Ayuh kita junjung Malaysia yang sekular
Kongres Kebangsaan DAP ke 15 sedang berlangsung di Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur. Ini merupakan kongres parti tersebut yang pertama sejak PRU ke 12 setelah ia mendapat pencapain yang terbaik dalam sejarahnya iaitu memenangi 28 kerusi Parlimen dan 73 kerusi DUN termasuklah menguasai Pulau Pinang.
Sudah pastilah dengan pencapaian tersebut kongres parti yang didominasi kaum bukan Melayu ini akan menjadi tumpuan dan perhatian ramai. Dan kebetulan ini juga kongresnya yang pertama sejak bersatu dalam Pakatan Rakyat memerintah beberapa buah negeri.
Kata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng,semasa merasmikan kongres itu semalam bahawa DAP bertekad menentang sebarang usaha menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam kerana ianya bertentangan dengan wawasan yang didukung partinya. Semasa sesi sidang akhbar pula Guan Eng berkata bahawa DAP komited memegang 4 prinsip yang disepakati oleh komponan PR iaitu salah satunya bahawa mengakui yang Malaysia ini akan kekal sebagai sebuah negara sekular.
Guan Eng juga menegaskan bahawa satu lagi prinsip penubuhan PR tempoh hari adalah bahawa jika ia berkuasa diperingkat pusat maka hanya Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia (yang lain siapa pun namanya tidak layak).
Jangan sesiapa pertikaikan kenyataan Guan Eng ini kerana ianya telah disepakati. Jangan sesiapa pandai-pandai mahu jual idea siyasah syariah atau apa sahaja bentuk perlaksanaan Islam kerana ianya anti sekular, apatah lagi mahu membawa gagasan Negara Islam!
Jangan lukakan hati kawan-kawan! Jangan pertikaikan mereka, kita kan kawan. Sekarang kita perlukan sokongan mereka, jika tidak kita tiada peluang berkuasa. Kita cuma perlu dakwah dan didik DAP, nanti ia juga boleh terima Islam, sekarang ini ia belum mengerti.
Menurut akhbar The Star hari ini Guan Eng malah mencadangkan mana-mana pihak yang memiliki pandangan berbeza atau tidak dapat terima keputusan majoriti bebas meninggalkan Pakatan Rakyat. Lantas kerana itu orang PAS jangan bising-bising, kalau perlu kendur dan lenturkan prinsip lakukanlah, kerana bimbang nanti kita ditendang keluar. Yang penting kita boleh bersama, jaga dan tantanglah ia bagai menatang minyak yang penuh. Biarlah kita jadi sekular sekali pun yang penting kita dan DAP mesti kekal bersama!
Agenda Islam hari ini sudah tidak berapa penting lagi, kerana kalau mahu ditonjolkan nanti ia bertentangan pula dengan konsep Malaysia Malaysia, kesaksamaan dan sama-rata untuk dan buat semua. Biarlah kita peluk dan dakap mereka seerat-eratnya dahulu, nanti bila kita perpoleh kuasa, baru kita fikirkan kembali bagaimana mahu perjuangkan Islam, jika perlu.
Buat masa ini lepaskanlah dahulu segala-galanya, kerana fakta, kajian dan bukti menunjukkan kuasa sudah hampir ditangan kita. Ini hakikat dan realiti apa sahaja yang ditulis dalam kitab atau dicatat dari wahyu pun benar tetapi yang ada di hadapan kita juga benar, malah tampak lebih benar.
Atau bagaimana?
(Maaf kerana perlu berkata benar..........berkata benar pun perlu mohon maaf kah?)
37 comments:
satu laporan yang baik dari saudara. walaupun nadanya semacam orang yang hampir putus harapan.. bagus, biarlah mereka yang suka sangat dengan PR celik mata. lihat, dengar sendiri perangai sahabat2 kita tu.. biar kita mengalah tak pe asalkan puas hati tengok BN dimalukan.
bukan maknanya ana sukakan BN, tapi carilah, fikirkanlah jalan alternatif yang lain yang boleh digunakan sekiranya kerjasama ini tidak menjadi..
janganlah terlalu mengharapkan kemenangan yang cepat tetapi nanti gagal mengisi kemenangan tersebut dengan Islam.
beringatlah, cari alternatif lain sebagai senjata sulit kita sekiranya kita kalah dalam pakatan ini.
Assalamualaikum wbt
Setakat yang saya baca, di dalam konvensyenna, DAP menentang sebarang penubuhan negara theokrasi. Saya risau jika tindakbalas kita akan menyebabkan orang berfikir yang negara Islam sama dengan negara teokrasi (which is very wrong). Lebih usaha perlu digerakkan ke arah memahamkan sahabat-sahabat kita bahawa negara Islam bukanlah sebuah negara teokrasi.
bro roslan,
Dlm hal ni, wa nak sokong lu 100% rasanya mcm tidak, tp x sokong pun tidak juga. Wa amik jln selamat 'play save', wa di tengah2 dulu.
Pendapat lu ni mmg ade kebenarannya. Ini kerana bg mereka yg belum memahami islam mmg begitu la responnya. Kita tidak boleh menyalahkan mereka sbb parti mereka ada asas perjuangan tersendiri. Bab ini kita x layak untuk masuk campur.
Sebagai rakan se PAKATAN, kita perlu terus berusaha melakukan dakwah kepada mereka secara berhikmah agar mereka memahami islam yg sebenar.
Mereka bukannya penjenayah, jauh sekali pengganas. Hari ini belum lagi terima, tapi mungkin esok. Tiada yg mustahil sbb dlm sejarah islam byk tercatatnya musuh2 islam apabila memahami islam mereka dpt menerimanya dan terus menjadi pejuang islam yg ulung malah pemimpin yg disegani.
Persoalannya sekarang, apakah strategi pimpinan PAS untuk memberi dakwah kepada golongan ini. Mereka perlu terangkan strategi yg meyakinkan kepada seluruh ahli dan penyokong cara utk 'mendekati' golongan ini.
Semoga pimpinan PAS dapat menterjemahkan secara terperinci 'tugas penting' ini.
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
abang lan..masalahnya sekarang, ramai yang tak nak bercakap benar. tak payah tgk jauh...
Salam..
Rasanya Majlis Syura kena berbincang dengan Pimpinan tertinggi PAS akan hal ini & satu kenyataan rasmi daripada Presiden perlu dilakukan segera agar tidak menimbulkan keresahan dalam hati ahli jemaah peringkat bawahan.
Rasanya stand PAS bersama Pakatan Rakyat telah pun diterangkan sebelum ini. Banyak yang telah dirungkaikan dalam muktamar baru-baru ini. Dari segi emphasizing mungkin perlu dipertingkatkan.
Wallahua3lam.
Uncle Roslan,
Mcm mana mahu memulakan bicara ini, pasti nanti apabila bermula kerajaan baru nanti pasti isu yang ini akan menjadi kecoh dahulu.DAP sudah tunjuk besar kepala, mengapa tidak boleh negara ISlam, majoriti penduduk sini Islam, dalam perlembagaan sudah termaktud agama rasmi adalah agama Islam, apalagi nak komen .....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
bagi saya yang tak belajar sekolah tinggi-tinggi ni, pada pendapat saya selagi kita boleh hidup dengan selesa dapat melaksnakan ibadah yang di suruh oleh Allah di muka bumi Malaysia ini, maka berkawanlah dengan parti DAP itu, yang setahu saya DAP itu tidak merosakkan hala tuju perlaksanaan Islam, tetapi yang yang banyak merosakan imej serta perlaksanaan islam itu ialah UMNO(BARU)/BN.
ahli dan pemimpin umno(baru) bukan tak tahu apa yang Allah dan Nabi Muhammad suruh, mereka tahu, dan berbagai institusi diadakan, namun semakin jahil orang-orang yang berfahaman umno(baru) tentang islam.
apa guan IKIM. JAKIM. PUSAT ISLAM dan berbagai ceramah, forum, dialog, perbincangan dan berbagai lagi tapi apakah hasil yang memuaskan? haprak......semata-mata.
pada saya lebih baik saya berkawan dengan ahli DAP dari berkawan dengan ahli umno(baru) terutama pemimpinnya. saya langsung tidak mahu berwala' dengan pemimpin kerajaan umno(baru)/bn. tak guna jadi pemimpin jika tak tahu melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin lebih lagi dalam urusan ugama islam (bukan islam hadhari) yang boleh menjadi tauladan kapada rakyat.
kalau boleh pemimpin umno(baru)/bn itu sampaikanlah kuliah ugama di masjid/surau dan menyampaikan khutbah Jumaat serta menjadi imam sembahyang Jumaat., contoh najib razak. jangan cakap pandai tapi no meaning......
orang yang masih tak faham islam maka belajarlah pada yang pakar, ulama, tok guru, ustaz, tok lebai dan seumpamanya, jangan malu nanti rugi sepanjang hayat didunia diakhirat nanti.....
salam wbt. Sya setuju dgn pandangan bro mengenai perlunya dakwah dan didik DAP mengenai Islam kerana stakat ni pemahaman mereka mengenai islam rasanya kurang. Kalau mereka berkeras dan masih menentang baru kita tau mana yg harbi dan zimmi dan pada masa tu boleh kita wat keputusan drastik. Mereka pilih DSAI bermati-matian kerana DSAI bersikap terbuka dan 'adil' tapi mereka mesti ingat had dan batas2nya.
Apa yg penting sekarang, pakatan rakyat hampir menuju Putrajaya dan diharap dapat memerintah negara dengan aman dan makmor.insyaAllah.
AI ckp dia blh faham anggota PAS yg nakkan TGHA sbg PM. Tidak mungkinkah apa yg LGE ni ckp sebenarnya dtg dari AI juga? Dia sendiri tak blhlah ckp cuma dia saja yg layak;tp org lain terutama DAP dan kuncu2 mrk blh.
Namun gitu ada juga yg tak serik-serik dgn DAP ni...Bagi kami kalau Ustaz Badrul Amin atau Zulkifli Nordin pegang PKR dan DAP terima baru boleh jalan. Kalau setakat AI yg penuh kontroversi peribadi dan hubungan intim dgn pihak2 diragui luar negeri pulak tu, terima kasih sajalah.
Salam sdr Roslan.
Saya tidak terperanjat membaca kenyataan DAP, itulah perjuangan Parti mereka,Dasar Parti, Sebagaimana dasar PAS menegakkan Islam.Dalam ertikata lain masing-masin parti ada dasarnya.
Meski pun demikian banyak nilai persamaan yang diperjuangkan oleh kedua-kedua parti yang boleh dijadikan medan perjuangan bersama.
Apa yang lebih bermakna bagi PAS dan rakyat Malaysia kini ialah peranan PR terutama PAS di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.PAS perlu membuktikan keupayaan melaksanakan amanah dari sudut pembangunan; Insan,ekonomi,pendidikan dan pekerjaan dalam bahasa mudah dimengertikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat,kerajaan bersih dari rasuah,kronisme,kerajaan adil kepada rakyat tanpa memilih bulu/parti.PAS wajib buktikan dan dari sini rakyat akan dapat membezakan antara dua kerajaan BN dan Kerajaan PR, dalam masa yang sama PAS perlu sentiasa berbincang dan memberi penerangan kepada rakan-rakan PR terutama DAP,di sinilah perbezaan pendapat dapat dileraikan,yang keruh dapat dijernihkan.
Peranan PAS sebagai pendakwah mesti digemblengkan seoptimumnya dalam masa PAS ada kuasa yang diberikan Allah.Allah akan menilai kerja dakwah kita bukan politiking kita.
Allah menyuruh kita sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh Islam,Allah tidak menyuruh kita berbalah dengan mereka selagi mereka tidak menyerang dan mengkhianati kita.Pinjam kata Presiden PAS.
Banyak kerja dan usaha dakwah yang PAS berpeluang lakukan terutama di negeri-negeri yang PAS kuasai.maka inilah masanya PAS perlu lakukan.
PAS perlu lebarkan pengaruhnya bukan lebarkan politiking,jika PAS gagal melebarkan pengaruhnya dan gagal memenangi banyak kerusi parlimen, bukan DAP yang menghalang cita-cita PAS menegakkan Islam tetapi yang menghalangnya ialah gerakerja PAS itu sendiri.
Sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia saya sangat mengharapkan PAS dapat membawa perubahan kepada negara yang saya kasihi ini.
Alah, kalau kat Kelantan sendiripun bukan Islam tidak berjaya didakwah dengan efisien, janganlah dok berangan nak dakwah DAP. Walaupun begitu tidak bermakna ia tidak munsabah. Cuma sebelum ingin meneroka kearah tersebut, tengok dulu berapa kerat sahaja yang masuk Islam! Ukur baju dibadan sendiri, setakat sekarang pun tak berupaya nak mendakwahkan golongan sederhana bukan Islam diKelantan.
Saya rasa sebelum DAP berjaya didakwahkan, yang jelas akan berjaya ialah
(1) negara Malaysia akan berjaya desekularkan sehingga tinggal berapa kerat umat sahaja yang betul betul berpegang kepada Islam
(2) pihak bukan Islam akan bertambah penguasaan ekonomi., pelajaran, pemerintahan dan perkhidmatan-perkhidmatan profesional.
(3) tanah-tanah rizab akan tergadai kepada bukan Islam
Tengoklah diKelantan, berapa kerat sangat peniaga Melayu yang kekal berjaya. Nampak gaya sekarang, hampir semua perniagaan besar (bukan tok peraih yang menjual di pasar-pasar, atau peniga kecil yang mebuka kedai-kedai makan)kepunyaan bukan Islam.
Melayu yang nampak mewah diKelantan, siapa mereka - majoritinya pekerja kerajaan, yang sedikit sebnayak menyokong peniaga peniaga dikelantan melaui keupayaan membeli mereka.
Kalau kat universiti-universiti tu pelajar Islam tercorot ke belakang. Yakni, kalau dilihat kepada keputusan ijazah, yang dapat Kelas 3, 100% Islam; Kelas 2 lower, majority Islam; Kelas 2 upper, 20% Islam; kelas 1, 1-5% Islam.
Salam,
Terkejut saya membaca artikel seorang yang boleh dianggap penting dalam PAS semacam ini.
Saya pun nak minta maaf, sebab saya pun nak berkata benar juga, walaupun mengata yang benar tidak perlu minta maaf.
Saudara,
Berdasarkan kepada tulisan saudara, persepsi saya mengambarkan saudara adalah penuh dengan emosi, penuh prasangka, seorang yang keliru serta rimas dan orang yang sedang buntu mencari hala tuju.
Saya nak tanya saudara tiga soalan saja.
1. Adakah dari dulu lagi PAS tidak sedar DAP akan menolak Negara Islam? Kalau sedar, kenapa bekerjasama?
2. Atau matlamat PAS bekerjasama sblm pru12 utk kalahkan BN saja?
3. Apa rancangan PAS selepas BN kalah? ada rancangan ke? ke niat memang nak jatuhkan BN saja tapi tak ada rancangan selepas itu. Kalau begitu, PAS adalah parti yang tiada plan. Bergerak ikut musim. Objektif ada, tetapi jalannya tiada.
4. Saudara hilang keyakinan pada sesetengah pemimpin? Kalau ya, perlakuan saudara ini, bukan menggambarkan ahli jemaah islam.
Saudara boleh tuduh saya keliru. Tapi kekeliruan saya tidak mengapa. Kerana saya orang bawah saja, tiada link dengan pemimpin atas. Keputusan saya tidak mempengaruhi rakyat. Tetapi kalau keputusan bodoh dari pemimpin atau orang kanan kepada pemimpin, sudah cukup untuk menghancurkan sesebuah jemaah.
P/S:
Saya faham, kebimbangan saudara, tetapi saudara hendaklah menyampaikan atau berbincang dengan menggunakan saluran jemaah yang betul. Nanti orang salah faham, benda yang sensitif usah dibincang dihadapan khalayak, buruk padahnya. Kecuali kita sendiri mahu memburukkan lagi keadaan.
Hemat saya, saudara sudah cukup saluran utk berbincang peringkat jemaah dari terus semborono ke blog.
Apabila disentuh berkenaan hubungan DAP dan PAS, saya hairan kenapa kita selalu percaya dan menyerahkan diri dan pemikiran kita, selaku mereka yang menggelarkan diri sebagai ahli jemaah islam, untuk dipermainkan dan ditipu oleh UMNO n BN.
Kita telah memberi wala' dan kepercayaan kpd pimpinan kita, dan kita yakin mereka bukanlah orang tidak amanah, kerana sekiranya mereka mengkhianati amanah yang telah diberikan, mereka sudah pasti tidak akan diberi amanah untuk menjadi pimpinan oleh Allah swt.
Selaku ahli jemaah, kita berikan ketaaan kita kpd keputusan jemaah. Apa sekalipun, kerana sudah tentu setiap keputusan jemaah sudah dilihat dan dikaji buruk baiknya oleh para pimpinan kita. Sudah tentu kita tidak dihalang untuk menyampaikan pendapat dan keresahan hati kita.
Apa yang penting kita dengar dan taat(sami'na wa a'toina) semoga perjuangan kita mendapat keberkatan dari Allah swt.
Sekian, terima kasih.
Ridzuan
abalong1979@yahoo.com
ASSALAMUALAIKUM..
SAUDARA ROSLAN,
SAYA TIDAK SETUJU LANGSUNG DEGAN PANDANGAN ANDA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR.NAMPAKNYA PENGETAHUAN ANDA DALAM ILMU AGAMA ISLAM SUNGGUH RENDAH.MUNGKIN ANDA TIDAK FAHAM APA ITU 'SEKULAR' DAN SENANG-SENANG MAHU MENGAJAK RAKYAT MENYOKONG PENDAPAT ANDA INI.DAN MUNGKIN JUGA ANDA TIDAK PERNAH BERSEKOLAH ATAU DIDIDIK DENGAN PEMBELAJARAN ISLAM.
WALAUPUN SAYA TIDAK ARIF DALAM BIDANG KEAGAMAAN TAPI SAYA MASIH SEDAR DAN BOLEH LAGI MEMAMAHAMI APA ITU 'NEGARA SEKULAR' DAN APA APA ITU 'NEGARA ISLAM'..
BERTAUBATLAH SAUDARA DAN TARIKLAH BALIK PANDANGAN SAUDARA INI AGAR TIDAK MENGELIRUKAN LAGI PEMIKIRAN RAKYAT YANG KINI SEDANG DIKELIRUKAN OLEH SAUDARA...
WASSALAM..
Tidak susah memahami mengapa DAP, MCA, MIC, PPP dan lain lain parti bukan islam menyokong sebuah negara sekular. Mereka merasa kalau Malaysia menjadi sebuah negara Islam, agama dan hak mereka tergugat, lebih-lebih lagi mereka hanya minority sahaja. Siapa akan mempertahankan hak mereka sebagai sebuah kumpulan minoriti ?Siapa boleh menjamin hak mereka, lebih -lebih lagi pada masa ini, banyak kes-kes mempersoalkan hak mereka dan ada memberi kesan pada cara hidup mereka.
Pada pendapat saya, majority orang Malaysia yang beragama Islam tidak perlu berasa bimbang hak mereka dipersoalkan, kerana mereka majority. Mana mungkin minoriti dapat menang melainkan orang islam berlaku adil dan menyokong hak mereka.Letakkan diri kita dalam tempat mereka yang bukan islam, baru kita faham .
saya sgt sgt setuju dgn smallvilages,
kenyataan keliru boleh mengelirukan org lain tambahan benda sensitif dibincang secara terbuka macam ni.
dr dulu2 zaman 70an seingat saya, org PAS dan DAP saling sokong menyokong cuma tak secara rasmi, ayah saya berkawan dgn tokey2 cina, depa sokong pas sbb benci dgn perikatan. dan saya setuju seratus peratus, yg mencemarkan islam ialah amno, org bukan islam tu tak apalah dah memang mereka tak paham islam, tok guru agama saya kata tak mustahil satu hari nnti islam malaysia akan dikuasai/dibawa oleh org bangsa cina sbb sekarang pun persatuan cina muslim sgt aktif, mereka menjaga Islam tak seperti org melayu yg born Islam tapi menjatuhkan nama baik Islam, banyak yg tak menamalkan cara hidup Islam, banyak buat maksiat dan jenayah.
kita doa mudah2an LGE diberi hidayah oleh Allah, cepat2 masuk Islam, maka akan memberi impact besar pd Islam jika seorang pemimpin macam beliau masuk Islam.
maaf jika saya salah bagi pendapat.
saya setuju bhwa isu DAP ini jgnlah dibincangkan sewenang2 di khalayak kerana mungkin akan menyebabkab lebih byk fitnah kpd PR.Isu ini hendaklah dilakukan di kalangan pemimpin secara rahsia.
Ya,matlamat kita hendak Islam di mukabumi ini.Kita telah memilih untuk berjuang melalui politik.Jadi hendaklah seperti menarik rambut di dalam tepung.Saudara Roslan mempunyai link dgn org atasan PAS.jadi nyatakan kepada mereka bukan kepada public begini kerana ia hanya akan lebih menggusarkan hati penyokong2 PR.
Memang wajib bercakap benar tapi biar kenalah caranya.Saudara pernah tak dengar cerita seseorang yang tidak bersalah tapi oleh kerana dia berkata "aku tak curi" pada ketika dia berada di tempat kecurian.maka dialah yg ditangkap.
Mungkin tak tepat contoh saya tapi apa yg saya ingin tegaskan bercakap biar kena pada caranya..dengan kata lain...lakukan dgn penuh hemah.Kerana saudara seharusnya sedar yang blog saudara ini dibaca oleh ramai orang setiap hari samada anti atau pro PR.Dan tulisan blogger mampu untuk menaik dan menjatuhkan PR.
sedih aku kali nie baca tulisan hang
ini bukan bermakna aku tolak islam...
kita kan dah tahu dasar perjuangan DAP
DAP pon dah tahu dasar perjuangan KITA
namun kita sendiri kata tujuan kita nak berkawan dengan depa...
sbb nak tumbangkan BN dulu...
sbbnya peminpin yg terang2 ZALIM lanie BN...
dalam muktamar kita boleh bising nak buat negara ISLAM dan LANTIK Tuan Guru Hj Hadi nak jadi PM takkan dalam kongres depa nak sembang dasar parti mereka tak boleh...
bila dah tumbang BN nie... lepas tu sama2lah pakat berdakwah.. dan tengok sapa yg bijak menjalankan amanah dan dakwah waktu ini...
spt kat negeri PR skrg mcm Selngor & Perak.. ada DAP halang kita sebarkan dakwah ISLAM kat masjid.. ada YB Nizar tak boleh buat kuliah dah ada hassan ali tak boleh baca khutbah dah...
come on bro... cool kita tengok siapa yg kena lepas nie..jgn melatah cepat sangat sudah...
DAP tolak negara islam tetapi depa marah jika orang kata depa menentang islam. sila rujuk blog limkitsiang. sila contohi AKP di turki yang membuka ruang kepada penghayatan islam dalam kerangka sekular. Islam bukan hudud sahaja. negara kebajikan sebahagian dari islam. ambo yakin DAP tak akan tentang
Sdr Roslan, lupa kah saudara apa yang berlaku pada 2004? Kita dengan megah melancarkan buku negara Islam. apa jadi? DAP keluar dari Barisan Alternatif. Dan kalaupun kita mewarwarkan cita-cita negara Islam dalam keadaan hari ini, dengan keadaan demokrasi yang di tutupi kabus syak wasangka yang begitu menebal, apakah sdr rasa kita pejuang Islam mempunyai peluang yang sama? Kemenangan 2008 bukan kerana PAS atau PKR kuat, tatepi kerana rakyat muak dengan UMNO. Jangan rasa PAS kuat, PAS masih jauh dari lubuk hati orang Melayu. PAS dan PKR kebetulan, the only alternative available untuk orang Melayu. Bila sudah punya kuasa nanti, panbdai pandai lah pemimpin berkemudi. Atau pilihan yang lain: cukup hanya Kelantan untuk di jadikan Islamic State? Kalau boleh dengan kerjasama Pakatan, Alhamdulillah. Biar hanya Kelantan dahulu malaksanakan segala hukum Islam. Sekarang walaupun dengan 2/3 majoriti, Kelantan tak boleh buat Islamic state. Di mana hikmah kita? Remember 2004, brother. Ubat yang di katakan lupus tarikh kembali portent.
Assallamualaikum
Sempat saya mendengar ucapan LGE. Dia memberitahu wartawan dia tidak kisah apa yang PAS mahu tetapi dia lebih kisah kan Parti nya. (I don't give a damn what LGE said).
Intonation Sdr Roslan juga begitu "reverse psychology". Jangan harap saya mahu mengikuti orang lain untuk menjujung negara Sekular. Saya hanya takut kepada Allah s.w.t. bukan kepada DAP atau lebih khusus LGE.
Kenapa harus kita "pleased" mereka jika mereka (DAP) tidak mahu "pleased" kita. We can give them the benefits of the doubts but we should not pleased anybody when comes to total submission to Allah s.w.t. Kalau betul apa yang Sdr tulis itu dan ianya bukan "reverse psychology" maka persepsi "biarlah kita peluk dan dakap mereka seerat-eratnya dahulu, nanti bila kita peroleh kuasa, baru kita fikirkan kembali bagaimana mahu perjuangkan Islam, jika perlu". Pada saya Sdr. Roslan patut tulis begini "biarlah kita peluk dan dakap mereka serat-eratnya dahulu, lepas tu kita nikah saja dengan mereka". Lagi best. Dimanakah laungan perjuangan Islam Islam Islam selama ini. Dimana? Kalau kena keluar dari PR, keluar sajalah. Apa susahnya?
(Maaf kerana perlu berkata benar..........berkata benar pun perlu mohon maaf kah?)
Wassallam
Bro Roslan,
Sangat terkejut saya apabila anda menyatakan sedemikian, kenapa tulisannya sebegitu mengecewakan.
Dari segi politik dan sejarah parti tersebut memang mereka kelihatan anti, tapi 'Adakah Mereka Ini Anti'? Mungkin tidak!
Mereka mungkin lebih kepada kategori defensive dan bukanya offensive terhadap Islam kesuluruhannya.
Hari ini dia kata macam ini, kalau dah banyak kali duduk semeja berbicang jalan pennyelesaian kepada masalah negara, bila Pakatan Milik Rakyat berkuasa, saya pasti pendirian mereka akan berubah.
Saya rasa Bro Roslan, terlalu awal menyatakan pennyesalan sebegini rupa.
Regards
Ovie
Ada dua pilihan:
(1) Berjihad dengan menentang orang yang menentang kita - ini politik berseteru, namanya.
(2) Berjihad dengan mengislamkan orang-orang yang menentang kita - ini politik yang banyak buktinya dalam strategi dakwah Rasulullah.
salam...
saya yakin bahawa dalam kotak fikiran DAP negara islam yang dimaksudkan oleh mereka adalah negara theokrasi sebagaimana yang mereka terima dlam mana2 disiplin ilmu sains politik..dan mereka masih dibelenggu islamphobia bawaan amnu dan BN..
saya kira majlis syura ulamak pas dan dewan ulamak pas sekarang mesti buat satu hubungan baru paling kurang dialog bersama mereka untuk menjelaskan tentang betapa negara islam bukanlah negara theokrasi sebagaimana yang mereka paham dan mesti sedaya-upaya yakinkan mereka tentang betapa kedudukan umat bukan islam lebih baik dan lebih terjamin hak asasinya dari amalan demokrasi tulen apatah lagi demokrasi ala-umno/bn sekarang..
kita baharu sahaja berkenalan dan kita mesti memahami kotak fikiran kita dan mesti berjihad memahamkan mereka tentang islam..bukankah kita nak PR jadi pakatan yang kuat sebagaimana ususk yang dipersetujui dalam muktamar baru2 ini...??
saya tak setuju kalau kita terus keluar PR..yang saya setuju adalah menggerakkan barisan jihad memahamkan golongan bukan islam tentang islam yg syumul walaupun kena langkah mayat mereka dahulu...
wallahua'lam..
ALLAHUAKBAR!!!!
sdr
saya nampak sdr agak emosional mengulas isu ini.samada isu negara islam atau sekular ianya tak akan ke mana-mana.politik kita lebih kepada retorik.lebih utamakan kosmetik(luaran ).kebaikan islam akan terbukti dengan contoh dan pelaksanaan bukan dengan menamakan islam sahaja sudah cukup.DAP memang dasar perjuangannya sedemikian,saya pelik kenapa kita musykilkan perkara ini.yang patut di tanya banyak manakah kebaikan islam dijelmakan kepada manusia.Sesiapa saja kan akur dengan kebenaran sesuatu dasar perjuangan apabila ianya benar-benar berlaku, setakat ada atas kertas bukan zamannya kini.Bukan kah Islam di atas agama-agama lain.ini keyakinan kita
islam adalah ubat bukannya racun.adalah salah kita kalau gagal jadikan islam sebagai penawar.
sekian
Assalamualaikum saudara Roslan,Saya tidak merasakan apa yang hendak ditegaskan oleh DAP sebagai ancaman kepada PAS untuk melaksanakan syariat islam. Apa yang saya nampak ini adalah semata-mata untuk memberi tahu kepada kita semua bahawa tugas kita sebenarnya adalah besar didalam menyampaiakan kalimah Allah. Cuma nak bagitau bahawa apa yang kita sedang lakukan tidak menunjukkan alternatif untuk mereka lebih cemerlang. Muhasabah lah, adakah cara kita betul2 sunnah. Atau sekadar mengikut trend semasa yang semua pihak melakukan perkara yang sama. Kita mengatakan islam itu indah tapi mengapa bukan islam tidak nampak keindahannya, adakah kesalahan mereka tidak dapat melihat keindahan islam atau kesalahan kita kerna tidak bijak mempamerkan keindahan islam. Saya tidak nampak mengapa bukan islam akan menolak syariat islam jika ianya dilaksanakan dengan sempurna. Yang menjadi persoalan ialah sejauh mana kita mahu menegakkan islam itu? Pedulikan apa yang ditegaskan oleh DAP, hatta Hindun yang telah bersumpah dengan memegang kelambu kaabah untuk tidak memeluk islam pun terpaksa akur akan keagungan islam. Inikan pulak geng2 DAP. Kacang je tu.
zam
Salam,
Hakikatnya sudah jelas bahawa DAP memang menentang penubuhan Islam. Mengatakan Pas mampu mentarbiah DAP menerima Syariah Islamiyyah seperti cuba mentarbiah Yahudi menerima kewujudan negara Palestine.
Sudah terang lagikan bersuluh. Semoga kita semua dijauhi laknat tuhan akibat menjatuhkan kerajaan Islam sediaada dgn menubuhkan kerajaan bukan Islam dibawah pimpinan PM Islam boneka. Seperti jatuhnya kerajaan Islam Saddam Hussien yang dikatakan kejam oleh org barat dan wujud kerajaan demokratik ala USA di Iraq.
Fikir2kanlah. Wallhualam...
Apa maksud posting saya ini? Baca dan hayati dan buatlah tafsiran sendiri.
Dalam Sinar Harian hari ini YB Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (mukadepan) menyebut:
Sampaikan salam saya kepada Lim Guan Eng kalau beliau berkata kita (PAS) setuju menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana PAS akan tetap memperjuangkan sebuah Negara Islam.
Assallamualaikum
Posting Sdr. Roslan adalah pada 24hb August 2008, mana mungkin saya tahu apa yang Sinar Harian akan tulis pada tanggal hari ini 25hb August 2008? (Apatah lagi kalau sebahagian dari kami tidak membaca Sinar Harian). Kalau artikel Sdr. Roslan bertarikh esok, mungkin tidak akan ada persepsi yang panjang lebar di entri ini? Betulkan? Saya sekali lagi hayati entri ini dan yang dapat saya kupas adalah sama dengan apa yang saya fikirkan terdahulu.
Wassallam
Salam,
Tidak kesah jikalau ahli PKR bersetuju dgn DAP dalam menolak penubuhan negara Islam, tapi sedih bila ada ahli Pas sendiri menjadi pemudah cara bagi pihak DAP dan PKR.
Fikir2kanlah. Wallahualam..
Salam,
Berasaskan komposisi penduduk Malaysia sekarang, di mana umat Melayu/Islam, hanya lebih sedikit daripada separuh, saya sebenarnya belum yakin Malaysia boleh menjadi negara Islam melalui proses pilihan raya, khasnya dalam jangka masa terdekat.
Saya kadang-kadan menganggap matlamat PAS untuk mewujudkan negara Islam dan menegakkan hukum Islam itu bukanlah satu matlamat yang realistik, dan mungkin tidak akan tercapai sampai bila-bila.
Bagaimanapun, kita semua bersetuju bahawa usaha menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam itu adalah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dan diperjuangkan oleh orang-orang Islam. Dan itulah amanah yang mesti dipikul oleh parti Islam seperti PAS.
Cuma dalam hal ini, bagaimanakah pendirian, taktik dan strategi PAS apabila berhadapan dengan golongan bukan Melayu/Islam yang tidak mahu negara ini menjadi negara Islam?
Dalam keadaan yang biasa, apabila mereka tidak "memusuhi" kita, saya rasa kita wajar mendekati mereka dan "bersahabat" dengan mereka.
Jadi saya kira demikianlah pendirian yang wajar kita ambil apabila kita berhadapan dengan DAP.
Kita semua tahu, sudah lama tahu, bahawa DAP memang tidak mahu menerima apa yang diistilahkan "negara Islam", dan tidak mahu negara ini menjadi negara Islam.
Akan tetapi, apabila PAS telah berada dalam Pakatan Rakyat bersama DAP, apa yang patut dilakukan oleh PAS buat masa ini, saya rasa tidak lain daripada mencari "titik pertemuan" yang sebenarnya banyak, yang tidak bercanggah dengan Islam, dan selaras dengan Islam.
Sementara itu, sebagaimana yang kita semua tahu, setelah tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Perak, tidak ada apa-apa halangan untuk PAS meningkatkan program ceramah, forum dan aktiviti dakwah pada keseluruhannya dari pihak DAP atau pihak bukan Melayu.
Jadi apa yang harus dirisaukan sangat dengan pengumuman DAP bahawa mereka tidak mahu Malaysia menjadi negara Islam?
Barangkali jika PAS ada kebijaksanaan, secara beransur-ansur PAS boleh melaksanakan pelbagai program dan projek yang menuju ke arah pelaksanaan prinsip dan hukum Islam di negeri-negeri yang telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, walaupun tidak perlu menggembar-gemburkan konsep negara Islam.
Soalnya adakah PAS sudah bersedia ke arah itu?
Saudaraku Roslan.
Telah banyak komen diberikan. Alhamdulillah, PAS mempunyai 'akar' yang kuat dan sangat memahami situasi.
DAP cakap seperti itu bukan salah DAP yang memang tidak faham Islam, tapi salah UMNO yang menyelewengkan Islam sehingga difahami demikian oleh orang bukan Islam.
Tetapi saya yakin, dengan dakwah assilmiyah yang telah diamalkan oleh TGNA, kita akan mampu untuk menjelaskan apa itu negara Islam terutama melalui dakwah bil hal yang kita amalkan.
Tulisan saudara telah banyak membuka ruang perbincangan. Tahniah...
Sekurang-kurangnya ada 2 strategi kita dapat mempengaruhi sikap DAP terhadap perjuangan PAS:
(i) Strategi mengIslamkan ahli-ahli DAP.
(ii) Strategi galakkan orang-orang Islam beramai-ramai masuk menjadi majoriti ahli DAP.
Mari kita jadikan DAP dan PKR parti orang-orang Islam.
Dalam hendak menyokong pakatan rakyat, janganalah memperbodohkan diri sehingga tindakan anti Islam
DAP dipandang sebagai begitu manis sekali. Ada pula yang cuba mengalih pandangan dengan mengaitkan isu ini sebagai propaganda BN.
Umat Islam adalah umat yang berhati hati dan bukan umat yang bodoh. Kalau jelas DAP itu anti Islam, kenapalah sanggup membuta mata sebegitu sekali, kelak Islam sendiri tergadai sebagai tergadainya hak-hak umat Islam di Tanah Melayu dari dahulu hingga kini . Kebodohan golongan pendek akal (yang perasan kononya diri itulah yang cerdik, diplomatik, dan berfikiran panjang kerana bijak berkerjasama dengan DAP untuk jatuhkan BN, biarpun rakan kerjasama jelas anti penghayatan Islam sepenuhnya), inilah dalang-dalang yang menjatuhkan umat Islam sejak dari dulu lagi.
Kepada yang tak faham apa itu negara sekular dan dok masih lagi nak menyokong DAP, lihatlah tiga contoh berikut:
(1) DAP percaya kepada kebebasan berpakaian, maka sebarang arahan berapakaian tidak melampau disisi Islam; contohnya, perempuan mesti memakai baju berlengan dan skirt dibawah lutut, akan ditentang oleh DAP.
(2)DAP akan menyokong rancangan hiburan yang pada pandangan mata ahli PAS itu melampau. sebagai menghormati kebebasan berpakain dan kebebsan berhibur, pesta dan konsert penyanyi yang berpakaian seksi seperti Madona tentunya akan di galakkan dan diterima baik oleh DAP. Sebarang usaha menentang akan dianggap sebagai tidak demokratik
(3) Berdasarkan kepada reaksi mereka terhadap isu-isu terdahulu, sudah pasti DAP akan a) menyokong kebebasan mualaf untuk keluar Islam sesuka hati apabila mereka sudah merasa tidak serasi lagi dengan Islam b)anak bawah umur akan dibenarkan tidak menganut Islam apabila salah seorang daripada ibu-bapa telah masuk Islam1 c)hak-hak bukan Islam untuk menggunakan nama Allah didalam kitab mereka dibenarkan d)dll
Saya dapat memahami sudut pandangan dan pendapat Tuan "Sang Rajuna".
Mula-mula Nabi Muhammad (salam selawat buat beliau, ahli keluarga beliau, dan sahabat-sahabat beliau) mengislamkan penduduk Madinah.
Selepas fasa pengislaman itu dilakukan barulah Nabi Muhammad menggubal dan melaksanakan perlembagaan sebuah negara Islam dengan beliau sendiri menjadi Ketua Negaranya.
Ikuti strategi politik Nabi Muhammad: Islamkan dahulu majoriti rakyat negara ini, sesudah itu mudahlah PAS menggantikan perlembagaan negara yang ada sekarang dengan perlembagaan baru, dan meletakkan pemimpin PAS sebagai ketua negara.
PAS perlu mempunyai strategi gerakan pengislaman rakyat negara ini.
Saya cadangkan PAS mengumpulkan pakar-pakar Dakwah Fasa Mekah, yakni dakwah menyampaikan Islam kepada golongan bukan-Islam dan penentang-Islam.
Bawa sebanyak-banyak individu saudara-baru Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain masuk dalam kumpulan ini dan manfaatkan pengalaman mereka.
Allah jua yang maha mengetahui.
Salam,
DAP tetap teguh dengan dasarnya. Tidak perlu kita pertikaikan.
Apa yang perlu kita semak semula, ialah sesetengah di kalangan kita yang bersedia mengubah dasar.
Bagi menghalalkan cara ialah disebut ' "USLUB DAKWAH" jangan sampai kita tewas sudahlah.
Yang penting Islam dapat ditegakkan.
(Daku Anak Pas)
Ainon,
Tidak salah kalau hendak mengislam kan DAP atau semua umat Islam dinegara ini. Tetapi adakah kesehingga tahap orang bukan Islam diberikan kuasa majoriti memerintah negara ini dan orang bukan Islam tidak mempunyai kuasa politik mutlak.
Pada pendapat saudari berapa lamakah proses pengislaman orang bukan Islam dinegara ini? Berapa lamakah peluang harus diberikan kepada DAP dalam menerima Islam sekular sebelum Negara Islam sebenar diterima oleh mereka, setahun, sepuluh tahun atau seratus tahun?
Wallahualam..
Post a Comment