Tuesday, August 19, 2008

Ayuh contohi YB Zul

Saya terpaksa akui yang seringkali saya berbeza pandangan dengan tokoh politik dan peguam ini, tetapi saya juga terpaksa akui yang saya kagum dan malah menyokongnya sepenuh jiwa berikutan kenyataan terbaru beliau setelah “menghilangkan diri” selepas forum “Memeluk Islam” anjuran bar Council baru-baru ini.

YB Zulkifli Nordin memang seorang yang vokal, sejak dari dahulu lagi apabila memperjuangkan isu-isu Islam khasnya murtad. Beliau pernah duduk dalam PAS dan kini sebagai pemimpin dan ahli parlimen PKR bagi kawasan Kulim Bandar Bharu.

Menurut Malaysiakini kenyataan terbaru beliau berbunyi:

I am a Muslim first, lawyer second; I am Muslim first, MP second. It is not right... for me Islam comes first, a party member second. If you attack Islam I'll be there.

(Dalam hal ini) pertamanya saya seorang Muslim dan kedua peguam. Pertamanya saya seorang Muslim dan kedua ahli Parlimen. Ianya tidak benar….. bagi saya Islam datang dahulu kemudannya baru ahli parti. Jika kamu menyerang Islam saya akan berada di sana (mempertahankannya).

Saya tidak mahu berbicara berkenaan kedudukan YB Zul dan (jika ada) masalah yang beliau hadapi dengan partinya, tetapi apa yang mahu saya tonjolkan di sini adalah sikap dan keberanian beliau tanpa kompromi dalam hal-hal yang membabitkan Islam dan aqidahnya.

Sikap dan pendirian seumpama inilah yang seharusnya tertunjam dalam hati sanubari setiap Muslim dalam negara dan dimana-mana sahaja tambah-tambah bagi mereka yang memperjuangkan Islam. Kita septatutnya bersedia dan sanggup mempertahan dan membela Islam walaupun mungkin ia menjejaskan kedudukan, status atau periuk nasi kita.

Ternyata sikap YB Zul ini perlu dicontohi terutama dizaman Islam ini sering diancam dan berhadapan pula dengan pelbagai muslihat dan tipu-daya. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Al-Taghaabun :15)

4 comments:

Anonymous said...

Defending ones religion is honourable, however he has to practise what Islam teaches and not practise it according to his own interpretation and terlalu mengikut emosi sendiri.
He has to be responsible for his actions that did not reflect well on all muslims, not his alone.
Secondly, I understand the Bar council forum was not anti Islam.

Anonymous said...

bro roslan,

peribadi sebegini la yg perlu ade dlm diri setiap muslim

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

saya tak sokong tindakan Zulkifli nordin yg sebegitu dlm hal forum tu... TGNA pun kata lebih baik forum dibuat secara tertutp sebelum forum tu mula. maknanya dia pun tak sekeras geng yg pergi buat demo, lagipun forum tu ada jemput ustaz apa tah.. org islam jugak sbg ahli panel, saya ada baca satu tulisan 'satu pendangan berbeza' tulisan seorang pemimpin pas, tulisan tu sgt2 releven rasa saya, di mana beliau pun tak setuju dgn tindakan Zulkifli Nordin tu. takut nampak macam org Islam aggresif tak kena tempat, just because tindakan beremosi dan tak rasional beberapa org Islam, bukan bermakna org yg tak pergi buat demo suka akan kes2 murtad, tidak sama sekali tapi tindakan kita biarlah berhemah, ikut kata pemimpin, dulu masa hal IFC tu lagi ramai org turun demo, masa tu memang releven dan menuntut pengelibatan semua org islam.

nasru said...

emosi yang kertelaluan dan salah faham berlaku semasa kejadian protes forum memeluk islam tempohari. malah berlaku provokasi melampau oleh orang yang berdemo menyebabkan yb zul naik semangat.

sama juga sikap saya semasa penamaan calon anwar tempohari.oleh kerana terlalu bersemangat melihat aksi penyokong pkr maka saya turut serta memberi perkataan pedih dan menyakitkan kepada puak UMNO. sebenarnya tidak baik mengambil kesempatan ketika musuh lemah.

nafsu kita lemah.maka lemahlah perbuatan kita