Monday, March 20, 2006

Umno kirim dua wakil berhadapan dengan Hassan Ali

Program Debat Perdana RTM malam tadi yang membicarakan darihal Rukunegara telah menyaksikan terdapatnya usaha pihak tertentu bai memperteguhkan hujah dari pihak Umno kerana buat kali pertamanya sejak debat ini diperkenalkan dua orang wakil Umno dimuatkan sebagai pendebat.

Saya tidak tahu apa rasionalnya sehingga perlu pada siri debat kali ini menjemput Ahmad Shabery Chik (Setiausaha Palrimen Kementerian Luar) dan Zainal Abdidin Sakom (ADUN Umno Selangor) kecuali barangkali kerana tokoh PAS yang dijemput kali ini adalah pakar motivator yang terkenal iaitu Dato Dr Hassan Ali. (Seorang lagi pendebat adalah Dr Chandra Muzaffar bekas tokoh Keadilan yang telah meningalkan parti tersebut).


Dr Hassan, Zainal dan Dr Chandra

Pada pusingan pertama ketiga-tiga pendebat Shabery, Zainal dan Dr Chandra pada awalnya bermain-main sekitar konsep dan idealisma kedaulatan undang-undang dan keadilannya sehinggalah apabila tiba giliran Dr Hassan.

Menurut Dr Hassan yang juga Naib Presiden PAS, hasrat undang-undang yang ada hanyalah boleh dicapai apabila terdapat satu matlamat yang sama antara pemimpin yang di atas dan rakyat yang di bawah. Perlu ada convergence ataupun penyatuan idea dan fikiran antara yang di atas dan dibawah serta perlunya barisan kepimpinan yang adanya jiwa undang-undang, yang menggunakan undan-undang sebagaimana dalam kes Islam bagi memelihara agama, harta dan keterunan.

Dr Hassan menekankan bahawa sesungguhnya unsur-unsur ini tidak hadir pada hari ini. Beliau mengambil contoh apa yang berlaku ke atas dirinya sebagai bekas ahli Parlimen dan ADUN Selangor. Kata beliau apabila sahaja beliau ke luar negara, maka clearance untuk pasportnya adalah yang paling akhir antara penumpamng-penumpang yang lain.

Contoh yang diberikan Dr Hassan ini kelak menjadi isu yang hangat dalam debat tersebut.

Apabila tiba giliran Shabery, moderator Johan Jaafar telah menjolok contoh yang diberikan Dr Hassan ini seolah katanya satu notion satu rekaan dan angapan yang tidak berasas dan minta Shabery menjelaskan.

Shabery terus menggunakan kesempatan untuk ridicule ataupun mempersendakan contoh Dr Hassan intu dengan mengatakan tokoh-tokoh pembangkang ini biasanya paranoid ataupun penuh syak-wasangka sedangkan perkara itu tidak berlaku. Dan apabila mungkin sebahagian penonton seolah termakan hujah Shabery itu ianya telah dipatahkan oleh Dr Chandra sendiri apabila beliau berkata: Apa yang diutarakan oleh Dr Hassan itu berasas, kerana dalam hal peristiwa paspot itu saya juga pernah alami!

Bermakna hujah bahawa rakyat adalah saksama dan serupa di bawah undang-undang
sebenarnya tidak berlaku kerana terbukti tokoh-tokoh pembangkang sentiasa diawasi seolah-olah mereka musuh negara, walaupun berstatus wakil rakyat!

Rata-rata kerana debat ini one sided lantaran kehadiran dua wakil Umno itu maka peluang untuk Dr Hassan meyakinkan penonton akan hujah-hujahnya sering terganggu. Walaubagaimanapun beberapa mesej yang cuba dibawa oleh Dr Chandra tidak diberi perhatian kerana moderator dan wakil-wakil Umno lebih tertumpu untuk menggasak Dr Hassan.

Kalau kita perhatikan setiap hujah Dr Chandra diselitkan dengan disclaimer, contohnya beliau berkata pada keseluruhannya kita berjaya berpegang kepada lunas undang-undang namun ada kelemahan yang perlu diseimbangkan. Kata beliau lagi sebuah negara yang beradab mestilah bersandarkan pada hukum dan beliau turut menyentuh darihal ISA yang menurutnya merupakan antara kelemahan negara yang perlu diperbetulkan.

Dr Hassan turut highlight kan darihal kelonggaran prinsip-prinsip Rukunegara itu dari segi praktiknya. Memang dari toeri ia nampak hebat tetapi dari segi amalan negara ianya jauh berbeza. Prinsip-prinsip hak asasi sebenarnya tidak terpakai khasnya bagi golongan pembangkang. PAS kata Dr Hassan sentiasa menghadapi masalah untuk mengadakan perhimpunan, termasuklah di dewan-dewan, hotel dan seumpamanya.

Disinilah Dr Hassan mengeluarkan satu statement yang sungguh mendatangkan kesan khasnya dalam debat pada malam itu yang membicarakan prinsip kedaulatan undan-undang:

Apakah saya telah commit something very wrong kerana menjadi ahli PAS!?

Dan dari situ wakil-wakil Umno terus memainkan senitmen yang sama bahawa kepentingan ramai mengatasi kepentingan individu dalam perlaksanaan dan penggubalan undang-undang. Lalu Dr Hassan telah memberikan contoh amalan politik wang dalam Umno dengan memetik beberapa kenyataan pimpinan Umno sendiri termasuklah Menteri Penerangan dan bekas TPM Tun Ghaffar. Kata Dr Hassan dalam kes yang sebesar ini bagaimana Umno boleh terlepas dari siasatan BPR dan undang-undang rasuah seolah rule of law tidak terpakai terhadap mereka yang telah diakui Umno terlibat dalam rasuah.

Yang menariknya Dr Hassan turut mengambil kesempatan berhujah bahawa ketidakadilan yang dirasai oleh golonga pembangkang sudah tentu turut dirasai oleh Shabery kerana beliau satu ketika dahulu pernah bersama-sama Tengku Razaleigh di dalam parti pembangkang Semangat 46. (Shabery kemudiannya walaupun mengaku pernah bersama 46 tetapi menafikan pernah menerima layanan buruk, suatu statement yang saya kira tidak benar dan jujur yang terbit dari seorang pemimpin muda dalam Umno. Beliau barangkali lupa akan tekanan dan intimidation Umno semasa beliau bertanding sebagai calon 46 dalam pilihnaraya kecil DUN Kijal pada tahun 1990 dahulu).

Apa pun saya rasakan siri debat kali ini memberikan persepsi yang tidak baik terhadap Menteri Penerangan yang baru iaitu Zainuddin Maidin. Saya yakin beliau samada secara langsung ataupun tidak telah mengubah konsep debat ini sehinga mahu menjadikannya sebagai gelanggang PAS bashing kerana menurunkan sampai dua wakil Umno. Ini Cuma akan mencerminkan betapa desperate dan bimbannya Umno pada PAS dan suara-suara dissent yang semakin mendapat tempat dihati rakyat.

Bagi saya PAS dan parti-parti pembangkang lain perlu terus mengambil kesempatan menyerati debat ini apabila diundang walaupun menteri berkenaan ataupun moderatornya
Mungkin mengunakan majlis tersebut untuk menyerang dan memburuk-burukkan mereka. Saya yakin rakyat sudah masak dan matang dalam hal ini. Biarlah rakyat yang membuat keputusan.

No comments: