Monday, August 18, 2008

Muktamar PAS ke 54 berjaya dan bermakna



Saya minta maaf tidak berkesempatan untuk “update” blog ini sekian lama. Maklumlah sibuk dengan urusan di Mukatamar PAS Pusat. Terkuit-kuit juga jari-jari ini mahu menulis, malah sahabat-sahabat yang ditemui di Ipoh masing-masing bertanya “Kenapa tak update?”.

Saya memang telah membuat keputusan mahu berikan sepenuh tumpuan pada Muktamar, dan berhajat rihat sebentar sehinggalah segala-galanya selesai, kemudian insyallah akan sambung menulis.

Alhamdulillah telah selesailah semuanya dan apa yang dapat saya rumuskan, bahawa sebagaimana yang saya tuliskan dalam posting yang lalu:

Lalu saya yakin muktamar ini akan kembali meneguhkan parti serta pegangannya terhadap prinsip perjuangan Islam yang telah sama-sama dibina, dipupuk dan dipertahankan sejak klebih 50 tahun dahulu. Panas mungkin panas tetapi kesudahannya adalah kemenagan untuk Islam, insyallah.

Sebelum itu saya menulis:

Sesungguhnya muktamar PAS bukan seumpama perhimpunan agung atau kongres dan konvensyen mana-mana parti. Kerana PAS adalah sebuah gerakan Islam, maka segala perjalanan dalamannya berputar sekitar orbit dan landasan Islami. Muktamar PAS adalah himpunan muhasabah parti, pimpinan dan perwakilan bermuhasabah dan menilai kembali diri dan sikap. Apa pun muktamar adalah himpunan yang akan mengukuhkan jemaah dan menyatakan ketaatan dan wala’ ahli terhadap kepimpinan berteraskan ulamak yang telah sama-sama dibina dan dipertahankan oleh ahli-ahlinya.

Ternyata segala telahan dan anggapan nakal dan provokatif beberapa pihak termasuk penganalisa politik dan media massa bahawa Muktamar PAS yang ke 54 kali ini akan menjadi medan serangan perwakilan terhadap pimpinan tertinggi parti ternyata tidak berlaku sebagaimana Tuan Guru Presiden sebut dalam sidang akbar terakhirnya setelah menangguhkan muktamar, segalanya berjalan menurut adab Islam, tidak ada lempar-lempar kerusi seperti parti lain.

Muktamar PAS kali ke 54 telah kembali mempertegaskan pegangan seluruh perwakilan PAS terhadap konsep Kepimpinan Ulamak yang dibina oleh parti sejak 1982. Majlis Syura Ulamak terus diiktiraf sebagai badan tertinggi parti dan Presiden terus diberi wala’ dan kepercayaan untuk terus menerajui parti dan memimpin parti ini bagi mencapai cita-cita perjuangannya.

PAS kekal sebagai Parti Islam yang berteraskan ulamak dan insyallah akan terus relevan sepanjang zaman. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden, kini tugas penting adalah untuk mengukuhkan dan memperkemaskan parti agar prinsip dan dasar pejuangannya akan terus dipertahan dan diperkasakan.

6 comments:

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan
Alhamdulillah. Seperti yang Sdr. Roslan katakan semua nya berjalan dengan lancar dan seiringan. Biasalah kalau tidak ada 'check and balance' pun boring jugak. Kenalah ada sedikit 'fighting spirit'. Yang utamanya ialah keputusan adalah 'collective, constructive and conclusive'. Snow kembali ceria kerana PAS tidak pecahbelah.
Wassallam
Wassallam

stealth said...

Saya harap usia parti yg sematang ni tdk akan goyah d sbbkan masalah kecil yg boleh d selesaikan.

Ibnu Qalil said...

Salam a'laik,

Ana ada dari awal sampai akhir muktamar. Usha-usha jugak kakanda Roslan SMS tapi x nampak. Orang ramai sangat. Alhamdulillah, muktamar berjalan dgn lancar. Kepimpinan ulama' tetap menjadi pegangan pendokong Pas.

Anonymous said...

bro roslan,

Di harap selepas muktamar ini, seluruh kepimpinan PAS kembali bersatu hati dan terus teguh berpegang kepada prinsip islam yg sekian lama PAS perjuangkan.

Teruskan berjuang..

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

sheikh roslan,

diizinkan Allah ana berangan angan nak menulis 'relooking kepimpinan ulama'. Antara cadangan akhirnya insyallah supaya majlis syura bukan exclusive club mereka yg bertitle ustaz. selagi ianya menjadi exclusive club maka selagi itu lah isu ulama & professional di timbulkan . In any case, quwwah dalam kepimpinan itu bukan milik ulama, so the highest authority body tak mesti pureyl based on aspek ilmu islam. tapi ana akan mempertahankan mursyidul am dari mereka yang fasih dlm bab islam.

roslan sms said...

Majlis Syura Ulamak PAS dimaktubkan dalam Perlembagaan PAS. Ianya bukan exclusive club tetapi keahliannya perlulah menepati syarat i.e Fasal 4(a):

Seseorang yang mengetahui masalah-masalah al-usul dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al Quran, as Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklahs eseorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS

Itulah Majlis Syura Ulamak PAS yang disepakati olehs eluruh ahli-ahlinya.