Saya perhatikan apa yang berlaku di JKR10 dua hari lepas adalah isyarat kepada ahli-ahli PAS agar segera merapatkan saf dan membulatkan tekad. Segala kekeliruan dan kekusutan bagi saya telah berjaya diselesaikan dalam majlis itu, Presiden dan Mursyidul Am telah sepakat, dibayangi pula oleh badan Syura Ulamak PAS.
gambar dari
Malaysia Today
Presiden PAS walaupun dalam keadaan uzur telah bergegas ke Kota Bharu bagi memastikan masalah yang menghinggapi partinya akan segera selesai dan dapat diatasi kerana agenda untuk memartabatkan Islam masih jauh lagi perjalanannya. Semua yang hadir di Kota Bharu memikirkan darihal nasib dan masa depan Islam dan bukankah PAS mempunyai prinsip dan cita-cita perjuangan yang jelas begitu.
Saya yakin ramai yang lega dan berpuas hati selepas selesai majlis di JKR10 itu.
PAS adalah sebuah jemaah Islam, maka seharusnya kita bergerak dalam kerangka sebuah jemaah. Kata Saidina Ali r.a: “Kekerohan yang terdapat dalam jamaah lebih baik daripada kejernihan terdapat pada diri perseorangan.”
Dan Rasulullah saw mengingatkan kita:
Hendaklah kamu bersama jamaah dan janganlah kamu berpecah. Sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangandan menjauhkan diri dari orang yang berdua. Sesiapa yang ingin berada di tengah syurga, maka ia hendaklah sentiasa bersama jamaah. (Tarmizi)
Saya bimbang apabila terdapat arus untuk melemparkan keraguan dikalangan ahli-ahli terhadap kepimpinan mereka. Dan di sini kita bukan memaksudkan satu dua pimpinan tetapi dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Mursyidul Am, Timbalan Presiden dan seluruh anggota Majlis Syura Ulamak PAS. Kalau satu dua, atau sekerat dua yang mungkin tercalar dan diragui akhlaknya mungkin kita boleh percaya tetapi sekelompok pimpinan, ditangkap borong, diragui dan dicemuh, seharusnya kita berwaspada dan berhati-hati dan kembali berpegang kepada kebenaran.
gambar dari
Malaysia Today
Di luar sana. Macam-macam dusta dan nista dilemparkan terhadap pimpinan kita. Kunjung sebentar ke Malaysia Today dan lihat pemimpin-pemimpin kita dimaki hamun dengan kata-kata kesat dan lucah. Adakah kita termasuk dari kalangan mereka yang juga yakin memang begitu, memang pemimpin kita ini telah menjual maruah, memang pemimpin kita ini melayan runtunan nafsu masing-masing. Lalu memang layak mereka diperlakukan begitu
Fikirlah sejenak, jangan melayan tuntutan nafsu serakah.
Raja Petra yang pernah satu ketika dahulu menulis dalam Harakah dan kini diraikan oleh PAS sebagai kawan, sesuka hatinya menulis:
PAS constantly talks about Islam the way Paris Hilton talks about sex.
Begitu juga dengan beberap kerat penulis lain, yang tiada pun ikatan dan naungan langsung dengan parti dan jamaah kita.
Ini parti kita, ini pimpinan kita. Keputusan yang mereka buat kita yakin bersandarkan maslahah jamaah dan umum dan bersandarkan nas dan hukum. Ini Majlis Syura Ulamak PAS, bukannya badan maksiat atau kumpulan pelawak atau artis,! Mengapa kalau pun kita tidak dapat menerima, tetapi kita tergamak mengikut arus yang meruntuhkan kepimpinan yang sama-sama kita bina zaman berzaman?!
Saya sedih melihatkan fitnah dan mehnah yang berligar yang bermaksud menjatuh dan memecahbelahkan pimpinan tertinggi parti. Tetapi kerana saya (dan saya percaya ramai lagi di luar sana) telah menambatkan jiwa saya untuk bernaung di bawah “Kepimpinan Ulamak” saya yakin Allah swt akan memelihara mereka, dan membuka jalan, menyelamatkan jamaah ini, biarpun ada yang bernafsu mengikut telunjuk yang tidak lagi terikat dengan gagasan ulamak.
Bangkitlah saudara, jangan pimpinan tertinggi dimaki hamun oleh sesiapa sahaja yang ada, kita duduk berpeluk tubuh seronok dan terhibur.
31 comments:
saya pun amat bersedih dgn kejadian terutamanya dari rpk dan malaysia today.
tapi roslan cmon la, beberapa tindakan segelintir pimpinan kita ni pun kadangkala menyebabkan mereka beri komen sebegitu. kita kena la akui, kita mungkin faham tapi mereka macam mana? kena la mature dalam politik dalam negara majmuk nie
salam,
apa juga ketidak puasan hati yg ingin ditonjolkan ada hadnya. begitu rendah pandangan sesorang terhadap keimanan dan ketakwaan pemimpin pas.kadang kala ketelusan hati seseorang dapat dinilai dari segi perbuatan yang dizahirkannya. dulu dipuja kini dihina kerana perkara yang tidak jelas. fikir2kanlah..
Tuan,
Apa pandangan Tuan mengenai jawapan Tuan Timbalan Presiden mengenai DS Anwar Ibrahim apabila ditanya oleh saudara Karim Raslan ...
D'ayo
Akhlak ialah satu cabang ajaran Islam selepas ajaran tauhid dan syariah. Tiga komponen ini lengkap sebagai satu pakej seorang muslim dan mukmin. Ketiga-tiga ini sumbernya ialah wahyu dan juga sunnah.
Bercerai dengan sumber akan menjadikan kita menjadi pengamal fahaman sekular. Menceraikan ketiga-tiga komponen tiga beradik kembar ajaran ini menjadikan identiti Muslim tidak sempurna.
Perkara yang berlaku adalah sejarah yang berulang. Kejian dan makian manusia tidak akan menjatuhkan maruah seorang alim, faqih, etc. di mata Allah s.w.t.
Tabiat bagi org yang berjuang untuk Islam akan dicerca dan dihina. Penghinaan itu akan kembali kepada penghina, cercaan itu juga akan padam dengan sabar. Walaupun amat jauh untuk dijadikan perbandingan, Rasulullah s.a.w sendiri di tuduh dgn pelbagai tuduhan dan gelaran.
Walaupun ada 1 orang mencercanya, InsyaAllah, ada 10 orang yang mendoakan kemuliaannya.
Didalam politik semuanya 'mungkin'. Hari ini kawan, esuk jadi 'lawan'. Jika pimpinan PAS berpegang kepada keputusan 'syura', semuanya akan selamat. Maafkan mereka, mereka tidak tahu apa-apa.
komen saya tentang kesalahan metafora PAS berjumpa dengan UMNO yang disamakan dengan berkhalwat oleh RPK dalam artikel terbaru pun di delete. Khalwat itu antara lelaki dengan perempuan, parti politik yang tak berjantina pulak diumpamakan seperti itu.
Saya tidak tahu sama ada RPK masih ada kawalan terhadap censorship di laman webnya. biasanya dia hanya men'delete'kan komen yang menghina terlampau kini komen saya sekadar ikan kecil yang sesekali menentang arus pun di cop 'NOTE: Comment deleted. Not relevant'. RPK dah jadi macam Hakim Augustine Paul kot. Ini tak relevan itu tak relevan, kalau menghina agama Islam.. relevan pulak.
Drol
Salam bro Roslan,
Saya personally turut rasa terkilan dan sedih dgn scenario skrg...terlalu banyak perkara yang mengjengkelkan dan merisaukan kita. Kita perlukan suatu statement finale dari pimpinan untuk menjelaskan beberapa "persoalan" penting yang dilemparkan ke atas beberapa pimpinan susulan muzakarah/muqabalah awal (ketiga2 nya).
Namun, saya ingin tegaskan pd diri saya dan sahabat2 ...PAS bukan parti politik semata2, malah agenda tarbiyyah merupakan tunjang kepada gerak kerja PAS. InsyAllah kita mesti percaya tiada agenda peribadi dlm perjuangan Islam!
Saya yakin retetan isu ini adalah kerana rasa sayang dan kasih ahli2 PAS/ org awam rakyat malaysia terhadap perjuangan PAS dlm PR amnya dan prinsip2 azali PAS khasnya.
Bukankah segala yang berlaku ini adalah tabiat jalan ini (dakwah)? Bukankah segalanya adalah di atas kehendak Allah?
Justeru kembalilah kepada Allah (dengan memohon pertolongan dan petunjukNya).
Ujian merupakan penyaring yang memisahkan antara Mukmin yang ikhlas dengan makhluk yang penuh kepuraan-puraan, ia pernah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.
Bersyukurlah andai kita masih diselamatkan daripada saringan ini.
"la tahaf, wala tahzan, innallaha ma'ana."
"Jadilah cermin muka yang menampakkan kekurangan diri, janganlah seperti cermin mata yang menjelaskan pandangan kita terhadap kekurangan orang lain."
tengok saja imej bini rpk in public tahu dah mentaliti apa rpk ini.
Pas perlu ada dasar konsisten dalam ber "tahalluf siasi" dgn blogger, penulis dan syarikat media, mesti diatas syarat kita on the upper hand dan paling penting jangan nampak kita seolah olah tak kesah maksiat yg dilakukan oleh puak puak ini.
Contoh: baru baru ini wakil karangkraf diundang sebagai tetamu khas dlm majlis Harakah. Takda org lain? Tolak majalah ilmiah tiga empat(atau tak sampai kot), rata rata majalah karangkraf menseparuh bogelkan atau mentigasuku bogelkan gadis melayu dan wanita amnya.
MSO agak rapat dgn Harakah, tetapi hingga kini tiada permohonan terbuka (atau ana tak maklum) atas buku jahanam Kesah tiga abdul(lupa tajuk sebenar) yg kritik secara menghina Ustaz Halim, Cikgu Rahim dan besan Murshidul Am yg secara langsung atau tidak langsung cemar credibility Murshidul Am.
Dulu sebuah NGO yg rapat dgn Pas pernah jemput SIS sebagai tetamu Khas di sebuah hotel. Mengapa puak munafiq diberi iktiraf sedemikian?
Balik kpd isu puak juhala' hina pemimpin tertinggi Pas....... semua ahli yg ikhlas wajib tentang dan ambil tindakan paling wajar!
Tetapi harus juga awasi racun yg dihulur oleh puak munafiq atau neo munafiq.
Tuan,
Jika musuh condong menghampiri kita ... ada nasnya tapi jika 'kawan' condong menjauhi kita ... bagaimana?
D'ayo
Salam. Kita mengutuk sekeras-kerasnya segala tohmahan yang dilemparkan keatas pemimpin kita. Bagi saya ahli PAS cukup matang dan memahami hati pemimpin mereka, tiada yang cacat cela dalam tindakan mereka dari segi dasar perjuangan.
Yang menjadi masalahnya penyokong-penyokong yang baru berjinak dengan PAS termasuklah Raja Petra. Kaum Cina dan India yang memberi sokongan dalam PRU12 yang lepas begitu juga. Kita tidak boleh ketepikan sokongan mereka. Oleh itu jangan sekali-kali perkecilkan pandangan mereka. Mereka inilah yang perlu kita beri perhatian bukan herdik dan cerca. Anggaplah mereka baru berjinak dengan Islam dan jaga mereka baik-baik, berikan penjelasan keadaan sebenar, jangan sekali-kali marah dan ketepikan mereka.Biar mereka kata apa pun kepada pemimpin kita, itu biasalah, kalau mereka faham mereka tak akan lakukan itu semua. Kitalah yang perlu betulkan sedikit pendekatan dan tindakan kita agar sokongan yang baru berputik tidak gugur begitu sahaja. Hati-hati dengan tindakan dan perkataan kita jangan sampai mereka terasa, kita kan dah matang tetapi kekadang nampak lebih muda daripada PKR yang setahun jagung.
Saudara Roslan SMS,
ASSALAMU'ALAIKUM
Saya bukan penyokong demmokrasi. Tetapi, sebagai seorang Tok Pakir yang condong sedikit kepada Ahl Al-Kitab. Macam Rom dalam Surah Al-Rom.
Saudara tak perlu hairan dengan RPK dan lain-lainnya. Mereka adalah kuncu-kuncu Anwar Ibrahim Al-Afghani yang sedang merancangkan Revolusi Mental sekarang ni untuk menjauhkan Ummat Islam dari Penguasaan Agama Islam. Mereka ni sekularis, Warisan Kawakibi, Tahtawi, Abduh dsbnya. Bacalah pandangan-pandangan Islam Liberal Anwariyyah, bacalah artikel RPK; Islam itu hanyalah 'Personal Domain', tak lebih dari itu. Itu falsafah pemikiran mereka. Tau tak!.
Lidah-lidah mereka adalah lidah-lidah Napoleon Bonaparte, Voltaire Athies, Rosseue, Descartes John Locke dllnya. Mereka nak mencetuskan Revolusi Mental anti penguasaan Agama. Takkan you all tak tahu kot?
Sebagai pemerhati pemain-pemain demokrasi saya amat bersedih melihat PAS boleh condong dengan orang-orang sebegini. Kebebasan mengikut mereka ialah mengikut ajaran setan dan iblis. Tak faham lagi ke?.
Lebih lanjut baca artikel saya pasal Neo-Afghani nie di Blog saya.
WabiLlahitaufiq,
TOK PAKIR KORBANDEMOKRASI
jazklah rebel atas peringatan
ana juge memerhati dari jauh perkembangan ini.. dalam hati ade sedih, tapi pada masa yang sama ada rase syukur..
kepadaNya lah diserahkan segala urusan dan semoga kita dikurniakan hikmah dalam memahami agama yang suci ini..
Pemimpin PAS perlu bersihkan fikrah daripada khurafat, tahyul dan bidaah.
Selagi fikrah tidak selesai, selagi itulah fitnah melanda dalam barisan PAS.
Assalamualaikum
Aku sebagai orang Islam tidak redha samasekali dengan penghinaan yg dibuat terhadap Tuan Guru. Aku respect RPK melalui tulisan politik beliau, tapi bila beliau menulis berkenaan ugama, aku nampak macam ada yg tak kena dan bercelaru. Nampak macam beliau dirasuk emosi dan fahaman sekular yg melampau.
Saya teringat ceramah pertama Dato Hassan Ali, antara lain katanya,"Saya amat silap memilih PAS kerana harta, kedudukan, pangkat, nama dan terkenal". Saya pun teringat semasa dalam UMNO segala gerak kerja berbayar. Tapi bila saya join PAS, duit poket pulak yang keluar.. Tapi saya puas dengan perbelanjaan sendiri. Saya pun heran kenapa langsung tak lokek dengan PAS. Maha suci Allah.. Allahuakbar!!
Assalammu'alaikum wbt
Musuh Islam akan gembira apabila umat Islam berpecah dan akan rasa resah dan terancam apabila umat Islam bersatu.
Atas dasar itulah mereka ingin melaga lagakan YB Presiden dengan YAB Murshidul Am.
Dan atas dasar sama juga mereka berasa terancam apabila pada pandangan mereka PAS dan UMNO ingin "berkawan".
Walhal, PAS hanya ingin mecari jalan mendamaikan Islam di Malaysia, atas Uhwah Islamiah, yang sekarang ini berpuak puak dan berpecah disebabkan politik.
Allahu wa'alam.
Abu Qamar.
Allah itu ada. Biarkan mereka menurut hati dan perasaan mereka.
Kafirs dan munafiks di Malaysia Today have a field day! Begitulah kegerunan yang tiba tiba terpacul keluar di jiwa busuk dan keji mereka. kafir dan munafik memang musuh Islam, mereka tidak kira samada Islam hadori ke, Islam ala US ke, atau ala apa apa pun mereka ialah hamba hamba syaitan atau little bushes, brownies yang sedia menjilat apa yang patut jilat bila di hulur oleh tuan tuan mereka. PAS mesti berdikari, berpendirian tegas, tidak mudah melatah bila di tekan, terus bermuqabalah, muzakarah dengan semua yang mahu berbaik, terus berdakwah dan tidak gentar dengan sesiapa baik dengan kawan atau lawan.
BOTTOM LINE AT THE OF THE DAY
ISLAM VS KAFIR LAKNATULLAH!
Ahli pas yg komited sentiasa berdiri teguh bersama pemimpin kepimpinan ulamak walau dalam apa keadaan pun. Percayalah, kami tidak rasa kecewa atau terhina apabila kepimpinan ulamak dipersenda oleh golongan yg ternyata berada jauh dari orbit islam. Malah ianya menambahkan keyakinan dan semangat kami kerana para Rasulullah dan pembawa obor islam sepanjang zaman juga melalui fitnah dan mehnah yang sama. Untuk mengelakkan kesedihan yg terpaksa ditanggung apabila pemimpin kita dihina ialah jangan baca blog-blog yg ditulis blogger yg tidak mengamalkan penghayatan islam. Bloggers tersebut adalah ibarat para penyair kuffar pada zaman dahulu kala yg kerjanya mengalunkan bahasa-bahasa indah hanya untuk mempersenda nabi Muhammad SAW dan ajaran islam yg dibawa.
kepada ustaz RPK...
bukankah PKR mengambil fahaman sekularis sosialis menggantikan islam itu bid'ah kufur dan syirik yg paling besar...??
parti kamu majlis syura pun xade..parti xberjalan berlandaskan islam ...
tak ade qaedah fiqhiyyah..
tak ade qaedah haraki...
tak ade qaedah syar'ie..
semua tu tak ade macam mana nak kata pemikiran PAS khurafat tahyul dan bid'ah...
kamu bersihkan dulu nama besar pemimpin kamu anwar ibrahim yang nyata tak ada pendirian tentang dasar negara islam...
kamu kena ingat bahawa parti kamu menang dengan pengorbanan jentera kamu yang taat pada arahan pimpinan kami walaupun kami sedar kamu sekular tapi atas taat kepada pemimpin yang beriman dengan allah..bukan macam pemimpin kamu yang difitnah liwat dan memfitnah orang...!!!
kami tetap dengan ISLAM...
sekular kufur syirik dan bid'ah...kamu lah pendokongnya wahai ustaz PKR!!!!
Sekurang2 PAS ada Quran, Hadis dan Ulamak.
UMNO, walaupun musuh politik PAS, ada lebih banyak persamaan dari perbezaan.
PKR, DAP depa pakai kitab apa - Das Kapital, Islam ala-Amerika, atau apa? Mungkin mrk ni sebenranya lebih gemar tak berkitab sbb "semua boleh" bg mrk lebih baik.
Amww:
Saya bersyukur dan berdoa agar usaha sdra dalam cyber memperjuangkan Pas sebagai wadah menegakkan Islam akan terus berlangsung tanpa henti.
Dalam apa jua keadaan biarlah kita dengan pendirian yang kukuh tanpa mudah digoyah. Apa yang saya faham kesediaan Pas berpakatan dengan PKR & DAP adalah semata-mata mereka dapat menerima prinsip kita iaitu ke arah mewujudkan negara Islam yang tertegap di dalamnya syariat Islam.
Jika dari semasa ke semasa PKR atau DAPmenampakkan kejanggalan mereka pada pendirian kita, tak perlulah kita resah untuk tidak bersama mereka.
Kita kuat bukan kerana mereka atau mana-mana tokoh. Kuat kita hanya kerana Islam yang diredhoai Allah. Tiada guna perjuangan kita jika disukai manusia tapi dimurkai Allah.
Demikianlah juga apa saja persefahaman dengan UMNO. Sebagai penyokong, pendukung dan pencinta Pas, saya berpendapat jika UMNO sedia menerima Islam, lebih baik bergabung dengan mereka berbanding yang lain yang tidak menerima Islam.
Apa pun, saf pimpinan kita tentunya memahami setiap situasi dan didoakan akan terus diberi hidayah Allah.
Wajarlah tarbiah di kalangan pimpinan dan penyokong diperkemaskan dan dipertingkatkan.
Janganlah hendaknya kita tergelincir dari landasan sebenar dan hanyut dalam arus politik yang penuh ranjau dan lubuk buaya.
(Mohammad Faizal Che Yusof)
Salam...
Satu tindakan & perbuatan yang sangat melampau!
Harap kesemua ahli PAS dapat terus thabat. Thiqah iaitu percaya & wala' serta taatlah pada pimpinan kita, sepertimana baiah yang kita lafazkan.
Dalam hal ini, tiadalah yang diuji melainkan kekebalan & kerapatan saff perjuangan kita. Andai ada celah yang terbuka, maka makin mudahlah musuh menyerang.
Wallahua3lam.
Baru-baru ni RPK menulis mengenai personality cult dlm PKR. Dia lupa personality cult dia dan group MT sudah dibawa ke satu extreme yg overly-liberal dan kontroversi yg tak kunjung padam. Lg kontroversi, lg famous dan lg naik tocang.
Inikah orgnya yg lama belajar ugama dkt Trengganu?
i've been visiting malaysia today regularly since last 3years.. n leh nmpk RPK yg smakin mencabar tulisan dia.. n of cos comment2 yg truk gile dr non muslims.. dulu ramai org kita(muslim) balas balik.. tp rpk sndiri tegor ckp cr kite balas tu menunjukkan lg lemah nya kita.. n sbb tu kot org2 kita mls balas n masukk pon dlm website tu.. n acticle2 rpk sntiasa menggambarkan islam ni sgt lemah, n tau solat haji dsbginye.. mmg btul dia menggambarkan melayu yg mcm tu.. tp its a must for him to beritahu pembaca yg islam sebenar xsama mcm melayu kita buat.. n antara yg latest dia tulis psl melayu yg buat dosa n g haji, n diampunkan segala dosa..pastu balik buat dosa balik pastu g aji lg..mmg btul ada yg bgitu.. tp bg non muslim ia menggambarkan islam ni leh wat dosa gile2, pastu g aji setel sume.. sampai ade komen yg menghina ibadah nih. smoga Allah memberi jln kepada RPK..moga dia guna keberanian nye utk berdakwah..aminnn
salam, konsep wala' dalam jemaah adalah satu perkara yang cukup dititikberatkan dalam sesebuah jemaah Islam. Kita patuh pada arahan pemimpin yang puar berfikir untuk kepentingan Ummah. Secara peribadi saya melihat RPK adalah seorang Islam yang liberal dan demokrasi terlalu mengikut acuan barat dengan menkensampingkan Al=Qur'an dan juga hadis ( beliau menggunakan Al-Qur'an mengikut tafsiran sendiri ). Perlu ada dikalangan ahli yang membantu menjadi cyber trooper PAS dalam menerangkan kaedah pemikiran yang sebenarnya mengikut Islam. Laman MT kelolaan RPK menjadi minat dalam kalangan orang Belum Islam untuk mengetahui corang berfikir Islam, maka apabila RPK menerangkan dalam konteks ( kontekstualisme ) pemikirannya maka banyak pembaca yang bersetuju dengan terlalu 'mudah ' dan ' bebas ' nya Islam.
Marilah kita sama sama berdoa, moga moga RPK diberikan petunjuk supaya diikhlaskan hati dalam penulisannya bukannya sekadar nak glamer, nak popular especially di kalangan orang-orang bukan Islam.
Saya bukan penyokong dalam hal-hal melaknat dan mencaci maki sesama manusia. Maka tak perlulah kita jadi sama macam dia dgn mencaci-caci dia semula.
Rahmatnya di sebalik artikel RPK yg timbul selepas pertemuan PAS-UMNO - perpaduan penyokong dan pendokong PAS telah kembali bertaut! Allahu akhbar!
Saya setuju dengan Sin tentang artikel RPK. Dulu saya rajin jugak baca tp byk artikelnya yang semacam "menghina" org Islam dan yang membacanya kebanyakan bukan Islam atau yang namanya sahaja Islam, saya pun dah mula tapis artikel2nya. Kita boleh fikir tp orang lain ---terbabas dek taksub dengan komen "tuhan" mereka sehingga ada yang anggap dia tu demigod. Apa-apa PAS tetap pilihanku, Islam tetap agamaku. Salam.
aku dari dulu member aku dh kasitau RPK tu kaki minum, bini dia takde agama(freethinker)..so kata2 dia ibarat orang munafik..tak kira la fitnah dia terhadap najib atau apa2 tulisan dia aku anggap dusta dan munafik semata2
salam,
ramai ahli parti yang dimusuhi pas sudah lama tahu akan dimana asas perjuangan dap dan pkr. namun apabila bersuara dikatakan 'batu api'. hakikat tidak boleh diubah dan fakta dan sejarah sudah cukup membuktikan di mana pandangan dap terhadap islam. suatu ketika ada yang mempertahan rpk membuta tuli, asalkan boleh mengaibkan parti yang satu lagi cukuplah. Kini bila kena kepada diri sendiri baru sedar akan kebenarannya.
Post a Comment