Monday, May 12, 2008

Lain padang lain belalang

Saya menerima komen berikut iaitu reaksi tindakan saya mengisytiharkan (boleh sahaja saya senyapkan dan delete sahaja komen itu seorang pun tak tahu) tidak meluluskan sepenuhnya komen seorang pengunjung lain (atau mungkin orang yang sama).

sdra,Kenapa mesti ada komen yg tak dapat diluluskan ? Mentaliti saudara rupanya 2 X 5 dengan mentaliti pengarang di Utusan dan di Berita harian. Mereka itulah yg mengawal bahan berita yg hendak disiarkan agar selari dengan kehendak pembaya gaji. dan pembayar gaji mereka pula mengikut kehendak kerajaan BN.saya mentakrifkan saudara mentololkan pendapat orang lain. saudara berfikiran bahawa pembaca lain seperti saudara juga tidak dapat membezakan pendapat yg betul dengan idea dari pemikiran cetek.saudara mahu membawa orang lain mengikut sahaja sepertimana saudara berfikir.

Corak berfikir saudara bergantung kepada pengetahuan saudara yg terbatas dan pengalaman saudara yg juga terbatas.Sebenarnya ruslan,Kebanyakan rakyat Malaysia cerdik. Mereka boleh berfikir dan dapat menentukan mana yg betul dan mana yg salah. kalau kamu siarkan semau pendapatpun orang akan tahu mana pendapat yg bodoh itu.akhirnya, dapat juga saya mengesan tahap dan darjah pemikiran saudara. pemikiran saudara tidak pula lebih dari mentaliti wartawan akhbar perdana.

assalamualaikum ruslan.moga berbahagia dengan tahap itu.
ANONYMOUS

Saya menyokong malah memperjuangkan hak kebebasan bersuara, malah itulah matlamat blog ini iaitu sebagai suatu media untuk menyalurkan pandangan dan komentar peribadi saya berkenaan sesuatu isu. Saya sediakan pula ruangan komen, guna untuk para pengunjung menurunkan komen mereka kiranya mereka rasa perlu. Walaubagaimanapun kebebasan sebagaimana apa sahaja perkara atas dunia ini sudah pastilah ada hadnya dan tidak mutlak, saya menghadkan di blog saya ini sejak ia diasaskan bahawa komen yang akan saya luluskan mestilah tidak mengandungi unsur lucah, memaki hamu, bahasa kesat, menghasut sesama kaum dan agama dan sesuatu yang mengancam aqidah dan kepercayaan saya selaku pemilik blog ini.

Pendirian saya mungkin bebrbeza dengan blogger lain yang sanggup meluluskan apa sahaja komen dari pengunjung mereka, malah ada juga blogger yang langsung tidak mengizinkan komen di blognya. Itu hak masing-masing, dan jika sdr merasakan seseorang blogger itu bermentaliti rendah, cetek atau bodoh, semata-mata kerana tidak meluluskan sesuatu komen maka itu juga hak sdr.

Saya bertanggungjawab dan sanggup memikul apa sahaja risiko yang mungkin bangkit hasil dari apa yang diterbitkan dalam blog saya ini, itu bagi saya lebih penting dari kebebasan yang melulu, pukul curi, "touch and go" atau "hit and run". Sdr sendiri bagaimana, bebaskah dengan berlindung tanpa menzahirkan indendtiti sdr sendiri?!

7 comments:

Anonymous said...

saudara Roslan,

me personally, have no problem
kalau you nak moderate any comments
i.e. it's your blog, it's your right

cumanya, since it's a blog
and every posting will be exposed
to public reading
hence, tentunya ada pembaca yang ingin memberi komentar, jika perlu dan sesuai

oleh itu, sebagai blogger yang tertanggungjawab
apa jua komentar pihak lain
(sekiranya bukan dalam yang kasar atau lucah)
adalah baik sekiranya dipaparkan
bagi menjamin ketelusan fakta dan perkara
yang telah ditulis/dipaparkan

jangan jadi macam klpos.com
di mana, tiada ruang pun untuk comment/response
walhal, ada terdapat fakta yang salah, menghasut dan rekaan semata

berani kerana benar!

Anonymous said...

Mana boleh compare blog nie dgn klpos. Yg ni blog run by an individual, klpos tu std-std malaysiakini, malaysia today.....

Suka dia lah nak set his rules, saya rasa sdr Roslan sungguh bertanggungjawab & berani, mana yang overzealous dan melampau, its his right to ban or reject.

Alaaa kalau dia tak khabaq kita pun tak tau except for the person who commented........teruskan bro bawa berita yang benar dan berani, kami sokong!

Anonymous said...

salam wbt

sy juga bersetuju dengan tindakan sdr untuk censore komen2 yang ditulis di sini.. selagi mana niat nye seperti yang saudara nyatakan - tidak guna bahasa kesat, jaga akidah dsb.

benar, kita ade kebebasan dalam menyatakan pendapat. tapi di mana2 sekalipun, kebebasan itu ada hadnya. [kalau semua orang bebas berbuat sesuke hati, kalau sy terasa nak bunuh orang pun, kire boleh lah ye? huhu.. ada batasannya dalam kebebasan tu, bergantung pada undang2 yang bertindak untuk menjaga kemaslahatan masyarakat, sebagaimana Islam diturunkan kepada manusia - punya undang2 dan sistem untuk bina masyarakat yang adil, aman, sejahtera dan seangkatan dengannya]

dalam konteks blog saudara Roslan, beliaulah yang 'mencipta'kan blog ini. jadi, beliau punye hak yang total untuk bertindak mengikut apa yang beliau rasakan perlu, berdasarkan matlamat yang beliau nak capai.

lagipun, ini akan melatih pembaca untuk lebih professional dalam memberi komentar. bukan sesuka hati menulis, menghentam..

kite perlu keluar dari culture ini. tunjukkan keIslaman kite atau etika yang baik dalam setiap tingkah laku kite.. termasuk ketika menulis komentar=)

wallahua'lam

[maaf, macam panjang pula komen ini]

Anonymous said...

brother roslan,
meneliti gaya bahasa dalam komen tersebut, saya sangat sangat yakin penulisnya adalah khairy jamaluddin.
(lain kali jangan siarkan lagi komen yg tak beri impak kepada pembangunan intelektual kita)

Anonymous said...

sdr,
berkaitan dengan komen bertulisan merah itu , saya rasa orang ini salah tempat , SS dan terlalu minoriti. Kalau kita berupaya membawa idea dan hujah yang lebih bernas jangan menumpang diblog lain, bina dan curahkan di blog sendiri.
saya amat setuju sdr mereviewkan mana-mana komen sebelum disiarkan kerana yang akan bertanggunggjawab nanti adalah saudara.saudara mewakili golongan majoriti
akhir sekali saya amat berterimakasih atas usaha dan pandangan saudara dalam blog ini.

sekian

nikrahim said...

Blog saudara, saudara punya hal lah. Nak siar pendapat orang lain atau tidak. Yang dengki pendapat dia tidak disiarkan tu apa hal? Buat blog sendiri lah. Komen apa-apa di situ, konfirm dapat disiarkan.

Xara said...

Tuan Roslan SMS,
Saya bersetuju dengan tindakan tuan menyaring semua komen yang patut disiarkan di blog ini. Dibimbangi jika kebebasan diberikan, maka ada pihak yang sengaja meninggalkan komen 'nakal' seperti yang menimpa PAS JB, lalu memainkan isu dan meleret ke perkara-perkara lain.