Thursday, May 15, 2008

Sogok ahli Parlimen: Laporkan pada BPR

Pada bulan November tahun lalu Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keterangan MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat berikutan dakwaannya pernah disogok rasuah semasa mula-mula menjadi MB dahulu. Ini berikutan kenyataan Tok Guru mendedahkan perkara itu yang telah mendorong Ketua Pengarah BPR mengeluarkan kenyataan meminta Tok Guru membuat satu laporan BPR ataupun boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 17 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Dalam akhbar THE STAR hari ini ahli Parlimen Kota Belud (Umno-BN) Rahman Dahlan mendedahkan bahawa ada pihak-pihak yang telah menawarkan beliau "big sum" atau sejumlah besar wang untuk melompat ke Parti Keadilan Rakyat, PKR.

Kata beliau pihak tersebut telah dua kali menghampirinya iaitu sekali minggu lepas dan sekali lagi pada minggu ini. Beliau tidak menyebut jumlah wang yang kononnya ditawarkan kepada beliau itu tetapi ianya jika diterima, konon-kononnya boleh menyenangkan dua ke tiga jenerasi kaum keluarganya.

Boleh atau tidak BPR bertindak ke atas ahli Parlimen ini?

Beliau mendakwa dirinya telah disogok, tetapi tidak pula membuat laporan BPR atau polis, mengapa BPR tidak sibuk-sibuk meminta beliau membuat laporan atau mengenakan tindakan kepada beliau di bawah Seksyen 17 akta yang dimaksudkan?

Seluruh rakyat menunggu-nunggu kemungkinan wakil-wakil BN melompat ke sebelah Pakatan Rakyat bagi memungkinkan ia memperolehi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baru. Tetapi kita tidak sekali-kali akan merestui sebarang usaha jual-beli untuk merealisasikannya. Lalu kalau benar Rahman Dahlan mahu, segeralah buat laporan agar mereka yang tidak bertanggungjawab disiasat dan didakwa ataupun jika fitnah, biar beliau yang menanggung padahnya.

9 comments:

Anonymous said...

AP BN yang lompat harus di beri ganjaran lumayan kerana apabila BN tersungkur, menyelamatkan negara serta membebaskan rakyat dari belenggu kezaliman, penipuan, salahlaku dan pelbagai kesalahan...AP AP BN yang lompat bolehlah di anggap sebagai wira wira penyelamat dari kebodohan, kedunguan, kebahlolan, kebiolan......

Anonymous said...

SEBENARNYA LAH RAHMAN DAHLAN YANG KAKI SONGLAP,KAKI RASUAH,PANDAI SAJA CAKAP DIA,KASI MAKAN LAH ANAK-ANAK BINI DIA,DARI HASIL DUIT KONTREK RAKYAT SABAH,SELAMAT KEMBUNG PERUT DIA,,AMINN

Unknown said...

malaysia boleh!
bole
bole bole bole
(lagu lama yg diberi nafas baru)

Anonymous said...

Kalau ada bukti yang kukuh silakan buat laporan, tidak payah tunggu BPR pergi tanya pula ..... agak2 berapalah yang dia kena sogok? PKR nak bina bangunan pun minta derma dari penyokong, ini nak buang duit sogok anda....Pelik2

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis... ada artikel baru aku tulis ....

Anonymous said...

Alahai BPR, cepatnya tindakan awak terhadap TG Dato' MB Kelantan dulu. Tak perlu ada laporan tindakan terus dilaksanakan. Hari ini YB BN dah buat statement yang sama dengan YAB Tok Guru, apakah akan ada tindakana yang sama diambil? Kami tunggu dan lihat gelagat kamu wahai BPR

Anonymous said...

kebanyakan orang yang tak guna akal akan melaksanakan kerja bodoh dan menghasilkan perkara sia-sia, bukan seperti syaitan yang kerjanya merosakkan aqidah manusia setelah dirinya Allah laknat hingga ke hari akhirat.
jadi jika manusia yang mengikut jejak langkah syaitan itu tidak sedar maka diri sendiri akan rugi bukan sahaja hari ini tapi rugi yang berpanjangan.....

pesanan daripada:

orang utan,,,,,

Anonymous said...

Lagu lama mcm ini dah tak relevan lagi krn rakyat M'sia dah matang kecuali mungkin dr Sabah & Sarawak. Tak payahlah nak jual temberang d media krn nak dptkan habuan. Laporkan aje pd BPR.

Anonymous said...

biasala gang..undang2 kat m`sia ni hanya dikuatkuasakan terhadap PR. org2 BN kebal, depa pakai undang2 lain

serupa juga kes hina sultan/agong..depa hina takper...kalau PR,terus 20 report polis depa buat

Anonymous said...

Sdr-sdr Rakyat Malaysia yang saya hormati,
Janganlah kita naik heran sangat dengan tindakan puak munafikun sama ada yang pegang jawatan bersifat politik maupun jawatan yang bertaraf tetap dan berpencen. Saya sedih dan simpati dengan puak sedemikian terutama yang menggelar diri mereka 'MUSLIM'. Bagi agama lain, mana ada istilah munafik. Sebab itu saya tidak pernah salahkan puak bukan Islam. Mereka tidak diajar cara orang Islam kita berfikir dan beramal.
Malaysia Boleh ~ cogan kata yang dilaung oleh Pak Det memang sudah jadi bahan lawak di kalangan rakyat Malaysia.
Insaflah wahai saudara-saudaraku yang berikrar bahawa mereka itu MUSLIM. Disebabkan sifat-sifat yang tidak Islamik inilah menyebabkan agama kita dipandang hina. Sedang kita tahu bahawa agama kita yang terlengkap. Manusia tidak pandang pada doktrin tetapi pada kelakuan dan perangai kita sebagai muslim. Amalan kita yang dilihat. Islam adil terhadap semua manusia sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam. Larangan memperjuangkan bangsa tertera tetapi kita masih melakukannya. Itulah salah satu faktor yang menyebabkan kita tidak relevan lagi. Fikir-fikirkan.