Monday, August 11, 2008

Apabila Belanda diberi tanah

Saya difahamkan dalam satu kenyataan seorang pegawai Bar Council sebelum forum “Memeluk Islam” yang mereka anjurkan Sabtu lalu, menyebut bahawa forum itu nanti tidak akan mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi ternyata forum yang terpaksa dihentikan atas desakan NGO dan badan-badan Islam Sabtu lepas, memang ada menyebut dan membahaskan peruntukkan itu.

Posting saya yang lalu berkenaan isu ini memuji sikap mereka yang bangkit membantah perjalanan forum yang cuba mencetuskan ketegangan dan salah-faham berhubung Islam itu. Saya menyebut antara lain nama YB Sdr Zul Nordin. Saya terperanjat apabila seorang kawan minta saya mengunjungi satu blog “Rantings and Ravings”. Blog ini saya percaya milik seorang rakyat Malaysia yang bukan Islam, dalam posting beliau di

http://joshbeh.blogspot.com/2008/08/go-to-hell.html

ternyata beliau ada idea sendiri tentang protes Sabtu lepas. Berikut antara gambar-gambar yang disiarkan dalam blognya.



Dibawah gambar ini ditulus caption:
NOTE THE IDIOT IN FRONT
WITH THE FAKE BEARD
(merujuk kepada Ustaz Norazli -
EXCO Pemuda PAS Pusat - hey idiot
FYI its not a fake beard!)


Saya percaya beliau tidak mewakili semua masyarakat bukan Islam di Malaysia, tetapi bagi saya inilah sikap kurang ajar dan biadap yang mahu kita elakkan, yang tercetus apabila kita memberi tanah pada Belanda! Kerajaan perlu bertegas terutama dalam hal-hal yang membabitkan Islam, kerana ia merupakan agama rasmi negara dan agama majority rakyat di negara ini.

Sebagaimana ucapan YB Salahuddin di luar bangunan Bar Council Sabtu lepas, kita (masyarakat) Islam tidak pernah menganggu atau mencampuri urusan yang bukan Islam, rumah ibadat mereka, kepercayaan mereka, lantas mereka juga diharapkan agar jangan begitu terhadap kita.

Tidak ada siapa di Malaysia yang dipaksa memeluk Islam, tetapi apabila telah memeluk Islam, ada segelintir kecil berhadapan dengan masalah, lalu menimbulkan konflik. Oleh kerana mereka telah dengan rela memeluk Islam maka mereka bertanggungjawab menerima peraturan Islam bagi menyelesaikan konflik mereka itu. Begitu juga dengan mana-mana individu dari kaum keluarga bukan Islam, apabila saudara mereka memilih untuk memeluk Islam, maka apabila tercetus konflik, kematian, penceraian dan seumpamanya, Islamlah yang perlu menyelesaikannya, kerana itu pilihan mereka masing-masing.

Jangan Islam disalahkan, yang bersalah adalah mereka yang mencetus dan memulakan konflik itu.

15 comments:

Anonymous said...

Uncle Roslan,
Ini akibatnya keatas orang yang semacam free thinking ini, sehingga kepada pejuang agama pun caci mcm tue ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Assalammu'alaikum wbt

Pada mereka ini adalah Inter-Faith. Pada saya ini adalah Interfering in Faith.

Wassalam.

Abu Qamar.

King-Fx said...

Dear Bro Roslan,

Beginilah nasib Islam di bumi bertuah ini apabila pemimpin yg mempunyai kuasa tidak bertindak dengan sewajarnya di dalam mendaulatkan ISLAM itu sendiri.

Di mana peranan Sultan2 yg kononnya KETUA AGAMA?

Yg sangat menyedihkan, apabila kita sebagai umat yg cintakan Allah dan rasulnya mempertahankan kesucian agama kita sendiri, kita akan dituduh dengan berbagai seperti kolot, RACIST, ketinggalan zaman dan sebagainya. Yg si KAFFIR sudah tentulah akan mengeluarkan pendapat LIBERAL mereka. Yg sgt menghairankan, yg mengaku ISLAM itu pun menjadi nasi tambah.

Apabila si KAFFIR dan ISLAM LIBERAL itu mengeluarkan pendapat, maka mereka tidak dikatakan sebagai RACIST atau ketinggalan zaman, sebaliknya ianya merupakan hak asasi mereka.

Cukuplah.. kerana bagi kita agama kita dan bagi mereka agama mereka.

Inilah mehnah perjuangan...

Anonymous said...

Bro Roslan,

Mmg ade segelintir non muslim yg begitu 'alergic' bila dengar perkataan islam. Bg muslim, tugas mempertahankan islam adalah wajib. Jgn gentar utk berjuang mempertahan dan menegakkan agama suci ini.

Mereka masih keliru ttg islam. Jadi, kita perlulah jalankan tugas dakwah secara berhikmah ke atas mereka2 ini.

Tetapi bila islam di cabar, kita perlu bangkit mempertahankannya!

lawan tetap lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Snowflake said...

Assallamualaikum
Kita mesti berjuang berhabis habisan untuk selamatkan Agama tercinta kita dan jangan sekali kali membiarkan mereka mereka yang kurang ajar ini menghina Agama kita. Kalau kita biarkan atas dasar "open minded" bukan Allah s.w.t. itu memurkai mereka, bahkan kan pandan muka kita, Allah s.w.t. akan memurkai kita sebaliknya. Sendiri sendiri mahu faham larr.
Wallahualam
Wassallam

Anonymous said...

saya suka ayat2 terakhir article nih, iaitu petikan YB Salehuddin.. ya, kita xpernah ganggu gugat agama mereka.. even ade pokok yg diharamkan ditebang semata2 kepercayaan mereka,kita biarkan, hormati.. kenapa dgn islam? adekah selama ni kita menggangu agama mereka? mereka yg memilih utk menjadi Muslim, maka kna la ambil islam seluruhnya.. islam bukan agama yg pagi masuk, petang boleh kua sesuka hati..agama ini suci, bukan main2 sperti yg mereka buat..Tuhan mereka pon mereka caci,perli..pastu sampai Tuhan org lain pon ko nk kaco? apehallll??!!

Anonymous said...

Tak bolehlah macam tue brader, mana boleh pasal bapak masuk Islam anak-anak diheret sama, Isteri yang tak sudi pun dipaksa....walhal isteri yang ntah macam mane masuk Islam...suamipun di tolak tepi.
Saya tak nampaklah agama yang digelar Adil...memang agama itu adil tapi segelintir pihak berpikiran secara baik atau tidak (cara yang tak baik nie...kalau nak tahu saya boleh ceritakan panjang lebar kalau nak) di masukkan Islam mereka mendapat rahmat/msuk syurga...dan ntah apa-apa lagi.
Agama lain tak claim macam tu lah...as long menjadi manusia yang berjiwa MANUSIA...cukup.
Setakat naik pentas ganggu orang nak beri pendedahan wajar kepada masyarakat yang berpegang kepada amalan bersuara kepada tuntutan wajib....tidak boleh dikatakan bijak ataupun perwira.

Sekian..
PS, Disebabkan melanggar candi UMNO binasa, sekarang melangkah hak rakyat adalah padanya kelak.

Ovie

Anonymous said...

Isy, depa ni putaq alam dan kaki belit betul.

Mrk ada pilihan - nak buat atau tak nak buat - depa pilih apa yg org nasihat jgn buat.

Hari tu Ketuanan Melayu/ Social Contract, pastu Memeluk Islam...semalam pulak Akta Hasutan...

Nak jd herolah ni. Professional bodies lain berlambak kat Malaysia dan mrk bukannya buta politik. Cuma Bar Council ni je yg lebih2. Camtu, elok bubar tubuh parti politik saje.

Pihak2 yg berkuasa pulak, kita harap jgn sekadar buat political statements ala NATO. Ambiklah tindakan tegas yg sewajarnya.

Anonymous said...

Salam,sekadar luahan perasaaan. terima kasih kerana masih berada pada landasan yang betul, matlamat redha Ilahi jadi sandaran. Seperti yang disebutkan sebelum ini, jika SJKC dan SJKT nak ditutup untuk sekolah wawasan DAP kata,Melayu Racist, Bila nak guna Bahasa Inggeris dalam P&P Math dan Sains, DAP kata kita Racist. Bila DAP hina Islam, Apa kata kita ? Sabar ja ke ? Lim Guan Eng dah buat kenyataan setuju ambil tindakan pada ahli / YB pakatan yang buat demo, bak kata Syed Husin Ali, orang yang membantah ini tak patut, kasar ? Apa kejadahnya dia ni bila majlis peguam buat tak kasar atau mengguris hati Umat Islam Ka ?

Anonymous said...

satu masa dulu ada seorang luncai,mempermainkan lagu kebangsaan,lalu berkokoklah ayam2 kebangsaaan membantah..tapi kini senyap je...hangat2 tahi ayam...kini datang lagi seorang luncai memaki hamun pewaris nabi...kita nak tunggu ayam2 berkokok lagi ataupun kita perlu tunjukkan semangat melayu islam kepada luncai2 kurang hajar ni biar dia sedar makna di mana bumi di pijak,di situ langit dijunjung...

che din said...

saya try buka link blog tersebut, pi mcm blog tu dh didelete oleh tuannya

Anonymous said...

mulut kata tak pertikai perlembagaan tapi buat juga samalah macam orang tak mengaku minum todi tapi mulut bau todi.

Anonymous said...

Saya sokong perjuangan saudara Zulkifli Noordin. Kisah Baitulmaqdis yg saudara Zul ceritakan sewaktu kuliah zohor cukup terkesan kpd diri saya. Kita kena memilih antara akidah atau wadah sekiranya kedudukan Islam itu sudah mula d cabar. MP² Islam dari Umno, PAS & PKR perlu bertanggungjawab sekiranya kedudukan Islam d negara ini sudah mula terhakis.

Anonymous said...

bro roslan,

kawan bro roslan yg merupakan bekas kawan hj husam musa baju merah petak2 tu, lain pula nada tulisannya ...

nak tanya sket, kawan bro roslan tu aka pak MSO tu, ahli PAS ke bukan? Dengan selamba je dia kondem Tok Guru kat blog dia?

Anonymous said...

blog joshbeh itu sudah di buang.
Jom kita doa ramai2 dan mengharapkan agar ALLAH membantu perjuangan kita.