Saturday, August 30, 2008

Impak Bajet 2009 ke atas rakyat

Bajet 2009 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri di parlimen semalam. Mungkin antara yang paling gembira disat ini adalah kakitangan awam, yang bakal menerima bonus sebulan gaji setelah tidak mendapat sebarang perhatian dalam bajet yang lalu.

Bagi saya bonus ini sudah sudah pasti akan melegakkan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan kos hidup yang semakin mencabar. Namun demikian kakitangan disektor swasta yang telah sekian lama menuntut gaji minima RM900 dan COLA RM300 sekali lagi dilepas pandang.

Sebelum ini saya ada membuat posting darihal warga pencen, menuntut agar semakan terhadap pencen yang mereka terima dilakukan memandangkan merekalah antara golongan yang akan teruk menghadapi kesan kenaikan kos hidup. Jika anak-beranak mereka berada dan mampu membantu tak mengapa, bagaimana jika tidak? Bagaimana jika mereka tiada pergantungan lain?
Bajet 2009 tidak menyarankan semakan semula namun mencadangkan yang kadar pencen minima ditetapkan pada RM720 dengan syarat mereka telah berkhidmat selama 25 tahun. Saya pasti ramai yang akan menarik nafas lega dengan cadangan itu (menurut perangkaan sejumlah 75,000 yang terlibat) walaupun ada yang berpandangan ianya patut ditetapkan pada kadar RM900.00.

Dalam pada itu saya mengalu-alukkan cadangan menaikkan duti eksais ke atas rokok iaitu sebanyak 3 sen sebatang. Mereka yang merokok dijangka akan membayar lebih 20% tambahan ke atas setiap batang rokok yang dihisap. Semoga ramai lagi akan berhenti merokok selepas ini.

Cuma masalahnya kali ini industri perjudian dan arak terlepas dari beban kenaikan cukai. Saya ada menyarankan agar industri perjudian yang dihalalkan oleh kerajaan Malaysia atas alasan masyarakat majmuk ini akan dinaikkan cukai ke atas mereka. Rata-rata mereka meraih keuntungan di atas tahi-tahi dan kaki judi yang mahu cepat menjadi kaya. Saya perhatikan ekoran kenaikan kos hidup kebelakangan ini semakin ramai masyarakat Melayu yang bersesak-sesak mahu mencuba nasib untuk menjadi kaya, itu tidak termasuk warga asing Bangla dan Indon yang juga turut menyumbang mengkayakan industri yang diharamkan Allah swt ini.

Bajet 2009 seakan membela industri arak yakni industri bir dan stout. Industri yang turut dihalakan oleh kerajaan atas alasan masyarakat majmuk ini tidak ada yang menanggung rugi.

Kaki botol dan tahi arak sanggup berbelanja wang dan pendapatan mereka untuk mengkhayalkan kepala dan otak, sedangkan ramai yang mengikat perut menanggung kesusahan kerana kos hidup yang meningkat. Industri ini sepatutnya terus dibebankan dengan cukai, biar produk mereka menjadi semakin mahal semoga bilangan kaki botol akan berkurangan.

Tindakan bajet ini mengecualikan pembayaran bil letrik ke atas mereka yang dikenakan caj RM20 ke bawah, sangat dialu-alukan sebagaimana air percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor. Sudah pasti kombinasi letrik percuma (bagi yang layak) dan air percuma (di Selangor bagi yang layak) akan meringankan beban ramai. Adalah difahamkan seramai 1.1 juta isirumah akan menikmati letrik percuma melalui cadangan ini.

Apapun kita mengharapkan bajet ini akan dibahaakan secara matang dan masak oleh semua ahli-ahli parlimen kita. Berikanlah input dan pandangan yang baik dan membina. Yang pentingnya negara dapat terus maju, pembangunan dirasai rakyat dan nasib serta masa depan kita semua terbela dan terjamin.

1 comment:

Anonymous said...

bro Roslan,

Wa rasa mcm x de impak ape2 dr pembentangan bajet paklah tu...mungkin yg plg menguntungkan adalah syarikat anak nye yg bakal menerima projek menambahbaikan mutu perkhimatan awam iaitu bas n lrt. Berbilion tu....Yg kaya terus kaya...

Apa jaminan utk menurunkan/mengawal hg barangan? ...Tiada!! Setakat kakitangan awam dpt sebulan gaji(ansuran 2x), rasanya abis gitu sja sbb keperluan menyambut hari raya n naik sekolah sahaja sudah melebihi dr jumlah bonus yg diterima!

Di harap semua rakyat bersabar dan sama2 berdoa agar kerajaan sekarang dapat ditukar dengan segera!

TAKBIR!!

..manshahirfriends..