Wednesday, May 21, 2008

"Jom Heboh" di Buletin Utama TV3

Macam "Jom Heboh" Buletin Utama TV3 malam tadi dalam melaporkan isu Tun Dr Mahathir yang bertindak keluar Umno. Apa yang cuba mereka usahakan malam tadi saya percaya adalah untuk meyakinkan penonton mereka bahawa tindakan Tun itu tidak popular dan lebih merugikan Umno. Disamping mahu menobatkan Dollah Badawi sebagai pemimpin terunggul dan paling penting dalam parti itu.

Semua yang ditemuramah tidak bersetuju dengan tindakan Tun kecuali barangkali Tengku Razaleigh Hamzah yang kelihatan "dumbfounded" kagum, terperanjat tetapi terlalu berhati-hati dalam mahu memberikan reaksi.

Tetapi yang paling klasik adalah apabila TV3 berjaya memesongkan mesej yang cuba dibawa oleh ahli Parlimen Jerlun iaitu Mukhriz Tun Mahathir. TV3 yang sememangnya pakar dalam bab "cut and paste" serta puta-belit ini, telah sekadar membuat liputan kenyataan awal Mukhriz dan tidak dibahagian yang lebih sensasi. Mukhriz sekadar dilaporkan tidak akan mengikuti jejak langkah bapanya , Tun Dr Mahathir, iaitu keluar Umno, sebaliknya akan tetap setia bersama Umno.

Ini memberi persepsi seolah Mukhriz tidak bersetuju dengan bapanya. Benarkah begitu?

Sedangkan apa yang Mukriz nyatakan adalah:

Saya akan menjadi suara lantang untuk menegur segala kepincangan kepimpinan tertinggi parti. Kali ini saya akan lebih berani bersuara untuk menyuarakan isi hati saya serta rakan-rakan yang lain kerana ini mencerminkan isi hati rakyat yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan Umno.

Dan yang paling sensasi yang digugur atau dicampak keluar oleh TV3 malam tadi adalah apabila Mukhriz berkata:

Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional dengan segera.

Terbukti walaupun Tun bertindak keluar Umno bagi mendesak Dollah berundur, Mukhriz pula mengambil keputusan untuk mensasarkan serangan terhadap Dollah dari dalam. Serangan luar dan dalam ini kalau berjaya akan mengakibatkan Dollah berundur awal, jika tidak akan terus memporak-perandakan Umno, dan sudah pasti TV3 sangat diperlukan oleh Dollah untuk terus "cut and paste" dan putar-belit untuk membantunya terus menongkat langit.

8 comments:

Faiz Shukri said...

Sedih. Sebab media masih terus dipergunakan sbg alat kerajaan. Rakyat sekarang bukan lagi mudah utk ditipu. Kita ada byk sumber lain selain tv3.

Yg kesiannya, dekat saudara2 kita di kampung2, atau yg tidak mahir guna internet, yg hanya disogokkan dgn berita lebih-byk-palsu-drpd-betul pada media2 massa.

Anonymous said...

Macam ada permainan yang tidak kita duga antara anak bapa ini, seorang serang dari dalam, seorang serang dari dalam. Mungkin anaknya mahu bapanya kembali ke pangkuan UMNO jadi menyuruh Pak lelah letak jawatan ..... apa-apa cakap2 org politik tidak boleh dipegang sangat, hari ini ckp lain, esok ckp lain, yng penting kita tunggu dan lihat

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

benludin said...

tu la sebabnya org beralih ke berita internet...

tapi malang la utk org2 yg buta IT atau yg takde kemudahan internet

Salam Ukhuwah... said...

Maka tertipulah semua pengunjung dan penonton "sure tipu"

ha ha ha

Anonymous said...

TV3 beeeeengap bebenor...ade ke kata Tunku dan Tun Hussin keluar UMNO selepas berenti jadi presiden..buta sejarah betul la...Dia orang tak ngaku dua bekas presiden ni keluar kerana UMNO yang ada sekarang ni UMNO BARU (mula-mula ade ler taruk nama baru kat belakang lepas beberapa bulan langsung takde nama baru) Rasa rasa kalu tanya ROC, UMNO yang ada sekarang ni namanya UMNO ke UMNO BARU?

Lagi satu perlembagaan UMNO BARU ni tak sama dengan UMNO zaman Tunku, dan perjuangan pun dah lain...tu ler pasal Tunku dan Tun Hussin tak nak mati dalam UMNO BARU nih...tak percaya tanyer ler Anak Dia.....

Anonymous said...

Malulah ini macam. Patut sbg stesen TV swasta pertama di negara ini, biarlah jadi contog teladan yg baik pd organisasi media yg baru lahir. Reporting tu biaqlah tepat, objektif, tidak bias dan informatif.

Ni korang keje nak spin saja, mana korang belajar kewartawanan ni?

Mana nak taruk muka korang bila ada blog kocik lebih profesional dari korang.

"Tuan" korang tak kasik ye?

Harris said...

Nampaknya clone ZAM di Kementerian Penerangan sekarang dah mula cerdik . Nak control bloggers tak dapat , jadi pakai jugak lah TV3 suku !

ANAK BAPAK said...

its time to pujuk ahli UMNO jadi ahli PAS...!!!