Isu PBT, kerajaan Selangor perlu praktikal
Dalam satu majlis yang dihadiri MB Perak baru-baru ini, Datuk Seri Ir Nizar telah menyarankan kepada para juru blog (bloggers) agar terus mengkritik termasuklah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat yang baru dengan harapan kepentingan, nasib dan kebajikan rakyat dan negeri akan terus dibela.
Atas dasar ini saya menyahut cabaran beliau dan merasakan terpanggil untuk mengkritik apa yang saya baca dalam Metro (sisipan akhbar The Star) hari ini. Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor dan tiga negeri lain selama 2 bulan. Dan kita faham banyak perubahan yang mahu diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan BN selama berpulu-puluh tahun lalu. Di Selangor umpamanya kelihatan kerajaan baru sungguh berhati-hati dalam memastikan yang segala amalan buruk dan tidak bermoral kerajaan yang lalu tidak diteruskan, semestinya ini sesuatu yang baik dan perlu dipuji.
Cumanya janganlah kerana niat yang baik ia menjadi terlalu “overzealous”, keterlaluan sehingga nanti membawa kesan yang buruk pula ke atas kita.
Diperingkat PBT, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah pun memperkenalkan pembaharuan, mahu memasukkan sejumlah wakil dari badan professional dan wakil-wakil NGO untuk duduk sebagai ahli-ahli majlis mewakili profesion dan kepentingan NGO masing-masing. Bermakna ahli-ahli majlis PBT nanti bukan hanya terdiri dari wakil parti-parti politik tetapi juga yang bukan politik. Juga diumumkan baru-baru ini ADUN Selangor tidak akan duduk sebagai ahli majlis.
Dan hari ini EXCO berkenaan, Sdr Ronnie Liu mengumumkan suatu lagi pembaharuan. Kata beliau ADUN dan ahli-ahli majlis yang terdiri dari wakil-wakil politik tidak akan dibenarkan duduk dalam “tender board” atau lembaga tender PBT. Kononnya usaha ini bagi memastikan tiada lagi unsur rasuah berlaku dalam lembaga tender. Sebaliknya lembaga tender nanti akan diwakili oleh ahli-ahli majlis bukan politik dengan Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis mempengerusikannya.
Beginikah cara penyelesaian yang terbaik?
Apakah Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis serta ahli-ahli majlis yang bukan politik itu nanti dapat dipastikan kebersihannya? Apakah kerajaan negeri menganggap wakil-wakil politik Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS sama nilai moralnya dengan wakil-wakil BN?
Kalau rasuah menjadi kebimbangan kerajaan negeri, EXCO berkenaan sepatutunya menyemak semula amalan atau prosedur lembaga tender yang lepas dan memperkenalkan satu “Standard Operating Porcedure” baru yang telus, tuntas serta meyakinkan. Bukannya menghalang orang-orang politik dari terlibat dalam lembaga tender sebegini. Bagi saya ini suatu keputusan yang sangat lemah kerana menyamakan ahli-ahli politik PR dengan BN. EXCO berkenaan perlu ingat Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis yang dikekalkan itu telah lama berkhidmat di bawah BN (saya yakin kasih sayang mereka kepada pimpinan BN masih kekal bertapak sehingga kini lantaran kemesaraan itu), mereka itu yang patut lebih diragui dan dipantau bukannya ahli-ahli politik PR yang masing-masing bersemangat mahu bersama memperjuangkan kerajaan yang bersih dan adil.
Kalau beginilah sikap kerajaan negeri, mungkin selepas ini semua tender dan kontrak kerajaan negeri jangan juga libatkan EXCO dan MB. Biar sahaja pegawai-pegawai kanan kerajaan yang duduk membuat keputusan, begitukah yang kita mahu? Memang “prevention is better than cure” tetapi bagi saya keputusan ini seolah mencampakkan jaringan syak wasangka dan keraguan keterlaluan terhadap orang-orang kita sendiri.
Berilah peluang kepada pimpinan parti diperingkat kerajaan tempatan untuk menunjukkan kemampuan dan iltizam mereka untuk turut menyumbang ke arah cita-cita murni kerajaan yang baru ini. BN memang telah gagal lantaran amalan-amalan buruk pimpinan mereka dari peringkat tertinggi sehinggalah yang di akar umbi, tetapi itu BN, bukan kita.
Jika garispanduan yang baik dan berkesan diperkenalkan sehingga menutup segala lubang dan ruang untuk rasuah dalam lembaga tender, letaklah siapa pun saya tidak nampak yang gejala ini akan merebak. Tetapi kalau sekadar cabut dan tampal atau cabut dan buang sebagaimana amalan MB yang lalu (yang kebetulan seorang doktor gigi) saya bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah terhadap kerajaan baru ini.
Diharapkan MB Selangor akan mengakaji dan menyemak semula keputsan ini agar nampak lebih kemas dan praktikal.
6 comments:
salam,
saya bersetuju dengan pendapat saudara roslan..bagi saya biarlah pimpinan politik peringakt daerah terlibat sama kerana rakyat umumnya hidup dalam suasana yang ditentukan oleh keputusan-keputusan politik. dasar politik kita yang menjamin kabajikan rakyat harus kita zahirkan dengan kemampuan pimpinan peringkat daerah untuk memberi keputusan berdasarkan apa yang kita perjuangkan...
Salam,
Sebenarnya apabila disebut ahli PBT akan lantik daripada kalangan 'orang profesional' bukan'orang politik' terdapat sedikit keraguan kepada benak saya. Siapa yang akan menjalankan dan mempertahankan dasar parti yang memerintah untuk diikuti oleh 'orang profesional' dan pegawai di setiap PBT ??
Sebenarnya 'orang profesional' jangan hanya diukur melalui sijil dan master sahaja. Banyak perkara untuk ditempatkan di PBT yang perlu mengambil kira dari kalangan 'orang politik'
Pengalaman saya yang pernah dan masih menjadi ahli di satu PBT di Kelantan. Hujah 'orang politik' lebih mantap dan rasional dari 'orang profesional' didalam mempertahankan dasar parti untuk dilaksanakan oleh Kerajaan atau PBT. Kecuali perkara-perkara yang bersifat teknikal yang memang dibawah ilmu dan profesionalnya mereka.
Kita kena ingat. Orang Politik' PAS tidak sama dengan 'orang politik' UMNO. Tidak kena apabila kita mengukur orang politik sama saja PAS atau UMNO.
Soal kepentingan diri atau kroni atau apa-apa istilah yang hendak digunakan, kadang-kadang 'orang profesional' lebih lecik daripada 'Orang Politik'
Saya amat berharap Pemimpin Kerajaan, jangan terlampau laju memberi kenyataan kepada akhbar atau orang awam. Kadang-kadang kena ambil kira 'orang-orang politik' yang ada disemua peringkat. Sebab masa pilihan raya 'orang profesional' tidak seprofesional manapun kerjanya berbanding dengan 'orang politik'
Yang mempertahankan Kerajaan antara petugas yang terjedepan ialah 'orang politik' Tetapi tidak dinafikan penglibatan 'orang profesional' ada dan penting juga.
Pengalaman berkerajaan di Kelantan selama 18 tahun tidak sama dengan pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah belumpun mencukupi angka 18 bulan.
Kita mestilah melantik sesorang competent dari segi sikap,kemahiran dan pengetahuan yang digabungkan antara ahli politik,professional dan berpengalaman.Setiap Majlis tempatan mestilah mempunyai scorecard dan KPI yang mempunyai lima perspektif ia-itu,Kewangan,Proses Dalaman,Pelanggan,Teknologi dan Pekerja.Kita perlu menentukan KPI atau ukuran yang berhubungkait dengan scorecard keselurohan Majlis tempatan. Ini perlu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.Tidak melantik langsung Ahli Politik akan menidakkan ketelibatan orang2 KITA. Ini adalah satu yang negatif dan tidak membangun darisegi pembelajaran dan keupayaan orang kita.They are nothing to learn and nothing to expect dan jadilah orang2 PR orang2 yang tidak tahu apa2 berlaku.Biarlah orang2 yang berkemampuan diberi peluang untuk sama2 membangunkan kawasan mereka dan periuk nasi mereka melalui Kerjaan Tempatan.Kita janganlah terlalu mendera orang kita yang ingin menyubang dengan free services dan sentiasa berkorban dan sentiasa daif .Gaimana nak menolong orang lain kalau pemimpin kita sendiri tiada di situ untuk menentukan orang PR berkemampuan dapat peluang dan wang...apakah dengan dengan mendengar ceramah dan air liur saja.Pendekatan ini tidak kehadapan dan seimbangan. Kita perlu seimbang di antara lima perspektif sementara mencapai performing organization dan free from corruption.
Sdra Roslan,
Saya juga mengulas perkara ini - english version dalam surat terbuka kepada Ronnie.
http://selangortoday.wordpress.com/2008/05/18/dear-ronnie/
salam saudara roslan,
saya kagum dengan tindakan kerajaan negeri selangor ini. pada hemat saya selaku rakyat negeri selangor, ianya satu tindakan yang tegas demi memastikan kepentingan rakyat (selaku pembayar cukai pintu) terbela. Dari sudut pegawai kerajaan, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan dan dari sudut ahli majlis, mereka akan memastikan yang pegawainya mengambil keputusan yang baik diatas suatu dasar yang sama iaitu 'demi keadilan rakyat' dan bukan nya 'demi kebajikan kontraktor' yang telah diamalkan selama ini. Saya percaya melalui amalan baru ini, setiap ahli majlis bebas menegur kepincangan yang berlaku dan pegawai kerajaan tiada lagi akan mengunakan kaedah 'tuding jari' kepada ahli majlis. Malah saya lihat tindakan ini bukan suatu kredit kepada pegawai kerajaan tetapi lebih kepada suatu perangkap maut sekiranya mereka cuai dalam melaksanakan tugas. BPR pon senang buat kerja.
-farouk-
Yang penting mesti ada check and balance dalam pemberian tender...Jangan lepaskan tender dengan one signature only..
Post a Comment