Saturday, May 31, 2008

Khalid Ibrahim: Permata dalam genggaman Selangor

Saya semalam berkesempatan berjumpa MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di pejabatnya atas urusan khas. Temujanji saya dan seorang pemimpin kanan pada awalnya ditetapkan jam 6 petang, tetapi kemudiannya dimaklumkan oleh SETPOL beliau 630 petang.

Sebelumnya disebelah pagi saya difahamkan Tan Sri menyambung mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, tengahari beliau solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudiannya ke Pejabat Daerah Petaling, program turun padanag ke daerah-daerah. Beberapa minit sebelum jam 6 petang saya lihat kenderaan rasmi beliau masuk ke bangunan SUK dan beliau terus bergegas ke pejabat beliau.






Sebelum saya masuk berjumpa beliau, beliau sedang bersama SETPOL dan SU Akhbarnya yang baru.

Saya membayangkan sendiri betapa sibuknya MB Selangor ini, pada perkiraan saya secara ikhlas beliau seorang insan luarbiasa, kurnia besar buat rakyat Selangor. Seorang tokoh korporat yang berjaya namun sanggup memikul amanah dan beban bertarung untuk membela nasib dan kebajikan rakyat serta memajukan negeri, kalau tidak hebat, apa lagi?

Tan Sri yang saya kenal ini seorang yang sangat peramah, sangat menghormati orang lain tetapi yang paling ketara seorang yang melimpah-ruah dan membuak-buak dengan idea dan pendapat. Untung Selangor melahirkan anak seumpama beliau. Kepada rakyat negeri, peliharalah permata dalam genggaman ini baik-baik.

(Apabila kami berpisah, Tan Sri sibuk untuk menyediakan soalan-soalan untuk sesi Parlimen hujung bulan depan, bilalah beliau berihat agaknya)

7 comments:

Anonymous said...

salam abg roslan,br post blog kejap td ye,sy nk mohon email @ apa2 saluran yg boleh sy brkan cadangan,pandangan,dan sebagainya bukan berdasarkan blog ini shj,tp ttg berkisar isu semasa yg kdg abg roslan terlepas pandang mngenainya.
t.ksh

Anonymous said...

salam...
aku respek pd insan bernama khalid ibrahim. sejak pakatan rakyat menang di selangor... aku selalu ikuti perkembangannya walaupun kerjaan dulu byk melomparkan tohmahan pd kerajaan pimpinan khalid.
ternyata khalid cekap dan laju dlm mentadbir selangor.. jau le beza ngan mb dulu... byk bercakap dan makan TEMPE!

roslan sms said...

Email saya:

roslansms@gamail.com

roslan sms said...

roslansms@gmail.com

mat_terab said...

NAMPAKNYA RAKYAT SELANGOR BERTUAH DAPAT MEMIMPIN MACAM NI...BUKAN MACAM KHAIR TOYO...CAKAP JE LEBIH HABUK PUN TARAK....

Anonymous said...

saya berbangga dan bersyukur punya MB seperti ini. semoga TS Khalid sentiasa diberi kekuatan dan rahmat dari Allah SWT dalam menjalankan amanah ini. Seorang wakil rakyat yang gigih berusaha seolah olah tiada 'work-life' balance, diri mereka ibarat kepunyaan rakyat dan rakyat berhak menyuruh YB-YB bekerja lebih untuk rakyat

lanwm

dauz said...

harapan kita semoga selangor akan jadi betul-betul negeri darul ehsan... insyaallah.. amin