Wednesday, August 13, 2008

Selamat bermuktamar di Ipoh

Minggu ini Parti Islam Se Malaysia, PAS mengadakan Muktamar Tahunannya yang ke 54 di Ipoh, Perak. Sudah pasti fokus atau tumpuan para pemerhati politik dan rakyat jelata amnya akan ke sana sepanjang minggu ini, berkebetulan hari kedua muktamar penuhnya Sabtu ini adalah Hari Penamaan Calon Pilihan Raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Muktamar kali ini merupakan perhimpunan terbesar parti pasca pilihanraya umum ke 12, dimana PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN dengan menjawat jawatan Menteri Besar di tiga buah negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Sudah pastilah banyak yang mahu dibahas dan diperkatakan sejak pencapaian terbaru parti itu. Dans ejak ekbelakangan ini pun banyka isu-isu besar yang telah tercetus dan dicetuskan khasnya yang melibatkan PAS dan prinsip serta dasar perjuangannya.

Ada penganalisa yang menganggap bahawa muktamar kali ini hangat membakar. Dalam muktamar ini kononnya dijangka Presiden dan pimpinan tertentu akan menjadi target dan sasaran para perwakilan.

Sesungguhnya muktamar PAS bukan seumpama perhimpunan agung atau kongres dan konvensyen mana-mana parti. Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam, maka segala perjalanan dalamannya berputar sekitar orbit dan landasan Islami. Mukatamr PAS adalah himpunan muhasabah parti, pimpinan dan perwakilan bermuhasabah dan menilai kembali diri dan sikap. Apa pun mukatamar adalah himpunan yang akan mengukuhkan jemaah dan menyatakan ketaatan dan wala’ ahli terhadap kepimpinan berteraskan ulamak yang telah sama-sama dibina dan dipertahankan oleh ahli-ahlinya.

Pada tahun 1982 apabila disedari yang pegangan parti pada Islam semakin longgar, maka dalam medan muktamarlah diperbetulkan kembali landasan perjuangan dan dinobatkan konsep Kepimpinan Ulamak oleh Dewan Pemuda ketika itu untuk terus dan kekal sebagai teras kepimpinan parti sampai bila-bila.

Lalu saya yakin muktamar ini akan kembali meneguhkan parti serta pegangannya terhadap prinsip perjuangan Islam yang telah sama-sama dibina, dipupuk dan dipertahankan sejak klebih 50 tahun dahulu. Panas mungkin panas tetapi kesudahannya adalah kemenagan untuk Islam, insyallah.

Selamat bermuktamar, selamat pergi dan kembali kepada para perwakilan.

17 comments:

Anonymous said...

Teringat pasal UITM, Sdr Roslan juga tak setuju ia dibuka pada kaum lain, mesti untuk bumiputra saja.
Tidakkah ini bercanggah dgn pendirian PAS? PAS menentang Asobiah dan perkauman.Perjuangan PAS bukan untuk Melayu tapi untuk Islam. Sehingga kadang2 pemimpin PAS bercakap seolah mereka bukan bangsa melayu. Asobiah ni umno punya mainan.

Sebenarnya Uitm dah ambil pelajar dari luar negara sekitar 5%.Mungkin semua muslim kut.

Max_Underwood said...

Mr Sms, is it possible that you relay and discuss at the Mukhtamar (if ur going), this very important question :

What direction should PAS be taking- Saving the malay race or saving Islam?

I've always have this belief that PAS is AN ISLAMIC PARTY REGARDLESS OF RACE. But recent events had me wondering a bit. Should we be worried that PAS is slowly moving towards a racially biased party like UMNO? Personally I am a muslim first and a malay second. Race doesnt matter to me. I have seen malay christians and also free thinking malays. I've seen a gay malay who wants to marry his boyfriend.He lives in Taman TAR. I've seen racsists malay students marching in Shah Alam protesting against non malay enrolment into their so called "university". I wonder what would happen if TAR College chinese students did the same? I wish PAS would not delve into the race issue at their Mukhtamar. The issue of the Muslim UMMAH is more important. Please remember that the UMMAH is not only malay but of other races as well. PAS should be above all this race nonsense and discuss issues that threatens the ummah. We, the ummah have been left without our shield (the khalifah) for so long since Mustafa Kamal sold us out in 1924.We need our shield, and we need it now. Melayu is not important....the future of Islam in this god forsaken country is.

Anonymous said...

Selamat ber Muktamar kpd semua perwakilan. Di sinilah tempat yg tepat utk post mortem segala kekeliruan dan kelemahan kepimpinan dan memperkemaskan hala tuju perjuangan sebelum ini.

Di harap semua perwakilan dapat menggunakan sebaik mungkin peluang yg ade dlm muktamar kali ini bg memperkasakan lagi parti yg berlandaskan islam supaya mesej perjuangan parti dapat diterima seluruh rakyat dinegara ini.

Selamat semua...

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Ibnu Qalil said...

Selamat Bermuktamar kepada semua. Insyaallah, jumpa di sana.

Pertahankan Kepimpinan Ulama

Anonymous said...

Asalamualaikum..
Selamat bermuktamar pemimpin2 kami yang dihormati....
Semoga selamat pergi dan kembali dgn semangat kepimpinan baru yg lebih mantap...lebih berwibawa sehingga semakin disegani..insyaAllah...

Anonymous said...

SAYA DARI BLOG ANAK MUDA PARLIMEN BATU MENGUCAPKAN SELAMAT BERMUKTAMAR DAN BERANIKAN BERSUARA

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Kdg2 saya baca komentar2 dlm alam maya dan di luar, idealisma memnag tinggi.

Contoh: memang Islam utk semua, bukan utk Melayu jer, tp Islam agama praktikal yg berpijak di bumi nyata. Kalau hal2 Palestin, maka menjadi wajib umat Islam yg lebih hampir berjihad. Kita yg jauh berjihad juga tetapi dgn cara kita sendirilah.

Sama keadaan di Malaysia prasarana dll kemudahan pendidikan dsbnya, akkan nak mintak sedekah dari Tok Arab atau Mat Saleh pulak. Kitalah yg sediakan di sini dan kita tentukan prosedur syarat dsbnya.

"Asobiyah" parti spt DAP lagi kuat. Kenapa tak komplen lak? Bukankah dari segi teknikalnya mrk perjaunagkan Malaysian Malaysia; yg jelas dar segi praktis, kepentingan siapakah yg sebenarnya dijaga - org Melayu? Org Islam?

Habis tu kalau parti spt UMNO dan PAS tak jaga, nak harap siapa lg hah? PKR - terlampau banyak kompromi dan ikut acuan Barat (yg ada agenda tersendiri nak melemahkan umat Islam bukan saja di Malaya ni).

Tengoklah track record AI dlm UMNO dan kerajaan dulu. Awat takder kroni, takder politik wang, takder jatuhkan org itu dan org ini, takder jatuhkan kerajaan pilihan rakyat di Sabah dll demi politik alfulusi dan alpoweri?

Ingat AI tu role model yg baguih sgt ka?

Anonymous said...

What direction should PAS be taking- Saving the malay race or saving Islam?

Dear Max,
Islam is not there to be saved. Islam is the saviour. The malay race can only be saved if they choose Islam. PAS strive for the Islamic system to save all, not just the Malays.

yasir

melayutara said...

Salam,

Sekiranya PAS berjuang untuk Islam pun bukan untuk melayu, hak umat Islam tetap akan berada lebih tinggi dari agama2 lain. Sekiranya hak2 umat Islam yang susah seperti peluang melanjutkan pelajaran bagi umat Islam keperingkat yang lebih tinggi akibat peluang yang terhad, Pas wajib mempertahankannya. Cuma soalan saya, sinonimnya umat Islam dangan bangsa apa di Malaysia ini? Jangan lupa pula bumiputra kerana ada diantara mereka bukan Islam dan dimana hak mereka sebagai peribumi negara ini.

Sedih bila ada ahli pas lebih mengagung kan DSAI lebih dari pemimpin Pas sendiri.

Wallahualam

Anonymous said...

Walaupun matlamat utama ingin memertabatkan PR sebagai peneraju baru d MALAYSIA tetapi dlm waktu yg sama kita mesti turut memantau usaha² nakal pihak tertentu yg ingin mencemarkan imej Islam.

Saya cadangkan agar MP² yg mencemarkan imej Islam ini d senaraikan utk d dedahkan kpd rakyat bagi tindakan lanjut seterusnya. Harap jalan penyelesaian akan menyusul.

Anonymous said...

Sbg pemerhati bukan ahli yg duk perati dari luar, saya sudah kenalpasti adanya laman web pro-S'pore (Kalau dah pro-S'pore tu faham2 ajelah pendirian ttg soal2 lain)yg berkempen atau menggembar-gemburkan isu masalah dalam parti PAS.

Maksudnya mrk akan buat pulut kuning kalau nanti dlm muktamar akan betul2 terjadi apa yg sebenarnya mrk hajati.

Selamat Bermuktamar Dgn Keinsafan. Jgn Bersekongkol Sengaja Menjatuhkan Kuasa Politik Umat Islam/ Ahli Syahadah Yg Sepatutnya DiTambahbaikkan Lagi Dan Usah Termakan Jerat Setan Besar.

Anonymous said...

Assalamu alaikum...
Saya bersetuju dengan pandangan max_underwood. PAS bukan parti perkauman. Keutamaan kita adalah ummat Islam bukannya melayu. Walaupun saya melayu tetapi menegakkan Islam dan menjaga kebajikan sesama Muslim adalah lebih utama. Dan apabila PAS memerintah, org2 kafir pun terasa selamat, aman & makmur. Quran & Sunnah ditegakkan. Maka jadilah Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur. Negara Berkebajikan dan mendapat keampunan Tuhan. Takbir!!! Allahu Akbar! Wallahu A'lam.

Anonymous said...

ADUN Paroi bantu 2 keluarga baiki rumah

Semoga lebih ramai ADUN-ADUN PAS, PKR, DAP, UMNO, MIC dan MCA di Negeri Sembilan ini dapat mencontohi ADUN Paroi YB Hj Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menggerakkan komuniti mereka saling bantu membantu.

************************************
Harian Metro. Jumaat, 15 Ogos 2008

Rumah uzur dua keluarga siap dibaiki

SEREMBAN: Hasil sokongan orang ramai yang menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan tenaga, dua keluarga miskin di Kampung Paroi, dekat sini, kini memperoleh kediaman lebih selesa apabila projek membaiki rumah mereka yang uzur siap dilaksanakan.

Dua keluarga terbabit ialah pasangan Yahya Arshad, 34, dan isterinya, Azizah Puteh, 43, bersama tujuh anak mereka berusia antara sembilan hingga 22 tahun dan Halalijah Jamal, 48.

Azizah yang ditemui mengucapkan syukur kerana ada pihak sudi membantunya membaik pulih rumah yang uzur itu bagi membolehkan keluarganya menikmati keselesaan kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori dan memperoleh pendapatan tidak tetap, tidak mampu menyediakan kediaman lebih baik.

Menurutnya, sebelum ini bahagian depan rumah pusaka itu tidak boleh diduduki kerana struktur kediaman itu reput dan ahli keluarganya hanya menggunakan bahagian dapur untuk berteduh.

“Rumah ini pusaka bapa saya dan keadaannya uzur kerana pernah beberapa dilanda banjir kilat hingga merosakkan sebahagian besar strukturnya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Azizah antara dua daripada empat keluarga miskin di Paroi yang terbabit dalam pakej bantuan kebajikan pembinaan kediaman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dengan setiap rumah membabitkan peruntukan antara RM5,000 hinggga RM8,000.

Bagi Halalijah pula, dia berterima kasih kepada Mohd Taufek yang berusaha melaksanakan kerja membaik pulih bahagian dapur rumahnya yang hampir runtuh sebelum ini.

Dia yang tidak bekerja dan menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi selain rabun warna kini menetap bersama suaminya berusia 70 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan dan dua anaknya berusia 14 dan 17 tahun.

“Saya rasa terharu kerana ada pihak yang sudi membantu membaik pulih kediaman yang saya duduki ini sejak lebih 10 tahun,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080815092136/Article/index_html

Anonymous said...

saya sedikit risau membaca tajuk Berita Harian hari ni-'PAS curiga Anwar'

Diberitakan beberapa pimpinan pemuda dan juga dewan ulama mengeluarkan kenyataan spt berikut:-

"Kita semua jangan lupa hakikat bahawa selama 16 tahun Anwar pernah menjadi penghalang kebangkitan Pas. Ada yang kata jangan ungkit, tetapi kita perlu juga pandang ke belakang sekali sekala untuk mara ke depan,"

"Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah baru yang jayakan kepentingan luar seperti Amerika," katanya sambil meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan yang dibentuk kelak meminggirkan Islam.

saya kira disaat genting DSAI utk mmenangi kerusi permatang pauh tak lama lagi, jgnlah kita pula bagi 'bola tanggung' pada pihak lawan

tidak sukar utk memahami bahawa dasar dan matlamat PAS adalah utk menegakkan syiar Islam tanpa kompromi, tetapi haruslah melalui kebijaksanaan, hikmah dan realistik

jgn main hentam sembrono krn ianya akan backfired to Pakatan rakyat juga!

Anonymous said...

bro roslan,

lu bz sgt ka kat muktamar? Tak kan x de ape2 berita menarik ttg muktamar kat blog li ni...

selamat bermuktamar

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Selamat bertamar di ipoh.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan.
Saya pasti Sdr.Roslan terlalu sibuk hingga tidak sempat "update" blog Sdr.
Bagaimanana pun Snow terpanggil untuk bertanya kerana sekian ramai yang keliru dengan "statement-statement" yang dibuat oleh TGNA berkenaan dengan isu sumpah sumpah ini. Maaf ye, terkeluar dari topic tapi berterimakasih sekiranya Sdr. Roslan dapat memberi pendapat yang Snow anggap boleh dirujuk bersama. Banyak juga kritikan ditujukan kepada TGNA lewat ini. Sedih sangat Snow.
Wassallam