Monday, May 05, 2008

Jangan wujudkan kerajaan dalam kerajaan

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Sdr Mohammad Fairuz menyatakan bahawa kehadiran ADUN Umno mengetuai jabatan dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang akan mengakibatkan tercetusnya kerajaan dalam kerajaan. Beliau merujuk kepada penerusan khidmat ADUN Permatang Berangan dari Umno sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Minggu lalu SPB yang Dipertuan Agong khabarnya telah menolak perletakkan jawatan ADUN Umno berkenaan dan sebaliknya mengarahkan agar beliau meneruskan khidmatnya di majlis tersebut sehingga tamat tempohnya iaitu akhir tahun hadapan.

Kerajaan negeri Pulau Pinang dikatakan akan memohon mengadap Agong bagi memberikan penjelasan dan memohon perkenan Tuanku untuk menggantikan jawatan pengerusi itu.

Menurut Fairuz:

Kami adalah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dan kami mahukan pentadbiran dan pengurusan agama berjalan lancar untuk kemudahan rakyat.

Saya boleh memahami masalah yang ditanggung oleh Fairuz dan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang itu. Saya merasakan semua pihak bukan hanya di Pulau Pinang malah seluruh negara perlu mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat. Mana-mana jawatan yang merupakan lantikkan politik samada dari peringkat tertinggi seperti di Pulau Pinang ini, termasuklah ahli-ahli Majlis Agama, apa sahaja badan dan jawatankuasa, syarikat-syarikat milik kerajaan, ahli-ahli PBT, ketua-ketua kampung, pengerusi dan ahli-ahli JKKK sepatutnya dengan sendiri mengundurkan diri apabila kuasa politik yang emlantik mereka sudah kehilangan kuasa.

Begitulah sebelum ini, yang terdekat di Terengganu apabila PAS hilang kuasa dalam PRU 2004, semua yang dilantik oleh kerajaan PAS tedahulu dari pelbagai peringkatd an kedudukan telah samada dengan sendiri meletakkan jawatan atau ditamatkan perkhidmatan mereka.
Jika tidak, apa yang dibimbangkan oleh Fairuz itu pasti akan wujud. Bayangkan kalau di Selangor MB terus kekalkan khidmat ketua-ketua kampung yang ada sedangkan semua ketua-ketua kampung ini memegang jawatan paling tidak sebagai Ketua Umno cawangan, MB Selangor pasti akan menghadapi masalah dan segala perlaksanaan projek dan program kerajaan negeri pasti akan terbantut dan akhirnya menyusahkan kerajaan.

Bukan hanya di Pulau Pinang, saya melihat di Selangor pun ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) contohnya, yang dilantik oleh MB yang lepas, yang lebih merupakan lantikkan politik terus kekal menenggek di sana. ADUN Sementa, bekas ADUN Banggi dan seorang perunding yang merupakan pemikir dan orang kuat Khir, enggan melepaskan jawatan walaupun Khir kini tidak lagi MB dan malah merupakan Ketua Pembangkang.

Macam-macam alasan digunakan termasuklah melemparkan nama Istana sebagai punca mereka terus berpaut pada jawatan itu.

Dari segi moralnya kalau dah lantikkan politik, saya rasa adalah lebih bermaruah jika mereka yang berkenaan terus sahaja melepaskan jawatan masing-masing. Memang perkenan istana diberikan ketika mereka dilantik dahulu, tetapi ianya berpunca dari cadangan oleh MB ketika itu. Kini Selangor dan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah ada MB-MB dan Ketua Menteri baru, maka patuh dan hormatlah keputusan rakyat.

Kerajaan dalam kerajaan hanya membunuh demokrasi dan mensia-siakan suara dan kemahuan rakyat.

4 comments:

Unknown said...

Harap diperbetulkan, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Mohamad Fairus, bukan Firdaus seperti yang dirujuk

Anonymous said...

helo! diaolang bukan ade maruah! Diolang ha adalah BARUA dah! Itu nama yang layak dipanggil dah!
Ye ha! Ada Barua dan tak de maruah!

Anonymous said...

sdr,
saya amat setuju dengan pandangan tersebut , sepatutnya Shahbudin bersifat profesionalisme dengan meletak jawatan dan serahkan kepada pihak yang berhak. inikah fiil seoarang Ustaz yang terhutang budi dengan UMNO.
Dahlah Shahbudin buat lawak yang lain .ini tak kelakar
sekian,

Anonymous said...

kita sebagai rakyat marhaen disuruh patuhi segala undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia, tetapi adakah pemimpin terutama dari UMNO/BN mematuhi segala undang-undang yang termaktub dalam perembagaan Malaysia ini?
undang-undang rimba akan di patuhi oleh makhluk yang menghuni di rimba, tetapi manusia yang kononnya bertamadun (islam hadhari) bolehke patuhi segala undang dalam perlembagaan Malaysia ini?