Kerajaan Selangor jangan hanya tumpu pada rasuah dan
salah-guna kuasa
Semalam saya sempat menyaksikan persidangan DUN Selangor yang disiarkan secara langsung oleh portal Kerajaan Negeri Selangor. Saya tertarik dengan ucapan penggulungan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kadangkala seakan seorang pensyarah ekonomi mengajar dan mendidik anak-anak muridnya, terutama dari bangku pembangkang, yang ternyata banyak perlu diajar.
Tan Sri Khalid telah menggariskan kesilapan dan kelemahan pendekatan kerajaan yang lalu dan betapa kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor berhasrat untuk tidak mengulanginya demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Mudah-mudahan Selangor di bawah Tan Sri akan benar-benar berjaya kali ini.
Dalam pada itu dalam laporan akhbar The Sun hari ini saya perhatikan terdapat juga amalan yang dilakukan oleh kerajaan lalu terus mahu juga diamalkan oleh kerajaan PR. Kalau ianya baik dan memberi manfaat kepada rakyat, silakan, tetapi jika tidak, saya tidak nampak apa manfaatnya ia diteruskan atau tidak diperbaiki.
EXCO PBT dilaporkan memberikan angka-angka berkenaan serbuan yang dilakukan oleh PBT di Selangor terhadap rumah-rumah urut, pub dan disko di negeri ini setakat bulan lalu. Dari 413 premis yang dilaporkan diserbu, 230 disiasat, 34 disita, 43 dikompaun , 122 didakwa di mahkamah dan 2 diarah tutup. Memandangkan Selangor adalah sebuah negeri majmuk, tidak seperti Kelantan dan Terengganu, saya boleh faham bahawa amalan kaum-kaum lain perlu diraikan dan dibenarkan oleh kerajaan.
Tetapi saya ingin bertanya berkenaan kehadiran rumah-rumah urut di Selangor ini. Tanyalah siapa sahaja yang celik dalam isu ini, apakah modus operandi sebenar pusat-pusat ini, pasti semua tahu. Amalan kaum manakah yang membenarkan kaum lelaki (terutama suami-suami orang) duduk berbaring di atas katil sambil diurut oleh kaum wanita yang genit-genit, lazimnya dalam bilik yang tertutup?
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berterus-terang dan telus dalam hal ini. Bukan amalan rasuah dan salah-gunakuasa sahaja yang perlu kita tangani dan beri keutamaan, tetapi gejala-gejala sosial yang meruntuhkan akhlak dan institusi keluarga juga penting.
Saya ingin tanya EXCO PBT apakah kesalahan utama rumah-rumah urut di Selangor ini? Rakyat sudah biasa membaca serbuan-serbuan yang dilakukan semasa BN dahulu (gambar gadis-gadis seksi yang diangkut pihak berkluasa sering muncul di TV), serbu hari ini, buka kembali esok. Kalau syarikat atau nama pengusaha disenarai-hitam pengusaha nanti menggunakan nama lain pula. Ini menunjukkan industri maksiat ini mempunyai permintaan dan sangat lumayan bagi pengusahanya. Sampai bilakah kita mahu biarkan perkara ini berterusan?
Kalau sekadar urut oleh orang buta, urut untuk wanita yang baru bersalin, urut bagi mereka yang terfseliuh dan salah urat, semua pihak boleh terima, tetapi urut yang diamalkan di rumah-rumah urut khasnya di Selangor adalah urut yang menjurus kepada pelacuran dan seks, apakah amalan ini mahu kita izinkan?
Saya syorkan kita haramkan sahaja rumah-rumah urut seperti ini. PBT sepatutnya hanya memberi lesen kepada jenis-jenis urut yang saya kategorikan di atas, dibuat di kawasan yang dizonkan, dan terbuka kepada orang awam. Pengurut-pengurutnya perlulah dipastikan bertauliah dan diperiksa dan dipantau oleh pihak PBT yang memberikan lesen.
Rasuah dan salah-gunakuasa adalah amalan jijik yang boleh meruntuhkan peradaban dan maruah manusia, tetapi begitu juga maksiat seumpama ini. Ini bukan isu agama tetapi isu sejagat yang disepakati saya percaya oleh semua.
Selain itu akhbar yang sama turut melaporkan yang pub dan disko di Selangor, dizon-zon yang dikhaskan oleh PBT akan dibenarkan beroperasi sampai jam 3 pagi. Adakah ini juga amalan mana-mana kaum di Malaysia khasnya di Selangor?
Untuk orang Islam sudah pastilah ianya haram, tetapi bagaimana dengan kaum lain? Pengunjung pub dan disko ini lazimnya bukan pasangan suami isteri, tetapi pasangan remaja yang tiada ikatan perkahwinan termasuklah suami-suami atau mungkin siteri-isteri yang curang terhadap apsangan mereka. Isteri kaum manakah yang sanggup mengizinkan suamininya ke pub dan disko sehingga selewat jam 3 pagi?!
Binatang yang hidup melata dibumi pun tidak aktif di jam itu (kecuali binatang yang keluar malam, itupun kerana siang ia tidur), bayangkanlah. Saya tidak menetang hak kaum bukan Islam untuk berhibir dan kinum arak di pusat-pusat ini, tetapi perlukah ia beroperasi sampai jam 3 pagi! Seingat saya semasa Khir Toyo menjadi MB Selangor dahulu beliau pernah cuba menghadkan operasi pub dan disko inis ehingga jam 12 malam, tetapi beliau menerima tentangan terutama dari pengusaha-pengusaha industri ini, sekarang bagaimana?
Memandang kerajaan baru ini menitik-beratkan profesionalisma belaka, maka saya merasakan hal ini juga perlu ditangani secara profesional. Pub lazimnya dikunjungi oleh meraka yang mahu minum-minum (biasanya arak) sambil menengakan fikiran (menurut mereka), manakala disko pula tempat tari-menari dan minum-minum juga. Apakah kerajaan Pakatan Rakyat mahu membenarkan rakyatnya minum-minum sehingga lewat jam 3 pagi? Saya yakin EXCO PBT tahu limit seseorang individu yang minum-minum, kalau ia terus minum-minum sampai jam 3 pagi, pastinya EXCO berkenaan tahu implikasinya.
Kalau minum-minum dan mabuk kemudian tidur terus di pub dan disko tidak mengapa, tetapi sudah pasti simabuk tadi mahu pulang ke rumahnya, bagaimana jika ia memandu? Bagaimana jika dalam ekadaan mabuk ia dirompak? Bagaimana jika ia wanita, dalam keadaan mabuk ia diapa-apakan oleh mereka yang tidak mabuk? Bagaimana keadaan si mabuk tadi bila sampai rumah, jika sudah berumah tangga sudah tentu akan berlaku perceraian dan sengketa.
Apakah kita tidak belajar dari jenayah dan musibah yang berlaku disekeliling kita terutama di sekitar Lembah Kelang selama ini? Saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambils erisu isu ini, bukannya untuk men "Taliban" kan negeri Selangor (itulah tajuk akhbar Malay Mail dahulu ketika Khir Toyo cuba mengawal waktu operasi pub dan disko dulu) tetapi untuk melahirkan rakyat Negeri Selangor yang selamat, ceria, bahagia dan menyelamatkan institisu keluarga dari roboh dan runtuh.
11 comments:
Kerajaan PR perlu di komen.
Jgn sibuk dgn yg kecil nanti terlepas negeri..
Bukan senang nak menang, minta pandangan idea dari rakyat kerana Menteri Besar dan Exco bukan pakar semua hal..
Dah ada website/email agar rakyat boleh hubungi terus Menteri Besar atau Exco?
Plse jangan kecewakan RAKYAT yg bersusah menangkan PR...
Rakyat melihat apa yg tuan2 buat!
Saya cukup bersetuju dengan kenyataan saudara roslan ini. Sepatutnya kerajaan di seluruh negeri yang dikatakan berada di negara islam ini mengharamkan umat islam bekerja atau pergi ke rumah-rumah urut, disko atau tempat-tempat maksiat. tangkap dan hukum mereka jika langgar.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Brader Roslan,
Saya sangat menghargai sikap saudara ingin mengambil inisiatif dalam hal ini.
Tapi ketereangan saudara itu sendiri sudah melarut-larut dan lambat laun akan memaksa kaum lain bagai kerbau dicucuk hidung.
Kenapa tidak kita amalkan cara hidup/amalan hindu. Tiada paksaan langsung. Segala sesuatu datang daripada hati/amalan/sikap dan begitulah ianya dididik.
Tiada sebarang bentuk tekanan, undang-undang, prinsip secara fizikal.
Amalan Hindu membolehkan lelaki kahwin unlimited, tapi mana ada kes Orang India (Ditekankan disini pengamal Hindu) menjadi isu. Tak ada paksaan dan tiada undang-undang.
Takut isteri lari dan suami curang, ini masalah global...macam mana tutup pun...akan berlaku...pilihlah negara manapun...kaum manapun..bangsa manapun.
Nak tanya tak de alternative lain ke??
ada satu cdgn....buat satu peraturan...tiada siapa dibenarkan berada di jlnraya slps pkl 12 mlm.hehe.....
saya setuju dgn isu yg saudara roslan highlightkan nie. Banyak negara atau negeri di malaysia nie hanya tertumpu kpd pembangunan material sahaja tetapi melupakan pembangunan insan kecuali negeri kelantan.
sudah tiba masanya selangor mengikut contoh pentadbiran kelantan yg menghadkan lesen bagi premis2 urut, disko dan club2 mlm....contohilah bagaimana kelantan membangunkan modal insan rakyat negeri kelantan.
kalau tanye sesiapa pun dikalangan cina dan india yg beragama budha ataupun kristian...sudah pasti mereka pun mengutuk amalan judi dan minum arak serta zina...mereka sendiri tahu implikasi buruk dan negatif kesan drpd arak, judi dan zina....bahkan agama mereka sendiri menghalang mereka melakukan perbuatan sedemikian.
En. Roslan,
Saya bersetuju dengan apa yang saudara utarakan. Hal ini memang telah lama bermain di fikiran saya. Saban hari, minggu dan bulan akan ada sahaja disiarkan dalam media sama ada media cetak mahupun elektronik berkenaan serbuan ke atas pub, disko dan rumah urut/tumpangan.
Hasil dari serbuan tersebut sudah tentulah sesuatu yang menyedihkan. Apa yang dapat dilihat ialah, kesemua pusat-pusat "hiburan" ini menjalankan kegiatan yang tidak bermoral yang bercanggah dengan tatasusila bangsa, negara dan agama.
Tidak dinafikan memang mustahil untuk menutup atau menghentikan pusat-pusat tersebut dari beroperasi secara mendadak dengan satu tindakan drastik. Ia boeh memakan diri. Ibarat menghentikan sebuah kipas yang sedang laju berpusing: Jika satu tindakan menghentikan kipas itu dilakukan secara drastik, pasti sama ada kipas tersebut akan rosak atau si pelakunya akan cedera ataupun paling parah jika kedua-duanya menerima kesan negatif.
Pihak PBT mahupun mana-mana pihak "berkuasa" yang terlibat perlu merancang dan melaksanakan satu tindakan yang efektif bagi menangani masalah ini.
Saya mencadangkan supaya menghentikan pengeluara lesen baru bagi pusat-pusat "hiburan". Akan tinggal hanya pusat hiburan yang sedia ada sahaja yang mana bilangannya sudah begitu banyak sekali. Kemudian rangka suatu akta baru berkenaan pusat-pusat "hiburan" yang sedia ada dengan memperketatkan lagi hal-hal yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Mungkin lebih bertegas jika ada pihak pengendali pusat hiburan yang ingkar dengan membatalkan terus lesen mereka walaupun dengan sekali kesalahan. Dengan cara ini pihak yang telah dibatalkan lesen tersebut tidak boleh lagi membuka pusat hiburan yang baru. Ini kerana sebelum ini, kebanyakan pihak yang telah disenarai hitamkan mahupun yang telah diarahkan memgehentikan operasi akan membuka kembali cawangan lain dengan menggunakan nama individu lain pula. Jadi, tiada penghujung bagi "fairy tale" ini. Undang-undang dan akta yang ada sekarang ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi dan seolah-olah mereka ini sudah kebal.
Berikutnya adalah memendekkan waktu operasi. Ini bermakna bagi yang bukan beragama Islam, mereka masih boleh menikmati hiburan dan meminum minuman "kegemaran mereka" tetapi dihadkan sehingga masa tertentu sahaja. Kakitangan di pusat-pusat hiburan tersebut dihadkan kepada bukan beragama islam sahaja. Apa yang paling menyedihkan kita semua sekarang ini adalah bukan sekadar individu yang mengunjungi pusat-pusat tersebut sahaja ada yang beragama Islam, malah pekerjanya juga majoriti adalah beragama Islam.
Nauzubillah..
Tak ada agama yang suka si suami pergi berurut dengan wanita lain yang bukan isterinya hatta agama hindu sekalipun wahai saudara Anonymous..
Kita ingin amalkan cara hidup yang sihat...rumah urut hanya berselindung , yang sebenarnya di sebalik rumah urut itu ialah kegiatan pelacuran...
Think man, think...
Saya cukup keciwa dgn berita ni, walhal nilah modal penceramah PAS di Sgor ni, skrg apa sudah jadi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm
Sebenarnya kalau diteliti, selain agama Islam pun tiada yang menghalalkan arak. Berhibur seperti dalam disko. Tak percaya tanya ler "ulamak2" diorang..
Buat macam tok guru nik aziz, pertemuan dengan ketua2 agama masing2. mana yang boleh mana tak boleh dalam agama diorang.
Sebenarnya bukan agama, tapi masyarakat sekular, tak kiralah Islam atau bukan. Fikrah sekular ni melanda kepada semua bukan Islam sahaja.
saya sokong saudara roslan,sepatutnya PR kena dgr ape penulis blog nie kata kan.
Jgn lupa merokok itu haram di negeri Selangor. Haramkan penjualan rokok di Selangor.Biar cakap selupa bikin la.
Post a Comment