Benarkah PAS berpecah dua?
Saya sungguh terkilan apabila seorang pemberita kanan dalam akhbar The Star boleh menulis dengan panjang lebar bahawa PAS kononnya diambang perpecahan. Satu kumpulan dibelakang Presiden dan satu lagi dibelakang Mursyidul Am menurut Joceline. Isunya kerana kononnya satu pihak mahu keluar dari Pakatan dan bercantum dengan Umno manakala satu lagi tidak mahu.
Siapakah yang menyodok Joceline dengan maklumat-maklumat ini?
Saya mengesyaki demikian kerana Joceline tiba-tiba ada maklumat tentang pertemuan Presiden PAS dengan Ikhwan kononnya di London. Tahukah Joceline. Ikhwan atau Muslim Brotherhood itu apa atau siapa? Kata beliau ianya badan yang PAS anggap sebagai "senior Muslim brother" dan Presiden PAS ke sana untuk mendapatkan fatwa mereka. Kalau pun benar maklumat ini tidakkah peyampai maklumat tadi sedar yang ia membocorkan sesuatu yang pasti suatu rahsia dalaman, atau memang maklumat ini perlu dibocorkan atau bagaimana?
Kata Joceline satu kumpulan dalam PAS diketuai oleh kebanyakan mereka yang dari Terengganu sebenarnya rimas dan tidak selesa dengan sikap DSAI yang liberal terutama dalam hal-hal berkaitan Islam. Dan mereka juga tidak lagi dapat bekerjasama dengan DAP kerana tentangannya terhadap perundangan dan pentadbiran Islam. Malah katanya kumpulan ini hampir bertemu dengan pimpinan tertinggi Umno sehingga ianya dikesan dan ditentang oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abd Aziz.
Jadi menurut Joceline, ada dua kumpulan dalam PAS, satu yang pro Umno dan satu lagi mahu kekal dalam Pakatan.
PAS adalah sebuah gerakan Islam, berjuang, bergerak dan mendidik ahlinya hatta sanggup mati untuk Islam. Perbezaan pandangan dalam jemaah adalah sesuatu yang lumrah namun apa pun keputusan tertinggi dalam partilah nanti yang muktamad dan akan dipatuhi oleh para pendukungnya. PAS sekarang kukuh membela dan mempertahankan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya, soal yang dilontarkan oleh Joceline tidak akan menarik PAS sehingga berpecah dua atau tiga, tetapi sebaliknya akan lebih mengukuh dan merapatkan kekuatannya.
Saya yakin dan percaya seluruh saf kepimpinan parti sayang dan bakal mempertahankan perjuangan suci ini, Allah tujuan kami, Rasulullah ikutan kami, al Quran dustur kami, jihad jalan kami.................
20 comments:
a'kum roslan,
perbodohkan saja rencana tulisan puak puak yang memang tak pernah ingin lihat Islam bangkit.
jangan ambik hati.
insyAllah, pendukung - pendukung PAS dan juga ahli - ahli PAS sedar akan apa yang benar dan tidak akan makan dengan provokasi murahan dari puak - puak sebegini rupa
BN wajib sedar bhw era membuli rakyat sudah berlalu. Masalah penting yg d hadapi negara ketika ini ialah krisis ekonomi yg semakin parah, inflasi & pengangguran yg semakin meningkat, jaminan keselamatan yg terancam & kos sara hidup yg tinggi.
Saya yakin bhw apa jua lontaran negetif penulis terhadap Pakatan Rakyat, tdk akan mampu memadamkan hasrat rakyat utk memertabatkan PAKATAN RAKYAT sebagai pemerintah baru d MALAYSIA. Ini shj jalan utk meleraikan segala kekusutan yg melanda negara yg d cintai ini.
dia kutip tepi jln mana ntah.. payah tul la penganalysis kutip tepi jalan..knal PAS pon tidak.. PAS adalah satu parti yg xpernah sunyi ngan perbezaan pendapat.. sbb kita bukan UMNO.. kita buka pemikiran ahli2 kita.. pemuda ade pendapat berbeza, diketngahkan.. in d end of the day,adekan musyawarah n satu suara dpt disepakati.. alhamdulillah.. n arap2 benda ni xkan pernah hilang dlm dunia PAS..insyaAllah.. aminn
".......peyampai maklumat tadi sedar yang ia membocorkan sesuatu yang pasti suatu rahsia dalaman"....ana rasa statement ini lebih perlu diberi perhatian dari artikel jocelyn. Jocelyn ni masa muda dulu tulisannya jauh lebih balanced; kini mangkin tua nampak tulisannya makin mamai. Berbalik kpd statement diatas satu persoalan timbul iaitu mutakhir ini isu bocor maklumat dalaman parti agak terserlah.... yg terbaru antaranya kesah penarik beca{ walaupun ana disini tegaskan ana tak setuju dgn tuduhan keatasnya tanpa bukti}. Sebagai org dalaman parti, statement enta itu boleh mengundang pelbagai tafsiran dan insinuation oleh itu your choice of words is very important.... pls be more careful in future, bro. Roslan.
PAS takder keluaran statement pasal kes anwar? Saya tengok PAS makin lembik sekarang, tunduk dan layu dengan pujuk rayu UMNO!!!Saya bukan ahli PKR, tetapi saya pengundi intelektual, kesal sungguh saya dengan sikap PAS, hanya disebabkan perkara2 yg kecil sahaja sanggup bergaduh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya pelik dan kesal betul, masih ada org pAS nak kembali bersatu kepada UMNO?
Meneyesal aku undi pAS dulu!!!
Jangan ingat hanya PAS shj islam, org lain kurang keislaman nya. Saya berasal dr kelantan, mai nak habaq sket, dulunya majoriti wakil rakyat PAS dr segi akhlak, hampir serupa dgn umno. marhaen nak jumpa mata pon susah, pegi rumah, selalu xde, isteri pon laser boleh tahan. apa tak nya, kejenya lebih kpd parti, mesyuarat3x! kawin3x! mana ada masa untuk marhaen.
maaf yer
Saya rasa kalau PAS nak muzakarah dengan umno tolong jangan buat sekarang. Priority ialah memastikan Anwar tidak dizalimi.
Umno bijak bermain politk. Mereka cuba menarik PAS untuk meruntuh PR dan supaya sokongan terhadap Anwar lesu. Harap PAS tidak terperangkap.
Allah subhanahu wata’ala berfirman, maksudnya;
“Sesungguhnya [agama tauhid] ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. (52) Kemudian mereka [pengikut-pengikut rasul itu] menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka [masing-masing]. (53) Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (54) Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu [berarti bahwa], (55) Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar. (56) Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan [azab] Tuhan mereka, (57) dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, (58) dan orang-orang yang tidak mempersekutukan dengan Tuhan mereka [sesuatu apa-pun], (59) dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, [karena mereka tahu bahwa] sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka, (60) mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya. (61) Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya. (62) Tetapi hati orang-orang kafir itu dalam kesesatan dari [memahami kenyataan] ini, dan mereka banyak mengerjakan perbuatan-perbuatan [buruk] selain dari itu, mereka tetap mengerjakannya. (63) Hingga apabila Kami timpakan azab, kepada orang-orang yang hidup mewah di antara mereka, dengan serta merta mereka memekik minta tolong. (64) Janganlah kamu memekik minta tolong pada hari ini. Sesungguhnya kamu tiada akan mendapat pertolongan dari Kami. (65) Sesungguhnya ayat-ayat-Ku [Al Qur’an] selalu dibacakan kepada kamu sekalian, maka kamu selalu berpaling ke belakang, (66) dengan menyombongkan diri terhadap Al Qur’an itu dan mengucapkan perkataan-perkataan keji [menjadikan Al-Qur’an sebagai bacaan lagha dan lalai] terhadapnya di waktu kamu bercakap-cakap di malam hari. (67) Maka apakah mereka tidak memperhatikan perkataan [Kami], atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu? (68) Ataukah mereka tidak mengenal rasul mereka, karena itu mereka memungkirinya? (69) Atau [apakah patut] mereka berkata: "Padanya [Muhammad] ada penyakit gila." Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran. (70) Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (71) Atau kamu meminta upah kepada mereka?, maka upah dari Tuhanmu adalah lebih baik, dan Dia adalah Pemberi rezki Yang Paling Baik. (72) Dan sesungguhnya kamu benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus. (73) Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat benar-benar menyimpang dari jalan [yang lurus]. (74) Andaikata mereka Kami belas kasihani, dan Kami lenyapkan kemudharatan yang mereka alami, benar-benar mereka akan terus menerus terombang-ambing dalam keterlaluan mereka. (75)"
(Surah Al-Mu’minun)
Matlamat perjuangan PAS adalah ISLAM yang berlandaskan Al-Quran & Sunnah. Itu juga adalah perjuangan saya dan keluarga.
Rakyat bawahan boleh menilai sendiri. Mula-mula harakah daily mengatakan tiada perbincangan dengan umno. Kemudian Ust Hadi kata ada. Seterusnya Nik Aziz kata tak patut ada.
Kalau telah dimuafakatkan dalam mesyuarat, kenapa tidak sepakat. Bukankah itu menunjukkan perpecahan.
sapa yang nak masuk amnu tuh? kalau ada ahli pas nak masuk amnu.. sila je pergi... lompat la kamu berkawan-kawan... ahli lain.. tetap kekal... kalau presiden dan musyidul am sendiri yang nak join.. pergi je isi borang amnu... bawak saja batang tubuh mereka... jangan pas dibawak bersama... pas bukan milik individu... kami berkerja macam nak mati untuk pru supaya berjaya kalahkan bn... bukan untuk orang atas sesuka hati buat pilihan nak masuk bn ke tidak...
aku, tidak pernah kisah pas kalah pru... yang penting jihad berjuang menegakkan Ugama Allah... kemenangan bukan satu benda penting.. kemenangan itu milik Allah nak bagi ke tidak... bukan hak kita... tidak kira sebaik mana kita berusaha... kalah menang masih ditangan Allah...
yang penting berjuang mesti terus... mengambil teladan kisah burung kecil yang berusaha memabawa air dalam paruh untuk mematikan api yang marak membakar nabi Ibrahim alaihis'salam... walau pun sudah tau tidak mampu... yang dia takut Allah tanya, apa yang dia buat di kala nabi Allah dibakar... bukan kenapa dia tidak berjaya padamkan api tuh...
satu lagi... bagi aku... lebih baik kita dipihak kalah... ia lebih selamat untuk iman... kalau kita diberi kemenangan, kuat kah kita menahan dugaan kemenangan itu??? Aku dah lihat tidak ramai yang berjaya... dan aku tidak berani... kemenangan banyak menjadika umat Islam lalai dan lupa kepada perjuangan... dan paling teruk.. lupa kepada Allah... lupa nak beribadat...
kapir ni memang itulah perangai dan akhlak mereka, niat serong dan jahat terhadap perintah Tuhan adalah sebati dengan jiwa mereka dari azali lagi sama dengan syaitan....
sdr
saya pun dengan kebanyakan,perbezaan pendapat dan pendekatan adalah lumrah dan wajin diterima.zaman berpuak samada konservatif atau moden dah tak laku ,manusia hari ini berpandang ke hadapan bukan nak nostalgic dengan zaman lampau.apa tah lagi sebuah gerakan islam seperti PAS, bukan kah kita yang mesti memimpin perubahan,kenapa perkara remeh diberatkan.
sekian
Saudaraku seislam, pertentangan pendapat adalah perkara biasa. Presiden dan mursyidul am nampak tak seiring...itu apa yang media lapor. Tapi yakinlah, bila perselisihan itu sampai ke puncaknya maka akan kembalilah mereka kepada rujukan yang satu yakni al quran. Tak perlu dirisaukan. Tak ada apa yang merugikan bagi kita ummat islam. Biarlah golongan kafirin dan munafikin melakukan perencanaan mereka. Yang penting kita ada Allah dan rasul.
PAS hanya lah WADAH dlm perjuangan islam. Ianya wajib bagi setiap muslim yg beriman. Tak masuk PAS pun masih boleh berjuang, janji nawaitu tu betul2 "Lillahitaala..."
PAS jangan terjebak dlm kancah politik kotor UMNO kedua kali. Sad to say, PAS never learnt from the previous incident.
assalamualaikum sdr roslan... mintak pimpinan PAS lebih proaktif dalam isu semasa. letih tunggu statement pimpinan. PAS memimpin...bukannya duduk di dapur!
tak kan nak masuk lubang biawak 2x.umno dah sekular teruk...penuh hasad dengki.
assalamualaikum..
nampaknya sdr anonymous banyak tak setuju dengan PAS.. sdr, kalau kita yakin di pihak yang benar, kenapa asyik guna anonymous.. be frank, jujur bila membuat teguran.. and please, kalau sdr anonymous orang umNO, please jangan porak perandakan kami orang PAS.. ataupun itu memang niat kamu yang jahat.. kalau kamu ikhlas, didoakan akan dapat pahala akan usaha itu.. tapi jika niat untuk memecahbelahkan kami, kami tak redha dan tunggu balasan dari ALLAH
dah ada cakap2 " ana dibelakang tok guru nik aziz"
orang pas pun termakan dengan berita orang kafir!
Assalamualaikum ... ana amat bersetuju dengan saudara anonymous - Thu Jul 17, 02:16:00 AM MYT ...
D'ayo
Post a Comment