Sunday, May 04, 2008

Ucapan dari Hj Mohd Sayuti Omar (MSO)

(Sebagaimana yang dijanjikan ini merupakan sebahagian dari ucapan selamat yang saya terima dari sahabat-sahabat sempena ulangtahun ke 4 blog ini pada 20 Mei 2008 nanti)





Apabila sdr Roslan (SMS) meminta agar saya mencatat sesuatu sempena ulang tahun ke empat blognya, saya tidak tahu nak tulis apa. Apa yang harus saya dituliskan? Tetapi bila ingat dia kata tulislah barang sebaris untuk dimasukkan ke dalam blognya sebagai cenderamata atau hadiah di ulang tahun, maka saya bersedia untuk menulis, sedikit saja.

Mungkin kalau saya kenangkan bagaimana detik pertemuan saya dengan beliau sebagai bahan penulisan baik juga. Kami baru kenal antara satu sama lain walaupun saya khasnya sudah lama mengenal nama Roslan SMS. Namanya agak popular dan penting apabila blognya diiklankan dalam Harakahdaily.net.

Bukan semua tulisan atau iklan mengenai blog boleh atau diterima oleh Harakahdaily. Tetapi nama Roslan begitu akrab dengan protal berkenaan.

Dari situlah saya mengenal Roslan. Dan tertanya-tanya siapa dia ini. Hingga suatu hari saya diberi tahu oleh sdr Ahmad Lutfi Othman mengenai beliau dan juga tentang kerajinannya menulis blog. Baru saya kenal. Selepas itu dikuti dengan pertemuan di retoran Yusuf Haslam di Jalan Pahang.

Saya percaya sebelum ini kami sudah terserempak, tetapi (beliau) takut untuk mendekati saya, almaklumlah saya dikenali sebagai penulis yang mencari makan dengan memeras ugut orang (menteri) ataupun menjadi alat dan propaganda Umno. Sebagai orang Pas tentu Roslan agak waspada untuk mendekati saya.

Lantas itu saya menjadi rajin membaca tulisan beliau dalam blognya dan juga blog dan laman lain yang 'mencuri' tulisannya.Saya kagum dengan kerajinan beliau mengisi blog. Setiap hari beliau updatekan blognya dengan memasukakn (posting) dua atau tiga bahan, berpa ulasan isu harian.

Kerajinan inilah juga membuka selera saya untuk sama berblog.

Dan pertemuan yang mengakrab dan memungkin beliau mengenali saya secara dekat dan sebaliknya ialah semasa majlis forum Mesyuarat Agung Pas kawasan Kelana Jaya, dimana saya mengikuti orang baju petak-petak merah yang menjadi ahli panel malam itu. Di forum itu baru saya kenal dan tahu mengenai komitmen dan juga perjuangan Roslan. Beliau bukan pemerhati politik Pas dari sudut pagar, tetapi pemain tengah yang lincah. Beliau adalah Ketua Pas Kawasan Kelana Jaya.

Apabila beliau dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan berkerja sepenuh masa di Jalan Raja Laut (pejabat Agung Pas), saya kira beiau mula mengurangkan mengisi bahan dalam blognya. Kesibukan tugas tidak memungkinkan dia terus berblog. Tetapi ternyata tanggapan saya meleset, blognya tetap dihiasi dan diisi dengan bahan-bahan ada kalanya eksklusif setiap hari dan dipetik oleh laman lain dan juga akhabr arus perdana. Dari sini menjelaskan kepada saya bahawa Roslan SMS dengan blog adalah seperti itik dengan air yang tidak boleh dipisahtanggalkan.

Sebenarnya kenapa saya rajin mengisi blog ialah kerana dicabar dan dorong oleh kerajinan beliau itu. Secara diam kami berlawan antara satu sama lain siapakah yang banyak mengupdatekan blog pada setiap hari.

Kepada Roslan selamat berjuang dan mendapat keredhaan Allah swt. - salam MSO. [jln phg 12:30 am 1 Mei 08]


(Terima kasih MSO, panjang lebar (walaupun sedikit). Saya sendiri sebenarnya adalah peminat beliau dan membaca hampir semua karya-karyanya yang semuanya provokatif dan bermaklumat belaka. Style dan pendekatan beliau dalam menulis mencuri minat saya. Walaupun MSO mungkin digeruni, dibenci, diminati atau dipinggirkan oleh sesiapa pun, bagi saya beliau adalah seorang kawan yang istimewa, lain dari yang lain-lain, terima kasih sahabat.)

MSO boleh diikuti di http://msomelayu.blogspot.com/

3 comments:

Jarri said...

maaf lah. komen ini tiada kaitan dengan post ini.

ini pandangan dan cadangan.

komen ini, saya rasa baik kalau popup. kerana akan kurang membuang masa.

lagi, janganlah pamerkan 3 entry sahaja dalam satu page. memang lah boleh view previous page, tapi agak membuang masa. sebaiknya, pamerkan posting untuk seminggu. tau kurang dari itu pun tak apa. tapi jangan lah cuma 3. saya sering terlepas baca. lagi pula, masa saya sangat terhad.

Anonymous said...

tak ada ke ucapan birthday dari blog menentang arus....setakat mengambil ucapan mereka yg sama arus menyebabkan seolah2 anda meletakkan diri anda spt bloggers pro UMNO

Anonymous said...

Selamat menyambut ulangtahun yg ke-4 abg lan...sy sungguh kagumi tulisan saudara...sy mula mengikuti tulisan Saudara sebelum pilihanraya setelah diberitahu oleh teman serumah sy...Saudara Roslan, sy amat meminati sejarah politik malaysia lebih2 lagi ia bermula dengan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim..dr situ sy rasa ada yg tak kena pada situasi politik negara ini dan saya baru mengerti apakah itu Perjuangan UMNO..saudara Roslan..sy tidak lagi ketinggalan membaca blog saudara yg cukup bernas,berilmu dan menjadi ingatan sy dlm setiap apa yang saudara tuliskan..sy bercita-cita ingin menjadi penganalisis politik yang berjaya walaupun ia tidak ada kaitan langsung dengan kerjaya saya.,sy amat mengagumi tulisan-tulisan yg bernas dan logik seperti MSO,Hishamudin Rais,Ahmad Lutfi,dan saudara sendiri.Saudara Roslan...sudi kiranya jika saya ingin tunjuk ajar dan sedikit ilmu agar saya dapat menyampaikan ilmu yang berguna ini kepada mereka yang masih berfikiran di takuk lama...kemungkinan nanti isyallah jika diizin Allah, saya akan menjejaki menjadi penulis blog yang berjaya seperti saudara nanti..semoga berjaya saudara Roslan..