Tuesday, August 12, 2008

Tahan sahaja mereka bawah ISA!
(Bukan Umno kata tapi DAP)

Saya tidak tahu apa agaknya anggapan kawan-kawan sekiranya membaca posting saya ini, mungkinada yang akan berpandangan ahhh sekali lagi Roslan SMS mahu mengapi-apikan antara sekutu politik PAS. Terpulanglah, tetapi bagi saya inilah antara halangan yang perlu dihadapi PAS, apabila memilih untuk bersekutu dengan pihak berkenaan.

Menurut laporan di Seremban, ADUN DAP Bukit Temiang Cha Kee Chin telah membuat laporan polis terhadap mereka yang berdemonstrasi mengganggu majlis forum BAR Council Sabtu lepas. Cha ditemani beberapa ADUN DAP dan ahli Parlimen DAP bagi kawasan Seremban. Malah menurut laporan itu lagi ADUN DAP Senawang P. Gunasekaran kesal yang pihak polis tidak menahan mereka yang kononnya menceroboh premis BAR Council pada hari kejadian. Tambah beliau mereka yang berdemonstrasi itu sepatutnya ditahan di bawah ISA kerana mencetuskan ketegangan kaum.

Setahu saya DAP adalah antara parti yang menentang ISA, tetapi dalam hal demonstrasi NGO dan kumpulan Islam itu, ADUN nya sendiri boleh cadangkan agar digunakan ISA terhadap mereka yang berkenaan!

Sementara itu Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan bahawa:

DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".

Sabtu lepas seingat saya dua orang ahli Parlimen pembangkang yang hadir adalah YB Zul Nordin dari PKR dan YB Salahuddin Ayob dari PAS. Mungkinkah PKR dan PAS akan akur pada cadangan Guan Eng agar tindakan disiplin diambil terhadap pimpinan mereka itu?

Inilah realiti yang kita hadapi. Telan mati mak luah mati bapa, atau bagaimana?

37 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

kalo telan mati mak, luah mati bapa so, kita posa la! x perlu telan n x perlu luah..nanti batal lak posa tu..hehe

apapun, inilah wajah sebenar mereka..tetap dengan perangai mereka yg anti islam! Kita bagaimana?

Teruskan perjuangan kita untuk mempertahan dan menegakkan islam di muka bumi ini!!

lawan tetap lawan!!

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

akum saudara,
tahniah atas ketegasan saudara dlm mempertahankan ketegasan tg Presiden. Dulu saya adalah pengunjung tetap blog kickdefella. tapi skrg saya kecewa kerana terlalu byk kutukan terhadap tg Presiden dan Ust Nasha serta pimpinan tertinggi majlis syura.
blog saudara dan blog nikabduh lebih sesuai dgn jiwa saya. Kalau musuh ajak berdamai,dan menguntungkan perjuangan Islam, apa salahnya?

Anonymous said...

Uncle Roslan,
kata dalam Pakatan nak hapuskan ISA, ini kita sendiri nak dikenakan tindakan ISA, mcm tak mau hapus sahaja akta ini bila memerintah, politik2 ....


Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Wan Muhammad said...

Salam,

Kalau ditelan mati mak, diluahkan mati bapa, tapi kalau tak berbuat apa-apa, yakni tidak menelan atau meluahkan, kita jemaah yang mahu menegakkan Islam akan mati katak!

Anonymous said...

Kita menentang ISA.... ISA adalah satu akta yang zalim.. Akta ISA memisahkan hubhungan anak dan Isteri.. dan macam-macam lagi.

Itu lah ucapan pimpinan pembangkang dulu.. Ini ucapan sebelum jadi kerajaan. nanti bila dah jadi kerajaan. terasa sayang pulak nak hapuskan ISA. Sebab ISA ni akan menolong pemerintah.

Anonymous said...

Belum dapet kuasa camtulah. Dapat karang, dialah no. 1 yg pakai. Alangkan sekang nipun dah nampak dgn ckp jelas.

Masalahnya time Melayu/ Islam pegang kuasa politik, takderpun dinafikan peluang depa ni nak cari makan, kongsi kuasa, timbun harta, belajar dgn banyak sekali pilihan, apa saja mrk nak, dpt tak banyak soal.

Skang ni dah lain. Dibuatnya citer mcm2 dgn alasan2 yg pelik2. Tujuannya nak control habis semua sekali. Yg susahnya ada pulak politikus/ pemimpin Melayu/Islam yg bersekongkol ataupun yg dah hilang sama sekali sensitiviti tentang kedaifan bangsa/ umat di negara ini.

Tolonglah sikit. Org Melayu/Islam di negara ini masih perlukan pembelaan krn merekalah sebenarnya yg tak banyak pilihan.

slyderrose said...

Ha, ha..bagi saya berdemo bukan satu penyelesaian untuk menghadapi isu ini. Selagi bukan islam sebahagian rakyat malaysia masaalah ini pasti timbul. Dialog adalah yg terbaik. Dialog secara intelectual adalah yg terbaik dan secara tidak langsung membawa mesej Islam yg baik pada non muslim. Saya yakin PAS ramai ulamak2 yg berwibawa untuk diketengahkan dan saya hairan kenapa takut untuk berdialog? Kalau nak memberi keyakinan kepada seluruh rakyat malaysia, Islam is a way of life. Islam addin, berikan mereka peluang berdialog dengan pakar ilmuan islam dan patahkan hujah mereka dengan islam. Demo is not long term solution.

selutbelut said...

alahai politik politik pening kepala aku ,tau dulu baik pangkah BN ,tak kecoh kecoh.

Anonymous said...

Makin terserlah sikap kafir, semakin jelas. Bila Islam di serang, DAP, PKR, UMNO, MIC, MCA, PPP semua sepakat balun!

Anonymous said...

At the end of the day, bottom line
ISLAM versus KAFIROON!

Anonymous said...

kalau puak dia kena, HAPUSKAN ISA

kalau puak kita, takpe, lagi ramai sumbat lagi bagus

DAP PENIPU

Anonymous said...

DAP ni macam ala kadok dapat junjunglah, tapi ini typical perangai orang kafir terhadap Islam. Ingat serangan ke atas Islam bukan saja global tapi glokal! Syabas pada YB Zul, YB Sallehuddin dan lain tapi muka pemuda UMNO takde plak nampak? Jarum umno dan ISIS berperanan cucuk PR supaya melatah!

Unknown said...

sebenarnya DAP dan UMNO yang perlu dihapuskan!

Bagi saya, walau pun ISA itu dikatakan zalim tetapi masih berguna untuk keamanan sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan sudah semestinya dengan berbagai kerenah dan perangai.

sadam husein dikatakan zalim, tetapi dia perlu menjadi zalim demi keamanan negaranya dengan juga berbagai kaum dan kerenah. rakyat iraq hampir semuanya jenis keras kepala dan bersikap kasar. tengok sekarang dengan sistem yang dikatakan lebih lembut dengan berasaskan demokrasi, aman dan damaikah sebuah negara yang bernama iraq?

Anonymous said...

apa lah susah sangat dalam hal ugama di malaysia ni.
orang islam ikutlah 100% ajaran dari Allah Ta'ala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
bangsa lain yang menganut ugama mereka masing-masing maka ikutlah dengan sebaik mungkin.

jangan nak kutuk dan hina ugama yang bukan anutan diri sendiri tu.
tapi saya hairan macammana puak orang utan tak peka akan agama slam HADHARI anutan mereka, ohhh saya pun silap, orang utan mana ada agama....alahai.....

drp: member orang utan yang ada perundangan terbaik iaitu UGAMA ISLAM.

Anonymous said...

ape2 pun bro roslan, syabas krn menyokong penuh tuan guru haji hadi, senang je bro roslan, saya menyokong tguru haji hadi berkenaan amarannya utk keluar dari pakatan jika Islam tidak tertegak.

PAS bole independent, xperlukan DAP,UMNO dan PKR...

Anonymous said...

nice move by PAS by joining PR, it reveals DAP and PKR inconsistency in defending the constitutions.. especially regarding Islam as official religion and Malay privillege

Anonymous said...

uncle roslan
bertindak mestilah bijak bukannya melalui emosi, menulis begitu juga, saya setuju cadangan TGNA supaya dialog antara agama diadakan antara tokoh-tokoh agama islam, kristian, hindu, budha dan lain-lain. bukannya Lawyer kerana mereka sendiri bukan ahli agama
rubber tapper

Anonymous said...

Assalamuaalaikum, saudara Roslan. Mana perginya ulamak PAS. Bukankah PAS ingin memartabatkan kepimpinan Ulamak? Andaikata ulamak tak boleh nak selesai masalah sebagini apatah lagi masyarakat awam. Dan ulamak yang dikatakan ulamak tak layak untuk memakai pakaian alim. Tapi adalah mustahil ulamak PAS tak nampak jalan penyelesaiannya. Apa yang menyebabkan perkara sebegini berlaku adalah kerana asbab sikap kita masyarakat awam terlalu memandai didalam membuat sesuatu tindakan sehingga tidak merujuk dahulu kepada amir jemaah. SUDAHLAH...hentikan dari menyalahkan orang lain, tengoklah apa yang telah kita perbuat untuk islam. Adakah apa yang dibuat memberi manfaat atau mudharat untuk orang lain dan diri kita sendiri. Kita dengan ghairahnya menyatakan perjuangan islam dengan lafaz ALLAHUAKBAR....mana perginya kebesaran Allah yang dilaungkan? Kita seoalh-olah mendahului kerja-kerja Allah. Tidak malukah kita...memandai-mandai untuk membuat kerja Allah. Mengajak kepada kebaikan itu perintah dan mencegah kemungkaran pun satu perintah Allah s.w.t. Tetapi jika didalam jemaah hendaklah setiap tindakan didahului dengan mesyuarat. hai...hai...apa yang terjadinya sekarang ini seolah-olah ummat islam suka sangat membuat tindakan yang menimbulkan fitnah. Tapi doa mintak perlindungan dari fitnah. Allahuakabar.

zam

Anonymous said...

kalau Yang melayu Munafik(UMNO) tak leh dibawak berunding,bangsa lain ( INDIA, CINA)kafir tak nak mengalah...Yang hendakkan Islam kena cari jalan sendiri2 jangan gadai kan Islam....

pejuangan itu luas dan bukan hanya dengan politik semata2!!!!

Anonymous said...

haha..nampak sangat tembelang dan temberang DAP dan geng2 nya...SIS included.

ctdewi said...

'Ha, ha..bagi saya berdemo bukan satu penyelesaian untuk menghadapi isu ini. Selagi bukan islam sebahagian rakyat malaysia masaalah ini pasti timbul. Dialog adalah yg terbaik. Dialog secara intelectual adalah yg terbaik dan secara tidak langsung membawa mesej Islam yg baik pada non muslim. Saya yakin PAS ramai ulamak2 yg berwibawa untuk diketengahkan dan saya hairan kenapa takut untuk berdialog? Kalau nak memberi keyakinan kepada seluruh rakyat malaysia, Islam is a way of life. Islam addin, berikan mereka peluang berdialog dengan pakar ilmuan islam dan patahkan hujah mereka dengan islam. Demo is not long term solution.'

CARA NI YG TERBAIK....
KAWE SOKONG

melayutara said...

ctdewi,

The problen is puak2 kafir harfi tak ikhlas nak nak berdialog. Tengok contoh bar counsil cukup, sapa panel2 dier. Jemput la mufti kiter sekali kalu ikhlas nak bincang pasal Islam. Dah kecoh satu Malaysia baru cerita nak jumput pihak2 yang berkenaan. Ikhlas ker tuh!!

Kalau tak setuju dgn wakil kerajaan BN. Jemput ulamak Pas pun cukup. Sama jer jawapannya.

wasalam

melayutara said...

salam,

saya setuju dgn anon 8.40am. blog kickdefella tak ikhlas dalam mempertahankan maruah islam dan melayu.

posting saya yang saya kira teguran lebut tidak disiarkan. mungkin tidak sealiran pemikran beliau yang begitu menagungkan pkr.

wallahualam..

Anonymous said...

Saudara Roslan, pagi ni saya cuba masuk blog Saudara Zulkfili Nordin, tapi restricted la pulak, ada ape yang tak kena ke???Ni mesti pasal dia lead kt Bar Council hari tu... Saya frust sebab bila baca Tian Chua dan YB Lim Guang Eng surh amb. tindakan kt ZN(Zulkifli Nordin)sebab menghalang form tu dari berlangsung...Ini bermakna mereka yang ada dalam Pakatan Rakyat, yng non muslim, menyokong forum tersebut. ZN menyeru kpd muslim supaya mengenepikan apa sahaja fahaman politik yang dianuti sebaliknya bergabung atas dasar Islam utk menentang forum tersebut. Itu belum Pakatan Rakyat memerintah,. Saya risau bila PR memerintah kita akan tunduk dgn kehendak mereka utk menghapuskan artikel 121 itu...dgn alasan mereka sudah nyk membantu dlm PR. Sekarang mana ZN???Tindakan ZN itu betul...Tanya Tian Chua dn YB Lim Guan Eng bila kita buat forum "memeluk Budha @ Hindu" kat Masjid Negara??? agak2 apa tindakan depa???Rasanya depalah org yg mula2 membantah. Saudra Roslan, ini utk Islam, bukan uk parti, apa pendapat bro????

Anonymous said...

bravo mr. roslan...
dh hampir berjaya dh tu..
teruskan dengan tulisan2 yang lebih mengancam lagi.... Ayuh! kita bawa ayah chik ke Putra jaya.,.. dapat tumpang jadi la...

Anonymous said...

wa rasa elok je yg rasa dirinya islam dlm PKR tu masuk PAS..then PAS kuaq PR...ya beda beduuu...

Anonymous said...

Jangan kita menggadaikan akidah dan maruah demi kemenangan di dunia. Kelak, kita dua kali akan ditanya ; pertama oleh anak cucu kita dan kedua di amalam barzakh.

melayutara said...

salam,

mungkin pas patut tarbiyah ahli islam pkr masuk pas. bukan ka pas pernah kata parti islam sepatutnya ada satu saja dan ahli UMNO patut masuk pas sahaja. kenapa hanya ditujukan kepada ahli umno tidak kepada ahli pkr?

wallahualam...

Anonymous said...

Baru² ini PEKIDA tlh berikrar taat setia akan mempertahankan Islam akibat adanya usaha² nakal ingin memperlekeh keistimewaan tersebut. Kini, jalan penyelesaiannya terletak d tangan MP² Islam. Kami sbg rakyat biasa sentiasa memantau perkembangan ini dari dekat. Harap jalan penyelesaian menyusul.

Anonymous said...

Salam bro Roslan,

InshaAllah, nanti, akan nampak jelas siapakah yang benar-benar patuh pada perlembagaan negara, pihak mana yang menghormati perlembagaan dan pihak mana yang mempertikaikan perlembagaan.

Anonymous said...

saya sokong 100% apa kata slyderrose:


Ha, ha..bagi saya berdemo bukan satu penyelesaian untuk menghadapi isu ini. Selagi bukan islam sebahagian rakyat malaysia masaalah ini pasti timbul. Dialog adalah yg terbaik. Dialog secara intelectual adalah yg terbaik dan secara tidak langsung membawa mesej Islam yg baik pada non muslim. Saya yakin PAS ramai ulamak2 yg berwibawa untuk diketengahkan dan saya hairan kenapa takut untuk berdialog? Kalau nak memberi keyakinan kepada seluruh rakyat malaysia, Islam is a way of life. Islam addin, berikan mereka peluang berdialog dengan pakar ilmuan islam dan patahkan hujah mereka dengan islam. Demo is not long term solution.

Anonymous said...

selalu dalam wehdatul fiq. teruskan perjuangan pastikan kemenangan ISLAM. Kalau susah sangat ikut apakata TG Hj Hadi. Jangan risau apa kawan-kawan lain nak kata, pemecahbelah pakatan ke, atau yang lain. saya harap suara kami dibawah ini sampai pada pimpinan.

Anonymous said...

Matilah lagi tak dak susah sama orang lain.
Mahu cakap pun lu orang kacau...lu orang tak boleh cakap demonstrasi.
Orang kampung tak da gaduh..orang dekat KL banyak bising..
Esoh mati masuk tanah jugak...inihari mati pun sama juga.
U orang macha...ingat tolong sikit semua boleh mintak.
Agama punya pasal itu 3 orang mahu cakap jugak...diaorang susah takda orang jaga...cakap sama lu orang tada layan...apa macam?
itu lawyar cari idea dalam forum, lu suka-tak da suka kat tamau pigi lar...apasak datang kacau.

OK...inilah akibatnya sekiranya tidak mengerti bahasa dan tak berbudi.
Mereka yang kurang ajar harus dijawab sebeginilah.
Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

Dizz,

Tahukah anda apakah hukuman bagi org yang keluar dari Islam. Tahukah anda dalam Islam tiada istilah keluar Islam. Anda boleh berdialog bertahun lama2 sekali pun jawapan tetap sama! Terpulang kepada anda pendokong atau penolak syariyyah islamiah....

salam

-anak penang

melayutara said...

salam,

sedih melihat majoriti pelayar ahli2 pas condong kepda DSAI berbanding pemimpin2 pas sendiri.

wallahualam

Anonymous said...

hukuman bg yg kluar islam ikut hudud adalah dibunuhkan..
mcm mana pulak kalau dia pilih nk duduk dalam islam tapi bukan kerana allah tapi kerana x nak dibunuh...bukankah situasi tu akan melahirkan seorang islam munafik??

Anonymous said...

I received a call from MP for PJ Utara Sdr Tony Pua last night informing me that there are a lot of attacks on the DAP by many bloggers over the “statement” by DAP NS Deputy Chairman, Sdr P Gunasekaren which was reported by The Star online (reports attached below). The report quoted Sdr Guna as calling on the police to invoke ISA against the demonstrators.

I have immediately called up Sdr Guna to clarify the matter and he denied making the statement and said he was misquoted. Guna and I went to the The Star’s office in Seremban this afternoon and spoke to the reporter who covered the event yesterday. The reporter admitted that he misinterpreted the statement and a correction over the confusion will be reported in The Star tomorrow. In actual fact, a group of DAP NS leaders went to lodge a police report yesterday over the threat by Minister of Home Affairs Datuk Seri Syed Hamid Albar to use ISA against the forum organizers. The report also called on the police to act against the demonstrators who disrupted the forum.

I would like to reiterate that the DAP’s position on ISA has always been consistent that we call for the total abolishment of the Act. We never agreed to use ISA against anyone, not even to our political opponents or extreme views that we disagreed with such as those who disrupted the Bar Council forum. We believe that there are adequate laws to deal with them. As such, the so-called “statement” by DAP NS Deputy Chairman to call for the use of ISA is inaccurate and was misquoted.

I hope this clarification will clear the confusion over the statement and


I hope those who criticized the “statement” will publish my clarifications too.

Thank you.
Loke Siew Fook

DAP NS Chairman