Tuesday, August 12, 2008

Minda yang jelas dan terarah

Posting saya semalam entah mengapa telah memuasakan hati saya, begitu juga komen-komen yang saya terima dari para pengunjung (termasuk yang saya anggap nakal). Saya insyallah akan terus menulis tambah-tambah sejak duduk berketuakan seorang tokoh ulamak yang paling saya hormati dan segani sejak muda dulu (selagi mana beliau saya yakin terus ikhlas dan istiqomah atas jalan yang benar, nyawa dan badan akan saya gadaikan mempertahankannya), apalah lagi yang boleh saya pinta.

Ada orang kata blog ini saya gunakan sebagai medan untuk ketua saya, sebagai suara rasmi sedang kita sudah ada suara rasmi, entahlah. Saya seboleh mungkin cuba mengelakkan tugas rasmi saya dengan sikap peribadi saya. Memang pada awalnya saya berusaha untuk memisahkan apa yang saya coret di blog ini dengan tugas rasmi saya, tetapi ternyata ianya sukar, dan saya pula tidak pandai berpura-pura atau berlakon-lakon dalam hidup. Bagi saya kebetulan tugas rasmi saya itu selari dengan cita-cita hidup saya lalu saya menerimanya.

Lantas apabila semuanya jelas selari mana mungkin saya mampu membeza-bezakan.

Ringkasnya selagi mana saya tidak menokok-tambah, menebuk dan menyumbat demi kepentingan peribadi, lebih parah lagi berbohong dan mereka-reka, saya akan terus memuatkan apa sahaja yang saya fikirkan layak dan padan di blog saya ini, kerana itu hak saya. Kalau melebih-lebih apalagi melanggar peraturan dan undang-undang,saya akur saya bertanggungjawab dan rela dibawa ke hadapan kerananya.

Seorang sahabat yang kini pemimpin kanan parti pernah mempertahankan hak saya menulis di blog ini satu ketika dahulu, apabila ada pihak melemparkan berbagai tuduhan termasuklah saya menggunakan blog saya ini untuk berkempen untuk pemimpin tertentu, sahabat tadi bangkit menyatakan bahawa blog ini adalah milik saya, maka atas sayalah apa yang mahu saya tulis. Saya berbangga dengan tindakan beliau itu, saya harap beliau akan terus begitu.

Semalam lebih kurang jam 12.02 tengah malam saya menerima SMS berikut dari seorang yang tidak saya kenali menggunakan nombor telefon 016 203 4897. Mesejnya:

Kamu baling batu sembunyi tangan. Jahat betul kamu, langkah kamu telah dikenalpasti, kamu antara orang yang telah dikenalpasti sebagai pemecahbelah parti.

Saya sekadar tersenyum membacanya dan mengirim mesej berikut kepada beliau:

Tq

(Ada lagi yang cenderung dengan politik "Hit and run" rupanya)

12 comments:

Anonymous said...

salam roslan.

teruskan menulis. agree to disagree. biasalah kalau kita menulis lantang akan ada org yg tak setuju dgn kita. itu risiko yang kita ambil.

kita buat pun bukan kerana jawatan atau duit. kita mengetengahkan idea kita. org tak setuju, alrite, no problem.

grand design kita sama, cuma approach methodologi etc mungkin berlainan sikit.

cuma jgn kepingin jawatan dan tak sabar nak pegang power dah le ..

Anonymous said...

cuba pergi check no. hp tu pasti terbongkar.......Roslan sms kuatkan azam anda bersama kepimpinan ulama....InsyaAllah kami mendoakan anda

Anonymous said...

Salam, abg lan,

Sekali lagi saya sekadar nak pesan utk diri saya dan sesiapa saja yang mengagumi pemimpin dan kepimpinan, "Sesiapa yang sembah Muhammad, Muhammad telah wafat, tapi sesiapa yg sembah Allah, Allah hidup dan tidak akan mati sampai bila2" kata2 Saidina Abu Bakar, Saya juga menyanjung TGHH atas ketegasan dan keberaniannya menyatakan hukum, Saya juga kagum dengan kekuatan ilmu mantik TGNA, tetapi seperti kata2 Nik Abduh, kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar, kamu ternyata silap, marilah kita berkorban segalanya bagi mempertahankan kedua-dua tok guru kita (itulah tok guru yang kita ada pun skrg ni!!)daripada terus dihujani fitnah dan tohmahan, Semoga Allah merahmati kedua-dua Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Allah Hu Akbar

Anonymous said...

bro roslan,

Lu jgn risau bro, bukan wa yg kirim sms tu! hehehe

Apapun, inilah lumrah manusia, hanya berani menuduh tp tidak berani menampilkan diri secara berhadapan! Jgn dilayan si bacul itu!!Boleh jadi dia lah punca sebenar keretakan dlm parti!

Tuduhan memecah belahkan parti tu satu tuduhan amat berat. PAS akan mula muktamar esok. So, gunakan lah saluran yg sah ini untuk buat post mortem parti dan sebagainya.

Teruskan perjuangan anda demi agama, bangsa n negara

TAKBIR!!


..manshahirfriends..

Anonymous said...

Kini, sudah sampai masanya seluruh MP Islam dari Umno, PAS & PKR utk merenung masadepan Islam itu sendiri. D cadangkan agar buat satu partition khas yg terkeluar dari agenda politik sekiranya Islam itu sudah mula d cabar. Muafakat ini bakal membuka lembaran baru iklim politik d negara ini bagi mendepani masalah yg mampu mencetuskan ketegangan demi masadepan kita & anakcucu-cicit kita nanti. Harap jalan penyelesaian akan menyusul.

Ahmad Tarmizi said...

Assalamualaikum Roslan
Seandai nya anda iklas,teruskan lah apa yang anda lakukan. Kita mesti Istiqamah, jangan peduli apa orang kata selagi kita masih didalam jalan yang dinamakan Islam. Membaca posting2 Roslan, banyak mengimbau kenangan saya kepada ceramah2 PAS umum nya dan Tuan Guru Haji Hadi khas nya masa zaman muda saya di Butterworth dalam tahun2 80an. Yang paling daring sekali ialah masa Polis nak tangkap TGHH semasa berceramah di Al-Masriah, Bukit Mertajam. Ah melalut la pulak....
wokey..Apa apa pun Allah hu Akbar....

Anonymous said...

Teruskan penulisan anda demi Islam. Tidak ada dalam tulisan anda kebelkanagan ini cubaan untuk memecahbelahkan PAS atau Islam. Yang ada cumalah nasihat dan pendapat untuk memperbetulkan keadaan, yakni yang salah diperbetulkan.

Mungkin si penghantar SMS itulah dalang yang suka memecah belahkan parti, yang tak habih-habih sentiasa mencari lubang untuk memburuk-burukan beberapa pemimpin tertinggi PAS melalui fitnah, khabar angin dan putar belit berita dan peristiwa.

Pemimpin tertinggi patut dihormati dan ditaati, tetapi mereka bukannya maksum, jadi tidak semua pendapat mereka betul dan tidak salah kita menasihati.

Anonymous said...

Assalamualaikum bro..

firstly, tahniah. tugas adalah ibadah - aku x payah bayar satu sen pun utk membaca info2 yg ditype dgn kemas dan professional oleh bro Roslan.

x de iklan dan benda2 merepek, bermakna apa yg bro Roslan lakukan ini adalah dgn niat yg ikhlas.

keep it up bro..

Anonymous said...

sdr
usia berpoltik di malaysia masih muda , maka adalah biasa suasana berpoltik di malaysia tidak matang, emosional,taksub ,katak bawah tempurung,kecewa,merajuk,tak leh terima pendapat lain dan macam-macam lagi,maka kalau sdr nak ambik kira kenakalan berpolitik ini ,maka sdr pun seperti mereka juga.sdr mesti teruskan perjuangan/penulisan/komen dan sebagainya kerana sdr sudah berada dalam gelanggang permainan.orang lain hanya penonton.maka jangan sdr sibuk dengan cemuhan penonton hanya kesungguhan akan melenyapkan komen-komen negetif terhadap sdr
sekian.

Anonymous said...

Salam bro..

keep up ur good work..memang bro sorang yang paham tarbiah dan adab2 berjemaah..nape gua kata camtu?sebab tulisan bro memang membuktikan tersebut...

P/s:gua cuma sakit hati kat msomelayu.blogspot.com...mudah benor sebarkan fitnah dalam blog dia..

Anonymous said...

Bro Roslan,

Kalo boleh bro tegurla si MSO tu secara personel..dah makin melampau tu..kang kalo kitaorang yang 'orang-orang biasa' ni tegur, kata tak memahami keadaan dari sudut kacamata politik la, pandangan tak tajam la..payah bro nak deal ngan orang tua..harap bro boleh tolong nasehatkan dia..

Anonymous said...

Assalamualaikum Sdr Roslan,
Tahniah, teruskan blog sdr yg terarah, terurus, istiqomah dan penuh dgn hujjah yg mantap. Jangan peduli mereka yg dengki, apa yg sdr buat insyaallah diredhai Allah.
Yang baling batu sembunyi tangan ialah yg hantar sms tu, bukan sdr Roslan.

yasir