PAS perlu ambil kesempatan perkukuh parti dan raih sokongan
(Artikel saya di bawah tajuk diatas telah terbit dalam Harakahdaily)
Pilihan Raya Umum yang ke 12 lalu adalah satu tamparan terhebat kepada BN sepanjang sejarah politiknya bermula dahulu dengan Perikatan dan kini BN. Umno bukan hanya gagal merampas kembali Kelantan dan kembali menjadi MB di sana malah turut hilang kuasa di Perak, Selangor dan Kedah. Rakan kongsinya Gerakan pula kecundang di Pulau Pinang.
Sudah pastilah faktor utama kemerosotan sokongan terhadap BN itu berpunca dari rekod buruk Umno dan rakan-rakannya. Rakyat memendam benci sekina lama, ia meluap-luap dan akhirnya meletus begitu sahaja tanpa dapat dibendung lagi. Akronim "ABU" dicat oleh orang-orang tertentu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur beberapa hari sebelum mengundi 8 Mac lalu, maksudnya "Asal bukan Umno".
Oleh itu banyak sebablah mengapa berlaku gelombang penolakkan rakyat terhadap BN itu, kecuali di Sabah dan Sarawak, dan salah satu faktor popular adalah kerana mereka mahu mengajar BN. Sebagaimana slogan "Tahun Merawat Kelantan" yang diguna oleh BN Kelantan untuk menumbangkan kerajaan PAS di sana, rakyat Malaysia mahu merawat BN yang sudah kronik penyakitnya itu, mudah-mudahan sembuh. Kerana itu mereka beralih mengundi pembangkang, namun jika rawatan telah berjaya tidak mustahil mereka beralih kembali kepada BN.
Trend seperti ini satu ketika dahulu dikaitkan dengan pengundi Cina, mereka bersedia mengundi pembangkang pada satu pilihan raya dan pada pilihan raya berikutnya beralih kembali ke BN.
Kerana itu ada pihak yang tidak berapa setuju dengan isitlah "Tsunami Politik" bagi menggambarkan suasana selepas 8 Mac lalu. Menurut mereka tsunami membawa kemusnahan "total" dan atas kemusnahan itu dibangkitkan satu kehidupan yang baru. Tetapi BN dan Umno tidak terus "mati" , pitam mungkin, tetapi mereka tidak ranap dan musnah sebagaimana akibat yang biasa dibawa oleh tsunami.
Lantaran itu kesempatan mabuk-mabuk lalat BN dan Umno khususnya itu perlu diambil oleh PAS untuk mengukuhkan kedudukan kita. Perpaduan dalaman perlu dan usaha intensif mempertingkatkan kekuatan dalaman ahli, menambahkan cawangan dan bilangan ahli perlu menjadi keutamaan. Mereka yang telah diberi amanah memimpin dan mewakili rakyat perlulah mempamirkan corak kepimpinan yang menguntungkan Islam dan tidak sebaliknya.
Singa yang luka ini pasti melompat kembali ke dalam gelanggang dan mungkin kali ini lebih ganas lagi. Saya teringat dalam filem "Tora Tora Tora" yang mengisahkan misi pengeboman tentera Jepun ke atas Pearl Harbour pada tahun 1941. Dipenghujung filem itu Laksamana Jepun yang berjaya melumnuhkan kekuatan armada Amerika Syarikat di Pasifik itu telah berkata kepada pembantunya: "Kita baru sahaja mengejutkan seekor gergasi yang sedang tidur".
Kerana itu baru-baru ini Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam ucapannya semasa meraikan suatu majlis bersama media dan "bloggers" anjuran Lanjnah Penerangan PAS Pusat telah berkata:
"Kita mengharapkan (akan) sedikit pengajaran yang diberi kepada Barisan Nasional dalam perubahan baru-baru ini. Ada orang mengatakan "Tsunami Politik", saya mengatakan "Gunung Berapi Politik", kerana gunung berapi mengeluarkan lahar yang ada baja yang boleh menumbuhkan tanam-tanaman. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin kerajaan subur fikirannya dengan perubahan yang berlaku, bukan hanya sahaja untuk kebaikan kita, termasuklah untuk kebaikan parti kerajaan sendiri, untuk memulihkan keadaan dan mengubati penyakit (mereka)."
Begitulah tafsiran dan pandangan pemimpin nombor satu PAS. Tidak terlalu bergembira dan ghairah di atas kemenangan kecil yang diberikan Allah, tetapi sentiasa berwaspada dan dalam waktu yang sama mengambil peluang menasihati pula musuh dengan tertib dan penuh berakhlak.
Kesimpulannya PAS perlu meluncur jauh ke hadapan, kemenangan ini tidak bersandarkan pada kekuatan fizikal kita semata-mata tetapi lebih atas faktor luaran, yang boleh sahaja padam dan reda esok atau lusa. Jana dan pertingkatkan jentera kita, bina dan kukuhkan kekuatan kita.
Dalam pada itu kita terus berharap agar musuh yang kita tempuh ini akan diberikan keinsafan oleh Allah swt, mahu kembali ke jalan yang benar.
4 comments:
Benarlah perpecahan dalam UMNO bak apa yang terkandung dalam bacaan doa berikut :
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Allahu Akhbar!!! (3x)
Saya yakin apa yang berlaku adalah bagi memudahkan kerja buat dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Kita perlu sedar kemenangan dalam perjuangan Islam sudah pasti dengan adanya kita atau tidak. Tetapi amalan setiap individulah yang akan dihitung.
Amalkanlah selalu bacaan qunut nazilah dalam solat kita.
Ingat, musuh bukan sahaja berada dalam kelompok luar , tetapi mungkin juga dalam jemaah Islam kita sendiri. Hanya sanya yang layak melakukan 'filtering' dan memberi kekuatan dan kemenangan adalah Allah S.W.T.
Betul, gunakan peluang yg Allah s.w.t. berikn kepada kita ini sebaik2nya. Jadikan keputusan PRU yg lepas sebagai pengajaran kpd kita juga, spy kita tak melakukan perkara yg sama bila kita berkuasa nanti. Ingatlah, nikmat datang drpd Allah s.w.t shj dan kepada-Nya segalanya akan dikembalikan. Pasti kita tak mahu amanah yg Allah s.w.t. berikan kepada kita ditarik dlm kemurkaan Allah s.w.t.
In my 2 cent, tidak perlu bertepuk tangan, tidak perlu bersorak gembira..Tambahkan lagi "rahmat dan rezeki" yg Allah SWT beri ini dgn memperbanyakkan istighfar supaya kita tidak menjadi seperti mereka, tambahkan kekuatan jemaah kita dgn ilmu yg bermanafaat, bersolat dan berdoa memohon agar mereka diberi petunjuk dan tingkatkan kerja untuk mempertahankan kemenangan yg telah diberi.Bak kata Tuan Guru, lebih sukar untuk mempertahankan kemenangan berbanding untuk menang...jika diukur dgn dacing Allah, usaha kita terlalu sedikit..
Alhamdulillah kita bersyukur...Lets get to work harder to obtain more and more from Allah!
Dan bila mana kamu lihat ramai manusia berbondong-bondong datang kepada hidayah Allah maka bertasbihlah kamu. kerna tiada apa yang hendak diseronokkan didunia yang sementara ini. Kita punya kerja yang hendak dilaksanakan. Semoga Allah yang maha rahim sentiasa meletakkan kita semua didalam rahmatnya dan juga memberi hidayah kepada golongan yang kufur akan ayat2 Allah agar menerima islam sebagai jalan hidup.
Post a Comment