Monday, August 11, 2008

Jangan buka pintu UITM buat semua

Saya adalah graduan UITM dahulunya ITM satu-satunya institusi pengajian tinggi, IPT awam yang masih mengekalkan statusnya sejak penubuhannya pada tahun 1956 dahulu iaitu eksklusif untuk anak-anak Bumiputera. Misinya adalah untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran dikalangan Bumiputera di dalam semua bidang pengajian berteraskan nilai-nilai morla dan etika yang profesyional. Salah satu objektifnya pula adalah: menyediakan peluang maksima kepada Bumiputera untuk mendapatkan program pengajian profesyional yang diiktiraf samada dibidang sains, industri, pentadbiran, perniagaan dan lain-lain.

Itulah UITM bagi tapak anak-anak Bumiputera memperolehi ilmu dan persediaan untuk terjun ke dunia luar yang serba mencabar ini. Saya yakin tidak ada institusi lain dalam negara yang menyediakan peluang seumpama ini khas untuk Bumiputera selain UITM. Dari program sijil sehinggalah Diploma dan Ijazah terus ke ijazah tertinggi, UITM menjadi batu loncatan Bumiputera zaman berzaman, dan malah telah melahirkan tokoh-tokoh Bumiputera yang cemerlang samada dibidang korporat, perkhidmatana wam termasuklah politik kerajaan dan pembangkang.

Saya masih ingat malah UITM menyediakan program asas pra perdagangan dan pra sains bagi anak-anak Bumiputera yang tidak mencukupi syarat masuk untuk program diploma mereka. Ini semua membuka lebih peluang bagi mereka untuk turut sama cemerlang dalam satu institusi pengajian yang tetap mementingkan kualiti dan profesionalisma.

Lalu saya sedih apabila tiba-tiba mendengar beberapa pemimpin tanpa usul periksa tiba-tiba mencadangkan agar institusi gedung ilmu Bumiputera ini membuka pintu kepada bukan Bumiputera, iaitu kira-kira 10% kononnya atas alasan meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan dikalangan pelajar!

Cukuplah, yang ada inipun masih tidak memadai untuk menampung permintaan dari anak-anak kita yang semakin tahun semakin ramai itu. Bukannya kita menolak kehadiran masyarakat berbilang kaum dalam negara tetapi pemimpin-pemimpin ini perlu sedar matlamat asal penubuhan Kolej RIDA , kemudiannya ITM dan kini UITM ini. Jangan kerana mahu dilihat adil dan saksama maka kita gadaikan segala yang ada, biar kita tampak hebat tetapi hakikatnya bangsa kita terpinggir dan akhirnya tercicir.

Banyak cara untuk menjadi adil dan saksama tetapi bukan dengan menggadaikan apa yang kita miliki, berhati-hatilah.

22 comments:

tong_kosong said...

entahla....

kenapa sejak akhir2 ni bermacam2 benda yg mencabar.... semuanya atas sebab politik... adakah benar2 ikhlas atau apa sahaja...

kalau benar2 mahu adil.... buatla seratus peratus adil... jgn 10 peratus... buka seluas-luasnya... siapa sahaja asal layak... tanpa kira bangsa atau keturunan...

hapuskan segala yg berkaitan bangsa.. atau keturunan.. bukan sahaja pada org melayu.. tapi semua..tiada lagi sek jenis kebangsaan.. mcm2 lagi..

selama berpuluh tahun kita boleh hidup bersama-sama aman dan rukun kenapa sekarang?

kerana kepentingan politik peribadi?

stealth said...

Saya setuju dgn pendapat Roslan SMS. Kes terkini dari Majlis Peguam (Bar Council) cukup sbg bukti bhw sekiranya kita ambil mudah maka mrk akan ambil kesempatan utk menghancurkan integriti tersebut.

Anonymous said...

Saya setuju. UiTM tak perlu bukak kepada semua. Cukuplah untuk Bumiputera. Kenapa diorang nak jugak join sedangkan byk lagi institusi pengajian yang ada terbuka untuk semua????

Kenapa sekarang MRSM mcm dah tak best? Sebab dah di buka kepada semua ker?

unpopular said...

Orang melayu di Malaysia selalunya dikaitkan dengan sikap murah hatinya, mudah untuk memberikan apa yang dimilikinya apabila diminta malah kadangkala menawarkan apa yang dimiliki walaupun tidak diminta.

Kenyataan seorang pembesar Pakatan Rakyat supaya membuka pintu UiTM kepada bukan Melayu perlu dikaji sedalam-dalamnya. Apakah sebenarnya tahap kompetensi pelajar Melayu UiTM itu sendiri sekarang sehingga perlu diambil pelajar bukan melayu. Apakah pula tahap kompetensi pelajar Melayu di institusi pengajian lain yang sememangnya mempunyai pelajar bukan Melayu.

Kita menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh UiTM (ITM) dalam melahirkan intelektual dan tokoh-tokoh Melayu. Apakah kerana desakan-desakan tertentu maka kita akhirnya mengorbankan sejarah dan tradisi UiTM yang telah dibina atas keringat dan airmata oleh pejuang Melayu dahulu. Apakah kita sekarang hanya mampu memenuhi tuntutan orang lain dengan mengorbankan apa yang kita dimiliki sendiri. Saya tidak bermaksud untuk bersifat perkauman dalam hal ini, namun saya selalu berasa terharu kerana kita selalu hilang apa yang kita miliki dan sayangi kerana sikap 'baik yang tidak berpada-pada' orang kita sendiri.

Anonymous said...

Bro Roslan,

Wa pun graduan itm cam lu n wa sangat bersetuju dgn saranan lu agar uitm tidak dibuka utk non bumi. Ni siapa nye idea utk buka pintu kepada non bumi? Apa muslihatnye?

Alasan utk meningkatkan kualiti adalah sangat tidak releven. Persoalannye, adakah mutu produk uitm jauh lebih teruk dr ipta yg lain? Di mana kedudukan ipta di msia ni di mata dunia? Adakah ranking ke10 tau ke50 atau ke100? Kesemuanya tidak! Malah top 200 pun tidak!

Sebenarnya, mutu uitm dengan ipta lain adalah tidak jauh berbeza, malahan ada sesetengan kursus yg ditawarkan lebih baik dari di ipta msia yg lain! Contohnya fakulti senibina, perancangan dan ukur(FSPU) ia dalah setaraf malah lebih baik dr kursus yg sama di ipta lain di msia!

Jadi, ape persoalannye? Kualiti tidak perlu di pertikaikan di uitm maupun di ipta lain di msia ni. Yg perlu diubah dan dirombak adalah pemantauan dan meningkatkan tahap sosial pelajar agar produk yg di hasilkan bukan sahaja cemerlang dlm akademik malah mempunyai sahsiah diri yg cukup membanggakan.

Apabila keluar bekerja kelak, mereka akan menjadi pekerja yg hebat, bukan sahaja mutu kerja malah disiplin diri yg mengkagumkan. Nilai jujur dan amanah merupakan elemen terpenting yg perlu ada dlm diri setiap manusia.

Bagaimana nilai akhlak pelajar ipta sekarang ini? Anda bleh lihat sendiri dan nilaikan. Siapa yg perlu dipertanggung jawabkan? Ibubapa? atau lecturer? atau semua NC ipta terbabit? Anda tau jawabannya..Tepuk dada tanya iman...

Apabila politician mentadbir bidang akademik, inilah hasilnya. Moral ntah ke mana, mutu ntah ke mana dan ranking terus jauh di belakang!

Jadi, lantiklah mereka2 yg benar2 layak berdasarkan bidang ilmu di tempat masing2.

Maju bersama islam

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

sama2lah kita doa agar tak jadi, dulu MRSM buka 10% (walaupun tak ramai non-bumi yg hingin nak masuk sana), tak habis2 ni kepala hotak nazri mafia tu, lepastu buka biasiswa mara (majlis amanah rakyat BUMIPUTRA) kpd non-bumi, lepas tu dengar naik biasiswa2 ni kpd quota 55-45 (dah implemen ke belum?), yg melayu2 campur sabahan dan sarawakian 1 negara dpt hanya 55%, non-bumi dpt 45%, apa kejadahnya, sori gerammm sgt. anak cina tokey nursery kat tempat sini ni pun dpt biasiswa jpa/mara buat medic di local U sedangkan anak2 melayu (yg juga cemerlang) susahnya nak dpt biasiswa dan susahnya nak dpt course yg sama.
melayu merempat di tanah melayu.

Anonymous said...

yup...saya tak le memperjuangkan melayu..tapi saya hairan nape dr halimah perlu buat kenyataan tu ..

sesuatu yg tak diperlukan...unnecessary stress ...

sama macam perlantikan menantu tok guru tuu...sesuatu yg tak diperlukan...

Syaikh Al-Bakistani said...

Kalau Tuan Haji bimbang bukan bumiputra boleh masuk UITM, kami gerakan islam lagi bimbang kalau non Muslim menjadi ahli PAS....

malaysia baru said...

Kalau tak buka pun tak apa sebab orang lain boleh belajar di tempat lain...

Alasan meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan dikalangan pelajar? Tak payah pun kerana selama ini graduates ITM/UITM pun bersaing dan prestasi hebat di alam kerja...

Jgn gunakan lidah untuk bercakap berbelit mcm orang UMNO..

MoneyMatters said...

Boleh bukak.. dengan syarat mansuh semua kolej yg berkaitan kaum. Kolej TAR, Univ Wawasan, Kolej Tafe. Dan yg paling penting SEKOLAH duri dlm daging; SKJC SKJT

Anonymous said...

Mengapa kalut jika nak bukakan UiTM untuk semua? Lemah sangatkah kaum Melayu, sehinggakan terasa terancam jika diberi peluang sedikit kepada non-bumi.

Dengan keputusan yg sama, saya agak rata-ratanya peluang anak melayu ke ipta lebih cerah drp anak non-bumi. Anak melayu lebih banyak peluang untuk masuk IKBN, politeknik, anak non-bumi banyak yg masuk ipts dan kolej swasta, berbelanja lebih untuk anak mereka. Beginikah cara keadilan yang disaran Islam? Perlu diingat, yuran dan kos pengajian di ipta banyak disubsidi kerajaan, perlulah kita bersikap adil dan juga kelihatan adil.

Ada yg sungguh fobia untuk terima non-muslim dalam pas, tak heran juga kalau ada yg fobia nak terima non-muslim dalam islam. Dengan membuka ruang ini, menambah peluang untuk mendekatkan mereka dengan Islam. Islam itu adil. Tanah melayu bukan hak orang melayu. Ia hak Allah. Allah yang beri rezeki. Percayalah pada janji Allah.

yasir

Anonymous said...

en moneymatters,
Kolej Tar (atau UTAR) dibuka kpd semua kaum, berbau perkauman sebab ia didokong MCA. Cuma melayu tak sanggup nak masuk UTAR sebab tak selesa jadi minoriti di kampus, di luar zon selesa.

Mengapalah sakit hati dgn SKJC dan SKJT? Apa salah mereka dgn en money? Kelengkapan mereka jauh kurang drp SK, banyak disokong oleh ibubapa, tapi mereka ada lebih autonomi, berbanding SK yg tak dibenar mengajar S & M guna bahasa ibunda.

yasir

Anonymous said...

Sbg seorang yg pernah gak sekejap belajar di UiTM, saya bangkang dgn sekeras2nya cadangan Khalid. Beliau mungkin famous atau berjasa dgn Dawn Raidnya, tetapi dlm hal ini, beliau silap yg amat.

Eloklah dinengokkan MP2 dan ADUN2 bukan Islam PKR tu drp membuat desakan demi desakan utk melonggarkan dan melemahkan apa yg org Islam/Melayu dah ada. Ataupun Khalid dah terlalu kamceng dgn toke i Bhd/ i City ke?

Anonymous said...

waaaa..studen uitm 'mengamuk' la pg td. Abis sumer ponteng kelas n beribu2 pergi bgn SUK sbg membantah cadangan mb utk buka pintu uitm pd non bumi. Marah sungguh nampak gayanye tu...

lepas ni harap2 student pun buat yg sama kat pejabat NC sbb naper projek2 kat dlm uitm di beri tender pd sykt bumi tp bila yg laksanakan projek tetap non bumi!! jawab...jawab...

pastu buat lg perhimpunan agar desak NC perketatkan disiplin para pelajar agar nilai moral terbela. Baju ketat, dedah sana sini, pompuan pun ramai merokok, budaya couple dah mcm belangkas dll(teruk sgt dah)

wa hanya mampu perhati je..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

nbn said...

Sdr Roslan,

Sebagai seorang bekas penuntut di itm(institute tolong Melayu) saya membangkang sekeras-kerasnya cadangan tersebut. Dan lagi, memang kita kena bersikap perkauman(kaum Melayu) dalam hal ini..! Ada sesiapa yang nak mencabar sikap perkauman aku..silakan! Aku memang bersikap perkauman Melayu..! Peduli apa..Kenapa? tak boleh ke?
Kalau parti2 politik lain boleh memperjuangkan kepentingan kaum mereka, apahal pulak aku tak boleh?

-Aku orang Melayu tinggal di Malaya..

Anonymous said...

Tak boleh, nbn. Tak boleh bersikap perkauman, sikap assabiyyah ni bertentangan dgn islam. Cubalah bersikap adil, ikut cara islam.

Yasir

Anonymous said...

Hairanlah dengan pemimpin Melayu nih, tak kira umno ke, PKR ke, mudah sangat nak faraidkan hak pada orang lain kononnya mahu saksama dan hak orang lain? Adakah ini ajaran Islam atau ajaran filosofi Melayu? Apa ada semua kasi, bior pape asal bergaye?
Tapi hakikatnya UiTM sudah di bolosi oleh bukan bumiputera secara senyap2 dan tidak di sedari; kalau tak percaya pergilah ke UiTM Seksyen 17, Shah Alam; semua pelajar jurusan sains 100% bukan bumiputera! Inilah hipokrit pentadbiran Ibrahim Abu Shah, pada staff, pelajar bukan main lagi agenda Melayunya! Bagitu juga dengan pembekal pembekal bukan bumiputera bermaharajalela, bumiputera makan tanah kecuali 2,3 ekor kroni IAS...check sendiri!

Pemuda PAS Ampang said...

Salam...tuan..,

Saya berpendapat sebaliknya..ini baru cadangan bukan dah betul2 pun,tindakan student UiTM berdemo depan SUK Selangor sudah melampau..

kenapa bila nak buka 10% kouta kita dah bising dan buat demo siap hampir 80000 lagi kata Klpos tapi bila pasal Sc dan Math dlm BI beberapa kerat jek...

nampak sangat kita ni fokus satu-satu..harap kita tidak hipokrik..

anaklangkawi said...

saya amat menentang sekeras2nya saranan Tan Sri.. Cukup2lah..

tak pulak tan sri ulas pasal Bar council @ sek jenis kebangsaan Cina/tamil..
tak pulak ulas ttg UTAR dll..

mmg dasar pengkhianat bangsa..

Anonymous said...

salam semua.bagi pendapat ambo,uitm tidak wajar dan tidak perlu nak buka 10% kepada non bumi.nak kata graduan-graduan yang keluar dari uitm ni tak berkualiti? penggangur? tidak mungkin.jikalau dilihat secara teliti,golongan professional kebanyakkan adalah graduan uitm/itm. so alasan mengatakan kemasukkan kaum non bumi ni tidak membantu dari mana-mana aspek. jangan sebab nak meraih undi dari kaum lain,bangsa tergadai.

mek_tanjong said...

saya fresh graduate dr IPTA dan yang pasti bukan dr UiTM.
tp bila saya tau tentang ini,perasaan tu sedikit kecewa dan tercalar jugak laaa..bukan apa,sbg anak jati Melayu saya merasakan ini semua mengarut..buat keputusan macam nak beli ikan kt pasar... geram sgt2....

Azam Jauhari said...

sbg pendokong parti yang memperjuangkan Islam, seharusnya Islam dijadikan asas kpd apa jua pandangan dan pendirian. renung2 kan lah.