Thursday, May 22, 2008

Kelantan adalah model terbaik

Dalam beratnya mulut para pejuang Islam kebelakangan ini untuk bercakap dan menonjolkan isu-isu Islam, Allah swt membuka lorong-lorong untuk mereka yang lain pula untuk bercakap.

Akhbar THE STAR hari ini melaporkan darihal kunjungan hormat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Fairus Khairuddin, terhadap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz, di Kota Bharu semalam.

Fairus dilaporkan sebagai berkata:

Penang can learn from Kelantan about spiritual empowerment where emphasis is given to moral values and governing with consideration for everyones interest including that of non Muslims

Pulau Pinang boleh belajar dari Kelantan tentang bagaimana memperkasakan rohani dengan cara memberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dalam mentadbir selain mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk masyarakat bukan Islam.


Dan beliau menambah:

Kelantan has led by example in its ability to showcase the importance of religion and finding a balance between the pursuit of materialism and religion.

Kelantan telah berjaya memimpin melalui tauladan dengan keupayaannya menekankan kepada aspek agama disamping memberikan kesimbangan diantara mengejar kebendaan dan agama.

Memang model Kelantan ini seharusnya menjadi kebangaan semua terutama dari kalangan orang-orang PAS sendiri bagi menyatakan kepada pihak lain bahawa inilah model yang terbaik dan paling praktikal dalam Negara. Soalnya orang lain kelihatan begitu kagum dan berbangga dengan pencapaian kita, tetapi kita sendiri kadang-kadang macam tidak berapa yakin atas pelabagi alasan dan hujah yang sebelum ini tidak pernah oun berbangkit.

2 comments:

Anonymous said...

Terbukti negeri Kelantan yang memulakan segala-galannya seperti mana tulisan Dinsman, barulah kerajaan persekutuan mengikut sama. Bayangkan negeri Kelantan dapat menlangsaikan hutang kerajaan pusat dengan cepat hanya jumlah berbaki hanya beberapa juta sahaja berbanding negeri UMNO iaitu Johor berhutang lebih beratus juta. Semoga kerajaan negeri Pulau Pinang dapat mengambil pengalaman dari kepimpinan Tok Guru Nik Aziz dan rakan2 di kelantan sana. Semoga Pulau Pinang dan negeri-negeri di bawah pemerintahan PR akan lebih maju dan makbur dan menjadi negeri yang sentiasa diberkati Allah S.W.T

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Assalamualaikum En Roslan

maaf saya lari dari tajuk... boleh komen sikit tentang isu Sdr Ezam...betul ke dia akan menyertai UMNO semula...