Friday, August 08, 2008

Saya akan terus begini

Semasa saya mula menulis di alam maya ini, menjelang PRU 1999, ketika itu tidak banyak penulis-penulis politik Melayu apalagi bloggers (saya sendiri pun ber “blog” sekitar tahun 2004). Ketika itu seingat saya antara laman web politik Melayu yang tersohor adalah Laman Reformasi, Laman Marhaen dan Mahafiraun. Kini tinggal Laman Marhaen sahaja yang kekal beroperasi.

Namun kini semuanya sudah berubah. Kini kita sudah padat dengan penyumbang dan penulis di alam maya. Blog pun tumbuh subur saban detik sehingga tak mampu lagi kita pantau dan ikuti. Bagi saya ini adalah perkembangan yang sihat dan mampu membuka minda kita untuk berfikir lebih tajam dan kritis lagi.

Tetapi satu yang jelas dengan perkembangan ini juga perbezaan pandangan dan pendapat semakin tertonjol. Kalau dahulu masing-masing penulis sokong-menyokong antara satu sama lain, lantaran komuniti yang kecil, kiranya ada pergeseran pun ia segera dirawat dan diubati penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati, tetapi kini tidak lagi. Ada yang meraih populariti dengan menyerang dan membelasah yang lain.

Bagi saya alam maya ini adalah gelanggang luas untuk kita luahkan pandangan dan pemikiran kita, khasnya dalam kerja-kerja dakwah dan membawa manusia ke arah kebaikan, pembaca mungkin bersetuju dan mungkin juga tidak dengan kita, tetapi yang pentingnya kita tidak gunakan kesempatan untuk menabur fitnah dan mengadu-domba.

Seorang kawan wartawan baru-baru ini bertanya kepada saya, apakah saya tidak mahu menjawab seorang blogger yang telah menyerang saya secara terbuka, bukan sekadar di laman beliau malah posting itu terbit di dalam salah sebuah laman web yang tersohor dalam negara dan dijadikan hujah merata-rata.

Saya katakan kepada kawan tadi, biarlah. Minat saya menulis selama ini telah jauh mendewasakan saya, bahawa matlamat menulis ini bukan untuk mencari gaduh atau bertelagah dan melawan fitnah dengan fitnah, ia mungkin nampak panas dan seronok serta boleh mempopularkan kita (meminjam kata-kata Tuan Guru Haji Abd Hadi – bagai buih pepsi cola), tetapi saya biarlah begini. Saya yakin saya menulis dengan ikhlas dari apa yang terpancar dari hati sanubari ini, saya yakin niat saya jelas, kiranya saya bersalah dan menyalahi sesiapa, saya menanggung dosa untuk dibawa ke hadapan Allah swt nanti.

Tetapi saya bukan malaikat, saya mungkin berhati-hati tetapi saya akui saya tidak boleh sunyi dari melakukan kesilapan, namun apa yang telah saya luahkan dari karya tulisan saya, samada di sini atau di laman-laman web sebelum ini atau di akhbar dan media cetak seawal 90an (dan ada yang lebih awal dari itu) semuanya saya luahkan dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersedia dipertanggungjawabkan.

Kalau ada yang seronok menyerang dan membelasah saya, fahaman saya, ketaatan saya, apalah sangat kalau nak dibandingkan apa yang telah ditanggung oleh para pejuang Islam sebelum ini. Malah saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kalau ia fitnah dan pembohongan maka sayalah yang akan memungut laba di akhirat nanti, insyallah.

Kebebasan yang kita amalkan saya katakan tidak mutlak, bukan kerana ikatan undang-undang atau penguatkuasaan, tidak mutlak yang saya makusdkan itu kerana di atas kita, samada kita sedari atau tidak, walaupun kita tidak dapat melihat Nya, Ia melihat kita dan kita pasti akan dipertanggungjawabkan oleh Nya, di dalam mahkamah yang seadil-adilnya bila tiba harinya nanti.

Saya akan terus menulis dan mempertahankan apa yang saya yakin benar selagi hayat dikandung badan. Kebetulan semalam saya sempat duduk dengan seorang pemimpin ulamak yang saya segani, kata beliau saya (pemimpin itu) melakukan ini semua, kerana mempertahankan kebenaran, tiada yang lain. Insyallah berbekalkan semangat beliau itu saya akan terus begini juga, senang atau susah kerana:

”Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.”

15 comments:

awang said...

Saudara Roslan,

You are not alone !!! InsyaAllah, kami akan sentiasa bersama-sama saudara. Tarbiyah yang kami perolehi selama ini tidak akan menggoyahkan kami dengan pelbagai fitnah dan cerita buruk yang dilemparkan oleh golongan-golongan yang seolah2 mahu memungut laba menanam saham untuk meruntuhkan kepimpinan ulamak....

Saudara teruskan menulis....Allah akan memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan

Anonymous said...

Salam, Moga Allah terus memberikan kekuatan pada saudara, biar diserang dari luar dan dalam, katakankanlah yang benar walaupun pahit.

insyirah08 said...

inilah spiritual digital yang perlu ada pada semua pejuang Islam. Chip yang perlu ditanamkan dalam hati semua yang jujur kerana Allah S.W.T.

Chip 0, 1. - Laailaha (0) illallah (1)..
tiada illah (0) melainkan Allah(1)

Syabas ... istiqamah sentiasa tahniah...

Anonymous said...

Teruskan perjuangan anda. Didalam dunia yang penuh penipuan ini, sama-smalah kita sentiasa bermuhasabah agar sentiasa berada dijalan benar.

Anonymous said...

bro roslan,

selagi lu di landasan yg benar, tidak menyimpang dari syariat islam, wa akan terus memberi sokongan padu pd lu...

teruskan berkarya...setiap usaha murni mmg menjadi fitrah akan ade sahaja halangan dan dugaannye..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Biasa le bang, teruskan menulis...blog ni terus jd sumber rujukan

Anonymous said...

Uncle Roslan,
Sememangnya apa yang kita tulis tidak semuanya akan dipersetujui oleh semua pihak tetapi bagi saya kalau kita percaya yang apa kita tulis, kita kena pertahankan dan yang paling penting setiap komentar sepatutnya kita kaji dahulu ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

salam...errr...sape yg tembak lu ek bro...huhu...sory la tak tgk sgt blog lain...huhuhu...gua nak bace gak ape yg diorg tembak lu...ok rolek2 kita pekena teh tarikh kurang manis..-batu-

Anonymous said...

we are living in this lie world. we should prepared for it. and if u know what u read is all true and with sincerity, i think God will be with u. But pls, ulama is not a prophet nor ma'sum. When they did something wrong, u should and have to remind them.

as per wat our comment before, u are not alone.. we'll be with u as long as u be with us.. never betray the ummah..

wassalam

Anonymous said...

ASSALAMU'ALAIKUM!
Saudara Roslan SMS

Bagi menenangkan perasaan saudara, bacalah artikel faqir yang terbaru, "PERUTUSAN TERBUKA KHUSUS BUAT PEMERINTAH: UNDUR SETAPAK DAN LANGKAH SETAPAK KE DAARUS SALAAM". Setiap kekusutan ada penyelesaiannya jika kita sudi berundur memuhasabah diri dan kemudiannya melangkah untuk kembali kepada haq. Tolong kongsi-kongsikan terutamanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sebenarnya saya masih nampak PANCARAN NUR KEIKHLASAN pada wajah beliau buat masa ini. Saya yakin dalam jiwa beliau masih tersimpan semangat TOK KU PALOH dan TOK KU PULAU MANIS yakni pejuang sebenar-benar Warisan Melayu Islam Terangganu yang haq. Jangan dibiarkan ianya ditelan oleh Dajjal.

Walhasil, kita kena balik semula kepada Warisan kita. Pulanglah!, sesungguhnya mereka sedang menunggu kita di pondok-pondok tua yang telah kita lama tinggalkan!.

Salam saya kepada TGHAHA. Saya rasa dia adalah manusia terakhir yang dapat menyelamatkan Melayu sekarang dari ditelan oleh Gelombang Liberalisasi Kedua Anwariyyah oleh Puak Yakjuj dan Makjuj.

Kepada anda semua orang PAS, let me tell you this; "You should follow THHAHA's thoughts, this is your last attempt to prove that democracy can work for your religion's sake, but, you have to go back to your PONDOK as mentioned it in the Article".

Ikhlas,
WabiLlhi-taufiq wassalamu'alaikum,
TOK PAKIR KORBANDEMOKRASI


SEDUTAN ARTIKEL:
"Dengusan kemarahan Tuan-Tuan di dalam arena politik kepartian dan pentas-pentas kepartian Tuan-Tuan berasal dari dengusan nafsu ammarahatun bissu’ sebagaimana dengusan Ibn Sayyad, Yahudi laknatuLlah. Pada Tuan-Tuan sekarang ini telah berkumpul sifat-sifat sebagaimana berikut yakni; buta sebelah matanya, tempang sebelah kakinya. Dan sifat-sifat yang bertentangan dengan WARISAN moyang kita Nabi Ibrahim alaihissalam iaitu pandangan hatinya penuh dengan kejahatan, penuh dengan kesombongan, sangat tamak haloba dengan keduniaan serta pengkhianat NUBUWWAH. Bal’am bila dikalahkan oleh Nabi Musa alaihissalam sanggup mewujudkan perpecahan dengan menghalalkan perkara yang haram, mengikuti kekufuran yakni taghut dan melaga-lagakan manusia. Jadi janganlah tuan-tuan menunggu-nunggu Dajjal itu, kerana Tuan-Tuan sendiri sebenarnya sedang berada di dalam fitnah yang dicipta khusus untuk kita Kaum Muslimin berdasarkan makar Iblis Syaitan yang dilaksanakan oleh Yakjuj dan Makjuj bersama-sama Dajjalnya, Khalifah mereka di mukabumi ini untuk melagakan manusia sesama manusia supaya berperang sesama diri sendiri yang telah dijauhi oleh WARISAN KITA YANG SEBENAR-BENARNYA."
(TOK PAKIR Korbandemokrasi)

Snowflake said...

Assallamualaikum
Tulisan anda untuk entri ini terserlah kekecewaan. Tepuk dada tanya selera, kalau hendak difikirkan tentang siawak, sidia memang akan tutup saja notebook ini, tetapi untuk memperjuangkan islam, kita harus mengenepikan apa sidia, siawak bercakap. Mereka mungkin akan bercakap pada permulaannya, tetapi percaya lah, sampai tahap manapun mereka boleh bercakap, sampai satu saat aduh letih.. tambah tambah lagi jika percakapan mereka itu berunsur jahat. Sdr. Roslan, teruskan menulis jika perjuangan Sdr kerana Allah, hanya kerana Allah.
Wassallam

slyderrose said...

Saudara Roslan,
sudahkan anda baca komen Tok Guru Nik Abd Aziz tentang ada sesetengah pemimpin dalam PR yg dengki pada Anwar Ibrahim. Jelas Tok Guru tahu apa yg tersurat dan tersirat. Inilah dia ulamak yg berilmu tinggi dan beramal dengan ilmu beliau!

Unknown said...

Pesanan saya kepada semua rakan peminat blog, pilihlah blog yang boleh menyuburkan minda kita sahaja. Kita boikot blog yang mengadu domba, memfitnah, menyiarkan half-truth, atau secara ringkasnya blog yg semata-mata ditulis untuk diri sendiri dan bukannya untuk dikongsi dengan orang ramai secara bijaksana dan konstruktif. Atas sebab-sebab tertentu,saya dah tak baca dah TranungKite dan beberapa blog lain yg sebelum ini menjadi favorites saya. Contohnya TKO, baru-baru ini blog ini membenarkan seorang penulis menggunakan perumpamaan anjing kepada PAS! Sungguh kurang ajar!

Anonymous said...

ASSALAMU'ALAIKUM!
Saudara Roslan SMS

Amiii Ya Rabbal alamiin!!

"They said: In Allah we put trust. Our Lord! Oh, make us not a lure for the wrongdoing folk; (85) And, of Thy mercy, save us from the folk that disbelieve. (86) And We inspired Moses and his brother, (saying): Appoint houses for your people in Egypt and make your houses oratories, and establish worship. And give good news to the believers. (87) And Moses said: Our Lord! Lo! Thou hast given Pharaoh and his chiefs splendour and riches in the life of the world, Our Lord! that they may lead men astray from Thy way. Our Lord! Destroy their riches and harden their hearts so that they believe not till they see the painful doom. (88) He said: Your prayer is heard. Do ye twain keep to the straight path, and follow not the road of those who have no knowledge. (89)"
(Surah Yunus)

SadaqaLlahul Aliimul Haqiiim!

Your Aaron,
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI

Anonymous said...

Roslan., Syabas.

Anda tidak perlu memohon maaf akan apa yang anda telah tuliskan.
"you don't have to say sorry to what you have written"

Saya masih ingat pesanan ini dari tokoh wartawan negara Pak Samad Ismail.

Ramai sangat hari ini jurnalis yang menulis dan menarik semula apa yang ditulinya.

Penulisan mesti berwatak dan berpendirian. Teruskan

Ibnu Khuzaimah