Friday, July 11, 2008

Masanya tiba untuk menyatakan pendirian terhadap Presiden PAS

Saya menerima banyak reaksi dari kawan-kawan berhubung temuramah eksklusif Presiden
PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di dalam keluaran terbaru Harakah. Untuk makluman seluruh kenyataan beliau di dalam Harakah itu terbit dari pandangan dan pendirian beliau sebagai Presiden parti Islam terbesar dalam negara.

Sudah pastilah ada yang menyokong, ada yang menolak dan ada yang enggan beri reaksi. Apa pun orang awam berhak menyuarakan pandangan dan memberikan reaksi kerana Tuan Guru sekadar seorang pemimpin politik dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi. Berbeza dengan ahli-ahli PAS, Tuan Guru adalah Presiden mereka, ketua tertinggi dalam parti mereka, dan PAS sebagai sebuah gerakan Islam menuntut ketaatan dari ahli-ahli jemaahnya terhadap pemimpin mereka selagi mana pemimpin tadi tidak menjalankan kerja-kerja yang bertentangan dengan syariat.

Saidina Abu Bakar as Sidiq, Khalifah Islam yang pertama selepas Rasulullahg saw pernah berkata:

"Tidaklah meninggalkan jihad oleh sesuatu kaum melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka kemusnahan dan kehinaan. Taatlah kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan rasulNya. Sekiranya aku tidak taat kepada Allah dan rasulNya, maka jangan lagi kamu taat kepadaku".

PAS sebagai sebuah gerakan Islam memiliki adab dan disiplin berjemaahnya sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Sebagaimana kata Tuan Guru dalam temuramah itu:

PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh.

Salah satu adab berjemaah yang digariskan oleh Islam adalah taat ataupun wala'. Di dalam kitab "Manhaj Daurah Tadribiyah" keluaran Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang merupakan salah sebuah kitab wajib dalam usrah PAS, disebut:

Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jemaah dalam parti.

Ketaatan membawa penyelarasan yang baik dikalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama'ie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti menjadi celaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

Bacalah dengan teliti dan sangka baik keseluruhan kenyataan Tok Guru itu. Beliau saya yakin telah mengambil-kira semua faktor, dan sebagai ulamak, saya yakin beliau mendahulukan kepentingan Islam dan jemaah mengatasi segala-galanya insyallah.

Kenyataan penuh Tuan Guru itu boleh didapati di:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015731&Itemid=115

8 comments:

Anonymous said...

Taat dan wala' tidak bermakna tidak boleh mengkritik atau menyoal pemimpin kerana walau sehebat mana pun pemimpin itu, mrk tetap manusia yg tak lepas dari salah dan silap. Nilailah pada pandangan itu sendiri, bukan pada pemberi pandangan. Bila tak setuju dengan pandangan pimpinan, seharusnya berani suarakan atau mohon penjelasan dengan cara yang beradab. Sedangkan Umar al Khattab gembira bila tahu masih ada rakyatnya yg mahu menegur beliau dengan mata pedang!
Masa perang badar, arahan nabi Muhammad s.a.w utk berhenti di satu mata air telah dipersoal kerana sahabat melihat tempat itu kurang strategik..
Yg penting, beradab..

Anonymous said...

Saya setuju dengan pandangan Presiden. Tegas dan jelas dengan prinsip. TG juga menunjukkan PAS bukannya berjuang untuk kuasa semata-mata. Juga TG bukannya nak menuntut itu dan ini dalam PR. Jelas TG sangat mementingkan peluang dakwah. Samada kepada PR atau kepada BN. Inilah yang kita inginkan.
Kepada pertemuan dgn pemimpin BN, TG dengan jelas mengatakan kewajiban berdakwah, bukannya seperti yang difitnahkan seolah-olah beberapa pimpinan mahukan PAS menyetai BN. Itu adalah pandangan orang yang cetek perjuangannya.
Kepada padangan sebelum ini yang mahukan PAS menunjangi PR, TG dengan jelas menyatakan tiada parti yang menjadi tunjang kepada PR dan keputusan dibuat secara konsensus. Saya percaya kenyaaan TG ini adalah satu cabaran kepada ahli supaya bekerja dengan lebih telus dan gigih lagi supaya kita dihormati oleh rakan PR dan juga kita dikagumi oleh musuh BN. Bukannya kita mahu kuasa dan pengiktirafan sahaja, tetapi lebih penting adalah setiap perbuatan, tingkahlaku serta pandangan kita adalah untuk dakwah.
Peluang telah ditunjukkan oleh rasul yang mulia semasa perjanjian politik hudaibiyah seharusnya diambil oleh ahli untuk menyebarkan Islam dan keadilannya kepada semua kaum.

Syabas Tg Presiden.

DRZ

Anonymous said...

saya rasa antara kenyataan yg terbaik dr Tuan Guru Hj Hadi. Sangat tegas.. dan jelas. sesuatu yg saya sendiri tunggu2 sejak sekian lama.

nampaknya Tuan Guru cekap menjawab soalan pada kali ini... terutama berhubung pertemuan dgn UMNO, mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan buat sesetengah ahli PAS.. tapi jawapanya sgt baik.

Anonymous said...

Salam,

Saya adalah penyokong PAS. Bagi saya ini adalah kenyataan terbaik Tok Guru. Ia melambangkan ketegasan.

Alhamdulillah, lega hati saya bila membaca kenyataan Tok Guru.

Tok Guru, teruskan perjuangan. Bagi saya Tok Guru berada dilandasan yang betul.

Anonymous said...

kawan tetap kawan, tapi kalau kawan cuba naik kepala, kena sound sikit. syabas TGHH dengan penegasan ini

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh TG. Taat adalah sifat umat Islam, walaupun begitu taat bukan bermaksud tidak boleh menegur atau mengeluarkan pendapat. Telah ada contoh perjuangan rasulullah dan para sahabah, yaitu tegur menegur walaupun teguran daripada orang terbawah kepada orang teratas. Walaupun begitu, hendaklah ditekankan, seperti kata TG jangan ada satu bahgian di dalam ahli yang bertindak secara sendiri sehingga menghancurkan jemaah.

Apa yang dikhuatiri ialah apabila ada pemimpin yang kurang baik perlaksanaan tugasnya dan keputusannya, tetapi degil untuk menerima pendapat orang lain. Kita boleh lihat perkara ini di dalam pemerintahan BN pada waktu ini. Oleh itu, hendaklah PAS mempunyai satu sistem yang baik agar pemimpin seperti ini tidak dibenarkan terus berleluasa, atau ada cara untuk setiap ahli membuat teguran.

Secara praktisnya, selalunya amat sukar untuk menetukan pandangan dan cadangan siapa sebenarnya yang terbaik. Dalam hal ini, saya rasa, ia hendaklah berpandukan kepada ayat alquaran, hadis dan apa yang telah dilakukan oleh rasulullah dan para sahabah. Yang menjadi masalahnya, ada pula segelintur manusia yang hanya mengambil sebahgian sahaja dari ayat Alquran hadis atau contoh, manakala mereka memejamkan mata kepada yang lainnya yang tidak menetapi citarasa mereka.

slyderrose said...

Petugas PAS memang ramai masa PRU12. Ini tidak dinafikan sebab PAS sebagai sebuah parti telah lama bertapak selama umno dan organisasi PAS sudah established kalau nak dibandingkan dengan PKR baru setahun jagung. Walau bagimanapun ada sesetengah tempat di Selangor PAS tidak mempunyai sumber kewangan untuk bergerak dan penyokong PKR memberi sumbangan berupa wang ringgit dan material untuk membantu calon PAS.
Dan saya rasa ini adalah kerjasama yg baik yg harus ditingkatkan.

Dari segi perlaksanaan Islam secara menyeluruh akan hanya terlaksana kalau semua pihak memahami Islam itu ad-din. Semua pihak termasuklah orang melayu islam sendiri dan juga bukan islam. Media mestilah membantu memulihkan imej islam di mata bukan islam dan juga pemimpin Islam mestilah juga mencermin akhlak islam yg seperti dituntut. Jangan hanya pandai bercakap tapi perlaksanaan berbeza. Satu lagi kedudukan Agong dan Sultan2. Mereka memainkan peranan yg amat besar bagi menentukan kemulian Islam itu terjamin di Malaysia. Peranan PAS ialah menyakin semua pihak, dari Islam, bukan Islam dan agong/ Sultan2 bahawasanya Islam menjamin kesejahteraan umat tidak mengira kaum dan ugama dan kemakmuran dan kemajuan negara. Paling baik melalui pendidikan dan contoh yg baik, macam Tok Guru Nik Abd Aziz. Ia bukan bolih dibuat dalam tempoh 100 hari PR menang 5 negeri. Berpijaklah di bumi yg nyata. Apa yg Dato Dr Hassan Ali buat kat Selangor dengan Imarahkan masjid adalah satu langkah yg positif. Gunakan peluang ini menyampahkan mesej Islam yg sebenar pada orang islam dahulu dan tunjukkan keadilan Islam pada bukan Islam semoga mereka tertarik dan yakin dengan islam.

Anonymous said...

Keamanan adalah fokus utama.

Ketegangan yang berlaku tika ini, seperti kecelaruan politik, krisis makanan, kenaikan harga minyak global meruncing, iklim kelembatan ekonomi dunia sudah cukup membuat rakyat keresahan. Rakyat seolah-olah dihimpit dengan mimpi buruk, kerana ketidaktentuan semasa.

Harapan saya, pimpinan politik khasnya PAS (kerana saya adalah penyokongnya), hendaklah memastikan keadaan aman, hendaklah meredakan hati rakyat, hendaklah memastikan rakyat hidup selesa tanpa buruk adalah isu penting.

Jangan tambahkan keceleruan. Jangan burukkan keadaan, pimpinan politik dilihat masing2 menuduh antara satu sama lain menyebabkan rakyat rimas. Saya sendiri sudah muak dengan apa yang berlaku.

Syabas Tok Guru, mesej Tok Guru sama dengan hasrat saya. Marilah sama-sama mengubati hati rakyat.

Wallahuaklam