tak sokong tu, kitalah berperanan berdakwah kepada mereka.

Anonymous said...

salam,

saya juga menyokong presiden. tapi saya jijik dgn pemimpin pas yg nak bersama dgn organisasi umno demi untuk mendapat kuasa dgn alasan siasah syariah etc.

nak bercakap dgn ribuan individual yb umno, sudah tentu ok. tapi bercakap dgn organisasi umno yg corrupted adalah menjijikkan. UMNO perlu diajar paling sikit 2 penggal utk pembersihan. Memang kita memperjuangkan islam, tapi ingat, pejuang islam juga mudah ditipu oleh organisasi lain. Sejarah telah membuktikan. Cuma manusia sahaja terasa kuat atau tak sabar nak dapat kuasa hingga melupakan sejarah.

tapi, kabarnya bukankah roslan sms antara mereka yg menjadi adviser kepada pesuruhjaya selangor utk bercakap dgn umno sebelum kerajaan PR selangor ditubuhkan.

Anonymous said...

SOKONG.....
TAKBIR!!!!

melayutara said...

"saya juga menyokong presiden. tapi saya jijik dgn pemimpin pas yg nak bersama dgn organisasi umno demi untuk mendapat kuasa dgn alasan siasah syariah etc."

bagaimana pemimpin pas yang bersama dap dan pkr demi kuasa ada diantara mereka rela DIDIAM dari bersuara tentang sisah syariah dan islam umumnya. Perjanjian pangkor sebagai contohnya..

salam

Anonymous said...

PAS mampu memertabatkan Islam jika Pakatan Rakyat berjaya mara ke Putrajaya. Ketika ini agar sukar krn masih bnyk lagi rakyat berada d persimpangan & bercelaru akibat propaganda media-massa & elektronik.

Anonymous said...

assalamualaikum. BEBASKAN TAHANAN ISA!!! BEBASKAN TAHANAN ISA!!! BEBASKAN TAHANAN ISA!!! kemudian baru boleh nak mulakan apa apa perbincangan. ingat derita adik aina mardiah...jangan persiakan harapan keluarganya untuk bertemu ayah tercinta. JANGAN BINCANG DENGAN MANUSIA BUTA HATI! KALAU PAK LAH TAK BEBASKAN TAHANAN ISA...DIA BUTA HATI!

ANAK BAPAK said...

sauadara hamdy..apakah saudara hamdy berniat berjuang menentang UMNO kerana benci dan dendam atau kerana mengikut rahan Allah Ta'ala??? Mengajak ahli umno meninggalkan umno dan bersama PAS menegakkan Islam apakah salah..bukankah tanggungjawab??? atau kerana kita hanya menzahirkan dendam dan benci kepada umno semata-mata tanpa melihat benci kepada sistem yang dimurkai allah...allah menyuruh kita benci kepada sistem umno bukan ahlinya..ahlinya adalah saudara-mara kita yang kita kena usaha agar besok di akhirat kita semua tidak akan di azab allah dalam neraka!!! kenapa maraj sangat kalaupun ada pimpinan pas jumpa mana ahli atau pimpinan umno agar mereka bertaubat ( itu pun kalau dia nak taubat la..) dan kembali insaf juga sedar bahawa jalan yang mereka bawa adalah sesat dan kita bertanggungjawab membawa mereka ke jalan yang allah redha iaitu islam..atau apakah sausara dengki kalau2 perkara ini membuatkan PAS lebih popular dari kalangan pakatan yang lain??? kalau parti lain boleh jumpa MP BN kerana nak dapat kuasa kenapa pulak PAS tak boleh jumpa dengan siapa yg dia suka atas dasar dakwah mengikut panduan siyasah syar'yyah??? kalau rasulullah boleh mengajak qabilah-qabilah yahudi untuk membentuk negara islam madinah..apa pas nak ajak saudara seagama kembali ke jalan yg benar pon dipertikai...atau jeles dengan apa yg PAS buat???

Anonymous said...

saya setuju dgn hamdi.saya sokong cara approach tok guru nik aziz berkenaan berjumpa umno

Anonymous said...

Semua gerakan Islam adalah berlandaskan hari selepas mati. Sebarang tindakan adalah berasaskan sunnah dan Quran.
Soalan sokong atau tidak, tidak pernah timbul.
Yang ada samada kita di landasan yang betul.
Sejarah PAS seusia banyak parti politik lain di Malaysia. Banyak parti nyamuk telah terkubur.
Siapa yang bersama barisan Islam hendaklah kekal dengan akhlak dan kepimpinan Islam.
Cuma musuh Islam yang dengki dan cuba khianati perjuangan Islam.
Beruntunglah mereka yang berada dalam jemaah Islam.

Unknown said...

salam, fikirkan mursyidul am pas memerintah 18 tahun. presiden pas memerintah 4 tahun sahaja. gunakan akal dan qolam.

Anonymous said...

Apa gunanya bermuzakarah dengan umno? Apa gunanya berbincang dengan umno melayu islam yang terang-terangan menolak hukum Allah? Untuk apa berbincang dengan mereka? Untuk merebut kepopularan dikalangan Melayu Islam?

Umno yang buta mata hati hitam gelita mindanya, dengan Islam Hadhari yang dicipta dan tidak pernah dipraktikkannya. Lebih baik bermuzakarah dengan DAP yang walupun bukan melayu Islam, tetapi masih berhatiperut memberikan simpati terhadap DSAI yang kini merengkok dalam tahanan polis.

Perlu diingat, tanpa kerjasama dalam pakatan, PAS tidak akan dapat kedudukan sepertimana sekarang. Kita perlukan kuasa untuk memerintah malaysia. Dalam masa ini, tidak perlu timbul cerita-cerita yang berkaitan dengan bangsa. Ketepikan itu semua kerana ia adalah mainan drama politik umno semata-mata. Mereka amat terdesak pada waktu ini. PAS tidak perlu melayan karenah umno yang kononnya ingin berbincang masalah melayu islam.

Anwar itu siapa? Bukan melayu? Bukan Islam? Anwar sanggup mereka kerjakan sampai tahap sedemikian, adakah kita tidak terfikir perkara seperti ini?

Sudahlah, BATALKAN sahaja muzakarah bangsa yang dari dulu hingga kini menjadi kunci umno untuk menyelamatkan politik mereka.

Anonymous said...

Presiden PAS macam Khalifah! Kita mesti sokong, turut perintah selagi dia tidak derhaka pada ALlah!

Anonymous said...

tak kisah umno atau pas siapa yang nak bawak dan menegakkan islam aku sokong, aku dari dulu ahli umno cuma pangkah je pas sebab pas nak bawak islam(sekarang tak tahu ahli ke bukan sebab dah tak cek) apa nak gaduh umno ke pas ke yang penting nak bawak islam, kalau tak bawak aku tak pangkah, mana tahu besok mca ke mic ke atau dap pulak nak bawak islam aku pangkah puak tu pulak, ingat islam bukan milik pas dan umno, renungkan apa terjadi dengan bani israel, bukankah nabi banyak dari golongan mereka, tapi mereka jadi kafir juga.