Monday, May 19, 2008

Benarkah Mahathir sahaja duri dalam daging Umno?

Saya pasti cerita keluarnya Tun Dr M dari Umno siang tadi akan terus dicanang dan menjadi perbualan ramai mulai pagi esok apabila kisahnya terbit di dada-dada akhbar dan terus dibincang dan dibahaskan entah sampai bila. Kalau Allahyarham Dato Onn dahulu keluar dari Umno dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Tun pula tidak begitu. Menurut beliau tindakannya itu diambil sehinggalah Dollah melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno.

Bermakna beliau keluar secara protes.

Dalam erti kata lain beliau cuba mengambil jalan pintu belakang iaitu dengan memaksa Dollah melepaskan jawatannya apabila ramai dari kalangan Umno nanti menuruti jejaknya dengan keluar meninggalkan Umno "en bloc" tetapi bersyarat. Bayangkan jika para veteran Umno, ahli-ahli Umno, pimpinan cawangan-cawangan, pimpinan bahagian, ADUN, ahli parlimen Umno juga turut mengambil langkah yang sama, tidak perlulah menunggu Perhimpunan Agung Umno, belum pun masanya, Dollah nanti akan terpaksa turun lantaran tekanan tersebut.
Walaubagaimanapun jika langkah Tun itu tidak mendapat sambutan, hanya segelintir yang sudah tidak lagi berpengaruh dalam Umno sahaja yang menyahut seruannya, maka sebagaimana Dato Onn, Tun dan yang bersamanya juga akan menimpa nasib yang sama, terpinggir, layu dan mati begitu sahaja.

Apakah tindakan Tun itu ada sambutan atau tidak, dalam keadaan Umno yang tenat pasca PRU ke 12, sukar untuk kita baca, apa sahaja mungkin berlaku.

Dalam pada itu antara salah seorang pimpinan veteran yang terawal memberikan rekasi terhadap tindakan Tun itu adalah bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas TPM, Tun Musa Hitam. Musa yang meninggalkan kabinet Tun pada tahun 1986 atas alasan tidak lagi sebulu dengan Tun menganggap bahawa tindakan Tun itu menguntungkan Umno. Ia bagaikan terkeluarnya duri dari daging Umno, kata tokoh Umno itu.

Bermakna sebelum ini Tun adalah duri yang menyiksa Umno, tindak-tanduknya merugikan Umno, membunuh Umno dari dalam, maka apabila beliau keluar, maka tercabutlah duri puaka dari tubuh Umno itu, dan mungkin Umno boleh pulih dan kembali gagah kesannya.
Soalnya adakah Tun seorang sahaja yang merupakan duri dalam daging Umno? Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana dengan Dollah, konco dan kroni-kroninya?

Umno sesungguhnya telah parah berdarah sejak sebelum PRU ke 12 lagi bukan angkara sebatang duri yang bernama Tun semata-mata. Tubuh Umno sesungguhnya sudah rosak, ditusuk oleh pelbagai duri akibat tindak-tanduk dan keletah pimpinan dan ahli-ahlinya yang korap dan penuh dengan kepincangan. Amalan rasuah dan salah-guna kuasa sudah bagaikan duri-duri halus yang menikam tubuh Umno dari dalam sejka zaman Tun dan berterusan sehinggalah dizaman Dollah ini.

Politik wang dan membeli kuasa adalah duri-duri yang dibenamkan ke dalam daging Umno oleh ahli-ahlinya sendiri. Penyalahgunaan kuasa, moral yang longgar, kronisma, nepootisma semuanya duri-duri belaka yang bukan hanya ditanam oleh Tun tetapi ramai yang lain turut terlibat cuma mungkin skalanya belum sebesar Tun.

Dollah sendiri menghasilkan duri-durinya sendiri. Kaum keluarga dan anak-beranaknya tidak kurang turut menyumbang duri-duri berbisa ke dalam tubuh dan daging Umno. Apabila anak-menantu dan ipar Presiden Umno semuanya kaya-raya pada tahap yang laur biasa, maka mereka itu sendiri adalah duri buat Umno. Dan senerainya mungkin berjela-jela lagi menjalar dari Presiden sehinggalah ke anak-anak buahnya sampailah ke peringklat serendah cawangan semuanya duri-duri belaka.

Kerana itu kalau Musa Hitam mengatakan yang keluarnya Tun dari Umno bermakna tercabutlah juga duri dari daging Umno, beliau mungkin betul, tetapi tidak sepenuhnya. Banyak lagi duri-duri yang masih ada dan bersarang dalam tubuh Umno, silap-silap Musa juga duri. Selagi semuanya kekal di situ, maka selagi itulah Umno akan terus parah dan berdarah, mampukah ia diubati lagi?

9 comments:

Anonymous said...

Saya lihat komen Tok Guru dlm TV. Saya dah baca komen AhmadHadeed. Saya baru saja baca komen sdr Roslan.

Saya bersetuju dgn satu ulasan terhadap Musa, yg tak tahulah la ni kat mana keUMNOannya (mungkin IDR lebih besar dari UMNO dan DEB bagi Musa)dan kupasan sdr; kalau keluar duri sekalipun pun, dari daging yg sudah kronik.

Masalahnya adalah duri-duri lain yg sdr katakan. Do they, like they claim, really care about the chronic meat? Are they statesmen enough to admit their misbehaviours and repent?

Parti-parti politik tidak kira UMNO atau lainnya cumalah sekadar alat perjuangan. Relevan atau tidaknya tengok setakat mana berpaksikan syahadah.

Anonymous said...

Betul tu...bukan Tun shj yg menjadi duri dlm daging Umno,tp boleh dikatakan hampir kesemua pemimpin dan suku sakatnya duri-duri belaka,klu dah semua jadi duri maknanya Umno tu sendiri yg menjadi "duri paling bahaya" dlm daging kpd bangsa melayu khasnya dan bangsa lain amnya dan duri itu perlu dibuang segera sblm daging itu hancur...mmg benar kata TGNA yg mengatakan Umno sekarang dah x relevan...
p/s:x sabar rasanya nak tgk Pakatan Rakyat baca talkin utk jenazah Umno/BN

Faiz Shukri said...

Apa gunanya mencabut duri daripada daging yang telah busuk, betul?

Pada saya, umno sendiri yg dah rosak. Dasar perjuangannya yang tak nampak macam nak memperjuangkan Islam itu yg dah rosak in the 1st place.

Dan saya lebih suka guna "tak nampak mcm nk memperjuangkan" sebab saya tak mahu tuduh Umno sebagai "taknak memperjuangkan". Wallahu'alam.

Dan saya setuju, byk lg duri2 yg perlu dicabut. Dari atas, sampailah ke peringkat bawahan. Tukarkan daging yg busuk ini dengan daging baru yg segar, sedap dan selamat.

Cuma pandangan saya. Wallahu'alam. :]

Anonymous said...

MUSA HITAM memang bebal & bangang!
Kalau dah tak suka kat seseorg tu
mcm-mcm kata kat org tu.
Dulu hang bukan main lagi puji dia
melambung.
Sekrg ni hang maki dia.
Betul kata Tun M cakap,dulu masa
dia jadi PM bukan main lagi puji
dia melambung sampai atap.
La ni hangpa maki dia!!!
Hangpa tengok la kalau pilihanraya
buat sekali lagi hangpa tengok
la jadi lagu mana.
Sendiri mau ingat ar!!!

GENERASI KE 2 FELDA
PAHANG.

ANAK BAPAK said...

yang penting..UMNO itu sendiri adalah duri dalam daging negara yang perlu di cabut dan di buang dari berkuasa..

Anonymous said...

senario kebiasaan disebuah 'kopi hous' malaya,

"selamat datang, jemput masuk"

dengan,

"selamat pulang, datang lagi"



Hang Nadim : tidak menjadi hairan pun

Anonymous said...

Tun duri yang nampak ... duri yang tidak nampak itu pun lagi bahaya dari nampak, kalau nampak kita boleh buang, kalau tidak nampak takut2 lama2 akan menjadi nanah pula. ini lah org politik, dia akan mencari seseorang yang berkuasa untuk menjamin dia akan terus berkuasa dan terus menjadi kaya, org yang dahulu berkuasa diampu sekarang dia tidak ada kuasa dituduh pengkianat parti tapi satu hari nanti Pak Lah akan sedar apa yang dialami oleh TUN sekarang ini jadi Pak Lah siap sedia dalam masa beberapa bulan ini untuk menjadi ketua pembangkang.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Sdr Roslan,

Tiada yang perlu dihairankan kalau Tun Det tinggalkan AMNU. Betul kata Sdr Roslan, Tun Det bukan satu-satunya dalam AMNU yang perlu dicabut, malahan sebenarnya AMNU tu tak relevan lagi. Perbuatan Fitnah, Rasuah, Salah guna kuasa, cakap bohong, munafik, syirik, fasik, ..... Boleh kata semua sifat-sifat yang buruk ada pada pemimpin AMNU dari peringkat bawah sampai ke peringkat atas.
Teringat saya akan kata abang angkat saya dari Johor. Kalau hang letak siapa pun di 'sana', hasilnya sama sahaja. Ini saya dengar 20 tahun yang lepas yang membawa makna bahawa setiap ahli AMNU memang bersifat sedemikian. Bezanya ialah siapa yang lebih banyak dan siapa yang lebih kecil. Tengok dan lihat saja pertenglikahan antara mereka. Depa cakap kat orang lain seolah-olah depa tak pernah buat begitu. Seolah-olah mereka itu alim, alim kucing kot.
Biarlah Tun Det tu berhenti, sekurang-kurangnya bila kes klip Lingam bongkar sepenuhnya, barulah kita kenal siapa Tun Det. Adakah dia pun bersifat munafik seperti yang lain? Tun Det ni tuduh orang lain ikut dan saja. So kalau dia tak ada, Malaysia mungkin lebih selamat.
Sekali-kali, Biarlah Tun Det dengan labu-labunya. Kalau nasibnya baik, terjunannya timbul. Kalau tidak, ......
Allahyarham Fadzil (Yang Di Pertua PAS) pernah berkata, " Aku berdoa agar Tun Det berumur panjang untuk melihat kembali apa yang dia telah buat selama ini". Nampaknya makbullah doa Allahyarham Tok Guru yang telah lam a meninggalkan kita. Tun Det pun nyanyuk sepertimana dia kata kat Almarhum Tunku Abdul Rahman dulu. Warisan yang ada pada AMNU hari ini adalah peninggalan dia sendiri. La ni baru sedar warisan itu tidak adil......... Siapa yang lantik PAK LAH kalau bukan dia, Siapa yang tetapkan kouta pencalonan kalau bukan Tun Det, ..... Fikir-fikirlah rakyat Malaysia. Eloklah dia berhenti, sekurang-kurangnya kuranglah peluang untuk membuat fitnah pada orang lain. Sampai hari ini pun, dia masih belum meminta maaf pada Anwar kerana menuduh Anwar liwat. Islam membenarkan kita tuduh orang lain tanpa buktikah? ...

Anonymous said...

...biarkan le si luncai tu dgn si labu-labunya. apa saja tindaktanduk che det ni, tidak lain hanya le membenarkan kata2 almarhum Fadzil dulu.

...suatu ketika dulu che det budayakan hingga ahli2 umno tergila2 nak cium tangan (nak lawan mcm tok guru kunun), la ni kita tengok pulak versi bila org dah tak sokong kita.... sadis beb!!! itu le akibatnya bila pujian & cium tangan dibuat bukan dari hati yg ikhlas.

...dulu, kini & setakad ini...udah le tu!!