Kelantan sokong tuntutan PKPIM
Memang isu sebenarnya bukanlah baju kurung itu sendiri, iaitu baju putih berkain biru. Isunya adalah kain putih yang digunakan terlalu jarang sehingga menampakkan baju dalam yang digunakan para pelajar. Ini yang dibimbangkan bakal mengundang padah kepada pelajar yang berkenaan serta nilai sosial masyarakat.
Dalam akhbar THE STAR hari ini dua orang EXCO Kelantan memberikan pandangan berkenaan isu ini. EXCO Belia, Fatah Mahmud mengatakan bahawa yang pentingnya anak-anak kita mesti dididik agar menutup aurat. Sekiranya wujud kesedaran ini maka tidak berbangkit soal jenis pakaian yang mahu dikenakan. Para pelajar perempuan menurut Fatah mesti memahami bahawa mereka mematuhi perintah Allah apabila mereka mengenakan pakaian menutup aurat.
Manakala EXCO Hal Ehwal Wanita, Wan Ubaidah Wan Omar pula menyatakan baju kurung yang digunakan oleh pelajar perempuan hari ini tidak bermasalah, cumanya ia mestilah digunakan dengan menepati tuntutan syarak. Pakaian menutup aurat termasuklah baju kurung pelajar permpuan tadi mestilah diwajibkan.
Inilah sebenarnya apa yang telah disuarakan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) baru-baru ini. Saya mengucap tahniah kepada kedua-dua EXCO Kelantan ini kerana berani berkata yang benar dari perspektif Islam, semoga ianya dihormati oleh semua pihak dan lebih penting lagi dipatuhi oleh pihak-pihak yang berkenaan.
6 comments:
Tahniah2, kuatkan suara menegakkan perkara kebaikan
Ada benar jugak kata2 YB Fattah tu. Tetapi usaha di pihak pemerintah untuk mewajibkan pelajar Islam memakai tudung sehingga menutup paras dada sangat penting (menutup aurat), di samping mendidik budaya siasah pelajar dari dalam diri. Ini tetap memerlukan kepada etika berpakaian. Sekiranya tidak mendapat sokongan di peringkat pusat, sekurang-kurangnya dapat dilaksanakan di peringkat negeri.
saya selaku seorang muslim, menyokong penuh usul PKPIM ini!
jangan memburukkan situasi dengan mengatakan, "bertudung pun kena rogol!"
sapa yang BODOH? mangsa atau pemangsa? memang sifat semulajadi pemangsa akan mencari peluang menerkam walau sebesar lubang jarum pun akan tetapi akan memudahkan lagi kerja pemangsa jika peluang itu memang tercipta oleh bakal mangsa!
jangan benarkan mata membuat zina seumpama "membogelkan pelajar sekolah disebalik pakaian seragam yang jarang secara imaginasi"
sokong usul PKPIM! Allahuk'akbar!
-HangNadim-
Saya cukup sokong juga uncle roslan, sebab memang dari dulu lagi pemakaian ini telah menampakkan segala dalamannya jadi baik kita tutup dengan pekatkan warnanya....
layarilah blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
ada artikel baru .....
Pemakaian baju kurung putih tiada masalah. Masalahnya cuma pelajar tersebut tidak memakai baju dlam t-shirt putih dan ada yang tidak memakai tudung. Bra yang berwarna gelap dan garang dipakai di sekolah. Pada saya bertudung perlu diwajibkan diperingkat sekolah dan disiplin pemakaian perlu diperketatkan.
Mencegah adalah lebih baik drp mengubat. Dalam al Quran sendiri ada panduan pemakaian untuk orang islam, kita cuma ikut je apa yang Allah SWT dah perintahkan. Jangan biarkan pemikiran golongan sekular meresapi sistem pendidikan kita.
Sdr Roslan tolong bagi komen nape ezam masuk ameno ni. Apa masalah atau motif dia yg sebenarnya. Saya tak percaya dia masuk ameno sebab Pak Lah dah wat banyak perubahan tertutama rasuah.Boleh ke dia bersihkan perasuah2 dalam ameno peringkat tinggi tu sedangkan tok guru dia DS Anwar Ibrahim pun kena 'penyepak' ameno.
Masuknya dia kedalam ameno ibarat Anakin Skywalker menyertai Canselor Palpatine utk memusnahkan Jedi-jedi.'Revenge of the Sith'.
Wallahualam.
Post a Comment