Wednesday, August 27, 2008

Bersyukur dan teruslah berjuang

Ramai yang masih belum hilang dari perasaan gembira dengan kemenangan DSAI di Permatang Pauh semalam. Maklumlah setelah lama berjuang dan menunggu-nunggu. Berbagai ucapan tahniah dan syabas terpacul di sana-sini. Dalam keghairahan itu walaubagaimanapun tidak banyak yang mengucap syukur ke hadrat Illahi dan mengulangi ketaat-setiaan dan ketundukkan kita kepada Nya.

Saya terus salut pada YB Zul Nordin, yang tidak lekang dari komitmennya terhadap Islam dan tidak pernah berasa segan atau malu atau takut-takut untuk menzahirkannya. Saya petik dari blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/

Maka saya seru diri saya dan sahabat-sahabat semua supaya menginsafi bahawa tidak akan ada kemenangan kecuali dengan bantuan ALLAH. Tetapi perlu kita ingat bahawa kekadang ALLAH memberi sesuatu itu tetapi bertukar menjadi istidraj..iaitu menjauhkan kita dari ALLAH dan kita akan hanyut dalam kealpaan dunia.

Tujuan kemenangan yang diredhoi ALLAH ini adalah supaya kita mengajak dan menyeru manusia kembali tunduk dan taat kepada perintah ALLAH.

Saya berdoa kepada ALLAH moga kemenangan ini memberikan saya kekuatan untuk terus berjuang memartabatkan Islam. Moga ALLAH memberikan saya dan kita semua istiqomah dalam perjuangan ini.

Jangan kita lupa bertasbih dan bertahmid kepada ALLAH. Tentu banyak dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan samada semasa berkempen mahupun sebaliknya. Jadi marilah pohon kepada ALLAH keampunan dan meletakkan kita dalam golongan syuhada dan solihin. Jangan lupa bersujud syukur kepada ALLAH.

Hanya padaMu lah ALLAH kami menyembah dan kepada Mu lah kami pohon pertolongan. Ampunilah kami dan bantulah kami.. Ameen..

Mudah-mudahan Allah swt tidak melupakan kita dengan kemenangan ini, mudah-mudahan perjuangan Islam terus kita junjung dan kita martabatkan. Mudah-mudahan kemenangan kita di dunia ini akan mampu kelak menebus pula kemenangan bagi kita di akhirat yang kekal abadi.

9 comments:

Anonymous said...

Bro Roslan,

Kemenangan adalah salah satu ujian dari ALLAH SWT. Berdoalah kita agar sentiasa di bawah rahmatNYA. AMIN

Terus Memartabatkan Islam

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

salam...macam mana bro tau tak ramai yg bersyukur? huhu.

Pada saya..semua pejuang kebenaran melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan ini kerana secara tidak langsung memberi keyakinan kepada pejuang kebenaran untuk terus membentaras kezaliman. Bersyukur sangat kerana dgn adanya DSAI dalam parlimen kerajaan pun dah ada ura2 nak turunkan harga minyak...

Anonymous said...

sdr
bukan perlu takut dengan kemenangan P.Pauh.itu bukan istidraj.bahkan Allah telah menambah ruang untuk kita berbakti dan membuat pahala.jadikanlah P.Pauh satu lagi medan membawa keadilan dalam Islam.ayuh buktikan apa itu kebaikan islam kepada seluruh pengundi ,melayu ,cina ,india DLL.Saya amat pelik perangai orang islam,asyik-asyik takut dengan nikmat Allah,bukankah rahmah Allah lebih luas dari kemurkaan Allah,jangan sibuk dengan kerja tuhan,sibukan dengan kerja kita.YB Zul nak beringat tapi tak kena tempat.
sekian

stealth said...

YB Zul seorang yg pintar & cekap. Saya mengelarkan beliau sbg nujum pak belalang krn kemahiran beliau mencongak & meramal apa yg akan berlaku kemudian hari. Harap akan muncul lebih ramai lagi ahli MP yg bersedia mempertahankan Islam sekiranya d serang.

Anonymous said...

Kita juga harus sedar bahwa kemenangan bukan hanya bermaksud bahwa kitalah yang terbaik sehingga Allah sampai begitu menolong kita. Harus sentiasa insaf dan jangan ujub.

Tuhan juga memberi kemenangan kepada mereka yang berdosa, contohnya, lihat sajalah diMalaysia ini, begitu ramai golongan zalim yang hidup mewah, pangkat besar, anak-anak berjaya sehingga masuk Universiti, membuat umrah berulang-ulang kali.

Jadi apabila tuhan memberi kemenangan, anggaplah ia rezeki tetapi jangan persan bahwa kita inilah terbaik disi Allah sehingga tuhan memberi kemenangan.

KorbanDemokrasi said...

ASSALAMU'ALAIKUM !
SAUDARA ROSLAN YANG DIKASIHI,

Firman Allah subhanahu wata'ala, maksudnya;
"Sekiranya bukan karena karunia Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan [juga karena] Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah karunia Allah sangat besar atasmu. (113) Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh [manusia] memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (114) Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasinya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (115)" [An-Nisa']

Semoga Tok Pakir dan sahabat-sahabat Tok Pakir yang mukhlisin dirahmati Allah subhanahu wata'ala adanya. Amiin Ya Rabbal Alamiin !

WabiLlahi taufiq Wassalamu'alaikum,
TOKPAKIR KORBANDEMOKRASI

Anonymous said...

salam pak roslan,

saudara memang boleh over respect zul nordin. tapi ingat dia ada tendency over dlm percakapan dan mungkin tindakannya.

jgn lupa pas selangor pernah tidak menggalakkan kaw n caw menjemput dia sebgai ceramah. kata kata dia kadang kadang menyusahkan parti dan mencemar dakwah.

so ukt kali ni, alhamdulillah pas tidk mengambil beliau menjadi calon.

so jangan over puji orang ini.

Anonymous said...

salam pak roslan,

kita semua berdemo. Cuma selalunya apa yg kita buat ialah:-

berkumpul,
berucap,
membawa banner,
bertakbir.

tetapi zul nordin telah menunjukkan satu qudwah hasanah baru iaitu 'storm the building'. So kita semua kena ikut cara tu. Demo kita yg lalu semuanya tak uptodate. Yg terkini ialah kita kena storm the hall. So semua org kena buat cam tu. Org cina pun bila tak setuju, demo dan kemudian storm the buildg. begitu juga org india. begitu juga dgn ngo. Zul nordin telah menunjukan contoh yg amat baik. Tak cukup dengan demo, kita mesti rempuh dan storm the building.

Dan saya yakin , pak roslan adalah antara org yang menyokong tindakan2 begitu.

mari kita ramai ramai puji sungguh sungguh tindakan zul nordin.
Cuma malangnya YB salahudin tak up to standard kerana dia tak ikut cara zul nordin itu.

mungkin itulah demo cara baru iaitu demo dan storm the building.

"sishoney" said...

alhamdulillah jika kita mempunyai pemimpin yang begini.tidak semua ingat janji2 mereka selepas berada di atas.semoga kita sentiasa memilih mereka yang sentiasa mengingatiNya