Friday, August 29, 2008

Jangan "sita" Malaysia Today

Saya mengenali Raja Petra sejak beliau menulis dalam English Section Harakah dengan nama pena Sulong Kamaruddin. Saya ketika itu baru berjinak-jinak menyumbangkan tulisan dalam ruangan yang sama di bawah Editor Hj Koya. Ketika itu gelombang internet belum lagi bergelora seperti pada hari ini. Tahunnya jika tidak silap sekitar awal tahun 90an. Tetapi saya lebih rapat dan mesra dengan adik beliau,kebetulan bukan seorang penulis petah sepertinya.

Terus -terang saya akui Raja Petra sinonim dengan media alternatif dalam negara ini lebih-lebih lagi dengan meletupnya laman web beliau Malaysia Today sejak bersemaraknya api reformasi sekitar 1998.

Saya juga akui yang saya tidak berapa sealiran dengan sebahagian besar yang dipaparkan dalam laman beliau itu, namun membacanya kerana ia "entertaining". Memang Raja Petra "budak nakal" alam siber kerana sering mencucuk dan menusuk semua pihak yang beliau mahu cucuk dan tusuk, kata adiknya siapa sahaja yang jadi kerajaan akan menjadi mangsa Pet.

Justeru itu walaupun tidak berapa selesa dengan laman beliau, namun saya merasakan tindakan kerajaan menggunakan Seksyen 236 Akta Multimedia dan Komunikasi dengan menyekat laluan ke laman web beliau sebagai suatu tindakan keterlaluan dan mencemarkan imej kerajaan dimata dunia kerana akibatnya kita kini setanding dengan Myanmar dan Cina Kominis kerana menapis dan menyekat kebebasan internet.

Kalau ada Raja Petra menghasilkan posting yang menghasut atau melanggar mana-mana peraturan negara maka sewajarnya beliau disiasat dan di hadapkan ke mahkamah.

Membelenggu laman webnya seperti ini hanya akan lebih mempopularkan beliau dan sekaligus memalukan kita semua kerana kita yang mahu menjadi negara dunia pertama rupanya terpenjara dalam reban dunia ketiga, tambah diambang negara mahu merayakan ulangtahun kemerdekaan negara yang sepatutnya lebih mendewasakan kita.

8 comments:

Anonymous said...

Bro Roslan,

Inilah bukti 'kebebasan bersuara' di negara kita Malaysia yg tercinta ini..hahaha

Dah Dekat Dah..

Lawan Tetap Lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

pakcik said...

spt biasa, kerajaan malaysia (baca: BN) akan menggunakan undang2 rimba primitif utk mencapai hasrat dan cita-citanya.

kalau nanti ada bantahan/komen dari negara luar, pasti jawapan tipikalnya: jgn campur tangan hal-ehwal dlm negeri malaysia!

alangkah dangkal dan jelek..

dasuki_tmc said...

perkara yang baik disukai oleh semua orang.
perkara yang mudharat/hina semua orang benci dan tak suka.
sepatutnya pihak berkuasa melaksanakan semua yang baik untuk semua rakyat. tak sepatutnya menghalang segelintir rakyat yang menyumbang perkara yang baik untuk seramai mungkin rakyat.
bila dah memiliki otak jumud maka perkara baik yang orang lain buat ia nampak buruk dan busuk.
gunakan akal untuk kesejahteraan diri dan keluarga wahai pihak berkuasa di dunia ini, nanti diakhirat kelak langsung tidak berkuasa untuk menindas apatah lagi membela diri.
kepada pencinta islam dan keadilan,
berjuanglah menegakkan kebenaran walaupun nyawa jadi pertaruhan, kelak dapat anugerah SYAHID DARI ALLAH TAALA.
drp: cucu orang utan

ikebiliikejerung said...

sementara kita kalut malut dengan luasnya jaringan sumber maklumat berupa laman blog dan kecepatan mendapat berita dari internet...
rasa tergugat dan berita sensasi panas dari blog amat ampuh membongkar segala busuk berulat pentadbiran parti pemerintah dan parti lawan parti pemerintah tap lompang yang sama dimain oleh juak-juak minoriti memperkatakan self interest masing-masing sehingga kita tidak sennag duduk dan saling curiga mencurigai...

jidan said...

web porno tidak disekat tp sibuk pula menyekat malaysia today..itulah kerajaan yg takut pd mata pena(mata keyboard?).kepada para blogger yg menulis tentang politik..teruskan perjuangan kalian.

Sang Rajuna said...

Salam,

Hal yang dibongkar oleh Malaysia Today ada kalanya menyentuh orang besar negara, khasnya Najib dan isterinya. Itu agaknya sebab utama laman web itu "diharamkan"

Tapi bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.

Mengharamkan laman web itu hanya akan menyebabkan pemiliknya menjadi lebih popular dan dipercayai.

Jadi kredibiliti kerajaanlah yang akan jatuh merudum.

Anonymous said...

baguslah kalau penulis tak bermaruah macam tu kena black list..kalau boleh humban dalam penjara terus

Anonymous said...

Kerana anda kenal dia atau adiknya bukanlah faktornya. Yang lebih penting ialah tulisannya yang mengandungi unsur fitnah yang membahayakn keselamatan negara ini.