Thursday, August 21, 2008

Anda seorang Muslim Moderat?

Saya menerima pendidikan konvensional, tidak mengambil jurusan agama diperingkat IPTA. Saya berpakian walaupun menutup aurat tetapi tidaklah mengikut sunnah sehingga berserban dan berjubah. Saya minat pada seni dan mengikuti perkembangan puisi, dunia muzik dan filem tetapi tidaklah yang lucah, tidak bermoral dan melalikan (termasuk yang "underground") malah tidak pernah sehingga tertinggal solat kerananya. Saya minat sukan dan mengikuti perkembangannya namun juga tidak lalaikan ibadat kerana minat terhadapnya.

Saya tidak merokok atau meminum arak apalagi menyalahgunakan dadah. Tetapi saya mengunjungi Mc Donalds dan KFC, bercuti dengan anak-anak ke pusat percutian dan peranginan, membawa anak-anak ke taman-taman tema, tetapi seklai lagi kami tidaklah tergila lalai sehingga meninggalkan yang wajib.

Soalnya adakah saya seorang moderat? Muslim moderat?

Moderat menurut istilahnya adalah gelagat, sikap atau pendirian yang tidak condong ke mana-mana ekstrim. Lebih mudah lagi bermain jalan tengah, kalau isitlah politiknya atas pagar. Maka Muslim moderat adalah Muslim yang sentiasa diposisi tengah-tengah, tidak mahu kononnya ekstrim kerana bimbang dikatakan "tidak mesra", fanatik, "little taliban" atau apa sahaja. Dan dia juga mungkin tidak mahu juga terlalu liberal, sehingga dikatakan terlalu bebas, sekular lalu nanti tersisih dari Islam yang sebenar. Yang penting mahu popular maka perlu duduk ditengah-tengah.

Maka jadilah ia Muslim Moderat! Muslim yang boleh dilentur dan anjal, menyesuaikan diri mengikut keadaan dan situasi.

Rasanya walaupun saya memiliki cara hidup seperti di atas, saya tidak sekali-kali mahu meletakkan diri sebagai seorang moderat, anda bagaimana?

Sebagai seorang Muslim secara asasnya kita menyerahkan seluruh kehidupan kita ini buat Islam. Sebagaimana Almarhum Pak Hamka pernah berkata ISLAM menurut tulisan jawinya "alif sim lam alif mim" itu bermaksud "Aku serah lembaga ku menjadi seorang Muslim". Seluruh kehidupan (sebagaimana yang dilafazkan dalam doa iftitah kita) sehingga ke ambang maut lantaran kita seorang Muslim adalah terikat dengan peraturan dan disiplin Islam.

Kerana itu walaupun tidak melalui jurusan pendidikan agama, saya mengajar anak-isteri saya untuk menghormati mereka yang berpendidikan agama, taat dan menghargai ilmu para ulamak. walaupun tidak berserban atau berjubah, tetapi kami sangat cinta dan menyanjungi mereka yang berpakain sedemikian, kerana cintanya kami kepada Rasulullah saw.

Dan yang lebih penting lagi walaupun kami makan-minum dan bersantai "ala western" namun komitmen kami terhadap Islam tidak pernah luntur. Islam akan terus kami julang dan junjung walau terpaksa mati kerana mempertahankannya. Kami terus komited mahu melihat al Quran dan as Sunnah menjadi hukum tertinggi dan Islam kembali menjadi penyelesai kepada masalah kehidupan dan bernegara, tanpa kompromi.

Lalu panggillah kami dengan gelaran apa sekalipun tetapi kami tidak akan redha ataupun mengizinkan sesiapa melabel kami sebagai "Muslim Moderat".

17 comments:

Anonymous said...

I would think a moderate muslim means a muslim that is respectful and tolerant of other religions but he and his family strictly practices the islam way of life. In short, he strictly follows the muslim way of life, but does not force his believe on others.A moderate muslim does not compromise on drinking, gambling and womanising just for the sake of "fitting " in ..What do you think ?

Anonymous said...

Muslim moderat adalah satu penghinaan pada penganut Islam tapi malangnya ramai penganut Islam hipokrit macam kat UK, ramai student bagi alasan tak minum arak kerana 'doctor's order??' atau 'allergy'...apa salahnya cakap terus terang kata 'my religion forbids me drinking and eating swine flesh!'Di sini pula sibok nak jaga hati orang tapi orang hantam semacam saja dan pula ramai orang Islam yang bukan ahli buat tafsiran sendiri atau fatwa tanpa ilmu, Muslim Moderat ke Munafiq?

Anonymous said...

Bro Roslan,

Wa pun sebenarnye 'serabut' dgn segala mcm istilah ke atas penampilan muslim ni...moderate la, little taliban la, dan mcm2 lg...

Ni sape nye keja create mcm2 istilah sedemikian? Adakah dari org islam sendiri atau kafirun? Apa agenda mereka sebenarnye?

Semuanya adalah usaha terancang pihak tertentu utk melemahkan dan menutup 'kehebatan' islam itu sendiri. Melemahkan dan mengelirukan pendokong serta pejuang islam adalah agenda utama pihak berkenaan.

Jadi kita tidak perlu terikut2 dgn 'permainan' pihak2 berkenaan. Yg penting usaha memperkasakan islam harus diteruskan secara konsisten.

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

painah said...

Betul tu sdr. Roslan. Sy sekeluarga mencuba utk menjalankan rutin hidup sebaik mungkin mengikut acuan Islam.

Sy tak berserban, simpan janggut, atau berkopiah ketika keluar rumah. Isteri dan anak sentiasa berjilbab (walau xperlu disuruh) ketika berada dikhalayak ramai.

KFC, McD, Pizza malah berbowling, taman tema, sekeluarga bila ada kelapangan. Bagi sy itu semua biasa saja dan tidak menggambarkan apa apa.

Sdr. Roslan ... saya berharap anda dapat komen tentang unjuran Pemuda PAS Selangor kepada DSAI.

Dr bacaan sy dialam blog ni, jelas bahawa kepimpinan PAS terutama Tg Hadi, Tg Nik Aziz dan Tg Haron Din menyatakan bahawa DSAI tak perlu bersumpah sebagai membalas sumpah sifol.

Agaknya apa sebenar yg bermain dalam fikiran Salehen Mukhyi dan rakan pemuda PAS selangor yang lain?

Anonymous said...

salam, ana cadangkan cuba cari buku pemikiran moderat hasan albanna, ana rasa itu rujukan terbaik dalam membicarakan moderat x moderat ini, bukan moderat ala pas yang ikut suka (kecuali tuan guru nik aziz,dan beberapa ulama')

pakcik said...

salam,

Bukankah Islam itu adalah agama yang wasatiyyah dan moderat (sederhana)?

Menurut al-Qaradawi manhaj kesederhanaan adalah metod dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling daripada metodologi kesederhanaan, sama halnya membunuh diri dan menyebabkan kebinasaan. Ia menyebabkan sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan solat.

Jadi saya tidak nampak apa kesalahannya kita dipanggil Muslim moderat.Kerna kita memang sepatutnya moderat dalam apa pun urusan di atas dunia ni.

Anonymous said...

Merujuk kepada anonymous 2.22pm
What is so embarassing about admitting tidak minum arak atau makan babi, atau daging lembu sebab religion forbids ? It's something to be proud of because one follows ones religion without doubt. Ini bukannya menjaga hati orang lain sebab orang lain tidak akan tersinggug kalau kita politely decline because of our religion, mungkinkah orang tersebut malu nak mengaku ugamanya ? Everyone has their own principle, even a non muslim would decline smoking, gambling and womanising because of religion or principles.Buat apa orang lain nak hentam atau campur tangan hal orang muslim . Ia tak ada kena mengena dengan orang bukan muslim dan tak memberi kesan atau mempengaruhi cara hidup orang bukan muslim ?

Sang Rajuna said...

Salam,

Barangkali ada beberapa pengertian istilah atau konsep "Muslim moderat".

Tapi biasanya istilah ini terutamanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang mengamalkan Islam sebagai "agama peribadi" sahaja. Maksudnya kalau sudah mengamalkan fardu ain seperti sembahyang, puasa, naik haji dan sebagainya dianggap "sudah cukup". Kalau mengamalkan semua ibadat itu dengan ikhlas dan untuk mendapat keredaan Allah, dipercayai sudah boleh masuk syurga. Tak payah fikirkan macam mana hendak menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam pada peringkat negara, apalagi melaksanakan hukum hudud. Mereka boleh juga menerima sistem sekular dalam pemerintahan dan bidang kehidupan yang lain.

Mungkin ada pengertian lain. Tapi saya kira itu ialah sebahagian ciri utamanya.

Anonymous said...

aku kerja kat overseas dulu, x pernah pun diorg paksa makan/minum atau pun segala urusan yg ditegah oleh hukum islam..

kalau diorg tanya kenapa, aku jawab.. biasanya diorg x tanya pun kenapa.

so x de la alasan..

stealth said...

Muhammad s.a.w. menyebut umati sbnyk 3x d waktu detik perpisahannya dgn dunia krn bimbangkan umatnya tdk dpt mengikuti & menyelami ilmu yg d milikinya. Kita dpt rasakan kebimbangannya d saat itu & akhirnya ianya menjadi kenyataan pd waktu skrg bilamana umat Islam itu berpecah sesama-sendiri krn majoriti besarnya masih gagal mengkaji ilmu yg d miliki nabi Muhammad s.a.w.

Kita ambil cth bab mengucap 2 kalimah syahadah. Pernah anda dengar perumpamaan para ilmuan bilamana ia kata jika mengucap jadi kufur, jika tak mengucap jadi kafir?? Kita tanya diri kita sendiri, adakah sudah sempurna ikrar kita ini. Kebanyakan skrg bnyk meniru gaya & wadah para pejuang Islam dulu tetapi tdk kpd mengkaji ilmu yg d milikinya.

Jika kita mengkaji ilmu para nabi terutamanya nabi Muhammad s.a.w., nescaya umat Islam akan d redai & d berkati. Buktinya, tiada tentangan dari pihak musuh sewaktu penghijrahan Muhammad s.a.w. dari Madinah ke Mekah. Inilah kekuatannya. Sejarah akan terus berulang sekiranya kita berada d landasan yg betul. Wallahualam.

Anonymous said...

Saya tidak rasa ujud umat Islam moderate, kerana Islam itu memang moderate. Saya rasa umat Islam boleh diklaskan kepada

(1) Truly practicing - yang menzahirkan keislaman dan keimanan mereka, mengamalkan segala suruhan dan manjauhi segala larangan dengan bersungguh-sungguh.

(2) Practicing - yang menzahirkan keislaman dan keimanan mereka, yang mengamalkan amalan dan menjauhi larangan, tetapi kadang-kadang tertinggal

(3) Non practicing - Yang menzahirkan keislaman dan keimanan mereka tetapi gagal menjauhi larangan dan gagal mengamalkan suruhan. Kita boleh golongkan mereka ini kedalam golongan fasik

(4)Murtad

(5)Munafik

(6)Golongan bidaah

Snowflake said...

Assallamualaikum
Truthfully, I am a Muslim. Carrying responsibilities what Islam requires. Try not to miss all the 5 pillars of Islam. Al Quran AlKareem and Hadis are solely my revision and references. Moderate or not, I am a Muslim.
Wassallam

Kaamilah said...

sdra roslan,

Siapakah hari ini yang byk menterjemahkan makna Islam dan Muslim? (Who defined and is/are defining our Islam and Muslim?)

jika ayat al-Quran yg menyatakan kalian adalah ummat pertengahan menjadi sandarannya, maka perhatikan siapakah yang menafsirkannya.

label2 ttg islam ini terlalu rencam. oleh kerana title Islam dan muslim ini kekal baik di dunia ataupun di akhirat, maka pakailah label Islam yang paling sempurna (paling tepat dan paling sahih).

mahukah kita apabila ditanya Allah, kamu ini Islam apa? maka kita jawab , saya selaku seorang muslim moderate saya....bla..bla..bla..

nabi moderate mana yang Tuhan hantar?

Kitab moderate apa yang menjadi sandar?

salmi said...

Kepada Painah

sebenarnya berita yg dikeluarkan oleh utusan Malaysia tentang pendapat ustaz Solehen adalah tidak benar dan diputar belit. Sila rujuk harakahdaily , Ustaz Solehen akan saman Utusan

ainon mohd said...

Sejak tercetusnya gerakan Intifadah, saya tidak sentuh Coca-cola, KFC, McDonnald's dll.

Sejak ada TESCO, TESCO pun saya tidak pernah pijak.

Adakah saya bukan moderate?

pakcik said...

kalau begitulah pengertian Islam moderat spt yg diketengahkan oleh sang rajuna, saya akan tentang habis-habisan umat Islam yg berpendirian begini

bolehkah saya katakan Islam adalah ad-deen yang menekankan konsep moderat dlm cara hidup umatnya?

tiada segregasi dan 'labelling' spt islam moderat atau islam hadhari atau apa saja. period.

MELAYU DAP said...

saya setuju dengan pendapat yg mengatakan islam tu moderate..sy seorang yg belajar di sekolah agama..dahulu imej saya dengan serban dan jubah..tapi lepas saya keluar dr situ dan bercampur dengan non muslim..baru saya sedar bukan itu yg non muslim pandang..tapi akhlak kita sebenarnya yg nak membawa imej kita..
sebenarnya saudara roslan islam tu universal..saya bukan sahaja melihat islam sebagai satu pegangan akidah tetapi satu cara hidup yg harus diikuti oleh semua..x kira anda agama apa pun..islam menganjurkan akhlak yg murni,secara praktikalnya semua agama menganjurkan nilai hidup yg murni..tapi masalahnya sekarang islam dilihat sebagai satu yg ekstrim..pernah tak kita fikir kenapa islam saja yg menjadi sasaran di malaysia??pada saya ini kerana sikap org melayu sendiri..dh laa islam dh dipandg negatif di barat..ditambah dengan sikap org melayu yg x amalkan ajaran islam sebenar..mungkin apa yg saudara katakan saudara cuba deny definisi moderate..tapi bagi saya anda bukan moderate..berdasarkan tulisan anda saya dapati anda seorang yg masih x terbuka..dalam isu DAP saya rasa anda perlu raoat dengan org DAP dahulu sebelum menilai kata2 guan eng..saya x setuju kalau terus menerus nk isytihar negara islam..hapuskan dulu korupsi..eratkan perpaduan..istilah negara islam sekarang hanya akan buatkan non muslim berfikir negara islam = negara Melayu...