Segera perbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam kita
Akhbar NST di muka depannya hari ini melaporkan darihal suatu anjakan paradigma positif yang sedang berlaku dalam masyarakat khususnya di Lembah Kelang ekoran kenaikan harga minyak. Di bawah tajuk:
Tough times good times
ia melaporkan bagaimana kesan kenaikan harga minyak mengakibatkan orang awam kini lebih menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan memandu sendiri. Lonajkkan bilangan yang menggunakan pengangkutan awam ini khabarnya mengakibatkan pengusaha-pengusaha pam minyak merungut kerana jualan mereka mula merosot.
Malah drebar-drebar teksi pula mula gembira kerana mendapati lebih ramai penumpang dan dalam waktu yang sama kenderaan di jalan-jalan raya semakin berkurangan.
Inilah antara perkara-perkara yang perlu kita terokai dalam kita menanggung beban kenaikan kos hidup khasnya ekoran kenaikan harga minyak yang "menggila" tempoh hari. Disamping kita "berprotes" kita juga perlu fikirkan alternatif-alternatif yang praktikal buat rakyat, kerana ternyata berkonsert menyua punggung tidak memberi apa-apa bantuan dalam menghadapi tekanan kehidupan yang sedang melanda kita kini.
Dalam membicarakan hal ini saya suka menyarankan agar pihak yang mengendalikan pengangkutan awam disamping meraih manfaat dari peningkatan bilangan pengguna, perlu juga ada anjakan paradigma khasnya dalam memperbaiki mutu perkhidmatan masing-masing.
Saya sendiri sering menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat di KL. Dua jenis yang perlu saya guna untuk sampaiu ke pejabat dari Subang Jaya adalah KTM komuter dan LRT dari Sogo (Bandaraya) ke Jalan Sultan Ismail. Saya perhatikan mutu perkhidmatan KTM komuter sejak selepas pilihan raya umum lalu semakin merosot. Benar mereka telah mula memperkenalkan koc-koc baru, tetapi jadual perjalanan emreka sering dipinda-pinda. Akibat pindaan satu-satu jadual semasa waktu puncak (peak hours) akan mengakibatkan para penumpang terpaksa bersesak-sesak untuk menaiki tren yang berikutnya.
Bayangkan dalam waktu masing-masing mahu bergegas ke pejabat di waktu puncak, terpaksa bersesak-sesak bagaikan ikan sardin dalam tin. Di situlah berhimpun lengan kelengan, perut ke perut, dada ke dada mereka yang mahu ke pejabat, buruh-buruh Indonesia dan Bangla (termasuk Vietnam dan Nepal) yang mahu ke tapak kerja, ibu-ibu yang mahu ke pasar atau ke klinik dan sebagainya, warga emas yang entah mahu ke pejabat pencen atau apa sahaja urusan mereka.
Dahlah bersesak kadangkala ada diantara koc berkenaan yang hawa dinginnya tidak berfungsi mengakibatkan para penumpangnya kepanasan.Pihak KTM komuter perlu meneliti perkara ini dan memperbaikinya memandangkan jumlah yang akan menggunakan khidmat mereka pasti meningkat selepas ini nanti.
Bagi sisitem LRT saya dapati kekerapannya lebih sistematik berbanding KTM Komuter, walaubagaimanapun satu yang saya perhatikan adalah sikap para pekerjanya khasnya yang bertugas di kaunter-kaunter tiket. Sejak saya menggunakan khidmat ini saya kira hampir 12 bulan lalu tidak pernah satu hari pun saya mendengar ucapan terima kasih atau selamat pagi dari kerani di kaunter tiket mereka, malah masing-masing dengan muka berkerut dan masam-masam belaka, barangkali semua mereka ada masalah rumah tangga.
Berlainan dengan KTM saya perhatikan kerani-kerani di kaunter tiket khasnya di stesyen Subang Jaya sangat peramah dan menyenangkan hati, barangkali rumah tangga mereka semua bahagia.
Akhirnya mutu khidmat teksi-teksi khasnya di Lembah Kelang juga perlu diperbaiki. Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa membahaskan "review" separuh penggal RMK9 di Parlimen baru-baru ini menyebut hanya di negara kita, penumpang perlu minta kebenaran drebar teksi untuk ke mana-mana. Contohnya perlu tanya boleh pergi ke destinasi ini atau itu. Kalau si drebar tadi mahu dia akan kata OK jika tidak dia hanya akan pergi meninggalkan penumpang tadi terkebil-kebil. Malah ada pula yang minta bayaran tambahan atas alasan jalan sesak dan macam-macam lagi.
Semoga pihak yang berwajib dapat memperbaiki mutu khidmat pengangkutan awam kita kerana rakyat sudah tidak ada pilihan lain selain menggunakannya bagi meringankan beban hidup mereka masing-masing.
3 comments:
Heppy Besday yang ke-45 tahun 2 u Bro. Roslan. Mudah²an ALLah mengurniakan tubuh badan dan fikiran yang sihat pada Bro untuk lebih banyak menulis tentang permasalahan politik dan agama tanahair.
Semoga blog Roslan SMS terus bertahan isyaALLah.
www.shamsuleffendey.wordpress.com
Assallamualaikum
Saya secara jujur tidak berharap negara kita akan mempunyai sistem "public transport" seakan Singapura, tetapi kalau ikut terma kontraktor, "fair, wear and tear" itu harus dititikberatkan.
Bagi yang sudah ketemu perut dengan perut itu merbahaya juga, tetapi kalau boleh susut kan badan lagi bagus (puasa gitu), banyak lagi penumpang yang boleh naik.
(Oops, just joking)
Wassallam
Pengalaman sendiri gunakan Komuter dari Bangi - Mid Valley/ KL Sentral since 2004. Perkhidmatan semakin merundum atau dalam bahasa kasarnya 'sucks'.
Tiada perubahan langsung. Penumpang (berbayar ya, bukan free) semakin bertambah dan paling ketara ialah selepas kenaikan minyak. Selalunya di Stesen Bangi gerenti dapat duduk pagi, kini jangan haraplah. Sekarang aku tak kisah berhimpit atau berpanas mcm sauna asalkan dapat sampai office dan balik dengan selamat.
Dulu kekerapan 15 minit tapi di pindah 20 minit (tapi dah macam 30 minit interval). Alasan koc tak cukup. Tersadai dan takde spare part. Ini merupakan langakah ke belakang.
Pada akhir 2004, Menteri Pengangkutan pada masa tu Chan Kong Choy kata kerajaan dan order 5 set train komuter baru dan dijangkan sampai Ogos 2005. Tujuan dia ialah utk increase frekuensi from 15 minit to 10 minit. Janji punya janji dan tunggu punya tunggu memang hampas. Tak terkilan dia tak bertanding baru-baru ni. Dia buat press conference tu mungkin kerani dia yang taip teks.
Baru-baru ini Ong Ka Ting kata nak improve public transport bukan one night effort coz nak order train it will take about 3 years to deliver. Kenapa order sekarang. Patut order 3 tahun dulu tokey woii.
Dan baru-baru ini Dato' Shahrir Samad naik ERL from KL Sentral to Putra Jaya (off peak time) dan boleh bagi statement bangang public transport kat Malaysia ni reliable.
Aku offer mana-mana MP utk naik komuter dengan aku selama sebulan dan aku akan sponsor touch n go (boleh guna utk tiket). Baru tahu bagaimana susahnya orang bawah.. So macam mana nak ubah gaya hidup sedangkan aku dah macam ni sejak dulu..
p/s - That's why la, aku minta orang atas tu tak kira la PR ke BN berhentilah polemik politik dan tuduh menuduh. Baik sama-sama bincang nak atasi beban rakyat. Kalau nak sangat jadi PM pun sabarlah sikit, tunggulah next election. Tak manis sangat kalau jadi PM based on dok jaja orang itu ini nak join kita... tolong la weiii.....
Post a Comment