Saturday, August 02, 2008

Masanya tiba untuk tangani industri ini

Masing-masing industri sedang menanti-nanti insentif atau bebanan cukai yang mungkin dikenakan ke atas syarikat mereka masing-masing menjelang Bajet 2009 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Dalam akhbar The Star hari ini di dalam sisipan Biz Week dipaparkan kebimbangan syarikat-syarikat yang terlibat dalam “sin industries” (industri dosa!). Mereka ini adalah syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri minuman berakohol, rokok dan perjudian. Anehnya industri kewangan riba tidak pula masuk dalam kategori ini.

Paparan itu lebih membela industri berkenaan dengan menyatakan bagi industri breweries (yang menghasilkan bir) sahaja, sebenarnya menyumbang RM1.24 billion hasil kepada kerajaan dalam bentuk duti eksais, cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi. Industri ini memberi pekerjaan secara lansgung kepada 1,000 orang pekerja sepenuh masa disamping membuka 60,000 pekerjaan tidak secara lansgung melibatkan pengedar, pembekal, pengangkutan, media, iklan dan lain-lain.

Lalu apakah wajar cukai ke atas mereka dipertingkatkan lagi?

Mereka merungut kiranya dinaikkan lagi cukai ke atas industri mereka, ianya akan menggalakkan penyeludupan dan akan mengakibatkan jualan yang berkurangan (apabila produknya menjadi mahal) dan akibatnya kerajaan juga akan menanggung rugi. Walaubagaimanapun meski duti eksais yang dikenakan oleh kerajaan ke atas industri ini adalah antara yang tertinggi di dunia namun mengikut laporan kewangan masing-masing syarikat, semuanya memberikan dividen yang lumayan kepada para pemegang sahamnya. Contohnya Guiness Anchor membayar 9.5% dividen dengan pulangan pelaburan sebanyak 21.5% manakala Carlsberg membayar 10.4% dividen dengan 19.7% pulangan pelaburan.

Jadi bagaimanakah kedudukan mereka dalam Bajet 2009 nanti?

Memanglah bir dan minuman memabukkan ini walau diharamkan ke atas umat Islam namun dibenarkan ke atas penganut agama lain, tetapi kesan atas pengguna minuman ini, kiranya berlebihan, akan memudaratkan semua orang tidak kira Islam atau bukan Islam. Jika kita berpuas hati yang minuman ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat malah lebih memudaratkan, walaupun kita tidak boleh mengharamkannya (seperti di Kelantan), mengapa tidak kita pertingkatkan lagi cukai dan dutinya. Biar orang yang benar-benar kaya dan berwang sahaja lingkup dengan perangai mabuk mereka. Bagaimana dengan penyeludup? Salurkan peruntukkan lebih kepada pihak kastam dan eksai agar dipertingkatkan penguatkuasaan dan kenakan hukuman lebih berat ke atas penyeludup produk ini.

Selain itu saya kira kita umat Islam perlu mengkaji dan menyatakan sikap jelas berhubung industri ini khasnya apabila ia melibatkan orang-orang Islam. Yang saya maksudkan adalah pengarah, pemegang saham dan kakitangan syarikat-syarikat ini. Kita sudah lebih 50 tahun Merdeka, namun orang-orang Melayu Islam masih lagi ada yang terlibat secara langsung dalam industri yang diharamkan oleh agama ini.

PAS dan parti-parti lain yang mempunyai wakil Islam di Parlimen dan DUN perlu suarakan perkara ini, jangan lagi mendiamkan diri. Kita setuju memang merupakan hak bukan Islam untuk meminum atau terlibat dalam industri ini, tetapi kita perlu bertindak memastikan orang Islam tidak terlibat. Kerajaan perlu haramkan orang Islam dari menjadi ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat ini (termasuklah syarikat perjudian), begitu juga tidak cukup sekadar mengkategorikan industri inis ebagai industri tidak berlandaskan syariah, Suruhanjaya Sekuriti perlu menguatkuasakan pengharaman kepada mana-mana individu Muslim atau syarikat orang-orang Islam dari melabur ke dalam syarikta-syarikat ini.

Pihak kementerian sumber manusia pula, mungkin dengan bantuan kerajaan-kerajaan negeri, dimana terletaknya kilang-kilang arak ini (kebanyakan di Selangor) perlu berunding dengan para pekerja Islamnya dan berusaha mengeluarkan mereka dari bekerja di sini samada sebagai eksekutif, kerani, buruh atau apa sahaja. Carikan peluang untuk mereka bagi keluar dari industri haram ini dan nanti semua pengambilan baru perlulah hanya melibatkan orang bukan Islam sahaja.

Itu pun jika kita serius mahu membela dan mempertahankan Islam, jika tidak buka sahaja lagi kilang-kilang arak, kerana pulangannya tampak begitu lumayan!

7 comments:

Anonymous said...

Salam....
Saya setuju dengan saranan roslan tu, dan ini bukanlah tugas Pas shj, malah tugas semua, samaada mendapat tentangan atau pun tidak kita tetap kena tempuh, sebab ini melibatkan akhlak dan akidah orang islam.
Cadangan saya patut dinasihatkan cara elok kepada kepada syarikat2 atau individu ini supaya tidak melabur dalam sin industries ini, kalau diaorang melabur jgk, ishtiharkan je dalam dada akhbar, baru diorang tau malu ke tak...
Problem sekarang Pas tak patut lansung bersekongkol dalam dengan DAP and PKR, susahlah PAS sebab tiada tolak ansur dalam pertikaian hal2 dalam islam. Seeloknya Pas wat je cam kat Kelantan mcm dulu, mesti ramai yang sokong...
Tolong lah TGNA, bawalah Pas kuar dari PR balik.

Anonymous said...

bro roslan,

setakat ari ni n sebelum ni,Alhamdulillah wa x pernah minum benda2 ni...tp wa pelik, naper benda yg terang2 diharamkan oleh agama tp berleluasa penjualannya terutamanye di shopping2 kompleks n 7eleven!!

kalo kita survey di kaw. majoritinya melayu, 7eleven tetap jual benda2 haram ni!!! sape regular custamer dia ni?? adakah melayu? jawapannya YA!

kalo x caya pi shah alam. bersepah 7 eleven kat setiap seksyen ade...majority penduduk shah alam adalah melayu tp benda haram ni tetap dijual dipremis2 7eleven n shopping kompleks...

lu cuba la skali2 lepak kat depan 7eleven malam2...tgk budak2 melayu selamba beli benda haram ni termasuk juga kondom!!

adakah kjaan PR selangor bleh 'haramkan' benda 'haram' ni dijual di selangor??

semoga PAS dapat mengambil inisiatif bg banteras fenomena sangat x sihat ni...

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Naikkan cukai arak sahaja semata2 tidak cukup untuk membendung segelintir ummat Islam dari terus berjinak2 dengan benda ni. Seharusnya tindakan mesti diambil kepada mana2 penjual arak yg menjual arak kepada org Islam. Penjualan arak seperti di pasaraya hendaklah ditempat yg terlindung dan bukannya bersebelahan dengan rak minuman2 yg lain. Kalau org Islam yg tak cukup iman tengok, boleh terliur jugak nafsunya. Wallahu A'lam.

Anonymous said...

Tu lah aku cakap, PAS kena kuar dari pakatan rakyat, jadi yang ketiga pun tak pe, silap2 haribulan bukan PR atau BN yang menang PRU akan datang, sebaliknya PAS yang menang, Aku sokong 100%..

kalu Pas kuar PR, diaorang tak dibelenggu oleh perjanjian PR yang mana diorang dilarang bercakap pasal Islam and melayu..

Senang ckit nak bergerak, alah... dont worry la Pas, orang melayu, cina, india and bangsa2 len ramai yang sokong anda..

Ayohhhhhhhh... kita corakkan pentadbiran Islam di Malaysia.

Anonymous said...

islamidina...

Bila masa pulak TGNA nak PAS kuar dari PR???rasanya TGNA nak PAS perkukuhkan lagi kedudukan dalam PR...

Anonymous said...

Boleh tak kerajaan PAS Selangor berbincang dengan PKR dan DAP dalam pakatan Rakyat untuk mengurangkan kilang arak dan seterusnya menutup terus ?? Walaupin saya rasa saranan ni agak berat tetapi dengan kebijaksana pemimpin pemimpin PAS dan sifat Taqwa kepada Allah saya rasa pasti boleh.....

Anonymous said...

Di Amerika Syarikat semua alkohol diharamkan dijual selepas 10 malam hingga 6 pagi. 7-Eleven juga ada pilihan untuk tidak menjual alkohol.
Mereka yang membuka botol dan tin minuman beralkohol di luar bar akan ditahan dalam jel tanpa banyak soal. Kalau mana-mana pemandu yag mabuk, akan terus masuk jel juga tanpa jaminan.
Sebarang kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk memang sah masuk jel. dan tidak lupa lesen memandu akan dibatalkan.
Kenapa Malaysia tidak boleh buat semua ini???