Monday, August 04, 2008

Membela perpaduan ummah
(Ini merupakan artikel terbaru saya untuk ruangan "Menongkah Arus" di Harakahdaily)

Selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi PAS Khamis lepas, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah mengisytiharkan antara lain bahawa PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak demi kepentingan negara dan ummah.

Sebagai sebuah parti Islam (antara parti tertua dalam negara selepas Umno), yang telah diasaskan untuk memperjuangkan agenda Islam di tanahair ini, agaknya apakah kepentingan negara dan ummah yang belum selesai yang masih mahu PAS bincangkan dengan sesiapa sahaja yang berkepentingan?

Kata Tuan Guru sebutlah apa istilah sekalipun, muzakarah, muqabalah, yang pentingnya PAS akan terus merintis jalan perbincangan dengan semua pihak. Apakah lagi yang mau PAS bincangkan itu?

Menolak tepi apa sahaja sentimen, lebih-lebih lagi spekulasi jahat dan agenda peribadi puak-puak tertentu, semua pihak sedar bahawa PAS dalam senyap mahupun zahir tidak akan sekali-kali menyampingkan apalagi menggugurkan dasar perjuangan Islamnya ke arah perlaksanaan Islam sebagai satu sistem hidup bermasyarakat dan bernegara. PAS telah lama berjuang mempertanhankan prinsip ini malah sampai keperingkat Majlis Raja-raja Melayu, yang pernah memutuskan yang PAS boleh terus dengan gerakan politik Islamnya.

PAS berjuang digelanggang politik di Malaysia sejak sebelum Merdeka lagi. Malaysia bukan Turki yang mungkin sesuai dengan politik AKP atau Indonesia yang mungkin padan dengan politik PKS hatta Palestin yang mungkin cocok dengan politik HAMAS. Lanskap politik Malaysia unik serta berbeza dan diukir oleh rakyatnya sendiri sejak lebih 50 tahun lalu. Demikianlah juga politik PAS.

Ternyata prinsip Islam yang PAS pegang, tidak pernah dikompromi samada semasa PAS memerintah mutlak dua negeri di Kelantan dan Terengganu (1959 kerajaan campuran) pada tahun 1959 dan 1999 ataupun semasa PAS tinggal 1 kerusi Parlimen dan 2 DUN di Kelantan. Prinsip Islamlah yang telah menarik ramai menganggotai PAS dari tahun ke tahun malah sehingga sanggup hidup dan mati berjuang untuk Islam melalui PAS.

Prinsip Islam ini semakin diperteguhkan lebih dua dekad lalu apabila PAS bersetuju bernaung di bawah konsep "Kepimpinan Ulamak" yang merupakan kelongsong yang mengikat PAS untuk terus bergerak di atas "orbit Islam", tanpa ada kemungkinan untuk tersasar atau sesat. Malah komitmen dan iltizam ke arah itu dapat dilihat kemudiannya dengan pindaan terhadap Perlembagaan parti itu dengan mewujudkan badan tertinggi iaitu "Majlis Syura Ulamak" yang akan memastikan halatuju parti sentiasa tegas dan tetap atas agenda Islam.

PAS yang ada pada hari ini adalah rentetan dari pengukuhan ini dan "Kepimpinan Ulamak" lah tunjang yang telah mencairkan hati sanubari umat Islam dan malah masyarakat Malaysia sehingga memungkinkan PAS berada di tempatnya pada hari ini. Berbeza dengan kelompok dan parti lain, PAS dibina atas kekuatan rohani dan jasmani ahli dan pimpinannya. Kekuatan dalaman di bawah bimbingan, amalan dan doa tidak putus-putus para ulamak yang gigih dan konsisten inilah yang telah meletakkan PAS pada posisinya hari ini.


Lalu berbalik kepada persoalan di atas, sudah pastilah PAS mahu membincangkan bagaimana Islam dapat berperanan dalam masyarakat dan negara. Bagaimana institusi-institusi Islam dapat dibela dan diberi nafas untuk berperanan dalam masyarakat. Ianya perlu dizahirkan, dan hanya melalui perbincangan dan komitmen PAS yang kebetulan hari ini dikurniakan Allah swt dengan sedikit kuasa politik, barulah PAS dapat berpuas hati kerana memain peranan.

Saya masih ingat semasa PAS punya 1 kerusi di Dewan Rakyat, ketika negara pada saat itu membincangkan soal pindaan perlembagaan bagi mengawal kuasa Raja-raja Melayu (di zaman Tun Dr Mahathir/Musa), saya masih ingat Tuan Guru Nik Abd Aziz bangkit berhujah di Dewan Rakyat dengan hujah Islam berlandasakn nas al Quran dan Sunnah. Tidak silap saya Pak Subky Latif ketika itu ada menerbitkan buku kecil berkenaan pendirian PAS itu.

Takkanlah sekarang PAS dengan berpuluh jumlah kerusi di Parlimen, MB di 3 buah negeri dan memiliki wakil di hampir kesemua dewan negeri-negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak (jumlah ADUN-ADUN PAS adalah teramai dikalangan parti-parti pembangkang), tiba-tiba suara Islam semakin kecil dan kita seolah terpaksa berhati-hati mahu menonjolkannya.

Kerana itu PAS melihat perbincangan ini penting, tak kira dengan siapa asalakan ia nanti mampu membuahkan hasil yang menguntungkan Islam,umatnya dan negara.

Kita mahu berbincang tentang perlaksanaan Islam khasnya dikalangan masyarakat Meayu dan penganut Islam (sekurang-kurangnya), kita mahu melihat tahanan ISA dibebaskan dan ISA itu sendiri dikaji semula, kita mahukan badan kehakiman yang adil berteraskan keadilan Islam, kita mahu segala gejala rasuah dan salah-guna kausa yang diharamkan oleh Islam dibenteras dan dihapuskan, kita mahu bantuan per kapita kepada sekolah-sekolah agama bukan sekadar dikembalikan malah diperingkatkan lagi, kita mahu institusi masjid dan surau semakin diberi otoriti untuk berperanan dalam masyarakat, kita mahu isu murtad ditangani menurut Islam, kita mahu sekolah-sekolah pondok dan semua institusi pengajian Islam sampai ke Universiti Islam ditambah di perkasa dan dipertingkatkan pasarana dan kemudahannya, kita mahu segala bentuk maksiat (judi, arak dan lain-lain) dikawal dan dibendung, kita mahu saudara-saudara baru Islam dibela dan diberi bantuan dan bimbingan sehingga mereka nanti mampu menarik lebih ramai dari kalangan mereka untuk bersama Islam, kita mahu Islam diberi peluang diperjelaskan kepada masyarakat bukan Islam sehingga ia tidak lagi dibimbangi atau dicurigai, kita mahu institusi Raja-raja Melayu yang dipertanggungjawab mengawal Islam semakin kemas dipertahankan dan sudah pasti senarai ini berjela-jela lagi sehinggalah PAS berpuas hati matlamat perjuangannya mampu tercapai.

Kerana itu PAS sebagai parti Islam perlu terus mara ke hadapan, namun dalam waktu yang sama memastikan yang pegangan Islamnya kemas terikat dan tidak tercicir dalam meniti langkah-langkah seterusnya itu. Insyallah bersama melangkah di bawah "Kepimpinan Ulamak".

10 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

wa mmg sangat2 bersetuju dengan cadangan lu agar suara islam terus bergema di parlimen maupun di dewan undangan negeri yg mempunyai wakil rakyat dr PAS. Tiada sebab PAS memperlahankan suara islam tatkala pemimpin PAS mempunyai peluang yg terbuka dan terhidang di parlimen maupun dun.

Kita harus sedar, dr segi politik tugas memperkasakan islam di malaysia ni hanya bergantung kpd pemimpin2 PAS..nak harapkan org ameno, mmmm hampeh...makin hancur ada la...

Lihat saja apa jadi dgn SAR, sek2 tahfiz dan pendidikan islam di sek. rendah/menengah hingga ke peringkat universiti...Bukan mau di perkasakan, malahan di kurangkan!! ape punya spesis melayu la puak2 ameno ni!

Dalam mencapai kegemilangan agama dan bangsa, modal insan adalah aset 'terpenting' bg menjayakannye...bukan bergantung kpg wang ringgit dan teknologi semata2. Bagaimana kita nak melahirkan individu yg cemerlang zahir dan batin sekiranya asas agamanya terlalu cetek!

Rombakkan besar2an perlu di buat kpd sistem pendidikan islam bermula dr tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya di universiti2 tempatan. Perkara ini tidak boleh di ambil ringan dan pemimpin2 PAS perlu aggresif dalam usaha 'merombak' sistem yg sedia ada.

Kita lihat sahaja akhlak remaja sekarang ini (pasca 2000). Dengan pergaulan tanpa batasan, sifat malu yg semakin terhakis dan di tambah pula ruang2 utk berseronok semakin terbuka adalah sungguh mendukacitakan apabila mengenangkan perkara sebegini berleluasa di hadapan mata kita sekalian.

Inikah bakal2 pemimpin negara pada masa hadapan?? amat malang sekali sekiranye ia benar2 berlaku...

Sebelum ianya benar2 terlambat dan anak2 ini dirosakkan lg oleh pemimpin2 ameno, PAS perlu membuat 'over take' bg membendung dan seterusnya merawat kembali modal insan yg sedia ada. Seterusnye memacu mereka menjadi individu yg cemerlang bukan sahaja dr segi akademik malahan mempunyai kualiti akhlak yg sempurna.

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

inshaALlah.. bersama "kepimpinan ulama'"

may He Pour onto us Patience and Strength in facing all the Challenges to bring Islam to where it belongs..

Allahuakbar!

Anonymous said...

Amanat Hj Hadi tahun 1982 perlu dibaca dan didalami oleh semua pejuang Islam tanpa mengira apa pun nama mereka. Anak murid dan mereka yang telah ditarbiyah oleh Tuan Guru Hadi Awang faham dan akan terus memperjuangkan Islam sehingga akhir hayat. Amin.

slyderrose said...

Apa yg PAS perlu lakukan sekarang ialah mantap jentera pilihanraya terutama di Trengganu. Pastikan PAS dapat menawan Trengganu kelak Dan sudah pasti PAS akan mempunyai ramai ahli Parlimen dan dapat melopori 4 negeri di semenanjung. Yg penting kerja kuat dan tunjukkan keadilan Islam pada semua orang. Mana kumpulan yg tidak setuju tentang Islam, ajak berdialog. Beri penerangan dan kefahaman.

Unknown said...

Kekuatan PAS bergantung kepada orang Melayu.

PAS tidak boleh pergi jauh tanpa sokongan orang Melayu. PAS adalah parti yang membawa wadah untuk memperjuangkan Malaysia menjadi sebuah 'Negara Islam'.

Sudah tentu orang bukan Islam tidak akan menyokong dan berminat dengan PAS, kepada orang bukan Islam, Negara Islam dan pemerintahan Islam menggambarkan suatu yang menakutkan.

Peluang untuk PAS menang pilihanraya di kawasan yang mempunyai ramai bukan Melayu adalah hampir mustahil.

Oleh kerana orang Melayu Islam di Malaysia yang boleh mengundi tidak sampai 60% dari jumlah penduduk, sudah tentu secara demokrasi PAS sukar untuk mencapai cita-citanya kalau tanpa sokongan padu orang-orang Melayu.

Tawaran yang dibuat oleh UMNO untuk bergabung dengan PAS adalah suatu perkara yang tidak boleh ditolak begitu sahaja, peluang yang datang ini sama seperti orang mengantuk disorongkan bantal atau pucuk dicita ulam mendatang.

Sekalipun orang Cina melalui MCA dan orang India melalui MIC tidak mengalu-alukan kemasukan PAS ke dalam BN, ini tetap tidak akan menjadi masaalah yang besar kepada UMNO, kerana perpaduan orang-orang Melayu di bawah UMNO dan PAS yang bergabung itu sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada BN.

Tanpa sokongan orang Cina dan India yang kuat pun BN tetap boleh menang jika undi orang-orang Melayu disatukan melalui PAS dan UMNO yang bergabung, kerana orang Melayu adalah merupakan majoriti penduduk Negara ini.

Dengan kata lain kemasukan PAS ke dalam BN akan memberi suara yang kuat kepada orang Melayu. Di ketika itu suara orang Cina dan India tentu tidak dapat mengatasi suara orang Melayu yang telah bersatu.

Dengan kuasa yang diperolehi melalui pergabungan dengan UMNO itu nanti, mudahlah PAS untuk menjayakan hasrat mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang mereka impikan selama ini. Melalui jalan demokrasi PAS akan berjaya membentuk ‘Negara Islam’ walaupun tanpa kerelaan orang-orang bukan Islam yang minoriti.

Tetapi itu hanyalah secara teori, realitinya tentu banyak masalah yang bakal dihadapi apabila PAS menyertai UMNO. Persaingan dan perlumbaan untuk mendapatkan kuasa tetap akan berlaku antara orang PAS dan orang UMNO sekalipun telah berada bawah bumbung yang sama.

Kalau kita lihat di masa ini di dalam parti UMNO itu sendiri pun sering wujud puak-puak yang berebutkan kuasa, begitu juga di dalam parti PAS walaupun tidak begitu ketara. Apatah lagi bila PAS dan UMNO berada di bawah satu bumbung, mungkin perbalahan dan perbezaan pendapat menjadi lebih besar dan hebat lagi.

Di dalam Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, sukar untuk mengelak dari kewujudan parti politik yang berasaskan kaum atau agama. Sudah tentu parti dari kaum yang terbesar mendapat kelebihan untuk menang dan berkuasa dalam sebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Inilah yang berlaku kepada orang Melayu di Malaysia yang merupakan kaum terbesar di Negara ini. Oleh itu tidak hairanlah kalau parti UMNO yang memang mewakili orang Melayu selama ini mudah untuk berkuasa dan memerintah Negara ini sejak merdeka.

Hanya di akhir-akhir ini sahaja, orang Melayu telah mula dipecahkan kepada parti PAS dan PKR yang yang juga dianggap sebagai parti serpihan UMNO. Apabila parti-parti serpihan orang Melayu ini menjadi semakin kuat, ia boleh menggugat dan melemahkan parti UMNO itu sendiri. Menambah buruk lagi keadaan bila orang-orang Cina dan India tidak menyokong parti-parti mereka dalam BN.

Keburukan parti berasaskan kaum ialah kaum yang terbesar akan dapat menang dan berkuasa dengan mudah dalam pemilihan secara demokrasi. Parti kaum yang berkuasa sudah tentu akan menjaga kepentingan kaumnya sahaja, sudah tentu kaum yang minoriti tidak dapat banyak ruang untuk menyuarakan kepentingan mereka, kalaupun boleh bersuara, suara mereka tidak akan diambil perhatian kerana suara dari kalangan minoriti.

Ketidakadilan, diskriminasi dan penindasan terhadap kaum minoriti mungkin akan berlaku kerana kaum yang terbesar tidak memerlukan undi kaum minoriti untuk memenangkan mereka dalam pilihanraya.

Apabila ini berlaku, kaum minoriti akan berasa terpinggir dan rasa tidak puas hati sentiasa terpendam di kalangan mereka. Mungkin kaum minoriti ini akan mencari jalan alternatif untuk menyuarakan atau menuntut hak dan kepentingan mereka. Mereka mungkin akan menggunakan jalan keganasan atau kekerasan, atau mereka akan bertindak balas dengan melakukan sabotaj dan pemulauan yang boleh menghuru-harakan Negara.

Perbezaan dan jurang perkauman akan terus melebar, ini kerana setiap kaum melalui parti politik kaum mereka akan terus memperjuangkan kepentingan kaum mereka sahaja. Sentimen perkauman akan dimainkan setiap kali menghadapai pilihanraya supaya orang ramai bersatu menyokong dan mengundi parti politik kaum mereka. Akhirnya perasaan benci dan curiga antara kaum akan terus disemai demi kepentingan politik.

Memang banyak keburukan kalau parti politik diwujudkan berasaskan kaum dan agama dalam Negara yang berbilang kaum yang mengamalkan sistem demokrasi.

Mungkin ada dua cara sahaja untuk kita mengatasi masalah ini, pertama dengan cara menggubal undang-undang yang tidak membenarkan parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum, atau kedua kita sebagai rakyat kena menolak parti-parti politik yang berasaskan kaum.

Sekiranya kita semua ada kesedaran tentang bahaya dan keburukan yang ditimbulkan oleh parti politik berasaskan kaum ini maka hendaklah kita berani membuat perubahan.

Anonymous said...

Bila 'kuasa' nampak seolah sudah hampir, nafsu sudah tidak tertahan lagi.

Orang jenis apa yg tergamak menghukum (tanpa diadili) dan menggelar TGHH, Ustaz Daud, Ustaz Nasha, Dato' Harun Din, Cikgu Pa dan Dato' Harun Taib sbg pengkhianat?

Bila ada sedikit "kelegaan" Allah SWT bagi, tak mahu bersyukur. Dgn kelegaan yg ada itulah dpt menubuh parti politik dan bergerak aktif berjuang; jauh keadaannya berbanding "kesempitan" yg dialami oleh sdr2 kita di Bosnia, Iraq, Palestin, Afghanistan, Selatan Siam, Singapura dan Selatan Filipina.


Apakah nak tunggu kelegaan bertukar menjadi kesempitan spt kes-kes di atas, jam terdesak dan darurat itu barulah nak sibuk bersatu?

3,000 mayat org Islam Bosnia masih belum dikebumikan. Butchernya pulak hirup darah tak payah pakai siung. Skang ni siap potong janggut tunjuk hensem. Bangsa Moro berapa tahun berperang last2 time nak sain perjanjian untuk "lega" sikit ada sajer dilarang oleh kuasa yg ada oleh pemerintah Kristian Filipina.

Terus terang cakap. Kita org tak senang dgn projek babi mega, hakmilik tanah 999 tahun (apa asas? org lain pun perlukan tanah), petisyen slowkan azan, desakan supaya suara Islam dimutekan dll.

Dua tiga hari ni pulak orang2 yg mengaku Melayu/ Islam berkempen supaya bendera M'sia diterbalikkan? Pertanda akhir zaman memang banyak. Apa sikap PAS dlm isu bendera ini?

Hakikatnya kuasa politik org Melayu/Islam tidak diguna untuk menzalimi kaum/ agama lain tetapi, sptmana rentetan sejarah semasa Perang salib, Spanish Inquisition, Pemeritanhan PAP di S'pura, belum tentu bila ia beralih tangan, org Islam dan org Melayu tidak akan dizalimi.

Unknown said...

Satu artikel yg sangat bagus yang patut dibaca dan difahami oleh semua rakyat Malaysia,terutamanya ahli PAS. Saya cadangkan agar artikel ini disiarkan dalam Harakah cetak.

Anonymous said...

DARI BLOG AL MUSLIMIN

Tuesday, August 5, 2008
Anwar Mengangap 911 khianat orang Islam dan menentang media malaysia anti usa

Saya terbaca satu article dari Time Magazine online yang di tulis oleh saudara Anwar Ibrahim Penasiaht PKR dan PM Wannabe. Sangat terkejut saya bila membacanya.Tak sangka Anwar begitu melulu menuduh orang Islam. USA pun belum rasmi menuduh orang Islam sebagai penjenayah 911 tetapi anuar sudah begitu maju kehadapan.
Anwar menahan diri dari menuduh Ummat Islam sebagai penjenayah 911 apabila berada di dalam negeri tetapi di luar negeri dan di dalam majallah TIME yang glamour, dengan bangga dan kurang sopan Anuar menuduh orang Islam sebagai pengganas yang melakukan 911 walau pun tiada KEPUTUSAN RASMI usa tentang menuduh pelakunya orang Islam. Mengapa Anuar begitu biadap dengan menuduh tanpa bukti nyata bahawa orang Islam yang melakukan 911. Kalau anuar ada bukti , boleh lah Anuar buat testimony dalam USA court dan menjadi saksi untuk menuduh Mohamad Atta atau osama sebagai pengganas yang mengebom bangunan USA laknatullah pada 911.
Anwar juga menuduh Media Malaysia menggunakan peristiwa 911 untuk mengapi apikan kebencian anti usa. Anuar perlu tahu jenayah USA telah lama bermula dari campurtangan menggulingkan kerajaan di Latin America kepada pengkhianatan di Palestine. Ini semua menimbulkan kebencian semua media dunia kepada usa. Adakah Anuar pengampu America great satan atau Anuar cuba menjadikan usa pelindung politiknya.??

Berikut adalah article Anuar Ibrahim yang di siarkan dalam Time Online

Who Hijacked Islam
Monday, Oct. 08, 2001 By ANWAR IBRAHIM

http://www.time.com/time/world/article/0,8599,178470,00.html

Never in Islam's history have the actions of so few of its followers caused the religion and its community of believers to be such an abomination in the eyes of others. Millions of Muslims who fled to North America and Europe to escape poverty and persecution at home have become the objects of hatred and are now profiled as potential terrorists. The nascent democratic movements in Muslim countries will regress for a few decades as ruling autocrats use their participation in the global war against terrorism to terrorize their critics and dissenters.

This is what Mohamed Atta and his fellow terrorists and sponsors have done to Islam and its community worldwide by their murder of innocents at the World Trade Center and the Pentagon. The attacks must be condemned, and the condemnation must be without reservation. The foremost religious authorities are outraged and have issued statements denouncing the monstrous murders. All efforts to punish the perpetrators must be supported.

One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the U.S. In Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir up anti-American sentiments, while members of the political Elite use a different language for international diplomacy. Certainly there are legitimate grievances against the U.S. and good reason for despondency over the fate of the Palestinians, who now face an even more arrogant Israel. But this is not the time for sermonizing or moralizing over U.S. foreign policy. Had we Malaysians been the victims of such a tragedy, we would find such hectoring tasteless and repulsive.

One wonders how, in the 21st century, the Muslim world could have produced an Osama bin Laden. In the centuries when Islam forged civilizations, men of wealth created pious foundations supporting universities and hospitals, and princes competed with one another to patronize scientists, philosophers and men of letters. The greatest of scientists and philosophers of the medieval age, ibn Sina, was a product of that system. But bin Laden uses his personal fortune to sponsor terror and murder, not learning or creativity, and to wreak destruction rather than promote creation.
Posted by AhmadHadeed at 2:26 AM

Anonymous said...

Saya setuju sgt Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ingin meneruskan muzakarah stlh membuat pengumuman secara terbuka kpd seluruh rakyat terutama umat Islam. Bila ahli akar-umbi tlh d maklumkan terlebih dahulu, akan mudahlah utk kita menilai inti-pati perbincangan ini.

Anonymous said...

Kepada semua penyokong pergerakan Islam, fahamilah dulu apa itu pergerakan berjemaah.
Jangan buat komen ikut sedap mulut.
kepimpinan PAS hari ini terlah berkorban berpuluh tahun. Mereka telah dicemuh dan dimaki dengan segala perkataan oleh kalangan UMNO dan yang bukan Islam. Tetapi mereka masih memberi peluang kepada yang menentang Islam untuk berubah. Bukankah itu sunnah Rasulullah?
Komen saya mringkas. Jika anda dalam jemaah yang memperjuangkan Islam, percayalah dengan keputusan jemaah.
Komen dan kritik terbuka adalah dari bisikan Syaitan yang tidak suka melihat pekerja-pekerja Islam bersatu dan kembali kepada sunnah Rasulullah.