Thursday, August 07, 2008

Berkibarlah Jalur Gemilang

Saya baru sahaja berbual dengan seorang rakan blogger berkenaan kes sahabat kami Bakar Haq. Terlanjur berbincang berkenaannya kami menyentuh isu yang dibawa oleh beberapa rakan blogger yang lain iaitu mencadangkan agar sempena Hari Kebangsaan nanti, Jalur Gemilang dikibarkan terbalik sebagai satu simbol bahawa negara ini dalam serba kekalutan.

Saya baru sahaja membeli Jalur Gemilang dan telah pun kibarkan di rumah saya sejak beberapa hari lalu. Ianya saya kibarkan megah sebagaimana biasa (tidak terbalik) kerana ianya simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. Bagi saya bendera ini mewakili kita semua dan bumi yang kita pijak ini, ia tidak mewakili mana-mana kelompok atau parti atau individu kecuali kita semua rakyat Malaysia yang berbagai kaum dan agama.






Kalau pun kita marah pada mana-mana kelompok, parti atau individu, maka talakanlah kemarahan kita ke atas mereka. Mengapa simbol kemegahan kita yang dijadikan mangsa?

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

Jalur gemilang

12 comments:

Anonymous said...

bro roslan...

lu mmg betul2 patriotik! wa tabik spring la kat lu...

lirik lagu jalur gemilang tu mmg cantik tp kalo di praktikkan oleh pemimpin2 negara, wa yakin kecantikannye akan makin menyerlah! kat mane lu copy lirik tu atau lu mmg hafal lagu jalur gemilang ni...syabas!!

p/s wa nak imagine cam ne rupa lu nyanyi lagu jalur gemilang ni...pasti dgn penuh semangat! hehe

maju bersama islam

TAKBIR!!

.manshahirfriend..

Letting the time pass me by said...

selamat menyambut bulan merdeka dan diikuti dengan bulan puasa...

http://hishamjabar.blogspot.com/2008/08/satria-dan-serikandi-negara.html

stealth said...

Yg bersalah adalah pemimpin atasan yg gila kuasa, kedudukan & takut kpd kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan. Pepatah bagi yg berjuang utk menuntut kebenaran ialah 'berani kerana benar, takut kerana salah' tetapi apa yg terjadi skrg ini pd pemerintah & seangkatannya ialah 'takut kerana benar, berani kerana salah'.

Anonymous said...

Bendera yang dikibarkan terbalik menanadakan suasana muram. Seperti Gempabumi kemarau panjang dan wabak penyakit dan menandakan saat perkabungan yang amat lama dan bukan setakat kibaran separuh tiang.
Bendera Malaysia adalah lambang rakyat negara ini.

Lebih baik tidak kibarkan sebarang bendera dari mengibarkan terbalik atau dibiarkan koyak rabak dan kotor.
Dan hentikan kibaran bendera di kenderaan yang membahayakan pemandu dan semua pengguna jalanraya terutama motosikal.
Sebagai rakyat Malaysia yang sedang memberikan sumbangan kepada pertahanan negara, saya tida merasakan perlu mengibarkan bendera tanda cinta. Sumbangan dalam pertahanan neagra lebih utama dari setakat bersorak dengan bendera negara.
Wassalam

nawawu said...

saya cadangkan supaya PAS / PR jadi juara kempen kibar jalur gemilang.
Sedia Memerintah

s said...

ntah, xpaham aku org yg usulkan bendera di terbalikkan.. mane semangat negara kita?yg salah hanyalah pemimpin atasan.. even agung yg jd payung kite pon xsalah.. yg slah rakyat juga yg masih beri pluang utk parasit2 tu memimpin.. negara ini disalahkn? bendera adalah satu yg sacred, suci, lambang sebuah negra.. even time peraNG dulu, bendera lh yg melambangkan kjayaan suatu pihak termasuk kerajaan Rasulullah SAW. even org yg ditugaskan mengibar bendera di waktu prang sgtlah mulia.. kalo xsilap shahid saidina hamzah dulu even kna panah/tikam berkali2, dia tetap nk angkat bendera(betulkn kalo salah)..

so, kibarkanla jalur gemilang dgn megahnya..kita ade issue dlaman saja, jgn sampai org lua tgk kita dah anti malaysia.. kalah ganyang malaysia by indon.. bodoh!

AnakMudaParlimenBatu said...

Uncle Roslan,
Saya pun tidak berapa suka cadangan kibar bendera terbalik, bendera ini menjadi satu lambang kepada negara kita jadi apa-apa pun kita tidak puas hati kepada pemerintah bukan bendera jadi mangsanya.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

insyirah08 said...

salam

bg sesiapa yang pernah mengikuti ESQ165 Leadership Training, jalur gemilang bukan saja dapat menggambarkan patriotik kepada negara. Ianya terdapat nilai-nilai murni universal didalamnya. Bagi yang beragama Islam, bberapa sifat Allah juga dapat diterjemahkan pada makna warna, bintang, bulan yang ada padanya...

Setiap kejadian Allah S.W.T ada benda yang tersirat disebaliknya.

Janganlah kita marahkan nyamuk kelambu dan apa saja dibakar..

Anonymous said...

Syabas sdr krn kibar bendera secara yg beradap dan bertatasusila.

Saya nak tanya mrk yg turut kempen songsang itu, apakah kesetiaan mrk terhadap tanah air ini ada had dan hari?

Anehnya sebelum mrk berkempen begitu, dlm blog2 mrk dah siap taruk bendera dgn penuh adab.

La ni distress punya hal konon, patriotisma kemana, tanah airku kemana...Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.

Bila konsistensi sudah out, perlulah pelawat2 berhati2 dgn dakyah yg ditaburkan...

Timing tu jugak boleh dipersoalkan. Ada apa2 ke?

anti UMNO dan Roslan SMS said...

wahhh Roslan,

Nampakknya dah bersedia dah nak masuk UMNO. Begitu megah lagi.

Yang saya tahu, lazimnya hanya orang yang totok UMNO sahaja yang kibarkan bendera hari 31 ogos ni.

Yang lain tak kibar kerana tanda protes.

Eloklah, kau pun bukan boleh percaya pun, lidah bercabang.

Anonymous said...

Abang Lan.

hanya jauhari yang mengenal manikam.

janganlah kita dibutakan..

salam perjuangan

amingmbh said...

tahniah kpd yg patriotik dan mengibarkan bendera jalur gemilang seperti sedia ada dan tidak terbalik. saya merasakan inilah masanya gendang perang politik juga dipalu di samping gah menegakkan tiang bendera, tak salah kiranya kita mengeksploitasi tujuan mengibarkan bendera sebagai simbol politik protes merevolusikan negara dr cengkaman penjajah Be eNd.