Friday, May 23, 2008

PKPIM diserang, mana pemimpin-pemimpin Islam?

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM adalah sebuah NGO yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun dahulu. Matlamat persatuan ini antara lain adalah untuk mengembalikan pelajar-pelajar Islam Malaysia kepada idealisma Islam yang sebenar yang komprehensif sejajar dengan tuntutan al Quran dan Sunnah.

Badan ini walaupun aktif khasnya dikalangan para siswa Islam namun kadangkala oleh pelbagai sebab aktiviti, program dan kenyataan-kenyataannya tidaklah tertonjol sangat.

Baru -baru ini Pengerusi Halehwal Wanitanya (HEWI) adik Munirah Bahari telah mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran menukarkar pakaian seragama pelajar perempuan di sekolah-sekolah. Kata beliau ini bagi menangani jenayah seksual yang melibatkan remaja dan hubungan seks sebelum perkahwinan dikalangan pelajar. Menurut Munirah lagi baju berwarna putih (baju kurung sekolah) yang digunakan di sekolah-sekolah sangat jarang dan menyebabkan ada daya tarikan disitu.


Lalu beliau mencadangkan jika tidak ditukar sekalipun, pelajar-pelajar berkenaan diwajibkan memakai singlet dalam atau tudung labuh yang tampak lebih kemas, selesa dan selamat.
Saya tidak nampak sebarang kecacatan atau keterlaluan dalam kenyataan adik Munirah ini mewakili PKPIM. Tambah-tambah mereka adalah NGO pelajar Islam Malaysia, oleh itu layak dan paling sesuailah mereka terbit dengan cadangan ini, soal samada cadangan ini akan dituruti atau tidak, itu soal kedua, yang penting Munirah dan PKPIM sesungguhnya berhak menyuarakan pandangan mereka.
Masalahnya, semalam saya terbaca seorang Ketua Editor akhbar berbahasa Inggeris (yang bukan Islam) dalam blognya mengkritik saranan PKPIM ini. Pertama beliau menganggap PKPIM sebagai sebuah NGO yang langsung tidak dikenali, keduanya tindakan NGO tersebut "stupid" atau bodoh dan ketiganya menganggap PKPIM sebagai jelmaan "Little Taliban" kerana mengusulkan sesuatu yang ekstrim dan melampau.

Dalam akhbar The Star hari ini, PKPIM terus menjadi gelanggang serangan pihak-pihak yang sememangnya samada tidak menghormati Islam ataupun penafsiran Islamnya menggunakan acuan ultra liberal barat yang bersandarkan logik akal semata-mata.
Sisters in Islam melalui Pengurus Programnya Norhayati Kaprawi menolak anggapan PKPIM bahawa pakaian sekolah yang ada ini menggalakkan rogol (adik Munirah sebut jenayah seksual) dan seks sebelum nikah. Kata beliau tidak cukupkah dengan pakaian baju kurung yang ada sekarang. Lalu sebagaimana yang biasa SIS lakukan (iaitu memakai aplikasi logik mengatasi syariah) Norhayati berkata, wanita Melayu yang berkabung pun menggunakan baju kurung putih, apa masalahnya (tidak pula saya tahu wanita Melayu ada kod baju untuk berkabung?). Malah tambah Norhayati, Wanita Umno pun menggunakan baju kurung putih, apa isunya (kenapa Wanita Umno pula menjadi sumber hukum?).
Manakala Pengarah Eksekutif Womens Aid Organisation (WAO) Ivy Josiah yang turut tidak bersetuju dengan saranan PKPIM itu mengatakan apa yang perlu bukannya menyemak semula polisi pakaina seragama berkenaan tetapi adalah menyemak semula tanggapan-tanggapan salah berkenaan pakaian wanita. Kata beliau kes rogol berlaku bukan kerana pakaian, ianya akibat kuasa yang si rogol rasakan ia miliki terhadap mangsanya.
Bagi saya selaku badan yang bertanggungjawab PKPIM berhak mengemaukan cadangan ini, tambah-tambah ianya tidak langsung bertentangan dengan matlamat dan perjuangan mereka. Jika ada pihak yang tidak bersetuju atas apa alasan sekalipun, janganlah mengkritik dengan menyerang dan mempersendakan Islam pula. Mengapa usaha untuk mendekati Islam dipanggil sebagai "Talibanisation"?
Saya menyeru badan-badan Islam, para alim ulamak dan ahli-ahli politik Islam dan yang semua yang berkenaan agar menyatakan sikap dan pendirian terhadap cadangan PKPIM ini. Jangan biarkan mereka bersendirian menerima serangan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Atau apakah kita semua juga sudah lunak dan termakan dengan dakyah kumpulan berfahaman ulta liberal barat ini?

23 comments:

Anonymous said...

Tak heran tu, seluruh dunia sedang berperang dengan Islam di pelopori oleh Bush The Great Satan dan di bantu oleh munafik. Dulu mereka serang kominis tapi kominis sudah tiada, Islam pulak jadi musuh, malah kominis pun bantai Islam. Di Malaysia tak heranlah 'mini Bushes' akftif di mana mana dan di bantu oleh munafik!
Tiada kaffir atau munafik yang sayangkan Islam!

benludin said...

suruh je anak-anak depa pakai bikini ke sekolah...sbb dia org kata pakaian bukan (salah satu) punca jenayah seks!

Anonymous said...

sdr,
banyak kali isu ini telah dibangkitkan , bagi saya ia satu tuntutan yang amat penting dan relevan.kritikan dan pandanagn negetif juga berterusan.dan ianya akan berlaku sedemikian kerana menjadi hukum alam : manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahuinya ".apa yang penting perjuangan mesti diteruskan, manusia hanya akur melalui contoh bukannya cakap-cakap, teruskan dan tahniah kepada PKPIM.
sekian

Faizal R said...

laaa mintak tukar kaler jer terus di label taliban. apa punya editor lah, mmg x di nafikan ada org2 yg akan fetish terhadap budak2 sekolah punya dressing ni, ye la anak dara baru nak mekarkan. saya setuju kalau warna itu di tukar kepada warna yg lebih gelap, kelabu ka. budak2 pompuan skrg melaram pegi sekolah, ada yg sengaja x mau pakai kain cotton, pakai kalin licin yg lebih transperent, nak menggoda lg pakai bra hitam yg stylo & beropol2.

Anonymous said...

Sangat-sangat menyokong cadangan PKPIM. Masa zaman saya sekolah dulu, tahun 90-an, pernah terjadi kisah budak lelaki terliur bila lihat kawan saya. Kawan saya ni bertudung tapi fizikal montel dan tudung tidak lah labuh. Tambah pula baju memang jarang, jadi memang terserlah la apa yang tak sepatutnya dilihat. Saya bersekolah kat kampung saja, dan masa tu kami berada di tingkatan 2. Tergamam bila dengar komen begitu dari kawan lelaki tersebut. Zaman sekarang dugaan remaja memang sangat banyak. Tak salah kiranya warna pakaian diubah pun..sekurang-kurangnya terkawal sedikit nafsu mata si remaja tu.

Letting the time pass me by said...

Ramai orang yang tak paham Islam dan tak memahami Islam, mereka tak baca Al-Quran dan nampak Islam sebagai ugama yang suka mengebom dengan cara pengebom berani mati...

Tanpa memahami ugama Islam dan Al-Quran sudah tentu manusia tak nampak kebaikan Islam..

Dan asam-garam perjuangan ialah penentangan dan kritikan.. Jika berani berjuang, kenala berani dikritik.. sedangkan komen diblog-blog pun orang kritik balik, inikan pula komen yang dibuat secara public...

Tapi betulke pakaian sekolah tu seksi? Saya memang tak setuju 100%... Mungkin ade pakaian/kain yang jarang, tetapi ade juga kain yang bagus yang ok... Kalau kain tebal sikit tak nampak bayang.. Lagi pun fesyen bajunya taklah mengikut bentuk badan macam kebaya yang seksi... Ini baju kurung...

Lainla pakai bikini, itu memangla seksi... Macam la gambar yang diletakkan diposting nie, fokus kat situ dan menggambarkan konon-kononnya seksi.. Dah terang-terang dia pakai baju elok aje..Mana ade seksi..Tapi kalau dok tenung tang tu aje, memangla macam-macam drama boleh keluar kat kepala kita....kah..kah..kah...

Kalau baju sekolah pun dah seksi memang kepala hotak orang nie memang dah kuning, hijau dah, tak tahu membezakan antara nilai-nilai murni dan nilai-nilai buruk...

Kalau kepala hotak kuning, botol oren coca-cola pun boleh nampak seksi.... Tapi kalau betul-betul nak ubah, kenala buat baju uniform sekolah kain polis atau tentera, baru betul-betul legap dan tak nampak bayang...

Tapi dalam pentadbiran kerajaan hari ini, apa-apa pun boleh berlaku, dan tak mustahil cadangan ini akan dibahaskan diParlimen, syabas saudari Munirah...

Mungkin tahun depan adik-adik kita kena pakai uniform baru dan terpaksala Mak Bapak cari budget lain sebab kena beli uniform sekolah yang baru yang hanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat tertentu sahaja....

abuMuhammad said...

Bro,
aku rasa elok tukar, ttg budget tu boleh buat koho koho jgn mengejut mcm sekolah anak aku buat.

Mr. Right said...

Aku rasa NGO ni bersaing sesama mereka untuk jadi glamer lah. PKPIM sekadar memberi cadangan, mereka tak salahkan mana-mana pihak pun. Tapi apasal NGO-NGO lain gatal kemaluan nak kutuk, bantah dan melawan mereka? Biarkan saja lah pihak berkenaan (kementerian) kaji dan putuskan cadangan PKPIM tu boleh diterima pakai atau pun tak. Kadang-kadang aku rasa NGO tak berguna satu sen pun. Sekadar habiskan duit kerajaan dan duit pemberi derma.

ANAK BAPAK said...

kita nantikan apakah respon UMNO yang sebok mempertahankan ketuanan melayu atau Islam..atau sebok berpecah belah..apa pendirian UMNO dalam hal ini...?

Anonymous said...

saya sebagai wanita muslim agak terkilan dengan kenyataan2 dari 'org agama' mengenai tatatertib tingkahlaku, pemakaian orang 2 islam atau masyarakat secara menyeluruh.

Memang benar budak2 sekolah sekarang lagi "daring" dan berani, ada yang sampai memakai pakaian dalam yg kontras warnanya. tetapi mengapa semua ni diletakkan di bahu perempuan/wanita? sedia maklum ada juga kes dimana wanita bertudung litup dirogol dan dibunuh.

saya amat terkilan kerana 'org agama' tak penah menyentuh pihak lelaki. saya bukanlah seorang feminis tetapi rata2 lelaki sekarang mentalitinya amat teruk. Pantang apa yang boleh diraba, hendak dirabanya. Mna silapnya? penerapan agama tak ada. kenapa pelajar perempuan beigut berani? tiada pendekatan agama, kenapa seks bebas berleluasa? pegangan agama bukan lagi priority.tidak kira lah anda islam, christian, hindu, buddha etc.

di mana kerajaan yang membiarkan CD porno dibiar jual terang-terangan? di mana kerajaan yang tidak ambil peduli mengenai artis yg lebih berbakat dalam memperagakan cleavagenya dari bakatnya?

Maaf cakap tetapi lelaki zaman sekarang tidak layak menjadi ketua dan pembimbing. Tiada kualiti, mentality teruk.

stereotaip kah saya? kalau anda terasa pedasnya, andalah yang makan cili.

~anon 11.55

Anonymous said...

laaa...utk pelajar yg dah ade baju banyak tu..tak perlu la tukar, suh jek pakai singlet ke tudung labuh sikit ke..ape la dangkal sangat ko pikir {Letting the time pass me} oi..

tp utk pelajar2 baru masuk ting 1 ke masuk darjah 1 ke..kite buat la kaler lain, kain jenis lain etc..dr situ la bermula nya..

bukan masalah otak kuning tak kuning oi..lain la ko takde nafsu shawat..maybe ko tak terasa bende tu.

ishh...geng SIS ni..bile la nak mamp**...name jek baik..tp perangai seko2 cam haram..

Anonymous said...

Saudara,

salah satu media yang amat memberi kebebasan dan amat menyokong tulisan-tulisan anti Islam ialah "Malaysia Today". Tetapi, saya nampak bukan saja para-para blogger Islam (melainkan mahaguru), malahan orang-orang PAS begitu taksub dengan RPK. Saya rasa ramai ulama PAS ini tak pernah baca tulisan-tulisan dalam media Today, tapi menyokong RPK secara membabi buta semata-mata kerana beliau anti kerajaan BN.

Juga, yang nampak jelas begitu hebat menentang dan mecampuri urusan dan, membantah kebebasan umat Islam mempraktikkan ajaran Islam ialah orang DAP, penyokong mereka dan, ramai golongan bukan Islam PKR.

Saya amat berharap agar pemimpin Islam, terutama pemimpin PAS, ABIM dll supaya jangan jadi penakut, teguhkan iman, di dalam menegakkan urusan ugama. Mereka patut jadi " more assertive" dalam menegaskan dan memeberi kefahaman bahwa urusan ugama Islam ini adalah urusan umat Islam, jadi golongan lain jangan cuba hendak masuk campur.

Wallahualam

Anonymous said...

keceluparan dan kebiadapan manusia yang punya iman rosak dan tiada langsung iman adalah hasil dari kekejian sistem demokrasi yang terlalu disanjung tinggi. Kita sendiri yang menggalakkan mereka memilih mengikuti rasa hati masing2 hatta pada pemilihan pemimpin. Salah siapa? nak tunjuk kat orang lain...diri sendiri pun banyak dosa. Yang pasti musuh islam tidak akan senang akan keamanan ummat islam didalam mengamalkan islam yang sempurna.

Unknown said...

Islam dan jahiliah adalah dua isu yang tidak boleh diletakkan di tempat yang sama dan atas dasar dan semangat undang-undang yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan sewajarnya ia memupuk rasa penghormatan di kalangan warga yang berlainan agama untuk tidak mengusahakan kekeruhan hubungan dengan mana-mana warga senegara yang berlainan keyakinan apatah lagi selaku ejen penyampai maklumat ke atas massa,hikmah kebijaksanaan dicirikan oleh kebolehan menerima pendirian yang berbeza dengan melihat alasan mengapa persoalan timbul dengan minda terbuka.Sistem berfikir andai ditangani dengan menggunakan pancaindera semata-mata tanpa roh rohani yang dipandu oleh wahyu isu-isu yang wujud berakhir tanpa natijah yang memberikan kebaikan.

Abu Said Al-Qudri menyatakan pesan Rasul(salam dan selawat untuk Nabi dan sahabat serta keluarga)bahawa dunia ini manis dan melalaikan. Allah telah mengutuskanmu menjadi khalifah untuk melihat bagaimana kamu menguruskan kehidupan.Lantas jauhilah dunia ini dan awasilah wanita kerana godaan pertama di kalangan Bani Israel adalah wanita.
Menjauhi dunia bukan bermakna menjadi pasif jumud tetapi berasa takut kepada Allah di atas suruhan dan laranganNya.

Seluruh pelajar mesti menyokong agar isu ini diberikan perhatian dengan fikiran yang matang dan terbuka.

Faiz Shukri said...

Ini masalah yang berlaku bila manusia dah terasa lebih pandai dari Pencipta mereka. Mereka akan mengeluarkan kenyataan2 yang menampakkan kebodohan mereka.

Pada saya, pendapat PKPIM itu tak salah, malah betul dan perlu disokong. Tapi ingat, matlamatnya adalah demi keredhaan Allah, dengan manganjurkan pakaian yang menutup aurat. Itu tujuan utama. Soal mengurangkan masalah sosial / salah laku seks itu akan datang sendiri bila kita dahulukan Allah melebihi segalanya.

Kita tak pernah nafikan banyak faktor yang menyumbang kepada rogol / salahlaku seks. Tapi ingat, pakaian yang menjolok mata itu juga salah satu faktor dan tiada siapa yang boleh nafikan. Faktor lain eg lelaki jahat, pjualan cd porno itu juga faktor penyumbang dan tiada siapa yang boleh nafikan juga.

Mencari alternatif yang sesuai kepada kod pemakaian pelajar adalah salah satu penyelesaian. Baca betul2. SALAH SATU penyelasaian. Dan tiada siapa yang boleh nafikan hakikat itu. Penyelesaian2 lain juga harus kita cari.

Selagi manusia tidak kembali kepada ajaran Allah secara menyeluruh, selagi itulah masalah takkan selesai.

p/s: Kepada NGO2, kenali Islam itu dahulu, jangan main cakap je. Permintaan ikhlas daripada seorang Muslim bernama Faiz Shukri.

Anonymous said...

Saya bukan nak membangkan tapi membangkitkan kenapa kenyataan-kenyataan sedemikian perlu dikeluarkan melalui sesuatu pertubuhan dan kepada siapa kenyataan ini ditujukan? kepada kerajaan/kementerian pendidikan? kepada adik adik sekolah? kepada ibu-bapa? pada pihak sekolah? Kalau setakat mengeluarkan kenyataan terbuka tanpa apa apa agenda, inilah jadinya -semua orang mahu mengeluarkan kenyataan samada menyokong atau tidak dan hasil dari itu, akan digolongkan pengeluar kenyataan di dalam kategori islamic vs non-islamic dan lantas mengharu-birukan lagi keadaan lantas teladan dari PRU12 tidak dimanfaatkan.

Anonymous said...

kalau tak di keluarkan kenyataan berikut melalui media mainstream..sume takkan amik kisah dan tak siapa(org atasan la..paham2 la kan) akan berani pikul tanggungjawab tersebut..
pasal sekarang org lagi fikir pasal duit, behtu akidah anak2 camane..

terutama mak bapak yg biarkan anak2 mereka bukak tudung tu. tak berani nak tegur tu..ape kehe nie yop..

tp dah kene rogol ke ape, mule nak tuding jari kat orang lain. anak sendiri pegi disko kluar mlam takpe..

chet..org nak tegur pasal baju sekolah kasi budak baik sket ke, nak lenturkan buluh kene awal2...nie nak betulkan dr time sekolah lagi..nak terapkan lagi nilai2 MALU dlm diri semua.

melalut plak...
papehal nye, masalah rogol sume tu, kalau dah akidah lari dah, lembu pakai gaun pn die balun. so tak de nak salahkan laki zaman sekarang ke, pompuan zaman sekarang ke, kalau sume berbalik ke ajaran agama, insyaAllah masalah2 tersebut dpt dihindarkan.

semoga kerajaan fikirkan akidah rakyat lebih dr memikirkan nak majukan/ nak memoden negara yg dimana mentaliti rakayt dr segi agamanya masih belum matang ini.
nanti mule la sume nak terikut2 org kafir kat luar sane nuh. konon nyer mengikut peredaran masa...

Saya sokong tukar kod pakaian!!!!
kalau sape2 yg membangkang, tlg kasi alasan yg bagus selain dr masalah kewangan ( psl masalah kewangan nanti kita mintak Pak Lah support, die kan Imam hadhari yg banyak duit)

Anonymous said...

Baru tadi tersiar undian SMS di Buletin Utama, tentang hal ini. 73% yang bersetuju pakaian seragam sekolah adalah penyebab kepada jenayah seksual. Ini semua cuma penyakit fobia pada Islam.

Tukang Cerita said...

For Islam, "We Will Never Surrender".

Carl said...

Saya bersetuju dengan saranan PKPIM, malah saya turut mengutarakan isu ini dalam blog saya.

Anonymous said...

saranan dan idea PKPIM tue sangat bernas....adik2 dlm PKPIM lagi bijak dan pandai dari mereka yg dlm UMNO, mereka yg dah bergelar orang2 dewasa dan tua.

kekadang terfikir pulak...kenapa perlu angkat orang2 dewasa yg gilakan harta benda, gilakan wanita jadi pemimpin....better angkat adik2 dlm PKPIM nie jadi pemimpin malaysia....nak harapkan orang2 tua dan dewasa nie....nama je dewasa, orang2 tua, ada master ada Phd...tapi hampeh.

Faizal R said...

Saya menjalankan sedikit survey berkenaan perkara ini.

http://fullfilth.blogspot.com/2008/05/baju-kurung-sekolah-survey.html

Ibnu Ali said...

adik-adik PKPIM tak nak join PAS, boleh bertanding, pastu jadi pemimpin. Takkan tetiba jer terangkat kot...