Mufti Perlis cubit PAS cubit Umno, tetapi tercubitkah?
Ramai yang mengatakan PRU ke 12 merupakan suatu "Tsunami Politik", Presiden PAS TG Hj Abd Hadi mengatakan ia bagaikan "gunung berapi politik" suatu pengajaran dan iktibar buat Umno dan BN, apa pun rupanya bukan hanya orang politik dan orang awam sahaja terkena arus tsunami atau ledakkan lahar gunung berapi itu, rupa-rupanya Tok Mufti pun tak terkecuali.
Kerana itu saya lebih bersetuju dengan TG kerana kalau ia tsunami semuanya musnah dan mati belaka, tetapi jika ia gunung berapi, ia memuntahkan lahar yang boleh menyuburkan kembali bumi, memberi kesedaran dan nafas baru kepada ramai termasuklah barangkali tok-tok Mufti.
Hari ini Mufti Perlis memuatkan teguran, kritkkan yang penuh sinis dan kadangkala bagaikan senafas macam orang politik dalam ruangan mingguannya di Mingguan Malaysia. Saya agak beliau memang sesuai jika mahu terjun ke gelanggang politik, pilihlah antara banyak bahtera yang tersadai atau meluncur dipersada politik negara hari ini.
Saya tertarik apabila beliau menghurai dan membicarakan bahawa Islam itu adalah matlamat dan bukannya alat. Apa yang saya boleh faham berdasarkan penanya itu, jika kita berjuang untuk memartabatkan Islam maka jangan sekali-kali Islam itu diperalatkan. Jika begitu nanti agama hanya kelihatan sebagai bahan main-mainan untuk mendapatkan untung dan tenpat.
Bermaksud jangan matlamat menghalalkan cara. jangan berpilih-pilih membawa Islam versi satu kepada penonton satu dan versi dua kepada penonton dua. Lalu apabila takut penonton dua meninggalkan kita, maka kita masukkan pula versi tiga, kerana yang penting kuasa terus kekal ditangan kita. Itu anologi saya terhadap artikel beliau yang panjang lebar itu, memang tajam dan kekadang sinis tetapi jika ada asas kebenarannya maka perlu ditelan walaupun pahit.
Saya yakin beliau turut mencubit Umno apabila beliau menyebut kadangkala agama diguna sekadar untuk penghias majlis, bukannya memegang prinsipnya. Majlis rasmi dimulakan dengan doa tetapi perjalanan majlisnya tidak berteraskan prinsip Islam, dalam erti kata lain menjadi majlis maksiat.
Beliau juga menyebut ada pemimpin negara bagaikan "sumpah-sumpah" yang berubah warna mengikut majlis. Kata beliau ada yang mengajak rakyat jangan membazir tapi dalam majlis yang lain pemimpin tadi mengepalai pembaziran. Ada yang bercakap tentang rasuah dan amanah tetapi dalam majlis lain merekalah yang menganugerahkan projek-projek kepada "anak pinak" dan "rakan taulan" dengan cara yang dipertikaikan.
Bagus, dalam dan bermakna sekali teguran-teguran beliau termasuklah berkenaan Hang Berani yang katanya sekadar berani menghunuskan keris tetapi kemudiannya menjadi Hang Takut.
Tetapi dalam waktu yang sama semua mufti-mufti juga diharapkan jangan pula diperalatkan oleh jawatan mereka. Mufti-mufti mesti "above politics" jangan terlibat sekali-kali dalam politik, apalagi berkempen untuk parti itu dan ini atau calon itu dan ini atau melobi. Kalau berjaya begitu barulah mufti-mufti dapat membuktikan kepada semua bahawa Islam itu matlamat mereka dan bukannya alat. Barulah yang menegur tidak melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh puak yang ditegur.
Berlapang dadalah semua untuk menerima yang baik dan membuang yang keruh.
11 comments:
pada saya ini antara tulisan Dr Asri yang terbaik.. teguran yang tajam dan tepat pada pihak terbabit..
apa yang baik kita ambil sebagai panduan untuk membaiki diri
agama tu matlamat tuk org pas ceq oi, xsedaq lg ka, kenapa samapai x boleh teguq, merasa aman dalam islam yang dicorak sendiri itulah kesilapan kita, umno mmg la lari jauh dari guide islam, xda pa yg kita boleh kaitkan lagi tapai persoalannya pas, harakah islamiyyah yang bagaimana yang dibentuk? pemudanya ahlinya terus-terus dengan budaya songsang , tahalul siyasi yang dibawa ternyata memakan nilai tarbiyyah PAS , jim,abim dan beberapa gerakan lain dah tinggal nyawa2 ikan, xkan org dari kelompok tu masuk pas nak jadikan pas sama seperti mereka? bangkitlah saudara ku , bersama2 wujudkan nilai tarbiyyah yg SEBENAR.
Memang tulisan mufti Perlis adalah antara yg terbaik pernah disiarkan oleh akhbar arus perdana. Pd insan biasa spti kita, berlapang dada menerima teguran adalah biasa tapi yg dah terbiasa melakukan penganiayaan tanpa peduli hak siapa, rasa berlapang dada adalah sesuatu yg luarbiasa.
Salam...
Berhati-hatilah dgn Si Mufti yg satu ini.Secara jelas dan konsisten, beliau memang terbukti sedang menyebarkan FAHAMAN WAHABI ke seluruh Malaysia.Jgn cepat termakan dgn umpan-umpannya.Saya lihat ramai org2 PAS yg terkagum2 dgn ulasan2 si Mufti.Bukankah beliau merupakan org kuat si Syahidan Kasim, perasuah besar tu? KITA WAJIB MEMPELAJARI POLITIK DLM MAZHAB AHLUL BAIT KRN IA MENGAJAR KITA SUPAYA SENTIASA KONSISTEN MENENTANG KEZALIMAN, BUKAN SEMALAM MENENTANG TETAPI HARI INI MENYOKONG!!! ALI HAIDARI...
saya antara org yg suka pada pendapat dan tulisan2 oleh mufti Perlis. Memang dia berbeza dr yg lain malah lebih berani bersuara selepas pilihanraya...
walaupon ramai pihak tidak suka dgnnya... malah pernah digelar Bapak Syaitan oleh pemimpin PAS, saya rasa banyak tulisannya boleh diterima.. bagaimanapun mufti hanyalah seorang manusia yg tidak sempurna.. pasti ada kelemahan di sana sini... ujian dr Allah sudah tentunya lebih besar
...ya!! dia hanya berbeza selepas PRU12. sebelum ni entah apa2 entah. patut beliau lebih ingat pada diri sendiri bhwa pangkat mufti tu pon bukan matlamat tetapi alat aje. dan memartabatkan Islam pon tak bermusim.
...menyokong sureheboh tapi dgn syarat tanpa penyanyi tema superman tu. entah apa2 punya 'fatwa'.
...sila belajar perjuangan dari almarhum dato'ishak bahrom.
Anonymous 11.42 ini adalah golongan pemfitnah. Golongan ini tidak suka kepada orang yang memberi nasihat tentang Islam - terutama sekiranya orang itu berkebolehan menulis dan bercakap - as you know "pen is mightier than sword". Golongan ini akan melemparkan berbagai fitnah halus untuk menjatuhkan dan memporak purandakan para intelek Islam yang berpotensi.
Saya ingin tanya pada beliau ..apakah di "golongan wahabi" yang dia faham?
Lesong batu
Pada fahaman saya, tulisannya tidakpun menyatakan bahwa di menyokong penuh sureheboh. Penyanyi superman itu hanyalah satu faktor.
lesongbatu, komen hang pun ntah apa2...
Saya bersama saudara mohamad, tulisan yg adil tidak menyebelahi mana2 puak.
...sy tak ada masalah dgn tulisan yg spt mana sdr mohamad katakan tu. malah sy setuju dgn teguran tu. sesiapa pun boleh bagi pandangan. ada pandangan resmi, ada pandangan 'cari makan'.
...tapi itu tak bermakna sy setuju pada prinsip perjuangan beliau. atau semua tulisan beliau. cuma musykil mengapa skrg, tidak dari dulu(?).
...sdr mamat; apakah adil mengambil faktor penyanyi superman tu sebagai kambing hitam dlm masalah surehebuh(?).
Lesongbatu
Setahu saya, dari dahulu lagi Dr Asri telah berdakwah untuk memperkasakan ugama Islam. Jadi apa sebenarnya maksud tuan memfitnah beliau? Dari maklumat mereka yang yang telah lama mengenali Dr Asri, iatu rakan sepengajiannya, tidak ada pula yang menyatakan beliau jenis yang menjual ugama kerana dunia.
Apabila ada golongan intelek seperti ini, patutnya tuan membantu agar beliau terus berada di jalan yang benar. Kalau hendak tegurpun, tegurlah dengan cara yang berhemah. Bukan dengan cara yang akan merosakkan perasaan dan kewibawaan seseorang.
Saya juga tidak suka sikap memberi pujian berlebihan kerana ini hanya akan merosakkan beliau. Kita tidak mahu beliau terjebak keluar dari perjuangan berdakwah sepertimana segolongan cendekiawaan Islam yang telah diberi lebih glamour!
Juga harus difahami, jangan sempitkan cara untuk memperkasakan Islam hanya melalui kaedah politik.
Post a Comment