Saturday, May 10, 2008

Happy birthday to you Umno

Menurut Utusan Malaysia, Presiden Umno semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno mengakui bahawa sokongan terhadap partinya semakin berkurangan dalam PRU ke 12 lalu. Manakala akhbar THE STAR pula melaporkan:

The Umno President said although the party had received “good support” and won a good number of seats during the general elections, it was apparent that the majority votes had gone down.

Menurut Presiden Umno walaupun partinya menerima “sokongan yang baik” dan memenangi bilangan kerusi yang baik semasa PRU lalu, namun ternyata undi majoritinya menurun.






Ketara berbeza laporan antara dua akhbar media perdana ini, mungkin masing-masing keliru atau kabur dengan penjelasan Presiden Umno yang tidak jelas itu. Apa pun esok Umno akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 62. Sambutan ini berlangsung diketika moral parti dan para pendukungnya rendah lantaran baru sahaja menelan keputusan yang paling pahit dalam sejarahnya yang lebih setengah abad itu.

Parti ini sedang menhadapi zamannya yang tidak menentu, hujung tahun ini akan berlaku proses pemilihan parti, dan kini masing-masing dalam parti sedang menuding jari kea rah satu sama lain menyalahkan pihak lain yang mengakibatkan kekalahn terus mereka.

Namun Presiden Umno dengan selamba menyatakan yang partinya sekadar merosot dari segi sokongan majoriti. Walau pun Umno tidak lagi teraju di Kedah, Perak dan Selangor, Umno kata Dollah telah mendapat “sokongan yang baik”. Kerana itulah saya yakin pihak akhbar media perdana pun berhati-hati mahu melaporkan kenyataan Dollah itu, walaupun nampak macam kabur, lemau, mentah, namun digilap juga agar nampak berkilau, diratah juga seolah rangup, ditelan juga seolah masak, bukankah Dollah Presiden Umno, dan Umno sudah kukuh 62 tahun usianya. Lemah mana sekalipun, namun kenyataan Presiden Umno mesti tampak gagah, walau hakikatnya lompong dan kosong.

Selamat Hari Ulangtahun Umno, berapa lama boleh bertahan lagi?

3 comments:

Harris said...

Betul kah UMNO yang ada sekarang sudah berumur 50 tahun ? Kalau ikut undang-undang , UMNO sekarang ini adalah UMNO Baru yang diciptakan oleh Dr.MM pada tahun 1988 setelah UMNO asal yang diasaskan oleh arwah Dato'Onn Jaafar dan lain-lain pemimpin melayu yang berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Nampaknya umur UMNO sama seperti umur Proton Saga . Sebab itu daya ketahanan UMNO baru selalu semput macama kereta - kereta Proton .

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sdr,

talian hayat UMNO hanya tinggal kesultanan Melayu saja, soal ketuanan Melayu sudah digunakan dan UMNO ternyata amat gagal.untuk menampakan UMNO sebaris dengan Parti rakyat yang sda misi perjuangan UMNO terpaksa berlakon dengan perjuangn kesultanan Melayu setelah gagal dengan ketuanan melayu
maka
1,saya mohon kepada rakyat malaysia jangan terpengaruh dengan skrip lama UMNO
2.kepada ahli politk, UMNO sudah lama mengkhianati orang Melayu ( melayu dan raja-rajanya )
3.UMNO sudah ketinggalan dan dalam ICU.

sekian