Tuesday, August 19, 2008

Lompongnya pertahanan Islam kita

Sebagai seorang Islam sudah pastilah berita yang kita terima dari Kuantan sebagaimana dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan hari ini merentap jantung dan perasaan kita. Menurut laporan Mahkamah Tinggi Syariah di sana telah membenarkan Or Boon Hua atau Jeffrey Or Abdullah, 36 untuk keluar dari Islam.

Or menurut fakta kesnya memeluk Islam pada 20 Januari 1994 semata-mata untuk memudahkannya mengahwini seorang gadis Muslim. Pada 16 November 1996 beliau telah mengahwini gadis pilihannya itu tetapi kira-kira 5 tahun kemudian telah menceraikannya setelah memperolehi 2 orang anak. Or setelah itu dikatakan telah kembali kepada kepercayaan asalnya termasuk berkunjung ke tokong, makan babi, minum arak, berjudi dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.

Menurut laporan juga sepanjang perkahwinannya itu Or tidak pernah mempelajari apalagi mengamalkan ajaran Islam.

Hakim Datuk A. Rahman Yunus ternyata tidak mempunyai pilihan, lantaran kelompongan peruntukkan undang-undang Islam yang sebenar dalam apa yang kita amalkan, lalu terpaksa membenarkan permohonan Or ,saya percaya demi mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada Islam. Malah Rahman mengakui beliau bersedih kerana terpaksa membuat keputusan itu.

Jadi siapakah yang patut dipersalahkan?

Ternyata dengan perkembangan kes ini, sesiapa sahaja boleh keluar-masuk Islam atas alasan tidak lagi mengamalkannya. Islam sudah menjadi agama “singgahan” bagi mereka yang mahu berkahwin gadis Melayu atau wanita Muslim. Selepas bosan, bolehlah ceraikan wanita itu dan pilih untuk keluar agama, betapa hina dan hodohnya Islam?!!

Semua pihak perlu mengambil iktibar dari kes ini terutama pihak Jabatan Agama negeri-negeri dan badan-badan serta NGO Islam. Dua usaha bersepadu perlu kita laksanakan dengan serius iaitu pertama memastikan yang syarat-syarat ketat dikenakan sebelum seseorang itu dibenarkan memeluk Islam. Pastikan ia diberi ilmu dan pendedahan, pastikan ia serius dan benar-benar faham. Keduanya undang-undang murtad ini perlu diperkenalkan demi membela maruah dan nama baik Islam agar tidak ada lagi petualang seperti Or ini yang akan mengambil kesempatan mempermain dan memperalatkan Islam.

Satu indidvidu telah berjaya murtad lantaran lompongnya pertahanan Islam kita, soalnya berapa ramaikah lagi nanti yang akan murtad, dan apakah kita sekadar diam berpeluk tubuh berpuas hati?

19 comments:

Anonymous said...

Mungkin akan ada pula melayu yang mengaku dah tak amalkan islam, makan babi, minum arak, berzina, berjudi, pergi kuil akan minta keluar dari Islam.

Kita berharap jika PR berjaya memerintah perkara ini dapat diatasi.

Anonymous said...

Tu la, buat forum nak bincang masalah ni dirempuh la pulak. macam mana nak selesai masalah kalau benda2 mcm ni pun tak boleh dibincang secara terbuka. Ia bukan saja dapat memberi penerangan malah ia juga untuk educate non-muslim.

Jabatan agama pun satu, lembik. Patut buat follow-up tiap2 6bulan dengan membuat interview kepada mualaf, catitan interview boleh dijadikan bahan bukti samada seseorang tu mengamalkan islam. kalau dia tak mengamal kena la beri education. Tu pun nak kena ajar ke...

Anonymous said...

Dengan itu dua dari tuntutan IFC dah berjaya dikabulkan:

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Anonymous said...

Yes, there is a need to weed out opportunistic muslim converts from the genuine muslim converts(true believers.The Jabatan Agama should do frequent checks on whether these converts are practising true Islam way of life, and not just enjoying the benefits of being a muslim. This would surely reduce the controversies eg. burial, divorce, children custody, property and etc.

painah said...

kan Allah itu MAHA PEMBERI. DIA akan memberi apa yang kita minta. Masuk Islam kerana nak kahwin, maka dia dapat masuk Islam kerana kahwin dan lepas bercerai dia jadi kafir semula. Allah telah memperkenankan apa yang diminta.

Sebenarnya banyak kes sebegini berlaku tetapi x di 'ceritakan' kpd umum malahan yg murtad pun terus mengunakan 'Islam' nya itu kerana tak mahu berurusan ngan mahkamah dan mengelak keaiban.

Bila ditanya siapakah yang bersalah dalam hal ini?

Jawab saya .." 2 org.Tuan punya diri dan pasangannya"

kenapa?

Kerana mereka sendiri yg duduk dalam situasi pilihan mereka itu maka merekalah yg perlu berusaha utk membentuk apa jua impian mereka.

Dan kini seakan menjadi tren artis wanita Malaysia yg bersuamikan lelaki barat. Agaknya lelaki barat yg masuk Islam utk kahwin itu lebih romantik dr lelaki Melayu Islam di Malaysia ni! Bukan menjadi rahsia lagi bahawa ramai juga yg dah bercerai berai. Jika dilihat secara kasarnya mereka yg hidup mengejar glamour memang menikmati glamour itu tetapi soalnya sampai bila?

Macamana agaknya nak membentuk yg baru masuk Islam agar menjadi "Islam" jika yg Islam lahir tu pun hanya Islam bila tiba bab kahwin, puasa dan raya saja?

Anonymous said...

Saya tumpang bersedih atas peristiwa malang pada umat Islam itu.-Tapi cadangan sdr Roslan harus diperhalusi dgn mendalam.

cth: mengetatkan syarat kemasukan ke dlm Islam.ini dikhuatiri boleh menjauhkan hasrat org kafir itu utk mendekati Islam. sedangkan dgn mengucap dua kalimah syahadah, seseorang itu dah dikira Islam!

cadangan saya supaya pasangan mualaf ini (suami @ isteri) dipertanggungjawabkan juga (dikenakan denda dsb) jika mualaf ini murtad. ini supaya mrk lebih serius membimbing pasangan mrk supaya mendalami Islam.

Anonymous said...

Takde hukum mempermain main agama? Patutlah murtad hukum bunuh tapi di bawah hadori murtad di benarkan?

Anonymous said...

bro roslan,

salah siapa? mereka dan keluarga pompuan tu! sebab nye..rasanye anda tahu jawapannya...tepuk dada tanya iman, jgn tanya selera atau tanya sama nafsu!

nak salahkan si cina tu pun rasanya kurang tepat sbb dia tidak dibimbing ttg agama islam. yg penting bg dia adalah dpt kahwin dgn pompuan tu!!

bagaimana nak tangani masalah ni? Jabatan yg bkenaan perlu pantau semua mualaf dgn memastikan bimbingan islam diterima oleh mualaf berkenaan. Perketatkan syarat utk bkahwin sama mualaf!

Apa kjaan skang bleh buat? x payah tanya la...pemimpin islam dlm kjaan skang pun x ramai yg amal islam dgn sempurna!!

Lawan tetap lawan!

Ubah sebelun parah!

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Tak faham2 lagi, buat ler hukum hudud ....

Salah orang Islam di Malaysia, seperti lelaki yang baru memeluk Islam, perlu ada perhatian daripada kita, perlu mengajar tentang Islam supaya imam mereka teguh menanti badai, bukan hanya mengharap mereka pergi ke PERKIM. tengok bagaimana Paderi menjaga orang-orang yang baru menganut kristian. Perlu diambil perhatian, kadang2 salah kita juga.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

jika nama hadhari itu digeruni dan boleh dipercayai maka ramai umat islam terselamat aqidah islam nya. tapi oleh kerana hadhari nya itu mengikut nafsu pemerintah yang membelakangkan Al-Quran dan Hadis maka yang orang sewenangnya mempertikai dan memperlekehkan hadhari tersebut. yang empunya hadhari itu ialah UMNO (BARU) YANG DI KETUAI OLEH MAHATHIR DAN ABDULLAH (PM MALAYSIA) DAN ORANG YANG SEWAKTU DENGANNYA.
boleh harap ke ???????
kita cuma sekadar memperingatkan kepada yang lupa dan mohon petunjuk dari Allah, sekiranya ingin melaksankan apa yang Allah perintah dan meninggalkan segala yang Allah larang moga selamat dunia dan akhirat,
drp: dasuki_tmc....

melayutara said...

Salam,

"Mungkin akan ada pula melayu yang mengaku dah tak amalkan islam, makan babi, minum arak, berzina, berjudi, pergi kuil akan minta keluar dari Islam.

Kita berharap jika PR berjaya memerintah perkara ini dapat diatasi."

-org PR sendiri melalui PKR dan DAP penyokong kuat kepada undang2 membenar seorang keluar dari Islam. Tolong jangan butakan mata anda.

Wallahualam

Anonymous said...

Melayutara, kalaulah orang itu tidak mengikut ajaran Islam, patutkah orang itu dipaksa memegang status "muslim" dalam nama sahaja.Kalauslah orang itu diberi bimbingan dan masih tidak percaya, macam mana ?. Bagi pegetahuan melayuatara, seorang penganut Kristian tidak dijamin akan masuk syurga sebab dia kristian . Inilah pengajaran Kristian, kerana orang Kristian juga manusia dan mungkin berdosa, melainkan orang itu betul betul insaf.Kristian tidak menahan kalau orang itu tidak percaya lagi ugama Kristian dan nak keluar, sebab kalau ugama lain boleh menukar seseorang itu menjadi orang yang baik, itu sudah mencukupi.

Anonymous said...

Sdr. Roslan,
Kita jumpa sekali lagi dalam ruang bicara setelah lama saya tidak jenguk ke laman sdr. MURTAD ~ perkataan yang sangat pantang didengari orang Islam. Walau apa pun alasannya, tiada sebab kita harus membenarkannya. Walaubagaimanapun, apa yang terjadi harus dijadikan ikhtibar untuk kita mengharungi masa depan kita.
Hari ini murtad berlaku pada mualaf dan dikhuatiri suatu hari nanti, orang Islam (Melayu) pula yang murtad [sudah kedengar berlaku tapi masih tidak berani disahkan oleh kerajaan]. Apakah tidak mungkin suatu hari, orang kita yang murtad? Salah siapa?
Saya rasa sudah sampai masanya kita balik semula ke agama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah. Tak perlu lagi kita pakai teori orang putih. Kita tidak harus takut akan orang bukan Islam kerana Islam yang adil sahaja dipandang mulia. Bukan seperti sekarang di mana orang Islam dilihat sebagai manusia yang korup, tidak adil, zalim, pembohong, pengkhianat, penzina, liwat dsbnya. Bagaimanakah kita boleh dihormati seandainya kita diperintah oleh orang Islam Melayu yang sebegini? Inilah salah satu sebab yang paling nyata kenapa orang bukan Islam berani mencabar agama Islam kita yang suci ini? Saya tidak nampak ada orang Islam Melayu yang menjadi pemerintah itu sedih dengan situasi sekarang. Mereka diberi peluang dan kuasa oleh Allah swt untuk menjalankan amanahNya. Apa dah jadi? Nampaknya apa yang penting pada hari ini ialah Biarlah Melayu yang Hidup, Islam biar mati pun tak apa. Minta simpang......
Ingatlah wahai saudaraku, Dalam masa kita memperjuang dan menegakkan agama kita, janganlah kita zalimi orang yang tidak bersalah walaupun mereka itu bukan Islam sebab bukan semua orang bukan Islam di negara kita ini menentang agama kita, malahan ramai yang hormati akan kita terutamanya Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abd Hadi. Hidup Islam ....... Allahuakhbar.

Unknown said...

"Islam is the way of life". Ini slogan yang biasa kita dengar malah sering didendangkan. Malangnya apa yang ada disekeliling kita sekarang ini tidak pun menggambarkan bahawa Islam itu adalah cara hidup. Islam itu kadangkala bersifat seperti agama-agama bukan samawi yang lain yang sekadar bersifat ritual. Orang Islam sendiri bertumpu ke masjid surau hanya pada hari atau untuk majlis tertentu sahaja. Yang lebih ektrim lagi Islam hanya dirujuk bila ingin berkahwin dan untuk urusan kematian sahaja.

Amat malang kita sebenarnya, dalam sebuah negera yang Islam adalah agama rasminya dan begitu banyak sekali jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam, (sehingga kadangkala kelihatan bertindan fungsinya) tetapi Islam gagal dimartabatkan. Kita juga sangat sedih melihat gelagat kelompok anak muda masa kini yang cara hidup mereka jauh menyimpang daripada Islam.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, kita mengaku sangat sukar (hampir mustahil) untuk kita menahan anasir dajjal daripada meresapi ke dalam hati sanubari orang kita, namun kita sendiri sebenarnya boleh merangka pelan dalaman kita ke arah membentuk keperibadian yang baik. Dalam hal ini, media massa sangat penting terutama dalam mengwar-warkan perkara-perkara yang positif. Tetapi pada hari ini media kelihatan hanya memberitahu apa yang mereka ingin kita tahu dan bukannnya memeberitahu apa yang patut kita tahu, malah cerita-cerita dalam kain (golongan artis umpamanya)disebar-sebarkan.

Dalam hal ini, kita perlu melihat kedalam diri sendiri sebenarnya sambil bertanya apa sumbangan kita terhadap Islam, kerana kadangkala umat Muslim itu sendiri yang sebenarnya membawa wajah hodoh kepada Islam

Anonymous said...

ya, betapa nampak bodoh. Tapi bagaimana pula halnya dengan seorang wakil rakyat PAS, sudah bosan dengan isteri kemboja yang telah menganut Islam, lalu menceraikan nya? Apakah mungkin atas rasa kecewa sang isteri akan kembali kepada agama asal? Nikah cerai itu lumrah kehidupan yang perlu di sediakan dalam diri orang yang bernama isteri? adakah pembelaan dan keadilan dalam Islam? Kita tidak mengamalkannya...

luaskanmata said...

Salam kepada sahabat sekalian.

Saya seorang yang sedikit sebanyak mengendalikan kes-kes saudara baru. Di sebalik apa yang berlaku, terserlah betapa lemahnya kita orang Islam dari aspek memahami Islam dan memperlihatkan kehebatan Islam.

Dalam banyak kes saudara baru, mereka kebanyakannya ketandusan ilmu dan tempat untuk bergantung bagi mempelajari Islam dan pembakar semangat.

Prkim? Perkim sekalian lama telah dipertanggungjawabkan secara bersendirian. Orang Islam rata-rata hanya melenting bila timbul isu tetapi gagal menangani isu secara konkrit.

PAS ialah jemaah yang saya sayangi sejak umur saya 6 tahun (baru memahami PAS dan Islam), suka saya mencadangkan kepada saudara sebagai seorang yang rapat dengan pimpinan perkara-perkara berikut:

1. PAS pergiatkan kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Dakwah untuk mendekatkan Islam kepada orang kafir dan tarbiah bagi memantapkan Islam di kalangan orang Islam.

2. Mengadakan satu unit memantau dan mengkaji keberkesanan badan-badan atau agensi Islam dalam kerajaan seperti jabatan-jabatan agama Islam, dan mahkamah syariah.

Rancanglah dan laksanakanlah ke arah pembaikan sama ada PAS sebagai pembangkang mahupun kerajaan pusat dan negeri.

3. Mengadakan unit yang mungkin sesuai dipertanggungjawabkan di bawah lujnah tarbiah untuk menjadi tulang belakang kepada saudara-saudara baru.

Program keluarga angkat dan pusat bimbingan mengikut negeri, kawasan atau dun yang mana sesuai boleh diatur.

Saya amat berharap PAS dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam isu saudara baru dan tidak hanya memberi henyakkan yang tiada kesan kepada kerajaan.

Salam jihad.

suparjo@blogspot.com said...

Pengalaman saya, ada yang seronok dan ambil kesempatan sekejap dengan sdr baru, konon nak beri pendidikan tetapi tak tahan lama. Ada yg suka nak tarik orang masuk Islam, tapi tidak terus bimbing sampai bila-bila. Masalahnya, kebanyakan sdr baru dibiar begitu saja, terutama oleh keluarga atau rakan yang asalnya sgt prihatin. Org Jabatan Agama memang sibuklah, mana larat.

nakomatsue said...

Aku setuju dengan suparjo, kalau kita dakwah orang masuk Islam, kebajikannya mesti dijaga. Dia mesti dibimbing dengan betul. Ini tugas siapa????????? Tugas semua orang yang mengaku dirinya Islam. Perkara pertama yang mesti diajar ialah sembahyang. Ini saya dapat dari bacaan Hayatus Sahabah. Para pejuang Islam elok baca buku ni untuk mencontohi perjuangan para sahabat yang telah diredhai Allah. Terdapat dalam versi bahasa Arab dan Inggeris. Bahasa Melayu punya baru jilid satu(800 ms). Semua ada tiga jilid.

Anonymous said...

Bagi pegetahuan melayuatara, seorang penganut Kristian tidak dijamin akan masuk syurga sebab dia kristian . Inilah pengajaran Kristian, kerana orang Kristian juga manusia dan mungkin berdosa, melainkan orang itu betul betul insaf.Kristian tidak menahan kalau orang itu tidak percaya lagi ugama Kristian dan nak keluar, sebab kalau ugama lain boleh menukar seseorang itu menjadi orang yang baik, itu sudah mencukupi.

"Itu salah dah dol! Lu tanya sama diaorang..semua dosa dia ditanggung 1200000% oleh tuhan dia dah sebab tu dia bleh buat dosa dah dol!"

Apalah malaun tu merepek...Oleh itu perlu dibuat beberapa regulation dan law tentang orang lelaki dan wanita islam yang nak kahwin ngan pompuan or lelaki bukan islam dah!