Jangan naik tambang bas lagi
Banyak pihak gusar akan cadangan untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti ekoran kesan langsung dari kenaikan harga minyak tempoh hari. Adalah difahamkan kenaikan itu akan mula dikuatkuasa pertengahan September depan dan menurut pihak kerajaan kenaikan itu nanti akan dipastikan tidak membebankan rakyat.
Dalam keadaan kesempitan mutakhir ini, apa sahaja kenaikan selain dari yang telah dipikul sudah pasti akan membebankan rakyat!
Tambahan pula umat Islam akan mula berpuasa September ini dan kemudiannya menyambut Hari Raya Eidul Fitri, sudah tentulah kenaikan ini akan menjejaskan kehidupan mereka dan semua rakyat amnya.
Bolehkah perkara ini ditangguhkan?
Kita difahamkan harga minyak dunia sudah pun mula menurun dari parasnya yang tertinggi. Ketika harga minyak tempatan dinaikkan 78sen, 4 Jun lalu, ke RM2.70 seliter, harga minyak mentah dunia ketika itu USD140 setong. Kini ia telah turun lebih USD18 iaitu USD122 setong.
Malah PM baru sebentar tadi mengumumkan yang kerajaan sedang bercadang untuk menyemak semula harga minyak tempatan. Oleh itu sementara semakan itu dibuat, lebih baik sebarang kenaikan baru termasuklah yang melibatkan tambang bas ini ditangguhkan terlebih dahulu.
4 comments:
bro roslan..
rasanye kenaikan tambang bas mmg x dapat dielakkan lg memandangkan hg semasa tambang sudah bertahun2 tidak dikaji semula. padahal dlm tempoh tersebut, hg minyak tlh dinaikkan byk kali!
walaupun syarikat bas mendapat subsidi minyak, kos maintenace bas telah jauh meningkat berbanding 5 dan 10 tahun lepas. adalah tidak adil bg pengusaha bas secara sendirian menanggung kenaikkan kos tersebut.
jd, bagaimana penyelesaiannye? perlukah kjaan memberi subsidi kpd hg alatganti kenderaan terbabit? atau kjaan perlu memberi subsidi kpd hg tiket yg baru?
siapa pangguna perkhidmatan bas? adakah golongan berpendapatan tinggi atau yg berpendapatan rendah? tidak salah sekiranye subsidi di salurkan bg menangani masalah ini...
rasanye, kjaan 'mampu' utk memberi subsidi dlm masalah ini kerana wang rm6billion hasil dividen tambahan dr petronas sudah mampu untuk menangani masalah ini.
keadilan utk semua..
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
Tambang bas sekolah dah naik pun. Pak Lah hanya akan turunkan harga minyak jika ia memberi keuntungan pd parti. Rasanya harga minyak akan turun dlm masa terdekat ini jika pertarungan DSAI & calon BN menjadi.
harga minyak kt uk semakin turun sekarang setelah PM mnta turunkan, nk elak inflasi..hari ini,kt morrisons, 1 liter Diesel £122.9 je..a'lillah..
Pasaipa tambang bas nak naik bila rega minyak nak turun bulan September ni?
Post a Comment