Thursday, August 28, 2008

Terima kasih atas publisiti percuma anda

Dalam ramai-ramai rakan blogger kebelakangan ini, saya perhatikan cuma dua sahaja yang cukup minat mengkritik dan menyerang tulisan saya. Memang kita tidak dapat memaksa orang untuk bersetuju dengan kita, adat berhujah mestilah bersedia dihujah balas, adat mengkritik mestilah bersedia untuk dikritik.

Setelah sekian lama menulis, sejak lebih 10 tahun di dunia siber, termasuk hampir 4 tahun berb"blog" saya sudah masak dengan pujian dan kritikan. Malah semua saya terima dengan hati yang terbuka. Saya akui ada yang agak emosional dan ada juga yang menyerang balas dengan kata-kata tajam dan pedas (termasuk yang lucah), semoga Allah swt mencurahkan balasan, apa sahaja bentuk, atas usaha dan perlakuan kita itu.

Tetapi kalau benci dan marah sekalipun tak perlulah mengeluarkan maki hamun dan melemparkan tuduhan dan fitnah, ianya kelak hanya mencerminkan akhlak dan budi pekerti kita. Tidak mengapalah kalau mahu memilih tajuk:

Roslan SMS mahu kita menyerang DAP, bukan berdakwah dengan hikmah

sedang saya percaya ada juga pemimpin kanan PAS yang telah mengulas (saya tidak mahu memilih "menyerang") secara terbuka kenyataan Guan Eng yang saya petik itu.

Tidak mengapalah kalau rakan blogger itu memandang rendah penulisan saya dengan menulis:

Tetapi sikap Roslan SMS ini sebenarnya menguntungkan DAP, UMNO, BN, puak-puak sekular dan ramai lagi. Malahan, sikap yang ditunjukkan oleh Roslan sebenarnya menguntungkan mereka yang memusuhi Islam. Dengan sikap sebegini, puak sekularis dan liberalis tidak perlu bekerja keras. Mereka cuma menumpang laba dari orang seperti Roslan SMS. Mereka goyang kaki, Roslan SMS dan kuncu-kuncunya kumpul hasil.

Yang saya kritik adalah usaha untuk menobatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Sekular, tetapi rupanya saya pula menjadi juara sekular!!!

Kepada rakan saya ini, terima kasihlah kerana memberi publisiti percuma kepada posting saya itu, siap di sisipkan di Malaysiakini lagi, makin bertambahlah "hits" saya. Terima kasih juga kerana hasil tulisan anda terhadap saya itu telah melahirkan komen berikut dari pembaca anda:

Ikrak said:
Who is this Malay bastard Roslan? He is nothing but a trouble maker. Let's ignore that bastard.


Jika kerana mahu mempertahankan aqidah dan kepercayaan saya serta komited terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS maka saya digelar "bastard" (anak haram) atas ihsan tulisan anda, saya rela cuma saya berdoa janganlah ada sesiapa yang memanggil anda dengan gelaran yang sama seumpama itu. Allah melihat apa yang kita lakukan.

22 comments:

Anonymous said...

tak ngapalah sdr Roslan..janji niat sdr betul utk berdakwah dan menegakkan Islam.kebenaran itu selalunya pahit utk ditelan.Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui

kata org putih:

Sticks and stones can break my bones..but words would never harm me..

Tulang Besi said...

Encik Roslan SMS,

Ada kesilapan dalam "paragraph" yang saudara "quote" tersebut. Terima kasih kerana "highlight" para itu kerana kalau tidak saya pun tak sedar kesilapan tersebut.

Sebenarnya "para" tersebut berbunyi begini:

"Tetapi sikap Roslan SMS ini sebenarnya menguntungkan DAP, UMNO, BN, puak-puak sekular dan ramai lagi. Malahan, sikap yang ditunjukkan oleh Roslan sebenarnya menguntungkan mereka yang memusuhi Islam. Dengan sikap sebegini, puak sekularis dan liberalis tidak perlu bekerja keras. Mereka cuma menumpang laba dari orang seperti Roslan SMS. Mereka goyang kaki dan kumpul hasil di atas daya usaha dan keringat Roslan SMS dan mereka yang sewaktu dengannya."

Minta saudara tolong betulkan bahagian ini dlm artikel saudara.

Saya sudahpun membetulkannya dalam posting saya.

TQ

Tulang Besi said...

Roslan,

Ada satu lagi komen yang saudara patut publish. Hahahahahaha

zetty said...

roslan sms kot yer pon nak mengomen.. biarlah berhemah.. ini nampak macam tergesa2 dan tak dipikir abes2... kalau 10 tahun bergelumang dengan dunia internet dan blogging ni masih tak belajar pasal berhemah... I guess you need another 10 years!

ibnmustaffa said...

Teruskan perjuangan saudara Roslan. Kali pertama hamba melihat wajah saudara Roslan keluar dari alam maya ketika saudara merasmikan PAS Kawasan Hulu Selangor tahun lalu.

Peristiwa ini menunjukkan perjuangan menegakkan Islam masih belum selesai dan setiap jemaah Islam PAS mesti sentiasa istiqomah dalam perjuangan.

Hamba secara peribadi melihat inilah cara yang paling berhikmah kita berdakwah di alam siber. Harap tulisan saudara Roslan akan kekal sebegini.

Takbir! Allahuakbar!

Cenangau said...

Kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada demokrasi dan kuasa rakyat

JOM KITA DESAK SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
SUPAYA MENDESAK PAKLAH AGAR MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENGADAKAN PILIHANYARA UMUM BARU UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN DENGAN MANDAT BARU

BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!

Anonymous said...

Sdr Roslan,

Agak lama saya dah follow penulisan tuan. Kebanyakannya adalah baik dan membawa dakwah keperingkat yang lebih tinggi. Tapi sesiapa pun melainkan, Nabi Muhammad S.A.W, tidak terlepas dari kelemahan termasuk tuan dan Tulang Besi.

Ambil lah teguran sebagai membina kepada yang lebih baik, tak perlu merajuk atau mecari belas kesian. Lebih ramai yang pengorbanan mereka lebih perit dari kita.

Kalau ditanya kedua tuan dan Tulang Besi, keduanya ada objektif yang suci tapi langkah masing2 pasti ada kecacatan.

Selamat terus berjuang, TAKBIR!


Ahli Pas 1998-

Anonymous said...

sabar sajalah Sdr Roslan...

bukankah ini perkara biasa dlm berdakwah. Allah jadikan kita berbeza2... sekalipon dlm perkara2 sebegini.. manusia tetap sukar hormat menghormati...

syukurlah sekurang-kurangnya saudara tahu siapa.. dan mereka menyerang secara terbuka...

p/s sebenarnya sdr yg promosi mereka.. saya tak pernah terjumpa blog2 mereka he he

Anonymous said...

Hahaha nak tarbiah Dap ibarat nak tarbiyah yahudi. Bangunlah wahai rakyat Pas yang masih dalam kegelapan...

Tengok isu Guan Eng cukup, konon nak ikut konsep "amal makruf nahi mungkar" dan idolanya Khalifah Umar al-khatab. Tapi bila pas penang suruh haram judi dan arak tak mau ikut. Bila anjur Hari Belia Penang bukak kios arak.

Baru2 buat raptai penang kat area quensbay, melompat peniaga cina konon kerajaan tak bagi notis tutp jalan sambai tak boleh berniaga. Siap ada yang nak saman kerajaan. Depa lupa kot kerajaan negeri sekarang dibawah Dap yang depa undi dulu. Tak lupa org kampung yang bising takda sumbangan bendera percuma dari kerajaan negeri. Lusa nak merdeka kat kampung satu bendera pun tarak. Biasa la menegelakkan ketirisan dan kebocoran...

-org penang

Anonymous said...

assalamualaikum sdr roslan. semoga allah memelihara sdr. teruskan perjuangan. mungkin seorang kata sdr bastard... orang-orang ni, anything islamic pasti dilabel "bastard". tak terkira berapa banyaknya pahala yang sdr sedang kumpul sekarang ni. bagi ana, sdr adalah pejuang.

Max_Underwood said...

Mr SMS, with PAS in the pakatan rakyat, a lot of the so called modern malays such as that idiot ikrak are worried that PAS might get its way of at least implementing islamic laws on muslims. Someone should tell guan eng or karpal that Islamic Laws are applied to muslims only. Such as the syariah family law. So the ones who are really worried are those who do not practice islam. Karpal and guan eng need not meddle in this malay-islam internal affair. Yes, what PR is doing (i.e promoting raceless politics) is noble and should be encouraged, BUT do not mess about with our religion. Its not like PAS is forcing everyone to be a muslim....far from it. This they (the kafirs) should understand. We dont go round messing with ur religion, u dont mess with ours. Lets just live in this new dawn of Malaysia and try to get along. On a personal note, i'm dreaming the day imam mahadi would surface and become the next khalifah and after that the return of Isa and the rise of Islam. Maybe in our lifetime eh Mr. SMS?

Anonymous said...

Pedulikan golongaan tak pernah sujud ni. Lagipun bukan tanggungjawab kita untuk memandikan jenazah orang macam ni pun nanti.

Anonymous said...

Katakanlah yang benar walapun ianya pahit. Saya tak sekuat dan setahan saudara. Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Roslan difikir dan direnung dengan akal yang dikurniakan ilahi bukan menghentam keromo sahaja. Bila kita membela dinamakan extremist bila menghina dinamakan hero. Terlalu agungkan hak asasi suara Islam dianak tiri. Inilah natijah apabila dunia menjadi taruhan, LOGIK diagungkan, Islam diliberalkan asal matlamat menjadi nyata. Ingatlah matlamat tidak sesekali menghalalkan cara kita bertindak. Teruskan perjuangan saudara bagi mewakili suara kecil ini.

Anonymous said...

abang lan...selamat menerima kritikan. saya tak pelik. dah memang ramai yg berotak pembangkang perangai macam tu bila di alam siber.lagi banyak makian, lagi syyedap dibaca. baru ada perencah. kalau nak lagi best, selitlah banyak2 fakta bohong.sure blog ni jadi pujaan.

Anonymous said...

Bro Roslan,

Wa rasa simpati kat lu..hahaha...biasala, inilah lumrah dlm berdakwah. Kita telah cuba utk berhikmah. Tapi nampaknya tak semua yg memahami maksud tulisan kita. Lain pula yg mereka fahami!

Perjuangan Mesti Diteruskan

Membangun Bersama Islam

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Salam a'laik,

Tahniah kekanda Roslan. Kita perlu thabat dalam perkara dasar dan murunah dalam perkara furu'. Inilah rukun baia'h yang telah ditetapkan oleh As Syahid Hassan Al Banna.

Nampaknya kakanda memahami dengan jelas akan rukun baia'h ini. Mahu rasanya menjemput kakanda Roslan untuk menjadi Naqib jemputan usrah di kawasan ana. Insyaallah, jika ada peluang.

Pesanan ana, jangan mudah lemah dan patah semangat untuk menyatakan yang haq. Biarkan mereka yng jahil terus mengutuk. Mungkin sampai satu masa mereka dapat lihat bagaimana Muslim yang Rabbani itu memegang prinsip Islam dengan kental. Teruskan berjuang kakandaku.

www.ibnuqalil.blogspot.com

Gagak di Rimba said...

Salam,

Kalau kita menganggap Malaysia sekarang masih merupakan negara sekular, pemimpin DAP berkenaan saya rasa hanya hendak mengekalkan keadaan itu.

Memang dia orang bukan Islam dan tidak mahu Malaysia jadi negara Islam. Saya rasa dia tidak salah dan dia hak untuk menyatakan pendapatnyanya.

Lagipun buat masa ini saya rasa tak ada model negara yang "bagus", yang boleh menarik minat orang bukan Islam, sama ada model Arab Saudi, Iran, Pakistan, Sudan dsb.

Jadi kalau PAS hendak memperjuangkan penubuhan negara Islam, binalah lebih dahulu satu "model negara Islam" yang sesuai untuk Malaysia, dan terangkan kepada orang bukan Islam.

Sekarang PAS cuma sebut sahaja nak tubuhkan negara Islam. Tapi mana modelnya yang terperinci, yang lengkap dengan "cetak birunya"? Belum ada.

Kalau sekadar menyatakan ada prinsipnya berdasarkan Quran dan Hadis, itu tidak cukup, dan tidak akan dapat meyakinkan orang bukan Islam.

Anonymous said...

Sdr Roslan SMS jangan risau confirm si tulang besi ini jenis manusia keparat yang kurang ajar dan tak bermaruah. Dahlah hina dan rendahkan orang boleh ada muka lagi masuk ke sini siap bagi komen lagi......jahanam.

Jangan pandangan orang lain kecil tulang besi (karat). Almarhum Ustaz Fadzil pernah berkata kalau kita duduk atas gunung yang tinggi kita nampak orang di bawah kecil jer....tapi kita tak sedar orang kat bawah nampak kita kecil juga.

Tulang besi ni baik sedekah ke bangsal besi buruk jer.

Teruskan lan ramai di belakang sdr.

URAT DAWAI

Anonymous said...

Uncle Roslan,
Apa yang kita lakukan hari ini, bukan semua manusia yang menyukainya, itu satu lumrah kehidupan. apa yang penting, apa yang uncle perjuangkan itu yang uncle percaya. Apa sahaja artikel yang uncle tulis itu semuanya ialah idealogi uncle, terpulanglah mana rujukan yang uncle rujuk tetapi yang penting dalam perjuangan kita jangan sesekali menyimpang dengan ajaran agama Islam.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan.
Kalau kita cakap orang jahat, jahatlah kita, kalau kita kata orang baik, baiklah kita, kalau kita tolong orang jangan diminta pembalasan. Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Kepada yang mengatakan perkataan kurang ajar itu, percaya lah orang itu sebenar penat melihat dirinya seperti apa yang dikeluarkan dari penulisan atau mulutnya sendiri.
Teruskan perjuangan dan Salam Ramadhan kepada Sdr. dan keluarga Sdr.
Wassallam

Anonymous said...

Setuju dengan Urat Dawai saya pun merasakan si Tulang Besi ini jenis tidak berakhlak tidak beradap dan beretika.

Kalau dia berbangsa Melayu memang mak bapa dia tidak ajar dan bentuk beliau atau memang sebab dia tulang besi maka dia tidak bermak-bapa?

Ehhh siapa yang bastard kalau begitu.......hehe

Anonymous said...

Saudara Roslan,

Saya respect perjuangan PAS dan sdr sendiri. Hakikatnya Malaysia sememangnya negara sekular berasaskan Perlembagaan Malaysia.

Walaupun Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama rasmi, ia tidak memberi kuasa kepada parlimen untuk melaksanakan undang-undang islam.

Islam bukan sekadar undang2 saje. Sebelum kita nak melaksanakan undang2 islam kita kena tunjuk kebaikan islam. The basic principles seperti kejujuran, sikap toleransi, kebersihan, tata-susila, disiplin dan keadilan sepatutnya menjadi tunggak...baru lah kiata boleh cakap pasal undang2 Islam.

Berkenann DAP, saya tak salahkan mereka kerana mereka memartabtkan perlembagaan bukannya mereka anti-islam.

Peace be with you.

Anonymous said...

Sungguh bongkaknya Tulang Besi ni ye. Seorang muslim sejati tidak berakhlak seperti itu