Sunday, August 10, 2008

Kesal dengan Bar Council

Berbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan mendesak agar forum tersebut dibatalkan. Pihak kerajaan, NGO dan parti politik masing-masing telah menggariskan sensitiviti forum berkenaan dan kecenderungannya untuk mencetuskan ketegangan dan konflik kiranya diteruskan.

Namun pihak Majlis Peguam Malaysia atau Bar Council berkeras mahu juga ianya diteruskan, iaitu forum bertajuk "Memeluk Islam", kononnya untuk membincangkan isu-isu berkenaan masalah mereka yang telah memeluk Islam dan kemudiannnya hak-hak mereka apabila berlaku konflik serta jalan keluar buat mereka.

Bersungguhnya pihak Bar Council itu seolah ianya sesuatu yang besar dan paling serius dalam negara, seolah sebilangan besar rakyat terlibat dan mahu membincangkan bagaimana jalan pintas buat mereka untuk lompat keluar dari Islam kiranya mereka atas faktor-faktor tertentu "terpaksa" memeluk Islam.

Ringkasnya berlangsung juga majlis berkenaan semalam dan akibatnya munculnya sekelompok masyarakat Islam dari pelbagai NGO dan persatuan yang menyatakan protes mereka. Dan seperti diduga berlakulah ketegangan sehingga akhirnya pihak polis terpaksa menasihatkan agar majlis itu segera dibatalkan. Lalu siapakah yang mahu disalhakan?

Bar Council ditubuhkan sebagai sebuah badan bebas yang bermatlamat mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keadilan serta memelihara kepentingan profesyen undang-undang dan masyarakat awam. Tiba-tiba semalam Bar Council seolah mahu menjadi juara mahu membincangkan persoalan yang membabitkan Islam dan penganutnya dalam keadaan mereka sedar dan faham bahawa ia sensitif dan pasti mengundang syak wasangka dari masyarakat Islam yang prihatin.

Tidak kata mereka, forum itu kononnya tidak berhasrat mempertikaikan Perkara 121 (1) (a) Perlembagaan Malaysia yang menghalang Mahkamah Sivil dari mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi mereka membariskan keluarga yang pernah terlibat dalam konflik membabitkan Perkara berkenaan. Sudah pastilah apabila ini berlaku, amak persoalan Islam dan Mahkamah Syariah akan bangkit, lantas siapa mahu dipersalahkan jika masyarakat Islam bangkit marah?

Sebagai bukit lihatlah laporan Malaysiakini berkenaan sebahagian forum berkenaan:

A German woman, known only as Anita, who shared her story later said that she had a civil marriage with a Malay Muslim man in England, who claimed to be an atheist at the time.

When the couple returned to Malaysia, Anita said she was ‘converted’ during a Muslim marriage, which eventually ended in divorce and she would have to remain a Muslim.“Why does the family take it upon themselves to convert Western girls who come here?

People should be able to choose. Why is it so rigid? Relationship is supposed to be free,” she said.

Juga dilaporkan:

Another woman who shared her story to the participants was Marie Rayappan whose family was caught in a tussle over her deceased father - Anthony Rayappan’s - remains with the religious authorities.

Semua kes-kes ini ternyata membabitkan Perkara 121 (1) (a), terbukti Bar Council tidak jujur dalam hal ini.

Kalau pun penting sangat isu ini mahu diforum dan dibahaskan, dan Bar Council mahu juga menjuarainya, maka libatkanlah badan-badan yang berwibawa dalam hal ehwal Islam. Anjurkan bersekali dengan JAKIM atau UIAM atau PERKIM atau NGO-NGO Islam seperti ABIM, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Ulamak malah PAS sekalipun. Tetapi mengapa dan apa agenda Bar Council dalam menganjurkan forum ini?

Dalam hal ini saya ingin merakamkan ucapan syabas khusus kepada YB Sdr Zulkifli Nordin, ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu yang vokal dan berani ke hadapan dalam menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati beliau terhadap inisiatif Bar Council itu mewakili masyarakat Islam. Saya perhatikan semalam YB meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan beliau yang lain, dan untuk itu saya salut beliau. Juga syabas kepada anak-anak muda lain dari pelbagai badan NGO dan siasah yang hadir di luar bangunan Bar Council itu.

YB Zul menyebut:

Saya memberi amaran supaya (Bar Council) tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya.

Berani kerana benar demi Allah swt!

6 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

Hati muslim mane yg tak tercabar dek tindakan terbaru BAR council tu..Adalah pelik apabila persoalan berkaitan islam dibincangkan secara terbuka tanpa dihadiri oleh mereka2 yg ahli(mahir) dlm islam!

Wa pun rasa bangga dgn tindakan yb zulkifli nordin yg begitu lantang menentang forum berkenaan. TAHNIAH! Diharap ramai lg pemuda2 islam di luar sana akan mencontohi beliau..

Wa tertanya2, apakah objektif sebenar forum ini diadakan? adakah ikhlas utk membincangkan tajuk soalan forum berkenaan atau sengaja di adakan bertujuan 'test market' sensitivity umat islam terhadap agamanya.

wa yakin ini merupakan usaha terancang pihak2 yg anti islam yg bertujuan utk mengelirukan rakyat terutama yg bukan islam supaya islam itu di gambarkan sebagai agama yg lemah. Kita wajib menentang sekeras2nya usaha2 sedemikian. Jgn biarkan agama kita dipersendakan dan menjadi bahan gurauan pihak2 berkenaan.

Berani kerana benar demi ALLAH swt

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

kemana perginya pemimpin dan pejuang puak-puak islam hadhari untuk mempertahankan orang-orang islam???? dah kecut t****? bacul sungguh???
cabut keris demi mempertahankan islam hingga titisan darah terakhir.....piiiirrrrahhh.....
sudah nasib diriku ini orang utannnnn...
drp: pilih bulu dalam berugama.....

Tulang Besi said...

bagi saya, kalau kita tidak layan puak2 ni kemungkinan kehadiran forum tersebut tak sampai 30 orang.

Bila diberi publisiti mcm ni tiba2 Bar Council jadi seperti hero.

Yang untung dari isu ni saya nampak adalah UMNO.

Walaubagaimanapun, syabas kepada demonstran dan mereka yang turun berdemo.

Saya rasa selepas ini kita kena follow up dengan forum lain tetapi dgn badan yang tidak liberal mcm Bar COuncil dan bincang secara praktikal dan buat kenyataan bersama.

Libatkan persatuan agama2 lain, kerana BAr Council ini liberal atheist.

Anonymous said...

Bro. Roslan,
Sudah sampai masanya untuk kita orang Islam memberi penerangan yang sebenarnya tentang hak-hak orang Islam dan orang bukan Islam dalam perspektif agama kita. Selagi kita cuba mengelak, perkara ini tidak akan selesai.
Marah tidak akan menyelesaikan masalah. Ingat, apabila kita marah, syaitan sedang duduk bersebelahan dengan kita. Kita harus menyelesaikan masalah ini dengan tenang dan berhikmah. Orang yang sedang marah bukan tahu berfikir dan kekadang akan menyebabkan masalah yang lebih besar.
Kita tidak boleh lagi jadi katak di bawah tempurung. Kita mesti mengamalkan sikap keterbukaan dalam membincangkan soal keagamaan. Saya ingat lagi satu peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lepas semasa saya sedang belajar di kolej. Kawan saya yang bukan Islam menanyakan suatu perkara tentang Islam kepada kumpulan kami. Tiba-tiba seorang kawan kami berdiri dan marahkan kawan yang bukan Islam tu tanpa menjawab soalan dia. Adakah agama kita suruh kita marah apabila orang lain (terutamanya bukan Islam) bertanya atau mempersoalkan tentang hak-hak dalam Islam? Memang kita harus sensitif tetapi bukan sampai peringkat kita nak marah.
Bukankah persoalan yang ditimbulkan itu satu rahmat dan hikmah untuk kita menjadi lebih baik? Kita harus berfikir untuk bertindak dengan bijak dan cerdik. Dengan membuat heboh sedemikian sebenarnya kita telah kalah pada awal perjuangan kita dan kita memenangkan musuh kita secara moral. Kita akan dianggap tidak bertamadun sedang agama kitalah paling bertamadun. Kan agama kita ini ialah Addin. Jangan biarkan diri kita terjebak dalam kancah kekeliruan yang cuba ditimbulkan mereka.
Memang kita harus marah dengan tindakan mereka tetapi bukan dengan kaedah yang sebegini. Kita harus menyertai forum tersebut dan anggap ini sebagai peluang untuk memperjelaskan kehendak agama kita. Carilah orang berwibawa seperti Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi, Dato Harunssani atau Dato Harun Din untuk berforum dengan mereka. Saya rasa dengan cara itu, maka selamatlah kita dan kita akan dipandang dengan mulia. Ingatlah hari ini lebih baik dari kelmarin. Orang yang tahu marah saja tetapi tidak membuat perubahan ke arah kebaikan ke arah Allah swt adalah orang yang dilaknati.
Bersama-samalah kita memartabatkan agama kita. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Anonymous said...

alhamdulillah, krn sbhagian wakil umat islam bjaya menghalang forum tsebut dpd diteruskan..

takbir!!!

=============

slain itu, ada psoalana/kmuskilan y nk sy tanya..
apa fungsi/pranan Peguam DSAI, Sulaiman Abdullah dlm forum tsebut.. adakah beliau antara peserta atau pn penentang forum? beliau juga antara exco Bar Council skrg. so saya harap, saudara Roslan. dapat ambil knyataan dpd Sdr Sulaiman Abdullah. apa pndirian die dalm kes/forum tsebut.. saya rasa Sdr roslan dpt faham mngapa saya btanya soalan ini. tq..

Anonymous said...

Saya yakin orang Islam akan berjuang & pertahankan Islam sekiranya terpaksa memilih antara akidah atau wadah. Tahniah saya ucapkan kpd MP dari PKR, Umno & PAS yg sanggup ketepikan wadah krn Islam.

Umat Islam perlu lebih peka permainan pihak yg berani mencabar & mencemarkan Islam.