Syabas Fairus, mana yang lain?
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPB Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.
Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.
Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih “humane” (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati “all great religions” (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: “akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!
Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam?!
6 comments:
tak boleh ke buat perjanjian bertulis utk org yg baru memelum agama islam yg depa berjanji utk tdk murtad/balik ke agama asal?
bro,
saya rasa elok bro tengok video wawancara nie.ada perkara yg kita kurang jelas dengar isu ini sebenarnya.
kalau boleh isu ini dibawa ke parlimen elok jugak.buat undang2 baru mengenai islam.
part 1
http://www.youtube.com/watch?v=echaEOz0OrU
part 2
http://www.youtube.com/watch?v=Axt5CLbPb04
by the way artikel bro bertajuk menjernihkan islam dalam isu murtad membuka mata saya mengenai persoalan yg sekian lama saya tidak jelas jawapannya.
moga perkara ini dapat diperjelaskan kepada non-muslim dan juga muslim yg lain terutama ong ka ting yg jelas jahil mengenai islam
Onslaught terhadap gama kita datang dari pelbagai sudut, local, international, direct dan indirect( subtle).
Org Islam tiada pilihan kecuali berpegang dan solidaritas dgn Islam yang satu, yg hakiki.
Perancangan dan tindakan mengsyirikkan dan memurtadkan umat Islam hari ini dan akan datang dgn apa jua topeng perlu dinoktahkan sekarang juga, without fear or favour, based solely on true Islamic teachings and nothing else.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Salam,
Saya berharap sgt YB Ibrahim Ali komen sket ......
Salam,
Ben, tak perlu perjanjian. Apa fungsi Badan yang menjaga hal ehwal agama Islam negeri itu sendiri? Jgn jadi pendaftar saje.....pastu biarlah apa nak jadi pada muallaf tu....di mana bimbingan atau pemantauan?
itu menunjukkan kerajaan umno/bn paling lemah dalam mengendalikan hal ehwal umat islam/muallaf. cakap macam munafiq.
sepatutnya memelihara dan tunjuk ajar yang baik. apa yang berlaku sebaliknya.
akhlak rosak binasa seperti rasuah, zina, rampit, arak, judi, ajaran sesat (hadhari?), bohong, ISA, hina pemerintah 'natang' pada (sultan), dan berbagai jutaan kemusnahan yang unno lakukan.
Post a Comment