Saturday, August 23, 2008

Dari Permatang Pauh ke Putrajaya

Rakyat di Permatang Pauh akan keluar mengundi Selasa ini. Keluarlah beramai-ramai mengamalkan had demokratik kita masing-masing. Setakat hari ini nampaknya sokongan rakyat di sana terus-menerus berpihak kepada calon PKR Dato Seri Anwar Ibrahim, mengambil kira perhitungan logik, tidak ada sebab mengapa Anwar tidak boleh menang besar Selasa ini.

Kemenangan di Permatang Pauh sesungguhnya tidak akan menambahkan bilangan kerusi PKR atau Pakatan Rakyat. Tetapi ia merupakan batu loncatan bagi Anwar untuk terjun ke dalam gelanggang, gelanggang yang pasti merindui beliau sejak beliau meninggalkannya hampir 10 tahun lalu, iaitu kamar dewan rakyat.

Tetapi kemenangan di Permatang Pauh Selasa hadapan tidak sekadar berhenti di situ. Ia sesungguhnya suatu persinggahan dan rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari itu. Melalui Permatang Pauh rakyat mengharapkan lanskap poltik Malaysia berubah lagi setelah ia berubah pada 8 Mac lalu. Kali ini rakyat mengharapkan perubahan yang lebih drastik sebagaimana yang dinajanjikan kepada mereka.

Dari Permatang Pauh 26 Ogos ini rayat akan menunggu pula satu lagi tarikh besar iaitu 16 September kerana pada hari itu segala-galanya akan berubah. Malaysia akan mencipta sejarah pada tanggal berkenaan kerana buat pertama kali dalam sejarah Malaysia dan malah sejarah dirantau ini, sebuah kerajaan akan jatuh lantaran peralihan sokongan ahli-ahli Parlimen tanpa perlu melalui peti undi.

Pada bulan Ramadhan nanti, kerajaan BN akan tumbang dan kesemua anggota kabinetnya terpaksa mengundur diri. Pada hari yang ditetapkan itu Pakatan Rakyat dikatakan akan memiliki bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Malaysia yang baru lantaran 31 ahli-ahli parlimen BN akan melompat menyertai PR. Pada tanggal itu juga rakyat akan melihat ahli parlimen Permatang Pauh dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Ayuh pastikan Anwar menang Selasa ini untuk sama-sama kita melangkah pula ke Putrajaya 16 September ini.

9 comments:

Anonymous said...

Aku akan tunggu hari itu sebab aku nak menagih janji. Aku harap tidak ada alasan lagi.........kalau tak jadi siap kau!

Si Pipit

wakmeli said...

Salam wbt. Sejarah hebat akan berlaku pada 26 ni. Saya harap DSAI menang bergaya dan dapat merealisasikan agenda perubahan untuk rakyat Malaysia. Namun, kita jangan mendahului ketentuan Allah swt. Yakin tentang perancangan tu tak salah.
Mengenai agenda islam, bagaimana pula antara PAS dan DAP. DAP menolak penubuhan negara islam. Saya harap PAS dapat menerangkan dan tarbiyah kpd DAP mengenai kebaikan negara islam.
Saya bimbang masalah sosial dan keruntuhan akhlak berlaku jika dibiarkan DAP menentang penubuhan negara islam. Masalah arak,pelacuran, disko, konsert, etika pemakaian dll perlu diselesaikan oleh PAS dan bukan DAP sebab menda2 tu adalah sebahagian drp hidup dorang.
Atas alasan kebebasan dan hak, mereka akan menghalalkan perbuatan jahiliah tersebut. tu belum cite kes murtad lagi.

Anonymous said...

Aku pulak nak dia tu turunkan harga minyak pada 17 sept 2008 sebanyak 50 sen pun tak pe tapi tak boleh kurang daripada itu sebab janji asalnya turun lebih lagi, asalkan turunkan pada hari esoknya...sebab dia janji HARI INI BENTUK KERAJAAN, HARI ESOK HARGA MINYAK TURUN....kalau dia tak buat sebagaimana yang dijanjikan aku akan buat demontrasi untuk huru-harakan negara ni macam yang dia buat malah lebih lagi....tapi setahu aku demontrasi ni haram dalam Islam...kalau aku salah tolonglah betulkan ye...

Anonymous said...

Banyak yang saya tidak berpuas hati dengan BN, walaupun begitu saya tidak akan gembira sekiranya PR mengambil alih kerajaan melalui cara yang tidak demokratik, iaitu loncatan para MP BN kepada MP PKR.

MP dipilih mengikut parti mereka. Sekiranya mereka melompat keparti lain, mereka telah benar-benar menipu rakyat dan tidak amanah. Adakah PAS akan menggadai prinsip, amanah dan integriti semata-mata kerana mengaharapkan durian runtuh. Saya kecewa sekiranya begitulah pendirian PAS.

Didalam PRU12 rakyat telah memilih secara demokratik supaya BN akan terus kekal berkuasa. Jadi kalaupun hendak berkuasa, gunalah cara yang demokratik, bukan menipu. Janganlah begitu mudah menghalalkan cara. Bagaimana PAS boleh sampai lupa diri sebegini sekali?

Anonymous said...

bro roslan,

Kita hanya mampu utk berusaha merancang..Allah akan tentukan segala-galanya. Berjaya atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi kita tetap yakin pasti ade hikmah disebaliknya.

Sudah 50tahun kita bjuang 'memerdekakan' Malaysia dr pemerintahan berat sebelah yg langsung tidak menguntungkan kebanyakkan rakyat. Rasanya masa ditunggu2 sudah hampir tiba. Para pemimpin yg bakal mengambilalih tampuk pemerintahan mestilah benar2 sudah bersedia melaksanakan tugas dengan efektif dan jauh dr gejala negatif budaya pemimpin sekarang ini.

Kerajaan rakyat amat ditagih oleh majoriti rakyat malaysia sekarang ini dimana pemimpin adalah hamba kepada rakyat dimana rakyat yg btertindak sebagai TUAN. Bukan seperti pemimpin BN skang ni yg menjadi TUAN kepada rakyat!

Kalo nak menimbunkan harta, jangan jadi pemimpin politik. Jadi la bisnesman! Tapi sebaliknya berlaku dinegara kita tercinta ini. Bagi la contoh pemimpin BN yg tidak kaya raya. Tentu sukar untuk dicari!!

Lawan Tetap Lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..


p/s permatang pauh nye penangan, lee chong wei gak yg untung. Sukan olimpik blum lg tamat tp wang insentif rm300k n pencen rm3k(mulai sept) sebulan dah diterima. Tak de dlm sejarah sukan negara wang insentif kemenangan diperolehi sebelum kejohanan sukan tamat!!

Anonymous said...

Menurut maklumat terkini dari pelbagai sumber, nothing will happen on 16 Sept. Mudah2an semua rakyat M'sia akan celik dan tidak lagi terpengaruh dengan dakyah ahlil kelentong yg sgt besar.

Anonymous said...

Ayuh pastikan Anwar menang Selasa ini untuk sama-sama kita melangkah pula ke Putrajaya 16 September ini.
--------------
iklhas ke tak ni abang lan...hehehe

Anonymous said...

Pas perlu sokong peralihan kuasa secepat mungkin sekiranya ada.

Isu lompat parti hanya masalah kecil, disegi pelembagaan rakyat memilih calon bukan parti.

Apa yang lebih besar adalah membebaskan negara dari anasir corrupt yg berleluasa.

Apabila datang 2 mudarat, pilihlah yang paling ringan antara keduanya.. maka Pas perlu bersama Pakatan Rakyat walaupun dengan cara lompart parti dari BN.

saxo 69 said...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Arif Shah dalam tajuk wawancara Mingguan Malaysia ( 24/08/08) - 'PINJAMKAN SAYA EMPAT TAHUN.....(untuk saya mengkayakan diri saya & ahli keluarga saya)

Najib menyeru pengundi Permatang Pauh supaya bijak mengundi demi kepentingan masa depan umat Melayu dan Malaysia......(bukan kepentingan masa depan umat Melayu dan Malaysia TETAPI 'survival' politik Najib untuk menjadi PM dan Rosmah tak kempunan nak merasa title 'First Lady'). Ditakdirkan DSAI jadi PM, kes Altantunya diadili seadil2nya dan Najib jadi penghuni Sungai Buloh.

Elok juga ada pilihanraya kerana setiap kali ada pilihanrayalah Najib baru ada keberanian untuk menyanggah isu2 kontroversi yang memaliti beliau sehingga bermain di kotak fikiran rakyat. Beliau sebelum ini hanya mendiamkan diri sahaja bila dibangkitkan isu2 ini kerana seperti Menteri2 UMNO yang lain menganggap rakyat Malaysia bodoh dan akan melupakan isu2 ini apabila dimamah waktu.

Semasa pilihanraya umum bulan Mac lalu, Pegawai Tertinggi ATM telah digunakan untuk membuat kenyataan menafikan pembabitan Najib dalam isu komisyen pembelian kapal selam pertahanan negara. Nah sekarang semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh, Najib berani pula bersumpah di masjid menafikan beliau mengenali Altantunya.

Mungkin lepas ini sekiranya ada pilihanraya kecil, Najib sekali lagi ada keberanian untuk bersumpah menafikan apa2 sahaja isu2 kontroversi yang bakal timbul ke atas beliau.

Bertuahnya rakyat Permatang Pauh kerana berkat pilihanraya kecil, bagai kilat, mereka dilimpahi pelbagai projek/ bantuan/ dana/ peruntukan kewangan dan pelbagai lagi janji2 oleh kerajaan BN bagi menagih undi. Tak salah kalau timbul cakap2 sinis di kalangan rakyat bahawa sekiranya mereka mahu melihat masalah2 semasa di konstitusi mereka hendak hendak diselesaikan dengan cekap dan segera oleh kerajaan.....doakan YB kawasan mereka meninggal dunia.Nauzubillah!

Insyaallah DSAI akan menang di Permtg Pauh esok. Bila DSAI dah berada di Parlimen, mesti Najib, Hishamuddin, Hamid Albar semua panas punggung (Mungkin bimbang takkan menikmati lagi keistimewaan protokol sebagai Menteri).Begitu juga 'backbencher' tegar UMNO spt Bung Radin, KJ, Puad dan Mat Aziz Sri Gading. Selama ini mereka ini hanya berani berkokok di belakang DSAI, Nah sekarang DSAI dah berada di parlimen, mana anda2 semua nak lari.