Antara Marina Mahathir dan Huda Naeem
Dunia meraikan sambutan Hari Wanita semalam.
Di Palestin, ahli Parlimen HAMAS Huda Naeem dalam satu wawancara menyatakan:
Any building is incomplete without the participation of women.
Sebarang bangunan dikatakan tidak sempurna tanpa penyertaan kaum wanita.
Marina Tun Dr Mahathir dan Huda Naeem ahli Parlimen (Hamas)
Beliau menambah:
About the role of Palestinian women, Naeem said that the presence of women in the legislative council will enable them to participate effectively in the decision making process noting that every one believes that the participation of women is not only their right but also a necessity and that any construction without the participation of women would be incomplete.
Berhubung peranan wanita Palestin, Naem berkata kehadiran wakil wanita di dalam majlis perwakilan akan memungkinkan mereka mengambil bahagian secara berkesan dalam proses membuat keputusan, malah semua orang yakin bahawa penyertaan wanita bukan hanya merupakan hak mereka malah satu keperluan sehingga sesuatu binaan itu dikira tidak sempurna tanpa penglibatan wanita.
Islam tidak pernah mendiskriminasi wanita. Islam malah menjamin dan mempertahankan hak wanita.
Sesungguhnya kita akan mampu mengesan keadilan dan kesaksamaan Islam itu terhadap golongan wanita kiranya kita melihat isu ini dari perspektif yang terbuka. Hanya kalau kita prejudis dan menggunakan standard atau kacamata Barat untuk meneropong layanan Islam terhadap golongan wanita maka sudah pasti kita akan terlihat susunan yang berbeza.
Berbeza tidak semestinya tidak adil dan saksama.
Layanan Islam terhadap golongan wanita terbina dari peradaban dan peraturan Islam yang di bawa turun kepada umat manusia melaui al Quran dan tunjuk ajar Rasul Nya saw.
Kerana itu kalau kita melihat Islam dari kacamata Huda Naeem contohnya kita akan melihat Islam versi yang berbeza berbanding Islam yang mungkin dilihat dari kacamata Marina Mahathir!
Marina (dalam tulisan terbarunya, yang sehingga ke saat ini masih dipengap oleh akhbar THE STAR) melihat nasib wanita Islam di Malaysia bagaikan golongan kulit hitam di zaman apartheid di Afrika Selatan. Beliau menyatakan bahawa wanita Islam kerap didiskriminasi oleh peraturan dan perundangan Islam sedangkan wanita bukan Islam bebas dari belenggu seumpama ini.
Kata Marina lagi:
As nonMuslim women catch up with women in the rest of the world, Muslim women here are only going backwards.
Only in Malaysia are Muslim women regressing; in every other Muslim country in the world, women have been gaining rights, not losing them.
Sedang wanita bukan Islam bersaing untuk bergerak standing dengan wanita dunia, wanita Muslim kelihatan bergerak ke belakang.
Hanya di Malaysia wanita Muslimnya bergerak sedemikian; di Negara Muslim yang lain di dunia, wanitanya semakin mendapat hak dan bukannya semangat kehilangan hak.
Saya tidak terperanjat dengan kenyataan beliau kerana Marina yang kita tahu tidak pernah memiliki sikap bersangka baik terhadap Islam dan amalannya. Marina pernah mengeluarkan kenyataan menuduh para ulamak (termasuklah Mufti Perak) sebagai golongan dinosaur yang tidak mahu pupus. Marina pernah mempertahankan hak Ayah Pin untuk mengamalkan ajaran sesatnya.
Marina juga pernah mempertahankan hak kebebasan berpegang tangan antara bukan mahram, bersuka-ria, berpeluk-pelukan sesama remaja, dan pernah menyerang secara terbuka penguatkuasaan anti maksiat yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama.
Lalu apabila Marina menambah khazanah serangannya terhadap Islam, agama beliau sendiri, apa yang nak dihairankan sangat.
Barangkali kalaulah Marina seumpama Huda Naeem yang beramal dan berjuang untuk Islam sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul Nya. Yang besar dengan akhlak dan pendidikan Islam, suasana Islam , enviromen Islam, mungkin kenyataan yang terbit dari mulut atau tulisan Marina akan berbeza.
Tapi hakikatnya Marina yang kita tahu bukanlah Huda Naeem, tetapi Marina adalah Marina, oleh itu tak perlulah kita banyak berkira-bicara dengan kenyataan terbaru beliau itu.
Selamat Hari Wanita Marina, mudah-mudahan Allah swt membuka pintu hati anda.
No comments:
Post a Comment