Friday, May 30, 2008

Kesal dengan kenyataan Ketua Wanita JIM

Gerakan Islam mestilah sentiasa memiliki kesatuan fikiran (wehdatul fikr) yang melahirkan kesatuan tindakan dan pendekatan terutama dalam menangani suasana penuh pancaroba yang boleh sahaja meletakkan Islam dalam keadaan berbahaya dewasa ini. Harus diakui dalam negara kita sahaja terlalu banyak badan yang masing-masing mahu menjuarai perjuangan ini, apabila banyak bagaikan lidi, diikat menjadi satu, maka kukuhlah ia. Walaubagaimanapun bila banyak, tetapi gagal bersatu malah masing-masing mahu berebut kejuaraan, menafikan sumbangan pihak lain, akhirnya yang menjadi mangsa adalah Islam itu sendiri.

Isu pakian seragam murid perempuan yang dibangkitkan oleh adik-adik kita di Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tempuh hari adalah sesuatu yang "valid" yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang "concern" tentang keselamatan, kebajikan dan moral anak-anak kita. Saya perhatikan banyak pihak yang memberikan reaksi ke atas cadangan PKPIM itu, tidak menghalusi cadangan itu tetapi sekadar memberikan komen bersahaja, lalu tampaklah usaha PKPIM itu seolah "flimsy", longgar dan remeh. Kalau yang begitu sekadar pemimpin parti atau NGO yang kabur atau tidak jelas Islamnya, tidak mengapa, tetapi apabila yang berjuang Islam juga begitu, kita kesal kerana kita sebenarnya membantu meremehkan isu ini.

Apakah pokok kepada tuntutan PKPIM itu? Adakah meminta ditukar baju putih itu semata-mata tuntutan mereka sebagaimana yang diulas oleh Ketua Wanita JIM yang tidak bersetuju baju putih pakaian seragam sekolah ditukar? Cuba perhatikan semula apa yang mereka tuntut:

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. PKPIM mencadangkan agar Kementerian Pelajaran menukar baju putih sekolah kepada baju berwarna kerana ia tampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan. Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat

Perhatikan ada opsyen disitu, pertama agar kementerian tukar warna putih dengan warna lain atau keduanya kalau perlu kekal juga maka diwajibkan agar memakai singlet dalam atau tudung labuh.

Apa masalahnya untuk kita semua bersetuju dengan tuntutan mereka itu? Kenapa kita perlu terbit dengan idea yang jauh lari dari intipati tuntutan asal ini, adakah kerana mereka pelajar dan kita terpelajar maka cadangan mereka tidak masak, cadangan kita sahaja yang baik? Sepatutnya sesiapa atau badan mana yang mahu melontarkan pandangan, meneguhkan tuntutan ini dan terbit dengan hujah-hujah yang membantu.

Antara yang kuat menyerang PKPIM adalah Sister in Islam, yang tidak menerima cara berpakian sebagai punca kepada masalah seksual. Adakah kita juga meraikan dan berfikiran seperti mereka? Saya secara peribadi kesal dengan kenyataan Dr Harlina dari JIM yang dipampangkan hari ini dengan tajuk antara lain: Baju bukan punca gangguan seks (Malaysiakini) Seragam sekolah tidak perlu ditukar (MStar online). Apa maksudnya saya tidak tahu tetapi yang saya yakin ramai yang prejudis terhadap gerakan Islam akan melompat riang membacanya.

Bukan kita tidak boleh berbeza pendapat, tetapi "in times of critical crisis" sebegini, alangkah baiknya jika kita keluar dengan satu mesej yang jelas.

25 comments:

pot pet said...

ya seharusnya isu dilihat dengan lebih mendalam...mereka yang kurang peka hanya memberi komen tanpa melihat keadaan yang sedia berlaku sekarang...sila buka mata

Anonymous said...

salam..
kita pun kena lah lebih terbuka juga dalam menerima kritikan orang lain...apa bezamya kita dengan mereka jika bersifat demikian.

Anonymous said...

hehe...pangkat Dr sekalipon kalo dah bengong memang bengong jua...

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Kenyataan Wanita JIM tu sombong dan tidak menghormati pandangan orang lain.

Sepatutnya menyokong, jika tidak menyokong pun jangan meng"kondem" pandangan orang.

Menambah baik pandangan dari sudut lain yang wanita JIM sebut dah memadai, dan sepatutnya tak perlu kondem. Macam jamaah lain ini buta dan tak nampak masalah2 yang disebut oleh wanita JIM.

Orang-orag JIM kan tarbiahnya "power" dari yang lain... Mana ada nelayan, tukang kebun yang jadi ahli JIM, semua taknokrat, ahli akademik..

Orang-orang JIM yang ada dalam PAS nasihat sahabat-sahabat anda tu.

Terima Kasih Roslan SMS. Anda Berani! Tak Macam Sesetengah orang lain..

Motto JIM yang baru yang saya beri

"Bijak Dari Orang Lain"

Anonymous said...

inilah sikap JIM dari dulu dampai sekarang.. xpernah boleh menerim a pendapat orang lain.. asal keluar dari mulut jemaah lain.. semua xbetul.. yang betul dan perlu disokong hanya apabila terbit dari mulut mereka...

Anonymous said...

Saya percaya, tidak ada sesiapapun dikalangan Wanita JIM yang mempertikaikan bahwa akan hukum hakam aurat dan bahwasanya pendedahan aurat boleh membawa kepada maksiat.

Cubalah saudara baca maksud tulisan tersebut dengan hati terbuka agar anda akan faham maksud disebalik kenyataan tersebut.

Saya tidak nampak kenyataan wanita JIM itu sombong. Saya rasa, yang ingin diperjelaskan ialah:

(1) Pakaiaan baju kurung sekolah bukanlah penyebab utama jenayah seksual terhadap kanak-kanak sekolah di Malaysia pada waktu ini

(2) Saya rasa yang ingin diketengahkan ialah punca utama jenayah seksual ialah perogol itu sendiri.

lan said...

saya betul betul kecewa dgn pandangan Dr dari JIM ni.dulu saya kira boleh respect juga mereka ini. tapi sekarang saya fikir tidak perlu lagilah.. kecewa, sedih dan marah bercampur2

Anonymous said...

kepada ibnu ali..

"..Orang-orag JIM kan tarbiahnya "power" dari yang lain... Mana ada nelayan, tukang kebun yang jadi ahli JIM, semua taknokrat, ahli akademik.."

janganlah jadi seperti tuhan..tahu segala-galanya...anda tidak mengenali JIM, jadi, tak perlu anda bercakap tentangnya..

siapa kata ahli jim tak ada nelayan? tukang kebun tak ada? siapa yang kata..?

inilah masalah para ustaz..pemikiran mereka ditahap tu juga..tak buat kajian menyeluruh, terus aja hentam semberono...lepas tu mula la kata tak alami la..tak syumul la..subhanallah...

ahli dan mad'u jim ada di setiap peringkat umur pangkat usia..tidak mengira siapa yang ingin menyertai..di kalangan artis pun ada..di kalangan ahli nasyid pun ada..kita menganggap semua adalah mad'i kita..bukan dengan senang2 spti orang2 semacam anda yang mudah mengkafirkan orang2 umno/meyahudikan mereka..para ustaz2 ni teorinya mudah, tak ikut cakap mereka, dikatakan takde kesatuan fikrah..tak ikut program umum dikatakan durhaka pada islam..mudah2..

Anonymous said...

apa korang bising nie? Korang suruh aje pakae baju kurung warna kelabu taik anjing kek si dr. tu or suruh dia pakae baju orang nampak pusat hahahahah!

lantak ko leer, baju tu mungkin tak bersalah, yang bersalah olang yang pakae baju dah! hahahaha!

Anonymous said...

JIM pun lebih kurang macam OIC jaaaaaaaaa...

Anonymous said...

Banyak komen-komen balas ini melambangkan betapa sempitnya minda umat Islam, belum faham yang tersurat dalam kata-kata JIM, dah kutuk macam-macam kat JIM ..OIC lah, hilang respectlah!

mat_terab said...

Dr Harlina ni tak da otak ka harap je sekolah tinggi tapi tak reti apa...PKPIM tak de la pulak kata punca utama baju sekolah yang menyebabkan ganguan seks PKPIM kata salah satu punca...reti tak salah satu punca....di ulangi salah satu punca...banyak lagi punca lain itu hanya salah satu punca...dan cadangan PKPIM tu pun elok juga...tak de masalah apa pun....kalau betul la DR harlina kata baju bukan menjadi punca ganguan seksual cuba suruh budak-budak sekolah ni pi sekolah pakai Bikini tengok apa nak jadi...tak pun suruh anak dia pakai bikini pi sekolah....silap haribulan pak Haji bakhil pun bukak kopiah....

Anonymous said...

Saya hormati Dr. Harlina ats sumbangan banyak beliau sebelum ini dalam memperjuangkan isu kaum wanita Islam. Namun apa yang beliau perkatakan ttg isu pakaian ini sy merasakan beliau tidak bersandarkan pada fakta dan isu yang sebenar.

Cuba yang berbahagia Dr. pergi kesekolah2 di sekitar Lembah klang, dan lihat anak2 remaja (perempuan) berpakaian. Dengan pakaian putih yg jarang ini telah membuatkan para remaja kita mengambil kesempatan untuk mempertontonkan batang tubuh mereka.

Saya tidak kata semua lelaki itu beriman dengan sempurna, sudah fitrah lelaki tertarik dengan keadaan begitu, seterusnya akan merangsangkan lagi pelbagai gejala yang tidak senonoh berlaku dikalangan masyarakat kita.

Saya mohon Dr. menarik semula kenyataan Dr. dan memberi tumpuan pada isu sebenar yang diperkatakan.

nasru said...

kawe ingat masa kawe sekolah dulu. ada seorang classmate kawe , buah dada dia montok. bila cahaya matahari menyuluh dari sebelah kanan, kawe hok duk sebelah kiri terbias betapa besarnya nikmat masa tu. nafsu menggelegak wa cakap lu. jadi kawe fikir ubahlah baju tu supaya tidak jadi sedemikian rupa.

Ibnu Ali said...

Kepada anonymous.

Dah ler tak guna nama betul, apesal takut benar? Katakan yang benar walaupun pahit!

Buktikan, ahli JIM ada nelyan atau tukang kebun! Meh bagi aku nama dia or IC, aku nak temuramah!

Aku bagi sebab apa yang aku nampak. Dan komen apa yang aku nampak. Yang tak nampak nak buat macamna?

Yang Roslan SMS ni sebut hal baju kurung, yang ko bantai Ustaz2 ni buatpa?

Sebab tu kalau nak berdakwah kena jernihkan fikrah tu! Pantang jemaah lain buat, ade jer tak kena! Hampeh tul!

perhati.pantau said...

Ahli JIM ni mungkin majoriti terdiri daripada mereka yang berpendidikan SAINS bukan dari akar umbi pendidikan AGAMA , jadi pandangan mereka sukar untuk diterima oleh mereka yang berpendidikan AGAMA....

Anonymous said...

Saya tak sokong JIM tapi,saya cadangkan PKPIM jangan keluarkan isu tak cukup masak dan kena banyak bincang dengan banyak pihak di pelbagai peringkat sebelum bawa ke peringkat teratas.Cth, buat kaji selidik dengan pelajar,guru,PIBG, kemudian keluarkan keputusan kajian.Barulah bijak!

Satu perkara lagi, kaler tak penting, yg ptg adalah mutu kain tu.Saya ada dua adik perempuan, adik saya pakai kain yg tidak jarang, dan yg sekolah rendah pakai juga 'singlet'. Ini bergantung kpd keprihatinan/inisiatif ibu bapa.

Saya harap, kalau dah menteri tolak mentah-mentah tu, tak payah lah kita nak sibuk sakit kepala dan sakit hati. Kita tukar strategi.
1. bagitahu kepada ibubapa agar beli baju/kain bermutu.
bagitahu pelajar wanita utk pakai pakaian dlm bersesuaian. pandai2lah buat pamplet, etc.

2. pergi jumpa syarikat pengeluar pakaian. mintak mereka tingkatkan mutu kain.

Semoga berjaya.

Anonymous said...

ASWT, nampaknya ada sahaja mereka yang mengambil dan mencari peluang untuk mefitnah atau memperlekehkan mereka yang memegang institusi ilmiah ISLAM seperti JIM.

Cuba anda baca petikan tulisan Salmiyah Harun, Harakah, tentang kenyataan Prof Madaya Dr Harlina yang tulis:

Bagaimanapun, tegas beliau,
golongan pelajar perempuan yang
didapati berpakaian secara kurang
sopan mestilah dididik dan
dinasihati ibu bapa, golongan
dewasa serta guru melalui
pendekatan berhemah dan efektif.

"Agar remaja ini menyedari akan
tanggung jawab mereka menghormati
tubuh badan sendiri di samping
bijak membuat pilihan yang baik
untuk kepentingan diri dan
kebaikan orang lain," katanya.

Beliau menegaskan, proses
pendidikan itu haruslah merangkumi
pelajar lelaki yang perlu
didedahkan kepada sikap tanggung
jawab yang tinggi seperti saling
hormat menghormati dalam hubungan
silang jantina.

Tegasnya, kawalan yang lebih
efektif mestilah dikenakan
terhadap unsur-unsur lucah yang
dipaparkan dalam media elektronik,
media cetak dan internet yang
sememangnya mempunyai kesan
negatif terhadap minda muda
remaja.

Melalui petikan di atas sudah jelas, Dr Harlina menitik beratkan aurat. Cuma yang ingin hendak diketengahkan ialah punca utama jenayah seksual yang mesti di benteras.

Saya rasa mereka yang mencaci Dr Harlina ini ialah golongan musuh Islam atau anda telah tertipu dengan dakyah/fitnah glongan anti Islam yang bergerak halus untuk menjatuhkan golongan ilmuan/cendikiawaan/profesional Islam yang berjaya.

Anonymous said...

Kenyataan "Ahli Jim ini majoriti terdiri daripada mereka yang berpendidikan SAINS bukan..." menggambarkan betapa ombongannya dan angkuhnya diri penulis dan memandang hina kepada ahli JIM yang segolongan besarnya adalah mereka yang berpeluang terdidik dalam Agama dan dalam sains.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

nak mencelah.. tak kesah la yg keluarkan kata2 tu siapa, yang penting apa yang dikatakan.

Isu dia : Kurangkan masalah sosial di kalangan masyarakat (eg: gangguan seks)

sebab : SALAH SATUNYA nya, baju yang jarang dan tidak sopan ( bagi PKPIM pilih dalam banyak2 sebab, isu pakaian skolah, adalah disebabkan mereka pun adalah institusi pelajar- concern lebih kepada itu dan merupakan tindakan yang sangat berani)dan banyak je sebab lain kan...

CADANGAN penyelesaian : Ubah warna baju, atau wajibkan singlet atau tudung labuh

Apa yang berlaku :
i) dapat sokongan KELANTAN!(yay!!)
ii) tentangan JIM dgn cadangan lain mendidik anak2 tentang Islam dan etc.

Saya tak la tahu sangat JIM macam mana dan siapa ahlinya..

Dari sudut agama, salah ke tukar warna baju, kalau warna kain skolah agama petang ditukar dari biru ke hijau boleh?

Bukan suatu keputusan yang mudah??
Tindakan untuk terus ke peringkat kementerian adalah lebih efficient dan berkesan berbanding buat pamplet la, nasihat sorg2...

(Kerajaan perlu tangani dan fikirkan cara menangani--setakat komen n takde tindakan yg effisien, susah la kn?)

Atleast PKPIM dah keluarkan cadangan diterima ke.. tak ke.. ade effort, tapi JIM tak bagi pape pelan tindakan yang doable(boleh dilakukan dengan segera dan berkesan)pun lepas dah menidakkan cadangan tu..ke saya je yang tak dengar..wallah'alam,

Nampak gaya macam SALAH SATU cadangan ke arah institusi ISLAM secara keseluruhan (dan bukan separuh2) mula ditolak...

:- dan ada yang menyokong lagi..

Akan ade lagi isu lain lepas ni...

wassalam

Anonymous said...

ibnu ali...


isunya adalah baju kurung/uniform sekolah..bukan isu JIM ke apa..cuba la buka pemikiran saudara tu..jernihkan dulu fikrah, minda, dan faham isu..bukan isu siapa lebih pandai siapa lebih bodoh..kalau nak tahu ada ke tak, sila ikut tarbiah JIM..ikut program..kenal ahli-ahlinya..setakat ini, saya tidak pernah jumpa satu blog / artikel / majalah yang JIM pernah hina orang / jemaah lain...yang ada hanya blog-blog ustaz2 yang tak suka jim..di rumah anak negeri dahulu, pelbagai tuduhan dibuat..jim ni yahudi punya tanzhimla..siap orang2 kat sane ditampar oleh geng2 ustaz ni..inikah dakwah? berikan kami mana blog yang hina jemaah selain JIM dan ditulis oleh ahli jim...berikan..


kalau rasa ustaz yang profesional, kita tidak membincangkan soal JIM, kita berbicara soal isu pakaian..yang melarut sampai jim ada ahlinya nelayan ke tidak...apa kebenda la..think beyond borders..jangan sempitkan minda yang sudah terkongkong tu..


inilah masalahnya kalau hati memang dah benci kepada JIM..isu lain, cakap lain..balik2, tuan diri yang dipukul..


kepada semua pengkritik, mari kita berbalik kepada TAJUK perbincangan atau isu...bukan masalah siapa keluarkan kenyataan...


kepada yang mengkritik JIM..dalam kaedah fiqh, kita tak leh cakap pasal sesuatu / seseorang yang kita tak kenal..ana rasa, para ustaz semua tahu perkara ni..cuma tak mau amal je..belajar, kemudian tinggal kitab tu celah2 komputer, kemudian tengok movie..ana faham sangat dah ustaz2 kat mesir nih..

Anonymous said...

Salam, udah2 jgn gaduh2, isunya ialah kesatuan fikrah' dlm sesuatu isu tg dilontar, pastu bergaduh dlm komen2 ni pehal? Saudara RSMS cadangakn satukan fikrah dlm kenyataan, maknanya slaing sokongmenyokong lepas tu baru hurai pandangan sendiri... yu jaa, ni pakat2 kutuk jim, kutuk ustat, mcm2 hal, inilah agaknyer kualiti majoriti peng'omentar' di sini, selalu hilang fokus?!!!

Anonymous said...

SOKONG AN-WAR!!!!
aku tgk punye la byk comment utk posting ni..buka2 tGk komen yg lari fokus rupenye.
kembali kpd topik asal. ni yg aku fhm:
sepatutnya kita tgh lawan mereka yg xnk kaitkan barah sosial yg melanda skrg dgn agama..walaupun cdgn PKPIM nampak mcm kurg masak, tp ada islah pd cdgn tu. so mr roslan berpendapat perlunya KESATUAN semua jemaah islam dlm menyokong usaha ini. once diterima, pekara ni akan dikaji lg...bkn semestinya terima bulat2 pdpt PKPIM tu. yg penting kesatuan syeikh.
aku ni dah lama mendalami hati nurani ahli PAS, JIM n PKPIM ni, esp kat kampus...n aku berada dlm slh satu jemaah td. kepala2 mereka tu sume kwn baik aku. hormatilah setiap pandangan dr setiap jemaah, kita bersatu atas perkara dasar(dlm konteks ni isu utama MASALAH SOSIAL DISEBABKAN OLEH TAK TITIKBERATKAN AGAMA), & kita berlapang dada dlm perkara cabang (dlm konteks ni ialah APA APPROACH YG TERBAIK). WALLAHU A'LAM

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

kepada sarah khadijah..


JIM dah lama dah buat guidelines..lepas tubuhkan pula raudhah sakinah utk orang-orang yang dah terlanjur..mereka dah masak dengan masalah remaja...kita jangan bercakap perihal sesuatu kalau kita tak berpengalaman tentangnya..yang tahu hanyalah bersangka buruk dll..

Anonymous said...

Kenyataan Media JIM mengenai

"Isu Saranan Penilaian Semula Baju Kurung Putih Sekolah Untuk Pelajar Perempuan"

boleh dilayari di
http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar

Wakil JK Penerangan
JIMedia Johor
http://johor.jim.org.my/blog/