Ayuh ubah cara hidup
Minggu lepas Dollah Badawi mengakui bahawa beliau sedar rakyat marah dengan kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan beliau.
Kita akan perkenalkan langkah-langkah meringankan beban rakyat samada ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke 9 ataupun sebelumnya nanti, kata beliau bagi menagih simpati rakyat agar bersama-sama beliau.
Dalam hal ini semasa rancangan forum Bicara WTV8 (sebuah saluran webtv internet di http://wtv8.tv yang bersiaran secara langsung setiap Sabtu malam bermula jam 9) AJK PAS Pusat Dr Lo’lo Dato Ghazali menegaskan mengapa setelah dinaikkan harga baru Dollah mahu meperkenalkan langkah ini dan itu, mengapa tidak dilakukannya sebelum rakyat dikejutkan dengan kenaikkan besar ini?
Dan pada hujung minggu lalu juga TPM Najib Tun Razak pula berkata bahawa zaman harga minyak murah telah berkahir (bila agaknya zaman minyak murah tu?) dan rakyat perlu menerima hakikat ini.
Kesimpulannya rakyat memang marah. Dan kemarahan mereka pun bukannya tidak berasas. Sesungguhnya kenaikkan besar kali ini menekan dan menghimpit ekonomi mereka masing-masing. Dan kemarahan mereka itu kerana melihatkan selama ini kerajaan mewah dan berboros, rasuah berleluasa, projek mea bertaburan, tiba-tiba bila harga minyak dunia naik (sedangkan kita net exporter) rakyat dipaksa menjadi mangsa dan diarah berhemah dan berjimat ketika berbelanja.
Dalam kita marah-marah, saya tertarik dengan sebuah surat dari pembaca yang disiarkan dalam ruangan Your Say: Star Mag (akhbar The Sunday Star).
Penulis yang memanggil dirinya Dazza & Co. Kuala Lumpur menulis di bawah tajuk:
How to save fuel without really trying Bagaimana menjimatkan minyak tanpa perlu mencuba
Saya siarkan sebahagian dari cadangan beliau:
Don’t brake for bumps: Braking burns fuel so just keep accelerating over speed bumps
Tak perlu menekan brek semasa menhadapi bonggol: Menekan brek bermakna membakar minyak oleh itu teruskan kelajuan walaupun berhadapan bonggol
Commute off peak: Avoid the rush hour traffic by going into work at 10am and coming home at 3pm
Bergerak ketika luar waktu sesak: Elakkan waktu kesesakkan trafik dengan masuk kerja jam 10 pagi dan pulang jam 3 petang
Carpool: Cram as many people as possible into your Kancil. Besides the added weight helps with braking.
Berkongsi kereta: Muatkan sepadat mungkin penumpang ke dalam Kancil anda. Laipun lebih berat lebih senang brek.
Take MCs: Utilise your entitlement to the max. Every day that you don’t go to work is RM saved on fule, toll, parking, etc.
Ambil cuti sakit. Pergunakan kemudahan ini semaksima mungkin. Setiap hari anda tidak ke tempat kerja bermakna penjimatan RM atas minyak, tol, letak kereta dll.
Smoke cigarettes: You will naturally open your window to smoke so this saves on aircon usage.
Hisap rokok: Anda pasti akan turunkan tingkap apabila merokok oleh itu anda menjimatkan kegunaan aircon.
Memang kelakar dan tak masuk akal belaka cadanan-cadangan penulis tersebut. Walaubagaimanapunsebagaimana kelakar dan tak masuk akalnya cadangan pihak kerajaan agar rakyat jelata mengubah lifestyle mereka.
Bagi saya cadangan-cadangan penulis itu walaupun lucu tetapi mencerminkan kemarahan dan ketidayakinan rakyat terhadap kerajaan Dollah Badawi, lucu dalam protes.
Protes sampai turun!
No comments:
Post a Comment